Assalamualaikum…
Hari tu Nisa ada dapat undangan dari pihak Sunsilk untuk satu acara pelancaran program terbaru dari Sunsilk dengan kerjasama Astro. Undangan ni Nisa dapat menerusi Nuffnang. Thank you Nuffnang ! Masuk je Flora Terrace kat Hampshire Place tu, kemain haa terpaku kejaplah tengok deko kat dalam tu, penuh je bunga bunga di atas kepala.. dah macam majlis perkahwinan. Tema memang sweet je…
Thank you Samantha from Nuffnang for the company (in the middle) ! Dan turut berada di sana ialah blogger dan usahawan terkenal R Nadia Sabrina.. yeayyy !
Majlis dimeriahkan dan diacarakan oleh pelakon dan penyampai radio terkenal, Sharifah Aleya. Hee I like her, a lot ! She’s bubbly and funny !
Jadiiii.. masa yang ditunggu telah tiba ! Pihak Sunsilk telah melancarkan program TV yang dinamakan “Kecapi Impianku bersama Sunsilk” dengan kerjasama Astro. Menurut Sylvie Ting (Pengurus Jenama), rancangan ini akan memberikan platform kepada para gadis berhijab di luar sana untuk mencapai cita-cita mereka dalam bidang yang diminati.
Lebih info mengenai rancangan “Kecapi Impianku bersama Sunsilk” :
- Sunsilk begitu komited untuk memperkasakan wanita berhijab dalam mencapai impian dan berkongsi kisah mereka.
- Sunsilk telah memilih TIGA (3) orang role model untuk membimbing TIGA (3) gadis berhijab yang bakal terpilih untuk mencapai cita-cita mereka dalam bidang masing-masing.
- Mentor Najwa Latif akan membimbing protégé terpilih dalam bidang muzik.
- Mentor Melissa Saila akan melatih protégé yang terpilih untuk mencapai cita-cita dalam bidang perfileman.
- Mentor Khairunnisa Kasnoon (pembaca berita Astro Awani) akan membimbing protégé untuk bidang kewartawanan.
- Ketiga-tiga peserta akhir TIDAK bersaing, masing-masing akan melalui pengalaman untuk belajar daripada mentor yang ditetapkan.
- Perjalanan ketiga-tiga gadis berhijab yang terpilih akan disiarkan menerusi Astro saluran 104 (Astro Ria) HLIVE! bermula 14 Oktober 2015, setiap hari Rabu, Khamis & Jumaat jam 8.30 malam.
Khairunnisa Kasnoon dan Khairunnisa Aminullah ! Hehehee~
Entry diakhiri dengan selfie bersama mommy blogger yang comel sangat yakni Yuyu Zulaikha !!!
MORE INFO : https://www.facebook.com/SunsilkMalaysia
XOXO,
Putewi Hensem
Putewi Hensem
Menarik jugak rancangan kecapi impianku bersama sunsilk bila dibaca betul-betul. Jadi teringin nak join.
BalasPadamhttp://angellovesoldier.blogspot.my/
kak nisa mata shining2 heee cantikkk :)
BalasPadam👍👍👍
BalasPadamowh yang ni ke, ada klip video preview iklan kat youtube tu..
BalasPadamSemoga gadis2 berhijab dapat mengecapi impian mereka ...
BalasPadamgadis sunsilk :) salam 2016 :)
BalasPadam