Rabu, 24 Ogos 2016

Model video laman web ROOPAWAN.COM




Assalamualaikum...


Haaa dah berbulan lamanya perkara ni berlalu, baru lah Nisa nak update ye ! Haha... dulu selalu juga update pasal aktiviti macam ni.. Kiranya mengenai job Nisa dan jugak penampilan Nisa di mana-mana media lah. Haaa awal-awal ni Nisa nak kata, Nisa bukan nak menunjuk tau.. Tapi lebih kepada nak promo pulak klien yang satu nii...



Okay lah.. cerita dia macam ni.. ROOPAWAN ni merupakan sebuah laman web yang menjadi hub kepada jenama-jenama lokal di negara kita.. dan yang penting sekali, fokus ROOPAWAN ialah jenama yang dibangunkan dan dijalankan oleh orang-orang Melayu / jenama Muslim. Haaa kalau laman web biasa kan bercampur-campur.. Yang ini pulak laman web memang milik orang Muslim, mengenengahkan pulak jenama-jenama orang Muslim. Gituu.



With makeup artist, Yna Sakinah.


Nisa tak sangka pulak, founder laman web ROOPAWAN ni sudi melamar Nisa jadi model klip video yang akan ditayangkan di laman facebook rasmi mereka dan of course lah akan dipaparkan juga di laman web ROOPAWAN ! Haaa kembang kempis idong akak kau ni bila menerima tawaran tersebut. Syukur kepada Yang Maha Pemurah kerana membuka pintu rezekiMu untukku.






Okay ini antara poster yang terhasil berikutan hari shooting tersebut. Baju yang Nisa pakai tu eksklusif dari jenama Dokoh. Memang meriah sangat dan sangat bold !! Terasa seperti datin-datin pulak bila memakainya.. Gitohhh boleh lawan Dato Vida tak wakakaka... Tapi serius baju ni sangat sangat menyerlah ! Rasa nak jadi mannequin jap kat mall pakai baju ni hew hew hew...






Ini lah dia abang-abang yang bertungkus-lumus mendapatkan angle terbaik dan bersabar sangat sangat melayan kerenah Nisa ! Haha maklumlah Nisa ni kayu je uolsss ! Nasib la dorang tabah je merakam video dan aksi Nisa hahaha thank you ye !! Haa nak tengok tak hasilnya macam mana ? Jom tonton video di bawah :





Terima kasih sangat sangat kepada pihak ROOPAWAN kerana sudi ambil Nisa jadi model klip video ni. Haa merasalah feeling macam artis kejap duk lip-syn lagu Muahahahaa... Korang jangan lupa pergi ke laman ROOPAWAN tau.. But they are pretty new, and inshaAllah produk dan pilihan akan semakin banyak dari masa ke semasa !





Laman web :
http://roopawan.com/

Facebook Page :
https://www.facebook.com/Roopawan-968248896556301/?surface=rese








19 ulasan:

  1. hehehe..tak salah ROOPAWAN ambil nisa jadi model..cantik! hehhhehe..jurumekap tu pun cantik juga..:)

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
  2. @penaberkala nuar kadang kadang saya pun rasa saya artis. eh ! :P

    BalasPadam
  3. Tak pernah tak gorgy gorge! :)

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay