Memaparkan catatan dengan label Islamik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islamik. Papar semua catatan

Isnin, 9 September 2013

10 tanda ALLAH sayangkan kita


Assalamualaikum..


Lama juga tak sentuh blog ni.. maklumlah banyak pula urusannye... Baru-baru ni aku melawat Pulau Langkawi, so ade certain tempat aku nak share jugaklah.. Walaupun hati ni dah tawar nak berkongsi cerita jugak sebenarnya, tapi takpelah.. mungkin berguna buat semua yang belum pernah pegi Langkawi kan...


Baiklah... kita lupakan pasal tu dulu.. aku terbaca sesuatu di laman facebook, so aku nak berkongsi untuk semua. Untuk peringatan aku dan kita bersama okay.. Supaya kita sentiasa ingat yang Allah itu ada.. Allah itu menyayangi hamba-hambaNYA tanpa batasan, dan semua yang berlaku ada hikmahnya...



Tanda-tanda ALLAH menyayangi kita hambaNYA :


  1. Menjadi pentadbir yg semakin baik.
  2. Menjadi seorang yg penyayang dan disayangi.
  3. Menjadi seorang yg berakhlak mulia.
  4. Diuiji dengan kesusahan.
  5. Diuji dengan kesenangan.
  6. Dimatikan dalam keadaan yg baik dan dihormati.
  7. Ketenangan terserlah apabila bermunajat di keheningan malam.
  8. Menjadi seorang yg penyabar.
  9. Berusaha mengejar ketaatan dan menjauhi kemaksiatan.
  10. Sentiasa berbaik sangka kepada Allah.

(Perkongsian dari facebook page Ustaz Mohd Izhar Ariff)




Sentiasalah kita bersabar dengan segala ujianNYA... Aku ni bukanlah alim ulama atau ustazah yang nak berdakwah... Aku tulis kat blog ni sebagai tanda peringatan untuk sendiri. Bila diri dilanda sedih dan susah, ingatlah Allah yang berkuasa ke atas segala-galanya. Berdoa dan memintalah kepadaNYA. Hanya kepada Yang Maha Esa..





XOXO


Read More»

Rabu, 16 Januari 2013

Tak bertegur lebih tiga hari…

 

Assalamualaikum…

 

Well, aku kembali menulis dalam bahasa Melayu, namun untuk entry tertentu sahaja.. Aku ternampak hadis yang kawan aku post di status facebook beliau.. Hadis mengenai sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa umat yang memutuskan hubungan kekeluargaan tidak akan masuk syurga..

 

Well.. dalam hidup ni kita ada banyak masalah kan? Ohh abaikan masalah-masalah haiwan dalam topik ini. Saya hendak bercerita mengenai kita, manusia yang tidak lekang dari melakukan kesilapan.. Dalam hidup sehari-hari kita pasti ada melakukan kesilapan.. sama ada sengaja atau tidak.. sama ada disedari atau tidakk..

 

Alang kan sesama ahli keluarga sendiri pun kita boleh bergaduh, inikan pula dengan rakan-rakan dan kenalan sekeliling. Kita manusia TIDAK SEMPURNA.. Tidak akan ada manusia yang tidak pernah melakukan dosa dan kesilapan.. Begitu juga aku.. Namun pada kebanyakan masanya kita tidak menyedari adakah perlakuan atau percakapan kita telah membuat ada pihak terguris, terasa hati atau membenci kita?

 

Kita manusia lemah pada dasarnya, terlalu mengikut hasutan syaitan yang ingin melihat anak-anak Adam berpecah belah. Terlalu kita berpegang dan tunduk pada ego, hinggakan ucapan maaf itu kita tidak pernah ucapkan. Aku jugak pernah merasakan begitu. Aku fikir,”Kenapa aku yang kena minta maaf sedangkan pihak yang satu lagi itulah yang bertindak memutuskan silaturahim?”

 

TAPI pernahkah kita fikir bahawa mungkin pihak yang bertindak sedemikian sebenarnya ada terguris hati dengan kita? Mungkin terdapat perlakuan kita atau pertuturan kita yang telah membuatkan beliau terasa hati? INGATLAH bahawa kita tak boleh expect semua orang untuk get along dengan kita, nak faham kita sedalam-dalamnya dan menurut kemahuan kita sahaja pada setiap masa.. lebih-lebih lagi dengan orang yang kita baru kenal atau baru nak rapat.

 

Dalam hal sebegini, kita akan merasa bahawa kita tidak bersalah. Tapi pihak yang satu lagi tu pun akan rasa dia juga tidak bersalah. Apabila perselisihan faham berlaku, dan kedua-dua pihak itu ego dan tidak mahu bermuhasabah untuk mencari jalan penyelesaian, maka terjadilah “tidak bertegur sapa”. Dan apabila sudah lebih 3 hari tidak bertegur sapa, maka ianya jatuh hukum berdosa.

 

See? Allah taknak hambaNYA berpecah-belah sebab baru bermasam muka 3 hari dah dapat dosa kan? Allah sayangkan hamba-hambaNYA, maka dalam Islam sering mengajar kita mengenai keamanan, mengukuhkan silaturahim dan pelbagai nilai murni yang lain. Tapi kita nak ke pergi meminta maaf, walaupun dalam hati kita ni kuat mengatakan “AKU TAK SALAH!”

 

Rasulullah saw bersabda
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadits riwayat Muslim)


Dalam islam,kita tak boleh tak bertegur dengan orang lebih dari tiga hari. Kita perlu menegur orang itu walaupun hanya untuk mengucapkan salam,WALAUPUN sebenarnya dia yang memutuskan silaturahim. Selepas kita tegur,tapi dia buat tak tahu je,itu urusan dia dengan Allah,yang penting kita dah usaha.

 

Di atas merupakan status facebook yang aku maksudkan tadi… cuba kita renung kembali, ada tak kita bermasam muka, berselisih faham sampai tak bertegur dengan kawan-kawan atau ahli keluarga? Kita rasa kita tak salah kan, dan pihak yang lagi satu tu pun begitu juga. Jadi WHY NOT kita yang ambil langkah pertama untuk menjernihkan semula hubungan?

 

Tak ada rugi kalau kita yang meminta maaf dan menegur semula rakan yang telah bermasam muka dengan kita itu.. Mungkin benar ada salah kita.. atau mungkin ada masalah-masalah yang tidak dijangka timbul. Tidak ada alasan untuk tidak meminta maaf. Malah kalau kita tak bersalah sekalipun, meminta maaf akan meningkat darjat kita sebagai manusia…

 

Jadi, renung-renungkan ye kawan-kawan dan pembaca yang disayangi sekalian.. Hal yang aku tulis kali ini sedikit sebanyak ada kena mengena dengan aku juga.. Aku juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan…  Dan aku juga ingin memohon maaf dari insan-insan yang mungkin aku telah sakiti sama ada secara sedar atau tidak…

 

 

 

XOXO

*correct me if I’m wrong*


Read More»

Rabu, 2 Januari 2013

A status of a friend

Tak semua perkara yang kita suka kita akan dapat.
Tak semua perkara yang kita sayang akan jadi milik kita.
Jadi apa yang perlu kita lakukan? Kita perlu redha dan tabah.
Mungkin Allah telah merancang yang lebih baik dari apa yang kita rancang.


InshAllah.

P/S : Trying really hard. InshaAllah :”)


Read More»

Rabu, 19 Disember 2012

Cara menangani marah.

 

Assalamualaikum semua…

 

03b-angry_kids

 

Bila tiba musim-musim nak habis semester, semua assignments kena siap cepat, kena submit sebelum deadline dan sebagainya… Selain daripada study, banyak jugak faktor-faktor luaran yang membuatkan kita menjadi sangat sensitif dan rase asyik nak mengamuk aje.. Sikit-sikit marah.. sikit-sikit melenting…

 

Sifat marah ini amatlah tidak baik ye tuan-tuan puan-puan. Bila kita marah, kita akan bergaduh dengan orang sekeliling kita. Bila kita memusuhi orang sekeliling kita, syaitan akan bersorak-sorai sebab dia dah berjaya pecah-belahkan umat Islam. Kadang-kadang orang sekeliling tak buat ape sangat pun, tapi bila iman kita tak kukuh, benda kecik pun boleh jadi besar.

 

Maka semua pembacaku, dan juga untuk peringatan diri sendiri jugak.. marilah kita sama-sama hindari marah… Ye memang susah.. aku tahu, even aku yang panas baran dan sensitif ni pun amat susah nak kawal kemarahan. Tapi alhamdulillah ada sesetengah benda yang aku masih boleh kawal bila rasa nak marah… Walaupun benda tu nampak kecik dan tidak bawak perubahan yang besar, but AT LEAST kita cuba okay. So try take the FIRST STEP!

 

SEDIKIT PERKONGSIAN UNTUK SEMUA… DAN JUGA UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI :



Sayyidatina Aisyah menceritakan;


"Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah datang kepadaku ketika aku sedang amat marah. Lalu Baginda صلى الله عليه وسلم memegang batang hidungku & menggosok²kannya. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda; "Wahai U'waiyyish (nama timangan Aisyah)! Ucapkanlah;
اللهم اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ وَأَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِيْ وَأَجِرْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ


Allahummaghfirli zanbi, wa azhib ghaizho qalbi, wa ajirni minassyaitan.


(Ya Allah, ya Tuhanku. Ampunilah aku dari dosa²ku, hilangkanlah kemarahan hatiku & selamatkanlah aku dari syaitan).


~ Riwayat Ibnus Sunni رحمه الله.

xoxo.


Read More»

Isnin, 29 Oktober 2012

'Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan

 

[PERKONGSIAN BERSAMA - KISAH INI SEKADAR PERINGATAN BUAT DIRI SENDIRI DAN SEMOGA MEMBAWA MANFAAT KEPADA YANG MEMBACA.. INSHAALLAH…]

 

Assalammualaikum wbt..


Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata, ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

 


Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

 


Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang: ''Demi Allah, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu.

 


Rasullullah S.A.W bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

 


Anas Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda yang bermaksud: ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

 

 

~Renung-renungkan…~


Read More»

Selasa, 2 Oktober 2012

PERKONGSIAN - 13 Perkara Yang Wanita Solehah Perlu Jaga

 

Assalamualaikum…

 

solehah

13 Perkara Yang Wanita Solehah Perlu Jaga


1. Bulu kening.
Menurut Bukhari, Rasullulah s.a.w. melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng.
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.


3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal, kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada.
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi.
Rasullulah s.a.w. melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah s.w.t. – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher.
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan.
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah s.a.w. dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah s.a.w:
“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja,” – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

 

nisa


8. Tangan.
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata.
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad s.a.w;
“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara).
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda Rasulullah s.a.w;
“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah SWT. akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan menta'ati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah SWT. – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian.
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah s.w.t. akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.


Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud:
“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

 

 

FULL CREDIT TO : http://www.iluvislam.com/

 

Sekadar perkongsian untuk pengetahuan bersama. Info yang baik kita sebar-sebarkanlah. Untuk peringatan kepada diri sendiri juga. InshaAllah. Walau sedikit pun perubahan dalam diri kita, namun kuatkanlah hati agar dapat istiqamah dalam amalan tersebut…

 

Namun nak berubah ke arah lebih baik itu tidak mudah. Allah akan menguji kita untuk menjadikan kita insan yang kuat dan tabah menghadapi cabaran dalam dunia yang penuh godaan ini. Aku pun bukan orang yang baik sangat, maka di sini, di blog inilah ruang tempat saya meletakkan peringatan kepada diri sendiri, di samping berkongsi kebaikan dengan semua pembaca.. inshaAllah.


Read More»

Copyright © Nisa Kay