Assalamualaikum…
Wah wah ade pembaca perasan tak yang Nisa semakin rajin update blog ? Hew hew hew ! Alhamdulillah sejak wujud persekitaran dan suasana bekerja ni, makin mudah aku mendapat semangat dan ilham untuk update blog. Dan kebetulan juga entry mengenai travel masih banyak bersusun memintak di-publish di blog sendu ku ini. Nanti dah habis entry travel, konfem menganga je tak tahu buat apa haha !
Okay okay mariii teruskan perjalanan ! Selepas bersuka ria di AmorePacific Beauty Campus, kami terus ke lapangan terbang Gimpo untuk menaiki pesawat ke Pulau Jeju ! Alhamdulillah dapat jugak merasa jejak kaki ke Pulau Jeju ni.. sebab tahun lepas trip ke Jeju dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Sampai je di Pulau Jeju, kami terus makan malam. Ikan bakar hoiii sedapnya ! Kuah sebijik macam asam pedas, siap ada budu cicah ! Hahahahah sangat sangat sedap !!
Jadi malam ini kami semua menginap di THE SHILLA JEJU… Psttt ade rakan media merisik-risik mengenai hotel ni… Katanya one of the best hotel in Korea eh ? Alhamdulillah rezeki kami. Bilik satu sorang lagi tu. Sebelum berangkat ke Korea kami sudah dilengkapkan dengan info sheets mengenai penginapan kami, tapi aku langsung tak tengok.. maklumlah tengah sibuk nak ke Melbourne masa tu..
Bilik yang sangat luas dan selesa ! Katil saiz king huiii buat apa tido sorang. Kalau tahu, memang dah angkut mak abah haha ! Alhamdulillah…
Bilik mandi pun best. Haha Cermin besor gila. Beleklah muka puas puas kat situ ye… Kalau aku, aku memang lambakkan barang barang skin care dan mekap aku dekat tepi singki tu muehehehee..
Auwww pihak innisfree tak pernah tak sweet tau ! Kami disambut dengan aroma the hijau yang sangat memikat dan menenangkan ! Sangat sangat jatuh cinta dengan Perfumed Diffuser ni… bau nya sangat lembut dan tak buat sakit kepala.. malah sangat relaxing ! Ditambah pula ada jus buah dan biskut biskut..
Bangun pagi, disambut pulak dengan udara segar dan kicauan burung. Aduh aduh dikala menaip entry dan mengingati semula momen di Pulau Jeju, memang boleh buat air mata ni bergenang. Rindunya pada suasana di sana tau !
Excited sangat pagi pagi dah buat senaman lompatan gituuu. Hahaa… Jadi, hari ini kami bakal menghabiskan masa di lokasi-lokasi menarik yang akan pihak innisfree bawa. Hee tu yang excited terlebih kalsium tu.
Pagi pagi selepas sarapan kami sudah menjejakkan kaki di Sulloccha Green Tea R&D Center. Khasss untuk rakan media dan blogger yang mengikuti innisfree Green Tour 2015 ini, mereka bawa kami lihat dengan lebih dekat dan fahami cara cara mereka di pusat kajian dan pembangunan ini melaksanakan tugas mereka demi mendapatkan hasil optimum untuk digunakan dalam produk innisfree .
Di depan mata kami, seorang saintis menunjukkan demonstrasi kesan antioksidan yang terkandung di dalam ekstrak teh hijau. Memang kagum sangat tengok ketelitian mereka di Green Beauty Lab ni menjalankan tugas, demi mendapatkan yang terbaik untuk pengguna produk innisfree .
Beliau juga menjelaskan kepada kami kronologi kajian terhadap tumbuhan teh hijau ni. Makin lama makin banyak yang mereka discover. Ternyata teh hijau ni banyak sangat khasiat dan kegunaannya ! Dan antara teknik terkini yang digunakan untuk mendapatkan ekstrak segar teh hijau ialah teknik “perahan”. Ahaa ingat jus buah je boleh diperah perah ? Ekstrak teh hijau pon boleh !
Antara khasiat yang dikenal pasti melalui kajian di sini :
1. Anti-inflammatory
2. Solution for skin barrier recovery
3. Anti-wrinkle effect
4. Anti-aging
5. Mosturizing
Bila dah datang sini dan tengok sendiri, baru lah tahu sebenarnya bukan daun teh hijau je yang digunakan untuk mendapatkan ekstrak. Malah bahagian-bahagian lain pokok teh hijau ni juga boleh digunakan untuk mendapatkan bahan yang memberi banyak manfaat.
So… daripada hasil kajian dan pembangunan ekstrak teh hijau itu tadi, terhasillah rangkaian produk yang berasaskan teh hijau oleh innisfree nii… Ahaha Lee Min Ho pun kulit muka dia gebu gebas je pakai the green tea seed serum ni ! Tapi botol besar tu takde jual la ye. Kalau ade, maunye setahun pun belum habis pakai! Haha. (Pic was taken by me during innisfree Fiesta 2015 at Kuala Lumpur).
Selepas semua pengetahuan mengenai proses dan kajian teh hijau kami dengar dan serap, maka masa untuk minum the ! Ahaaa teh hijau ni baik untuk turunkan berat badan juga tau ! Minum tiga gelas sehari untuk nyah toksin dalam tubuh badan. Tapi ! Haruslah teh hijau yang segar, tanpa sebarang gula atau perasa ya !
Okayyy ! Masa untuk jalan jalan dalam ladang the ! Eh eh akak kat mana ni uols ? Mana semua orang ? Sesat pulak ke ? Haa tu lah feeling sangat sangat, sorang sorang pulak tu. Pfffttt…
Ahaaa kemain semua orang ya ! Suka sangat diaaaa dapat berjalan jalan menikmati pemandangan ladang teh ya !
Baiklahhh.. selesai sudah sesi di Green Beauty Lab. Seronok sangat dapat tengok secara dekat proses mereka mengkaji dan menguji bahan bahan untuk produk innisfree ni. Bertambah- tambah yakin dengan produk innisfree yang dihasilkan dengan bahan bahan organik, malah bahan bahan tersebut didapati secara segar langsung dari Pulau Jeju. Okay lah.. kami nak seberang jalan kejap, nak melawat satu lagi tempat best ! Nantikan entry seterusnya yaa…
XOXO,
Putewi Hensem.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamSeronoknya kak nisa :-)
BalasPadamlawanya...
BalasPadambestnya kak nisa...:)
BalasPadam