Jumaat, 25 September 2015

Innisfree Green Tour 2015 – Korea Part 4

 

 

Assalamualaikum…

 

 

innisfree Green Tour 2015 (48)

 

Perjalanan bersama innisfree dan rakan rakan media serta blogger diteruskan lagi ! Kali ini kami ke Amore Pacific Beauty Campus yang terletak di Osan, Gyeonggi-do. Ternganga kejap melihatkan kawasan sekitar Beauty Campus yang sungguh nyaman, bersih dan juga sangat minimalis. Reka bentuk bagunan dan suasana sekitar yang sungguh ringkas, tidak serabut haha.

 

innisfree Green Tour 2015 (49)

Sebelum masuk ke kawasan pameran interaktif Beauty Campus, kami diberi iPad sebuah seorang. Wahh bagi free ke ni ? Wakakak… Ternyata bukan iPad yang kami bakal terima hahaha… Kami diberi peluang untuk memilih warna liptik (seperti yang tertera di skrin) mengikut kesukaan masing masing dan kami akan menerima lipstik tersebut di akhir lawatan nanti. Nanti aku kongsikan gambar liptik tersebut okay.. so kenalah baca entry ni sampai habis ye ? Wakaka..

 

 

StoryGarden_by_AMOREPACIFIC

[Picture credit here.]   Haaa wayang 180 darjah ! Melalui ilustrasi dan grafik yang ditayangkan, kami diberi pencerahan mengenai serba sedikit sejarah  dan titik permulaan empayar Amore Pacific ni. Kini, Amore Pacific merupakan syarikat pengeluar pelbagai jenama besar selain innisfree .

 

BRC Imagination Arts AmorePacific Story Garden origins

[Credit picture here.]   Baiklah Nisa kongsi sikit ruang pameran interaktif di Amore Pacific Beauty Campus ni ya ! Haa tapi ni bukan gambar yang Nisa ambil lah.. Nisa cari di Google saja haha… Sangat seronok melihat sendiri di depan mata.. Nak explain macam mana pun tak reti. Pendek kata di sini kami diberi lebih pendedahan mengenai Amore Pacific dan juga jenama innisfree itu sendiri. Kami juga sempat melihat suasana kilang pengeluaran produk di Amore Pacific ini. Sungguh luas, teratur, kemas dan bersih !

 

 

innisfree Green Tour 2015 (graphic)

Okay mari sentuh sedikit mengenai kaitan Pulau Jeju dengan jenama innisfree ni.. Seperti yang kita sudah maklum, jenama innisfree menggunakan bahan bahan yang terdapat di Pulau Jeju khususnya. Hal ini kerana kesegaran bahan dan juga suasana pulau tersebut sesuai untuk pertumbuhan bahan bahan yang diperlukan. Setiap bahan tertentu didapati dari bahagian tertentu Pulau Jeju.

 

Selain itu, innisfree turut mengamalkan “fair trade” di mana bahan seperti nutmeg dan bunga camellia dipetik dan dikutip sendiri oleh penduduk wanita di Pulau Jeju, dan situasi ini sekaligus membuka ruang pekerjaan kepada penduduk di Jeju, dan memelihara alam sekitar (tanpa penggunaan mesin dan jentera).

 

 

Okay jom kita lihat pulak kisah di sebalik logo innisfree ni

 

clip_image002

clip_image004

Featuring natural ingredients
PURE INGREDIENTS

From various flowers to plants, volcanic cluster to natural seaweeds and more, innisfree’s products boast the best of Jeju’s ingredients.

clip_image006

Representing reliable R&D
MEDICINE MORTAR

innisfree dreams to keep the pristine island that brings healthiness to the skin by combining R&D capabilities and natural ingredients. For that, innisfree concentrates its research effort particularly into the plants of Jeju Island.

 

clip_image008

innisfree’s environmental ethos
ECO-FRIENDLY CONTAINER

innisfree minimizes environmental contamination through nature-conscious design and branding low-carbon containers, 100% recyclable packaging and re-usable tangerine peel labels.

 

clip_image010

Offering the benefits of pure nature
A HEALTHY HEART

At the bottom of the symbol lies a plate that resembles open arms. It symbolizes the good heart of innisfree that shares the benefits of clean nature.

 

 

 

Amore Pacific Beauty Campus 1

[Credit picture here.]   Menghampiri penghujung lawatan kami, Kami tiba di kawasan mengambil gambar ini Haha sangat menarik  tau ! Di sini kami perlu berdiri di hadapan mesin mengambil gambar, kemudian pilih our best picture dan juga grafik yang ingin kita masukkan bersama gambar. So boleh lah kita feeling model iklan kejap ! Haha nak tahu macam mana rupa gambar yang Nisa ambil ? Ehemmm sila teruskan membaca…

 

 

innisfree Green Tour 2015 (69)

Wakakaka itu dia model krim muka innisfree !! Wahahaha…
Dan disebelahnya ialah lipstik yang aku cerita di awal entry tadi.. Ahaaaa jom kita close up sikti lagi.

 

innisfree Green Tour 2015 (70)

Jeng janggg !! Ini ayat yang aku masukkan masa mendaftar di iPad tadi. Motif sangat kan ayat Nisa ni haha.. Punye lah tak tahu nak tulis apa haha. Boleh juga kalau nak bagi hadiah kat mak ke, adik ke, kakak ke, besfren ke kan.. Boleh ukir nama dorang kat lipstick ni. Kompem walaupun dah habis tetap simpan bekas nii hehehe..

 

 

innisfree Green Tour 2015 (51)

Haruslah melompat dengan lebih tinggi di kawasan yang telah Nisa jejakkan kaki, ye dak ? Kekekee..

 

 

innisfree Green Tour 2015 (52)

Selesai lawatan kami di pameran interaktif yang dipanggil STORY GARDEN di Amore Pacific Beuaty Campus ni, kami curi masa kejap feeling feeling student luar negara. Haha ada macam student yang duduk lepak lepas kelas tak ? Cuaca yang sangat sangat best ! Tapi kami tak boleh berlama lama di sini, sebab nak kena bertolak ke Gimpo Airport ! Hehe Jomm lah. Nantikan entry seterusnya ya !

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


1 ulasan:

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay