Rabu, 16 Januari 2013

Tak bertegur lebih tiga hari…

 

Assalamualaikum…

 

Well, aku kembali menulis dalam bahasa Melayu, namun untuk entry tertentu sahaja.. Aku ternampak hadis yang kawan aku post di status facebook beliau.. Hadis mengenai sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa umat yang memutuskan hubungan kekeluargaan tidak akan masuk syurga..

 

Well.. dalam hidup ni kita ada banyak masalah kan? Ohh abaikan masalah-masalah haiwan dalam topik ini. Saya hendak bercerita mengenai kita, manusia yang tidak lekang dari melakukan kesilapan.. Dalam hidup sehari-hari kita pasti ada melakukan kesilapan.. sama ada sengaja atau tidak.. sama ada disedari atau tidakk..

 

Alang kan sesama ahli keluarga sendiri pun kita boleh bergaduh, inikan pula dengan rakan-rakan dan kenalan sekeliling. Kita manusia TIDAK SEMPURNA.. Tidak akan ada manusia yang tidak pernah melakukan dosa dan kesilapan.. Begitu juga aku.. Namun pada kebanyakan masanya kita tidak menyedari adakah perlakuan atau percakapan kita telah membuat ada pihak terguris, terasa hati atau membenci kita?

 

Kita manusia lemah pada dasarnya, terlalu mengikut hasutan syaitan yang ingin melihat anak-anak Adam berpecah belah. Terlalu kita berpegang dan tunduk pada ego, hinggakan ucapan maaf itu kita tidak pernah ucapkan. Aku jugak pernah merasakan begitu. Aku fikir,”Kenapa aku yang kena minta maaf sedangkan pihak yang satu lagi itulah yang bertindak memutuskan silaturahim?”

 

TAPI pernahkah kita fikir bahawa mungkin pihak yang bertindak sedemikian sebenarnya ada terguris hati dengan kita? Mungkin terdapat perlakuan kita atau pertuturan kita yang telah membuatkan beliau terasa hati? INGATLAH bahawa kita tak boleh expect semua orang untuk get along dengan kita, nak faham kita sedalam-dalamnya dan menurut kemahuan kita sahaja pada setiap masa.. lebih-lebih lagi dengan orang yang kita baru kenal atau baru nak rapat.

 

Dalam hal sebegini, kita akan merasa bahawa kita tidak bersalah. Tapi pihak yang satu lagi tu pun akan rasa dia juga tidak bersalah. Apabila perselisihan faham berlaku, dan kedua-dua pihak itu ego dan tidak mahu bermuhasabah untuk mencari jalan penyelesaian, maka terjadilah “tidak bertegur sapa”. Dan apabila sudah lebih 3 hari tidak bertegur sapa, maka ianya jatuh hukum berdosa.

 

See? Allah taknak hambaNYA berpecah-belah sebab baru bermasam muka 3 hari dah dapat dosa kan? Allah sayangkan hamba-hambaNYA, maka dalam Islam sering mengajar kita mengenai keamanan, mengukuhkan silaturahim dan pelbagai nilai murni yang lain. Tapi kita nak ke pergi meminta maaf, walaupun dalam hati kita ni kuat mengatakan “AKU TAK SALAH!”

 

Rasulullah saw bersabda
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)


Dalam islam,kita tak boleh tak bertegur dengan orang lebih dari tiga hari. Kita perlu menegur orang itu walaupun hanya untuk mengucapkan salam,WALAUPUN sebenarnya dia yang memutuskan silaturahim. Selepas kita tegur,tapi dia buat tak tahu je,itu urusan dia dengan Allah,yang penting kita dah usaha.

 

Di atas merupakan status facebook yang aku maksudkan tadi… cuba kita renung kembali, ada tak kita bermasam muka, berselisih faham sampai tak bertegur dengan kawan-kawan atau ahli keluarga? Kita rasa kita tak salah kan, dan pihak yang lagi satu tu pun begitu juga. Jadi WHY NOT kita yang ambil langkah pertama untuk menjernihkan semula hubungan?

 

Tak ada rugi kalau kita yang meminta maaf dan menegur semula rakan yang telah bermasam muka dengan kita itu.. Mungkin benar ada salah kita.. atau mungkin ada masalah-masalah yang tidak dijangka timbul. Tidak ada alasan untuk tidak meminta maaf. Malah kalau kita tak bersalah sekalipun, meminta maaf akan meningkat darjat kita sebagai manusia…

 

Jadi, renung-renungkan ye kawan-kawan dan pembaca yang disayangi sekalian.. Hal yang aku tulis kali ini sedikit sebanyak ada kena mengena dengan aku juga.. Aku juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan…  Dan aku juga ingin memohon maaf dari insan-insan yang mungkin aku telah sakiti sama ada secara sedar atau tidak…

 

 

 

XOXO

*correct me if I’m wrong*


20 ulasan:

  1. niza maafkan kak nisa. LOL

    memang betul, tapi itulah lumrah manusia yang suka cakap tak bertapis -_- pernah juga terasa, tapi chillax je.

    BalasPadam
  2. yerp..betul tuh.. terpaksa rendahkan ego sikit..

    BalasPadam
  3. Jangan malu nak tegur bro. Tak perlu tunggu gosip baru nak bertegur sapa.

    BalasPadam
  4. macam mana dengan orang yang di fitnah oleh keluarga sendiri?masihkah mahu bersua muka selepas dipandang serong oleh semua orang?

    BalasPadam
  5. Betul apa yang Nisa ulas tu.. Semua bergantung kepada diri kita sendiri.. Apa yang terbaik, kita kena buangkan sifat ego yang ada dalam diri kita dan saling maaf memaafi antara satu sama lain.. =)

    BalasPadam
  6. kadang kadang hati ni susah nak maafkan....

    BalasPadam
  7. mohon izin share .. thanks in advance .. will be credited to you back (^_^)

    BalasPadam
  8. @IsmiNaju

    kalau pasal fitnah ni berat sikit.
    saya pun tak pandai nak memperkatakan apa2 mengenainya, mungkin kita boleh merujuk kepada yg pakar, contohnye ustaz ke..

    apa2 pun kita kena berani kerana benar. saya juga pernah difitnah, namun bukan dari kalangan ahli keluarga. tp ia tetap satu fitnah yg menjatuhkan maruah saya. yg penting apabila kita dah mencuba utk menunjukkan perkara yg sebenar, kita berserahlah kepada Allah.

    pada saat2 getir sy difitnah dulu, saya juga malu dan berasa sangat sangat dijatuhkan.. orang nak percaya atau tida, terpulang kepada mereka. kita seboleh2nye kena kuat menjalani hidup dan berhadapan dengan org2 yg mempercayai fitnah tersebut... dan banyak2 berdoa kepada Allah.. kerana saya yakin, dan saya telah melihat kebesaranNYA.. hanya Allah yg mampu menjadikan fitnah itu berbalik semula kepada yg menyebar.
    wallahualam...

    THANKS :)

    BalasPadam
  9. @MisS BubBLe

    tidak rugi kite rendahkan ego. yakinlah kita akan berasa lapang setelah kita meminta maaf kpd mereka :)

    BalasPadam
  10. @Misz Mieza

    ya..
    kalau pihak satu lagi tu taknak rendah kan ego, xpe, kitalah yg mulakan langkah tersebut :)

    BalasPadam
  11. @Ayu azmir

    betul tu, kerana kita manusia biasa...
    :)

    BalasPadam
  12. pernah, sebab marah sangat. ada yang dah baik, ada yang belum lagi. masa yang tentukan kot. Insyallah.

    BalasPadam
  13. RSNYA KAK BUI TAKDER MUSUH DGN ORG SBB KAK BUI BAIK..HIHIHI..WPUN ORG SAKITKAN HATI,KEJAP JER MARAH LPS TU OK BALIK..CUMA MASIH ADA RS SAKIT HATI LAH TP TAKLAH SAMPAI X TEGUR

    BalasPadam
  14. Nak mintak maaf gak ah kat nisa kalu ada salah silap termengata terover bergurau terpukul dekat mana-mana. hahaha... dah mcm ucapan hari raya pulak . byk sgt hati org yg kita nak jaga . InsyaAllah, pandai jaga hubungn dgn Allah, hubungan dgn org lain pun akan ok. Mlh org pun senang dgn kita.

    BalasPadam
  15. hai kak nisa.macam mana pula dalam berkawan pula dimana ade perselisihan faham menyebabkan mereka tidak bertegur lebih 3 hari?

    BalasPadam
  16. x elok gitu
    cepat2 berbaik kalau ada apa perselisihan :)

    ps: salam perkenalan :)

    BalasPadam
  17. betul apa yg dikatakan ... lebih 3 hari tak bertegur terputus ikatan persaudaraan.. tak elok begitu..sekurang2nya senyum je

    BalasPadam
  18. Saya ad mslh dgn kwn skrg ni..tetapi saya dh cuba minta maaf kt dia..n cuba utk jernihkn hubungan tu...tp bila sy cuba tegur dia..dia wt xtau je...pastu dia tuduh saya yang bukan2...ap harus saya lakukan??

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay