Rabu, 5 Jun 2013

Nisa, be strong

 

Assalamualaikum…

 

Ada kawan yang berkunjung ke Bandaraya Bersejarah baru-baru ini bersama tunangnya, atas beberapa urusan di sana.. Dah berjalan ke sana, tak sah pula kalau tak menyinggah tempat-tempat menarik ye dak.. Aku tak tahu pun kawan ni akan ke sana, aku tahu pun sebab aku mesej beliau masa beliau dan on the way balik..

 

DSC03214

Sangat sangat mengharukan bila beliau tetap ingat untuk membawa pulang sesuatu untuk aku. Tidak aku harap jauh sekali untuk aku meminta beliau membelikan aku sesuatu… tapi dibelikannya juga atas ingatan seorang teman..

 

Mungkin tidak ada apa-apa dan kurang nilainya pada mata kalian. Tapi ingatan tulus seorang kawan dan makna terdalam hadiah ini membuatkan aku sangat sangat sangat menghargai pemberian beliau. Malah apa yang aku sangat hargai ialah pesanan beliau buat aku..

 

DSC03216

BE STRONG. Dua perkataan, ayat yang pendek ini besar maknanya buat aku.. Hmmmm bila kita rasa kita keseorangan menghadapi dugaan yang amat hebat, kadang-kadang kita tak perlukan orang untuk selesaikan masalah kita.. Apa yang kita perlukan ialah seseorang who will be on our side, be with us and say “EVERYTHING’S GONNA BE ALRIGHT” atau “BE STRONG” atau “TAK APA, KITA TAHU, ALLAH TAHU APA YANG BERLAKU.”

 

Sesungguhnya dugaan yang aku hadapi ini aku terima walaupun sakit dan pedihnye hati ni Allah sahajalah yang mengetahui.. tapi satu kelegaan besar when we know there is actually someone yang bersama kita dan memberikan sokongan moral serta nasihat. Kadang tak perlu penyelesai masalah, tapi perlu teman meluah rasa di kala sedih dan susah.

 

Kesal yang tak terhingga bila suatu masa dulu aku dengan bodohnya membiarkan persahabatan kita dimusnahkan dek kerana pihak-pihak yang terlampau mementingkan diri. Bodohnya aku membiarkan insan bergelar kawan baik diburuk-burukkan dan paling bodoh bila aku mempercayainya.

 

Sesungguhnya kita manusia biasa dan kita masing-masing ada salah. Di saat aku sangat membenci beliau, beliau tak putus asa menghubungiku bagi menjernihkan keadaan. ALLAH MAHA KUASA. Kita akhirnya bersua dan jujur antara satu sama lain. Lega bila aku tahu dan aku nampak jalan keluar dari bawah bayangan yang tidak wujud.

 

Walaupun kita mungkin tidak dapat berkawan dengan sangat baik seperti dulu, tapi kau sangat baik pada aku dan sanggup menolong aku. You are here, tell me to BE STRONG. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan insan yang teraniaya. Sesungguhnya juga dugaan ini terlalu berat untuk aku pikul sendiri dan tidak masuk di akal jika dicerita kepada orang.

 

 

Hanya Allah yang mampu menyelesaikan segalanya.. dan terima kasih Allah bring us back together. Dan terima kasih kawan atas ingatan dan sokongan !

 

 

XOXO


14 ulasan:

  1. moga nisa sentiasa tabah,, orang yang dengki ni ibarat sampah.. dorang tak berguna pun bah,, sentiasa la bertabah k :)

    BalasPadam
  2. saya pernah dlm situasi kawan nisaa tu. nama busuk dijaja orang. padahal org yg dgr tak pernah tanya atau usul periksa pun. adakah tak contact/jumpa 10 tahun kita akan tau hati budi org macam mana. tentu tidak bukan. tapi takpe allah sentiasa bersama org teraniaya.

    BalasPadam
  3. sabarlah ye... persahabatan memang ada asam garam... yang penting persahabatan tu dh jernih balik walau ada sisa pahit :)

    BalasPadam
  4. pernah juga mengalami situasi macam ni.. T_T
    alhamdulillah sekarang dah ok :)

    BalasPadam
  5. Be strong. Allah always with us :)

    BalasPadam
  6. bnda kecik n simple pn dh ckup wt kte terharu sbb meaning d sebaliknyer..;)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum nisa. sahabat.. ye, sheila rindu semua sahabat sheila. be strong dear :)

    BalasPadam
  8. biasela manusia xsempurna selagi mampu kita perbetulkan kesilapan diri sekurang2nye kite dah buat yang terbaik...jgn biarkan kawan menjadi lawan..be strong nisa..!

    BalasPadam
  9. biasela lumrah manusia kan xsempurna...mesti ada perasaan untuk perbaiki diri bile terjadi kesilapan..n remember jgn biarkan kawan menjadi lawan..be strong nisa..!

    BalasPadam
  10. rilek ye nisa...saya kan ada...opss silap...Kit Kat kan ade...hikhikhik

    p/s : off topic jap...sy pon pernah melalui setengah mati merindu...
    ubatnye...just find guy like me...hihihi...

    BalasPadam
  11. rilek ye nisa...saya kan ada opsss silap...Kit Kat kan ada...hikhik..

    p/s: off topic skit...rindu setengah mati ramai yg dah melalui including me...tapi ubatnye...just find a guy like me or me...oh my english...yoshh

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay