Rabu, 13 Mei 2015

My Worktrip to Barcelona 2015 – Acer dan Huawei

 

 

Assamualaikum..

 

Ya Allah !! Betapa lama masa yang aku ambil untuk sambung kisah perjalanan ku ke bumi Sepanyol buat kali kedua alhamdulillah… Kali pertama last year. Maka kali ini akan ku cuba ingat balik detik-detik ketika aku kat sana okeh.

 

DSC03797

Serius aku dah tak berapa nak ingat.. dah lost count dah gambar ni aku ambil hari keberapa kat Barcelona. Yang aku ingat tarikhnya 1 APRIL 2015. Hari Ahad… Masa ni kami kena pergi satu event oleh Acer. Lokasi event tu pulak dekat bandar, area Catalunya. Pagi benar kami keluar sebab event tu dijangka start awal pagi. See, bandar pun ala ala kosong lagi, takde orang. Tapi sejuknya cuaca masa tu… fuhhh nyaman sungguh ! Aaaa aku rindu cuaca kat sana !

 

 

DSC03793

Sampai je kitorang kat tempat event Acer tu, sekali event belum start ! Dorang tengah setup lagi haa.. Haha ingatkan kat Malaysia je tak punctual.. Kat Barcelona pun kureng sikit punctuality dia kekeke… Jadi kita bergambau le dulu yee..

 

 

DSC03808

Okay event pun dah bermula… Kami pun duk usha lah phone terbaru dari Acer ni.. ada 4 jenis masa tu.. Haa banyak tak banyak nye phone baru dari Acer bersempena Mobile World Congress 2015 ni. Haha okay okay jom kerja. Ada 4 phone nak kami shoot and buat skrip untuk voice over ni.

 

 

DSC03820

Memandangkan event berlangsung pagi-pagi lagi, dorang ade hidang jus oren, roti mentega dan salted peanuts ni. Hahaha peanuts ke ? Aku tengok macam petai pun ada. Aku panggil kacang ni KACANG PETAI! Hahaha…

 

 

DSC03829

Okay habis je urusan di lokasi event Acer, kami bergegas ke Hotel W yang terletak di tepi pantai wohooo.. Best nyaa lepak kat luar minum air panas. Sejuk, nyaman ! Tapi menggigil jugak la weyyy Hahaa ! W Hotel ni lokasi untuk event Huawei. Takde phone baru, tapi ada jam tangan pintar yang nak kami cover. Dan juga nak belek belek tab terbaru Huawei.

 

 

DSC03834

Kawasan Barceloneta Beach yang bersih, angin kuat dan best ! HAHAA.. Pendek kata boleh lupa kejap yang aku dengan boss aku datang sini untuk kerja ! Hahaa.. Tak lama pun dapat lepak kat luar, dah kena masuk hall untuk majlis pelancaran peranti terbaru dari Huawei.

 

 

DSC04015

Balik dari event tu, aku dengan boss aku silap naik bas. Bas tu pusing satu bandar dan masuk kawasan luar bandar sebelum ke bandar semula. Ya Allah aku dah cuak betul sebab dalam bas tu hanya ada aku, boss aku dan pemandu bas ! Hahaha rugi laa tak ambil gambar !

 

Lepas tu kami ke kawasan Sagrada Familia (gambar di atas). Dari tahun lepas aku mai sini, tak siap siap lagi haa binaan kat luar gereja ni. Gereja ni merupakan antara tarikan pelancong sebab seni binaannya yang memang unik dan berseni lah ! Hahaha.

 

 

DSC04021

Memandangkan kami dah bazir dalam 1 jam lebih duk tawaf satu bandar Barcelona ni, maka perut yang meronta-ronta mintak diisi pun haruslah diberi perhatian ye dakkk.. Dekat dengan Sagrada Familia ada satu restoran Instanbul yang menyediakan makanan halal. Kedai yang sama aku dan boss-boss aku pergi tahun lepas.

 

Biasalah kalau kedai makanan halal, kompem kedai yang menjual makanan Timur Tengah. Setakat kebab-kebab tu memang biasa lah. Ada juga yang jual macam beriyani tu semua tapi mahai sikit laaa. Memandangkan matawang Euro pun dah hampir 5 kali ganda dari duit Malaysia, maka bila nak makan tu memang kena berkira-kira sikit Hehehe..

 

Yang kat atas ni aku lupa dah apa nama makanan ni. Aku main pilih je ikut gambar yang menarik perhatian. Hahahaa.. Tapi makanan yang aku makan masa kat Amsterdam dulu jugakkk yang paling sedap di tekak ku. Her herr…

 

 

DSC04027

Okay lah.. setelah seharian di luar memang balik tu rasa nak tido je.. Ni aku nak share dekat korang. Haha. Duduk kat negara matawang tinggi ni kena berjimat cermat selagi boleh. Dalam gambar di atas ni merupakan antara “souvenir” yang sempat aku “kutip” masa kat W Hotel. Hahahaa !! Dalam bekas kecik tu ada madu, ada jugak yang berisi jem. Aku ambil yang madu je. Lepas tu yang kotak kecik bentuk segitiga macam piramid ni, merupakan teabags. Ada beberapa perisa the kat situ. So dah boleh cover untuk minum pagi ! Hahaaa…

 

 

Okay lah next time bila ada peluang aku update lagi pasal kisah ke Barcelona tahun 2015 ni okay. Ada perkara menarik yang aku nak share dengan korang semua gituuu.. Thanks sudi baca !

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem @ Barcelona !


2 ulasan:

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay