Memaparkan catatan dengan label Majalah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majalah. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Februari 2015

Nisa Kay cover girl Majalah Online ETERNITY

 

Assalamualaikum…

 

DSC09988

 

Ahahahaa… terlebih teruja nampaknya nak berkongsi pengalaman hebat bersama team yang saya kenali dan bekerjasama baru-baru ini.. Buat pertama kalinya, aku akhirnya menjalani sesi photography untuk dijadikan gadis muka depan majalah. Hehehe sebenarnya pernah ditawar jadi cover girl sebuah majalah tempatan baru-baru ni. Tapi sebab kekangan masa, maka aku tak sempat nak respon kepada tawaran tersebut. Tidak mengapa, Allah sudah tulis bukan rezeki aku :)

 

Tidak lama lepas tu, aku dipanggil untuk jadi cover girl sebuah majalah online yang aku rasa ramai jugak tahu… Sebabnya blogger terkenal dan hebat seperti Cik Epal… Shea Rasol.. Yuyu Zulaikha.. dan Irine Nadia pernah jadi cover girl majalah yang sama… Alhamdulillah langkah permulaan ke arah tahun 2015 yang lebih meriah inshaAllah !

 

cover

Opppsss.. bagi sikit lah kan. Hahahaa… majalah ETERNITY oleh Media Glam ! Temanya kali ini sweet vintage. Memandangkan aku pun tak berapa pandai nak cari pakaian sendiri (maklumlah tak berapa pandai bergaya) , maka pihak majalah ETERNITY telah bermurah hati nak mencarikan untuk aku stylist yang sekaligus membawa koleksi pakaian untuk aku gayakan..

 

 

DSC00013

Pewwittt ! Ini adalah kakak-kakak cantik yang bertanggungjawab membawa koleksi pakaian sekaligus menjadi penata gaya aku. Wah pengalaman pertama kali ni ditata rias sebegitu rupa ! Akak-akak stylist pulak semuanya cun melecun ! Nak dijadikan cerita sebenarnya aku kenal jugalah dengan akak-akak ini.. sebab pernah berkunjung ke butik mereka dan dorang ni kawan boss aku !

 

 

DSC00015

Makeup artist yang meletop ! I super loveee mekap yang dilakukan ke atas muka aku. Kawan-kawan pun ramai yang cakap mekap ni sesuai dengan aku. Alhamdulillah… aku hanya tadah muka ja.. CikQu lah yang bertanggungjawab menata muka ini…

 

cats

Mekapnya tampak simple tapi sungguh sweet ! Aku suka sangat ! Terima kasih CikQu !

 

 

DSC09961

“Okay kena topup blusher ni.. Kemain senyum nampak gigi sampai hatuh bertabur blusher kat pipi ! Tudung pun kena betul-betulkan nih!”

Hahahaa.. gurau-gurauan manja je ye…

 

 

DSC00003

Actually gambar ni akak stylist yang cun tu tolong snap kan. Masa ni aku tengah posing untuk kamera abang photographer hebat ! Hehehe.. Dan fungsi filter automatik di kamera menjadikan wajahku mulussss tak yah edit dengan lebih lanjut. Amboii ~

 

 

DSC00002

Amazing team ! Terima kasih pihak majalah online ETERNITY oleh Media Glam yang sudi menemuramah dan shoot gambar-gambar aku untuk edisi Jan-Feb 2015. Syukur ke hadrat Ilahi aku merasa jugak jadi cover girl untuk majalah ! Hehehee..

 

 

Nak gambar meletop, photog ceria ? Contact abang Azhar Ghazali

Nak mekap lawa sangat sangat ? Contact CikQu D’Touch (instagram @cikqu)

Nak bergaya sakan untuk photoshoot atau acara lain ? Contact stylist Azlia Idha

 

 

10373974_718434341608332_3157055428661258977_n

Jemput like page MEDIA GLAM
https://www.facebook.com/Mediaglam13

 

Jom baca majalah ETERNITY secara online
http://www.mediaglam.com/


 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Isnin, 29 April 2013

Selamat ulangtahun pertama, majalah HIJABISTA !

 

Assalamualaikum…

 

Siapa tak tahu majalah HIJABISTA kan.. majalah fesyen yang fokus kepada fesyen untuk wanita dan remaja bertudung. Sejak pertama kali dikeluarkan, majalah ni bukan main lagi dapat sambutan hangat wah wahhh.. dengan aku-aku sekali beli sebab aku nak rujuk beberapa perkara sahaja.. Hohoo..

 

Berbekalkan konpiden yang tak berapa nak menebal, aku gagahkan jua diriku ke acara ini. Tema NEON, STUD dan SPIKE ditetapkan oleh pihak penganjur. Nak pakai baju kaler neon? Hadoi makkk sangat la gua tak konpiden. Cukup dengan aksesori gua pakai neon. Kikiki…

 

DSC00097

Aku sampai awal SEJAM kottt!! Hahaha bukan apa, aku gerak awal sebab takut sangat sesat + hujan + lambat muahahaha.. Dah lah gerak sendiri, maka ku awalkan jua diri ini keluar rumah. Sempat jugak lah lunch makan soto. Sekali hidangan panas nak arwah, lidah aku yang hampir melecur :(

 

Tapi aku lupa semua tu saat jejak kaki kat Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Majlis serba ringkas itu diadakan dalam konsep hi-tea, minum-minum, makan makanan yang comel-comel dan mingle around dengan hijabista yang lain. Dah terbayang dah kat mata aku para hijabista yang sangat fashionista. Kompem aku yang tak seberapa ni tenggelam. Paling best juga dapat goodies yang penuh dengan buah tangan dari para penganjur.

 

 

DSC00092

Kurang sikit kekok gua bila kre HIJABISTA yang super friendly datang pada aku dan berbual-bual mesra.. Dorang sangat sporting dan best ! Di dalam gambar ialah Kak Hana yang genit dan comel. Cukup berani menggayakan neon + colour block.

 

 

DSC00099

Antara hadirin yang juga datang awal.. Amera Zaini model rasmi Al-Humaira Contemporary.. dan kini mengembangkan sayap sebagai selebriti berhijab. Ameera kini menjadi host untuk rancangan Hijabstailista yang ditayangkan di TV9. You go girl !

 

 

DSC00103

Dah habis segan asyik duduk saja, aku akhirnya bangun dan berjalan-jalan sekitar lobby lounge mencari-cari wajah yang ku kenali. Kuikuikui.. Dengan akak Yuyu Zulaikha wajib la camwhore. Sekarang camera dah boleh amik gambar portraiture, haruslah ku camwhore sepuasnya hehe.

 

 

DSC00107

Alamak gua nampak pucat sangat. Dah lah baju putih. Lupa nak setting camera, sudahnya gambar terang kemain lahaiii.. Lepas makan minum makan minum lipstick gua pun dah pudar. Nampak pucat sangat kan. Tak macam Fatin Suhana yang sangat gojess dengan lipstick merah beliau. Iskk kang ade kang gua edit picture guna Perfect365 kang kekekek..

 

 

DSC00113

Wowww Illa Damia artis hijabista in da houseeee.. Sangat sporting bila diajak camwhore. Muehehehe… Thanks Illa ! Muahhh!!!

 

 

DSC00116

Baiklah upacar perasmian ulangtahu pertama majalah HIJABISTA dan upacara memotong kek akan dijalankan sebentar lagi… Ucapan alu-aluan dari salah seorang krew majalah HIJABISTA.

 

 

DSC00124

Ucapan lagi.. Turut diumumkan rancangan HIJABISTA TV akan mula ditayangkan bermula Mei ini di Astro Ria. Sobss kite tak dapat nak tengok sebab kita ade HyppTV jewww… Ada 4 orang pengacara hijabista yang sangat cun semuanya!

 

 

DSC00131

DSC00136

Yeayyyy selamat ulangtahun pertama buat majalah HIJABISTA. Semoga segala aspek dipertingkatman mutu dan menampilkan lebih banyak info-info yang berguna untuk semua muslimah di luar sana inshaAllah :)

 

 

* * PHOTO SPAM * *

instajemah2

Dengan 3 orang pengacara HIJABISTA TV yang gojes dan meletopss semuanyaaa! Dari kiri : Syakirin, (err aku le tu), Hidayah Bakar dan Fatin.

 

 

DSC00139

With kak Lyna Kamal.

 

 

DSC00144

With the cute and stylish Jezmine Zaidan, pemilik butik Old Blossom Box. Yang kanan sekali tu kak DangMerduWangi, yang terkenal dengan Sookascarf. Kalau belum tahu apa itu SookaScarf, boleh search @dangmerduwangi di INSTAGRAM atau search hashtag #Sookascarf di INSTAGRAM juga ok?

 

 

DSC00146

With the pretty Suri Aryani, pemilik HUSH by Suri Aryani. Sangat peramah orangnya, manis dan kalau korang nak beli selendang lebar dan cantik-cantik boleh la like page HUSH by Suri Aryani di facebook orite?

 

 

DSC00149

Ahaaaa macam mak jemah sangat kannn.. Bertemu aje terus pung pang pung pang dengan update terbaru diri masing-masing. Masih ingat lagi bersama-sama kak Yatt Hamzah menjadi model untuk jenama tudung LuvStylista. Rinduuu waktu itu :”)

 

DSC00153

DSC00158

More pictures with her…..

 

 

DSC00164

With kak Alin… halo haloo.. jangan lupa roger-roger kite lagi kalau nak guna model. Kbai. HAHAHAHHA…

 

 

DSC00173

The always-gorgeous Shea Rasol ! Suka sangat tengok penampilan Shea yang sangat simple, but yet memenuhi tema majlis. Whoaaa I guess kena banyak berguru dengan diaaa.. sebab gua rasa pakaian gua masa event tu entah apa-apa :(

 

 

DSC00175

Again with Jezmine Zaidan :)

 

 

DSC00180

Again with Suri Aryani, pemilik HUSH by Suri Aryani.. masa ni kami makan-makan kat restoran kat hotel tu.. Founder iLoveTudung, Kak Zaralisa dengan baik hatinya belanja makan. Ya Allah segan sangat dengan dorang tau.. Kak Zaralisa sangattt humble, sporting dan peramah :)

 

 

DSC00182

Nisa dan Nisa jugaaa.. Hehehehee krew HIJABISTA yang satu ni sama nama dengan kitee. Hik hikk…

 

 

DSC00188

Kak Suzi, editor majalah HIJABISTA.

 

 

DSC00190

Okay okay last picture okay? Hahahah dari kiri, kak Suri Aryani, Nisa Kay bluergghh haha, Kak Suzi editor majalah HIJABISTA dan kak Zaralisa founder iLoveTudung. Thank you so much you guys! Had a great day :)

 

Sekali lagi, selamat ulangtahun yang pertama buat team HIJABISTA.. Semoga lebih banyak input meletop akan  melengkapi majalah HIJABISTA di masa-masa akan datang ! Jangan lupa semuaaaa beli majalah HIJABISTA yang terbaru di pasaran, covergirl by YATT HAMZAH ! So cute with lolita theme ! Terima kasih HIJABISTA untuk jemputan ini :)

 

 

XOXO


Read More»

Jumaat, 23 November 2012

Nisa Kay in the media : HIJABISTA Disember 2012

 

Assalamualaikum…

 

Bulan Oktober yang lalu aku bergegas pulang ke Shah Alam dek kerana urusan penting yang tertentu. Dan dah alang-alang aku ada kat Shah Alam, aku dipanggil oleh team Hijabista untuk mengadakan sesi photoshoot di mana aku akan featured dalam isu Disember.

 

Woahhh memang excited la kan bila dapat offer, so aku setuju time tu jugak. Aku hangkut la beg bagasi kecik yang aku pinjam dari kawan aku ke office Karangkraf seksyen 15 Shah Alam tu. Ditemani Nad, PA yang setia mengikut aku ke sana sini. Huhuhu…

 

DSC_2892

Heeee sengih tayang gigi !! Ni gambar dalam studio.. Baru lepas mekap. I iz sooooo in love with the make up. Kalau uolls tengok iolls depan-depan pun iolls rasa mekap tu tak keterlaluan. Errrr kalau tak pakai bulu mata palsu laa. Ehek ehekkss… Berangan nak shoot pakai kasut ni. So pretty pink !

 

 

DSC_2900

“Ok dikkkk.. senyummm…!” Haaa gitulah kot gaya abang photographer Hijabista. Hek hekk.. Errr ye la kot? Aku pun lupa. Yang pasti abang photog memang pandai ambik gambar. Aku rasa aku posing dengan kaki bengkang bengkok nye.. alih-alih kuar majalah aisshh lawo pulok. HAKHAK!!

 

 

DSC_2918

Ehekksss…. selesai aje photoshoot, aku terus keluar nak naik teksi balik ke Seksyen 7. Teksi baru aje sampai, aku nampak mom-to-be yang amat comel baru sampai dengan husband beliau. Errr bukan aku nampak, tapi PA aku yang nampak dia dalam kereta. Hahaha semangat aku suroh pakcik teksi tunggu kejap sebab nak amik gambor dengan DENA BAHRIN !!!

 

 

hijabista disember 2012

Ehemmm ehemmm…. majalah fesyen gadis berhijab yang terhangat di pasaran dah pun mula available di kedai-kedai bermula Isnin lepas… Sisipan extra minggu ni mengenai tips and trik percutian. Haaa kalau nak tahu apa tips and trik yang aku nak kurniakan (cehhh!!!) silalah beli majalah HIJABISTA yang cover depan dia Farah Deeba yang comelss tu.

 

 

cats

Selain aku berkongsi tips percutian ke pantai-pantai dan DENA BAHRIN yang berkongsi mengenai tips percutian ke bumi kanggaru, ada beberapa figura fesyen lain yang turut berkongsi tips-tips berguna bagi kamu kamu dan kamu yang hendak pergi bercuti! Hehehee…

 

Tak rugi pun beli majalah ni.. tebal dan banyakkkk informasi yang best mengenai fesyen dan produk kecantikan masa kini. Informasi mengenai tips kecantikan dan tips kehidupan juga mengisi majalah ni. So currently, majalah HIJABISTA ni memang antara majalah fesyen kegemaran aku. Setiap isu tak pernah miss lagi. Heee…

 

TERIMA KASIH HIJABISTA !!!

~Nisa Kay~


Read More»

Copyright © Nisa Kay