Rabu, 21 Oktober 2015

AQU Skincare kini boleh didapati di Watsons seluruh Malaysia !

 

 

Assalamualaikum..

 

Photo 1

Hai semua pembaca ! Ecewah haha. Baru-baru ni Nisa ada menghadiri majlis pelancaran sebuah jenama penjagaan wajah yang sebenarnya tidak asing lagi di Malaysia ni. aQu Skincare – It’s Me ini mula memasuki pasaran dengan jualan melalui website sahaja, kini mengorak langkah baru dalam dunia pemasaran, aQu Skincare – It’s Me kini secara rasminya sudah mula dijual di outlet Watsons seluruh Malaysia !

 

 

Blog Nisa Kay - AQU Skincare 2

Caryn Loh, General Manager of Trading Watsons Malaysia dan  Adura Kamarul Zaman, Marketing Director of Fountain of Health Sdn Bhd.

 

Dengan memasuki pasaran retail secara offline, pengguna kini boleh beli produk aQu Skincare ni secara terus dari Watsons. Lebih 100 outlet Watsons di seluruh negara telah mula menjual produk-produk rangkaian ni aQu Skincare ye.. So lepas ni mudah sangat nak beli, kalau toner tetibe habis ke, pencuci muka tetibe habis ke.. boleh zass terus pergi ke Watsons dan beli ! Maklumlah barang best ni kadang-kadang adik beradik suke tumpang guna sama. Ehehehe (melalui pengalaman seorang kakak !)

 

Blog Nisa Kay - AQU Skincare 3

Yang Mulia Tengku Mudzaffar Tengku Zaid, Executive Director of Fountain of Health Sdn Bhd dan aQu Brand Ambassador Carey Ng, Miss Universe Malaysia 2013.

 

Turut berkongsi pengalaman menggunakan produk aQu Skincare adalah Carey Ng, Miss Universe Malaysia tuuu ! Tengok dedepan memang lawa aihhh orang nya ! Kulitnya bersih cantik, mekapnya nampak lawa dan kemas di atas kulit wajah. Oh ye, salah satu tips untuk mekap tampak terletak dan kemas je kat muka ialah kulit wajah yang SIHAT ! Jadi mungkin you guys boleh mulakan dengan aQu Skincare ?? Hehehe.. Lelaki pun boleh guna produk ni aQu Skincare !

 

Blog Nisa Kay - AQU Skincare 6

Spotted ! Tengah sibuk update instagram mengenai event ni masa tu haha ! Tapi photographer macam dengki sikit la sebab dia lagi rela fokus kerusi daripada fokus aku yang lawa tu ! HAHAHAH !!!

 

 

Blog Nisa Kay - AQU Skincare 7

Terima kasih kepada pihak Fountain of Health Sdn Bhd , aku dapat full set produk aQu Skincare untuk dicuba wohoo !! I was so excited ! Full size produk pulak tu semuanyaaa…. Jom berkenalan dengan produk-produk ni !

 

 

Blog Nisa Kay - AQU Skincare 8

FACE WASH  /  PENCUCI WAJAH – Mempunyai fungsi untuk mencerahkan kulit wajah, diperkaya dengan bahan-bahan seperti licorice dan juga chamomile yang membuatkan pencuci ini sesuai dengan semua jenis kulit ! Berfungsi sebagai deep cleansing, boleh remove mekap semua lah. Nisa suka sangat ! Teksturnya pekat dan tak perlu pakai banyak masa cuci muka tu. SIkit pun dah cukup buih untuk satu muka !

 

 

Blog Nisa Kay - AQU Skincare 9

REFRESHING TONER  /  PENYEGAR WAJAH  - Berfungsi menyerap semua lebihan minyak di wajah agar muka tak nampak berkilat jeee. Gabungan licorice dan juga ekstrak bearberry juga berfungsi untuk mencerahkan wajah. Wahh.. Nisa suka ni sebab bau dia sangat wangi, macam perfume ! Memang dia kasi bersih semua sisa kotoran yang tertinggal masa proses cuci muka.

 

 

Blog Nisa Kay - AQU Skincare 10

RADIANT MOSTURISER  /   PELEMBAP – Mengembalikan kelembapan wajah, lagi-lagi bila kita pakai sebelum tidur, jadi masa kita tidur mosturiser ni akan turut membaiki kulit wajah. Berfungsi juga untuk mengurangkan garis halus dna kedut, mengembalikan keremajaan kulit gitu. Nisa suka yang ini jugak ! Nak rekeman pada semua. Satu pump je dah cukup untuk satu muka, senang absorb dan seakan water-based, dia tak berminyak ! Bila pakai waktu malam, bangun tidur tu kulit rasa lembap sangat !

 

 

Blog Nisa Kay - AQU Skincare 11

FACE SCRUB  /  SKRUB WAJAH  -  Seminggu sekali gitu kita memang kena skrub kulit wajah kita, untuk buang sel sel kulit mati dan kotoran yang melekat di muka. Turut berfungsi untuk mengelak dari pembentukan blackhead whitehead semua tu lah, sambil dia membantu pertumbuhan sel kulit yang baru. Ahaaa konfem kulit lebih cerah, lembut dan bermaya !

 

 

 

Blog Nisa Kay - AQU Skincare 12

CC CREAM SPF35 – Mempunyai formula transfer-resistant. Ini bermakna bila apply kat muka, dia tahan lama! Gituu.. Kulit akan kekal tampak licin, dan ia tidak mengeringkan, wajah sentiasa segar sepanjang hari !

 

Blog Nisa Kay - AQU Skincare 13

Bagi mereka yang sukakan mekap yang ringkas, tipis.. Nisa nak rekemenkan aQu Skincare  CC Cream ni ! Sangat senang nak apply ! Guna jari je, dab dab dab satu muka, dah rata dan yang paling best ia tidak melekit ! Dan boleh ratakan warna kulit. Jadi tak perlu risau nak kena beli shades apa cc cream ni, sebab it fits for all ! Gitu. Nisa suka sebab sangat ringat dan nampak natural serta tidak bercapuk. Best lah !

 

 

Blog Nisa Kay - AQU Skincare 15

Walaupun baru seminggu camtu Nisa mencuba produk ni.. tapi sejujurnya Nisa sangat terkejut ! Ahaa dah terkejut kenapa pulak kan ? Haha.. Kulit Nisa bukan lah kulit yang sensitif sangat, tapi kalau ada produk yang tak elok bila letak kat muka, memang kejap je kulit ni tunjuk kesannya, letaklah jenama apa pun mahal ke murah, semua akan jadi macam ni.

 

Tapi as for aQu Skincare  ni.. Nisa sangat sangat sukakannya ! Nisa cuba full range nya, alhamdulillah bila bangun pagi kulit tak berminyak.. Okay secara rasminya memang sangat sukakan mosturiser nya dan juga CC Cream. Memang Nisa personally suka produk pelembap yang tak tinggalkan kesan seakan berminyak. Yang cepat absorb, double like ! CC Cream pun light coverage, ringan, kulit tak rasa sesak sangat hehe…

 

 

Blog Nisa Kay - AQU Skincare 14

Jadiii uollss… marilah kita beramai-ramai mencuba produk ni aQu Skincare yaaa.. Boleh dah korang dapatkan terussss dari outlet Watsons seluruh negara. Kalau yang takde masa nak keluar tu, boleh lah beli secara online. Gituuu… Yang palinggg penting !! Produk-produk aQu Skincare – It’s Me  telah disahkan HALAL ! Jadi jangan risau kandungan yang terlarang ke apa. Memang takde okeh. Jadi jangan lupa cuba yaa ! Harga sangat berpatutan.

 

 

LAMAN WEB RASMI AQU : www.aqu.my

INSTAGRAM : @aqu.official

 

Untuk pembelian produk aQu Skincare secara online, atau
maklumat lanjut, sila
KLIK DI SINI

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


2 ulasan:

  1. Omg, what a great success.
    Happy for you nisa kay!

    Bless to you and your success!!! :D

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay