Assalamualaikum…
Siapa tak tahu majalah HIJABISTA kan.. majalah fesyen yang fokus kepada fesyen untuk wanita dan remaja bertudung. Sejak pertama kali dikeluarkan, majalah ni bukan main lagi dapat sambutan hangat wah wahhh.. dengan aku-aku sekali beli sebab aku nak rujuk beberapa perkara sahaja.. Hohoo..
Berbekalkan konpiden yang tak berapa nak menebal, aku gagahkan jua diriku ke acara ini. Tema NEON, STUD dan SPIKE ditetapkan oleh pihak penganjur. Nak pakai baju kaler neon? Hadoi makkk sangat la gua tak konpiden. Cukup dengan aksesori gua pakai neon. Kikiki…
Aku sampai awal SEJAM kottt!! Hahaha bukan apa, aku gerak awal sebab takut sangat sesat + hujan + lambat muahahaha.. Dah lah gerak sendiri, maka ku awalkan jua diri ini keluar rumah. Sempat jugak lah lunch makan soto. Sekali hidangan panas nak arwah, lidah aku yang hampir melecur :(
Tapi aku lupa semua tu saat jejak kaki kat Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Majlis serba ringkas itu diadakan dalam konsep hi-tea, minum-minum, makan makanan yang comel-comel dan mingle around dengan hijabista yang lain. Dah terbayang dah kat mata aku para hijabista yang sangat fashionista. Kompem aku yang tak seberapa ni tenggelam. Paling best juga dapat goodies yang penuh dengan buah tangan dari para penganjur.
Kurang sikit kekok gua bila kre HIJABISTA yang super friendly datang pada aku dan berbual-bual mesra.. Dorang sangat sporting dan best ! Di dalam gambar ialah Kak Hana yang genit dan comel. Cukup berani menggayakan neon + colour block.
Antara hadirin yang juga datang awal.. Amera Zaini model rasmi Al-Humaira Contemporary.. dan kini mengembangkan sayap sebagai selebriti berhijab. Ameera kini menjadi host untuk rancangan Hijabstailista yang ditayangkan di TV9. You go girl !
Dah habis segan asyik duduk saja, aku akhirnya bangun dan berjalan-jalan sekitar lobby lounge mencari-cari wajah yang ku kenali. Kuikuikui.. Dengan akak Yuyu Zulaikha wajib la camwhore. Sekarang camera dah boleh amik gambar portraiture, haruslah ku camwhore sepuasnya hehe.
Alamak gua nampak pucat sangat. Dah lah baju putih. Lupa nak setting camera, sudahnya gambar terang kemain lahaiii.. Lepas makan minum makan minum lipstick gua pun dah pudar. Nampak pucat sangat kan. Tak macam Fatin Suhana yang sangat gojess dengan lipstick merah beliau. Iskk kang ade kang gua edit picture guna Perfect365 kang kekekek..
Wowww Illa Damia artis hijabista in da houseeee.. Sangat sporting bila diajak camwhore. Muehehehe… Thanks Illa ! Muahhh!!!
Baiklah upacar perasmian ulangtahu pertama majalah HIJABISTA dan upacara memotong kek akan dijalankan sebentar lagi… Ucapan alu-aluan dari salah seorang krew majalah HIJABISTA.
Ucapan lagi.. Turut diumumkan rancangan HIJABISTA TV akan mula ditayangkan bermula Mei ini di Astro Ria. Sobss kite tak dapat nak tengok sebab kita ade HyppTV jewww… Ada 4 orang pengacara hijabista yang sangat cun semuanya!
Yeayyyy selamat ulangtahun pertama buat majalah HIJABISTA. Semoga segala aspek dipertingkatman mutu dan menampilkan lebih banyak info-info yang berguna untuk semua muslimah di luar sana inshaAllah :)
* * PHOTO SPAM * *
Dengan 3 orang pengacara HIJABISTA TV yang gojes dan meletopss semuanyaaa! Dari kiri : Syakirin, (err aku le tu), Hidayah Bakar dan Fatin.
With kak Lyna Kamal.
With the cute and stylish Jezmine Zaidan, pemilik butik Old Blossom Box. Yang kanan sekali tu kak DangMerduWangi, yang terkenal dengan Sookascarf. Kalau belum tahu apa itu SookaScarf, boleh search @dangmerduwangi di INSTAGRAM atau search hashtag #Sookascarf di INSTAGRAM juga ok?
With the pretty Suri Aryani, pemilik HUSH by Suri Aryani. Sangat peramah orangnya, manis dan kalau korang nak beli selendang lebar dan cantik-cantik boleh la like page HUSH by Suri Aryani di facebook orite?
Ahaaaa macam mak jemah sangat kannn.. Bertemu aje terus pung pang pung pang dengan update terbaru diri masing-masing. Masih ingat lagi bersama-sama kak Yatt Hamzah menjadi model untuk jenama tudung LuvStylista. Rinduuu waktu itu :”)
More pictures with her…..
With kak Alin… halo haloo.. jangan lupa roger-roger kite lagi kalau nak guna model. Kbai. HAHAHAHHA…
The always-gorgeous Shea Rasol ! Suka sangat tengok penampilan Shea yang sangat simple, but yet memenuhi tema majlis. Whoaaa I guess kena banyak berguru dengan diaaa.. sebab gua rasa pakaian gua masa event tu entah apa-apa :(
Again with Jezmine Zaidan :)
Again with Suri Aryani, pemilik HUSH by Suri Aryani.. masa ni kami makan-makan kat restoran kat hotel tu.. Founder iLoveTudung, Kak Zaralisa dengan baik hatinya belanja makan. Ya Allah segan sangat dengan dorang tau.. Kak Zaralisa sangattt humble, sporting dan peramah :)
Nisa dan Nisa jugaaa.. Hehehehee krew HIJABISTA yang satu ni sama nama dengan kitee. Hik hikk…
Kak Suzi, editor majalah HIJABISTA.
Okay okay last picture okay? Hahahah dari kiri, kak Suri Aryani, Nisa Kay bluergghh haha, Kak Suzi editor majalah HIJABISTA dan kak Zaralisa founder iLoveTudung. Thank you so much you guys! Had a great day :)
Sekali lagi, selamat ulangtahun yang pertama buat team HIJABISTA.. Semoga lebih banyak input meletop akan melengkapi majalah HIJABISTA di masa-masa akan datang ! Jangan lupa semuaaaa beli majalah HIJABISTA yang terbaru di pasaran, covergirl by YATT HAMZAH ! So cute with lolita theme ! Terima kasih HIJABISTA untuk jemputan ini :)
XOXO
jeles oke tgk nisa dapat jumpa ramai orang hehe
BalasPadamwohohoho...comelnya Amera Zaini tu... manis lembut je wajahnya.
BalasPadamalhamdulillah, perkembangan yang sangat baik :)
BalasPadamwah..semua sangat lah gojes..
BalasPadamtermasuk kak nisa..
gorgeous semua hijabista di atas..:)
BalasPadamSeronoknya Nisa.. Dapat macam2 goodies bila pegi event.. Murah rezeki! ^^,
BalasPadamrindunya dekat ko Nisa oi . hehe
BalasPadambestnyaaa..semua nampak stylo-stylo ouhhh ;)
BalasPadamSeronoknya :)
BalasPadamwarna-warni je semua..=)
BalasPadambest nya kalau dapat jemputan ni jugak...
BalasPadamsaya pun minat Hijabista..
BalasPadamsangat cantik..
tengok stail nisa..sangat suke that spike n stud..
look simple and elegen..
sangaat teringin jadi hijabista..
tapi tak tahu nak gunakan gaya ape..huhu
Assalamualaikum nisa. cantiknya wanita bertudung! suka sheila tengok warna warni gini :)
BalasPadam