Sabtu, 18 Mei 2013

JANGAN HANTAR EMAIL DAH.. SLOT SPONSORSHIP DAH PENUH…

 

JANGAN HANTAR EMAIL DAH.. SLOT

SPONSORSHIP DAH PENUH…

 

Assalamualaikum…

 

 

questionmark

 

 

Aku ni dah pat ploh lapan kali kot sebut sebut nak buat giveaway… tapi takkkkk buattt jugakkkkk !!! So kali ni aku dengan seriusnya ingin menganjurkan satu giveaway buat kali ke…. errr kali berapa tah.. Biar lantak! Hahahaa….

 

Untuk kali ni aku nak mencari penaja hadiah giveaway yee… Aku dah ade lebih 10 hadiah yang ditaja oleh online shop aku sendiri… dan semestinya aku nak mencari penaja sebab nak menambah jumlah hadiah supaya lebih ramai yang boleh memenanginya nanti.. Segalanya untuk readers dan followers blog kesayangan aku ni cewah cewahhh !

 

So berikut adalah sedikit guideline tentang pencarian sponsor ye.. Maaf ler bukan aku cerewet ke apa, tapi just nak clear kan awal-awal berkenaan sponsorship ni ye…

  1. Hadiah yang ditaja boleh datang dalam pelbagai bentuk, contohnya : wang tunai, topup, buku, baju, mekap, barang penjagaan dll.
  2. Jenis hadiah tidak terhad kepada wanita sahaja, hadiah untuk peserta lelaki amat dialu-alukan.
  3. Jumlah hadiah tidak terhad, nak sponsor satu je hadiah pon boleh, nak sponsor banyak pon boleh.
  4. Urusan pengeposan / penyerahan hadiah ditanggung 100 % oleh penaja. Pihak www.nisakay.com TIDAK akan mengeluarkan sebarang kos untuk menyerahkan hadiah tersebut kepada para pemenang.

 

 

So, sebagai balasan menjadi sponsor giveaway yang akan datang ini…

  1. Para penaja akan saya promosi di laman sosial media Nisa Kay – blog, fanpage, facebook personal, twitter dan instagram.
  2. Link laman utama penaja (website atau fanpage) akan berada di sidebar sepanjang giveaway berlangsung.

 

 

So… diharap jelas yeee… kata nak sponsor, sila sponsor seikhlas hatiii gituuuu. Ahakkss… Dan diumumkan juga… saya hanya mencari 5 hingga 8 sponsor sahaja okayyy… sekarang saya dah ada 3 sponsor luar dan 1 sponsorship dari online shop saya sendiri. Malas dah nak cari sponsor banyak sangat sebab nanti tak ter-handle :(

 

 

Baiklah.. bagi pihak yang berminat nak menjadi salah satu sponsor untuk giveaway saya yang akan datang… sila emelkan butiran berikut ke alamat emel sukamenaip@yahoo.com dan letakkan “SPONSOR GIVEAWAY NISAKAY” di bahagian Subject ya…

  • Nama Online Shop / laman web / blog
  • Nama anda (mungkin anda owner atau wakil kepada online shop / blog / laman web)
  • LINK FACEBOOK PAGE
  • LINK BLOG / BLOGSHOP / LAMAN WEB
  • TWITTER (jika ada)
  • INSTAGRAM (jika ada)
  • Nyatakan jenis dan jumlah hadiah yang ingin anda taja.

 

 

Baiklah… begitulah pencarian sponsor.. Saya mahukan yang terbaik buat bakal pemenang nanti. Ewah ewahh kemain demand kooooo !!! Hahahaha… Apa-apa pun emel dahulu ya.. nanti kita bincang secara lanjut melalui emel… dan bila senarai penaja dah konfem, kami akan launch giveaway niiii !

 

JANGAN HANTAR EMAIL DAH.. SLOT

SPONSORSHIP DAH PENUH…

 

XOXO


23 ulasan:

  1. Muja nak sponsor hand sleeves. Ok tak?

    BalasPadam
  2. sis kalau sent detail kat facebook boleh..

    BalasPadam
  3. macam menarik jer ga nie nak join gak la
    http://long-cham.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Masih terbuka lagi ke bahagian nak jadi sponsor ni?Atau dah cukup kuota?

    BalasPadam
  5. done email nisa nad_bella@yahoo.com :)

    BalasPadam
  6. masih terbuka lagi ke untuk sponsor?

    BalasPadam
  7. harap dpt bekerjasama dgn anda.. dah email ;)

    BalasPadam
  8. salam,

    nnti check emel dari akk ye ;)

    BalasPadam
  9. Ramainya yg nak sponser! Mesti best2 hadiah nanti.

    BalasPadam
  10. alaaaa ~ pesal lah lambat tahu . T_T ! xper nanti join GA ni ..

    BalasPadam
  11. Harap diberi peluang juga untuk menyertaio giveaway ni..bila nak buat giveaway?nanti war-warkan lah pada kiter yer..hehe

    BalasPadam
  12. hehehe... nak join. tak sabar nih.

    BalasPadam
  13. baru nak jadi sponsor. tapi tak sempat nampaknya

    BalasPadam
  14. sepertinya akan seru sekali nih!!

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum nisa. hehehe kalini nak jadi peserta pulak lah. mana tahu ada rezeki :)

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay