Rabu, 17 Ogos 2016

Pelancaran outlet OBERMAIN di Mid Valley, kini tampil dengan konsep dan wajah baru !






Assalamualaikum...

Wahh teruja kejap pabila kotak emel dijengah jemputan ke acara pelancaran outlet baru Obermain yang kini berwajah baru. Haa melihatkan foto di atas, jelas sekali bukan apa yang membuatkan Nisa tambah teruja ! Yaa... outlet Obermain akan dilancarkan oleh penyanyi berlesung pipit ini !! Oh my Afgan....


Okay.. taknak bebel panjang lagi.. jom baca sedikit info mengenai jenama OBERMAIN :
  • Jenama ini diasaskan di Jerman sejak tahun 1888 lagi.
  • Terkenal dengan rekaan kasut yang berkualiti, bergaya dan selesa.
  • Turut mempamerkan koleksi pakaian, kasut dan aksesori.
  • Rangkaian ini juga boleh didapati di Singapura, Malaysia dan Indonesia.
  • Menggunakan Active Technology serta Air Cool Technology dalam memastikan kasut berkualiti dan sangat selesa.



Outlet Obermain yang terletak di unit F-057, Tingkat 1, Mid Valley Megamall (berhampiran Centre Court) mempamerkan konsep retro dan juga modern industrial sebagai wajah baru mereka. Menarik dan minimalis, Nisa suka betul dengan konsep begini ! Obermain turut menjayakan gabungan elemen yang kontras termasuk kombinasi maskulin dan feminin. Dari pandangan Nisa sendiri, Nisa lebih senang dengan kedai dengan hiasan dalam ringkas namun punya imej tersendiri ni.




Outlet terbaru Obermain di Mid Valley ini menawarkan pelbagai pilihan sesuai dengan lelaki dan juga wanita. Haaa kecik besar kecik besar je mata Nisa perhati koleksi baru mereka ni. Sangat bergaya, ringkas, tampak eksklusif dan bila Nisa cuba kasutnya.. wah selesa betul !! Terbaru dari Obermain juga merupakan koleksi pakaian lelaki yang mendapat inspirasi dari gaya maskulin yang "timeless" gituu... Lepas ni abang abang semua boleh dapatkan kemeja formal dan kasual di Obermain !




Meriah sungguh acara pelancaran ini kerana turut dihadiri oleh para VIP.. artis dan selebriti Malaysia.. rakan-rakan bloggers dan ramai lagi lah ! Haa penuh kejap kedai ni hehehe...



Haaa koleksi kasut wanita pun memang sesuai dengan keperluan setiap peringkat umur.. Untuk wanita muda yang bergaya, untuk para ibu yang mementingkan keselesaan, juga untuk wanita bekerjaya.. Semua ada.. Koleksi tas tangan pun sangat mengujakan ! Sampai pening kami nak pilih yang mana satu nii.. Hehehe..










Haa nampak tak berapa pasang tu Nisa dan rakan-rakan blogger cuba kasut. Semuaaa lawa dan sangat selesa bila dipakai ! Sesuai untuk banyak jenis acara pulak tu.. Sudahnya kami memang pening lah nak memilih ! HAHA.... Masa mula-mula sampai tu macam berkenan dengan kasut lain.. Bila dan pilih dan cuba.. aik berkenan pulak dengan kasut lain ! Haaa...





Nampaknya bahagianya muka Nisa bila berjaya jua memilih kasut yang berkenan di hati ! Haha... Oh yaa.. terima kasih tidak terhingga kepada pihak Obermain kerana sudi menjemput Nisa untuk sama-sama merasai kemeriahan pelancaran outlet terbaru ni. Dapat cuci mata tengok Afgan yang jaraknya hanya dua tiga langkah dari depan Nisa pun bahagia dah ! Haha..





Kepada semua, jom ke outlet terbaru Obermain di Mid Valley Megamall !!

OBERMAIN
F-057, TINGKAT 1, MID VALLEY MEGAMALL
(CENTRE COURT)






3 ulasan:

  1. ingatkan restoran baru tadi. kedai baju rupanya =D

    BalasPadam
  2. wow... ada Afgan yaa. One of Indonesian Male Singer yang famous banget di Indonesia. Nampak cantik pula ya kedai bajunya.

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay