Isnin, 10 Oktober 2016

TRAVEL | Day 2 : Nisakay Ke Kyushu, Jepun




Assalamualaikum..

Fuh fuhh selaju mungkin Nisa cuba siapkan blogpost mengenai perjalanan di sekitar Kyushu, Jepun. Kalau lambat-lambat nanti sampai tahun depan pun belum tentu update, ye dak ? Hahaha.. Baiklah marilah kita teruskan cerita. 

Alkisahnya usai kami bangun tidur dan sarapan, kami check out dari Ibusuki Iwasaki Hotel dan terus menuju ke lokasi tertera di dalam gambar di atas. Walaupun pagi itu agak sejuk kerana hujan dan angin kuat, tapi tidak langsung mencacatkan trip kami. Malah kami enjoy angin dingin!





NAGASAKIBANA, CHIRAN

  • Sebuah tokong kecil yang mengadap lautan dengan gunung berapi Kaimondake sebagai pemandangan indah
  • Terdapat beberapa patung penyu di sekitar tokong ini
  • Dikaitkan dengan kisah dongeng di mana terdapat sebuah istana di dasar laut dan didiami oleh seorang puteri (baca kisah penuh di sini)





Pengunjung atau penduduk tempatan biasanya akan datang ke sini untuk berhajat atau "make-a-wish" . Bayaran akan diletakkan di dalam tabung yang disediakan, kemudian mereka akan menulis nama atau hajat mereka di atas cengkerang yang tersedia. Tempayan-tempayan besar yang ada di tokong ini penuh dengan cengkerang yang mengandungi ucapan / hajat / nama pengunjung.





CHIRAN PEACE MUSEUM FOR KAMIKAZE PILOT

  • Dibuka bersempena mengingati para pejuang berani mati ketika Perang Dunia Kedua.
  • Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Cas masuk : 500yen (sumber : Japan Guide)
  • Para pejuang terdiri daripada warga sekitar Kyushu dan juga lain-lain kawasan.
  • Mempamerkan gambar-gambar juruterbang berani mati, surat akhir mereka dan pelbagai barangan peribadi yang didermakan oleh ahli-ahli keluarga mereka.




Muzium ini terletak di atas tapak pengkalan udara dari mana juruterbang berlepas untuk misi akhir mereka. Muzium ini menampilkan sisi personal setiap pejuang berani mati, mempamerkan barangan peribadi mereka yang dikongsi oleh ahli keluarga. Bahagian kegemaran Nisa, membaca surat akhir pejuang-pejuang ini buat insan tersayang mereka. Sungguh menyentuh perasaan. 




Seterusnya... Kami teruskan perjalanan ke Chiran Samurai Residence yang terletak tidak jauh dari Chiran Peace Muzium. Cuaca yang agak baik sebelumnya bertukar hujan, namun begitu Nisa rasa hujan tersebut memberikan kami "a very good feeling". Haa kenapa ? Sebab anginnya tak sejuk tak panas. Sesuailah dengan kami yang perlu berjalan-jalan di sekitar Samurai Residence  ni. Kalau panas nanti berpeluh pulak, lagi tak selesa ye dak ?




CHIRAN SAMURAI RESIDENCE 
  • Menampilkan kawasan tempat tinggal samurai yang dipelihara, lengkap dengan landskap dan rumah-rumah yang berusia sekitar 250 tahun.
  • Kawasan ini merangkumi penempatan samurai sepanjang 700 meter.
  • 7 buah taman yang indah dibuka kepada para pengunjung. 
  • Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (dibuka setiap hari)
  • Caj masuk : 500 yen (sumber : Japan Guide)



Kami dibawa ketujuh-tujuh kediaman samurai untuk melihat gaya hidup mereka, dan yang terutama sekali lanskap taman mereka. Apparently, setiap rumah samurai mempunyai taman masing-masing. Setiap taman pulak memang kaya dengan kehijauan dan mempunyai maksud tersendiri. Namun persamaannya, taman-taman yang dihias di setiap kediaman pasti menggambarkan alam semulajadi seperti gunung, hutan, bukit-bukau, pulau dan lautan. Unik bukan ! This is definitely my favorite spot  from the trip!




Hujan-hujan ni kami dibelanja pula dengan teh hijau panas-panas dan manisan tempatan. Basically manisan tu diperbuat menggunakan tepung, gula hitam dan beberapa bahan lain (yang semestinya orang Muslim boleh makan). Manisan pun lembut, masih panas dan lembut sangat alahaiii, sedap nya ! Kena pula dengan teh hijau panas yang ada rasa pahit-pahit sikit tu. Pergghh perfect match !




Amboi semua dah kenyang perut lepas makan tengahari, maka kami memilih untuk mengadakan sesi "photoshoot" di tengah-tengah jalan di hadapan restoran ini ! Haha sempoi je kan. The thing is when it comes to travelling, every corner of a certain place can definitely be your photo spot ! Pohon-pohon yang tinggal ranting ini sebenarnya pohon sakura. Bayangkan kalau musim ia berbunga lebat !







Selepas masing-masing kenyang, kami teruskan pula ke lokasi seterusnya iaitu Karukan Factory - sebuah kilang membuat barang perhiasan kaca. Lokasi ini agak mengujakan bagi Nisa kerana kami masing-masing berpeluang belajar asas seni memotong kaca (glass cutting). Pada mulanya Nisa macam takut-takut nak cuba, memandangkan mesin tersebut nampak menakutkan. Tetapi, mesin memotong dan mengasah kaca tersebut tidak tajam langsung, cuma perlu berhati-hati agar tidak terkena kuku / benda keras (contoh : cincin atau gelang).




Melalui pengalaman Satsuma Kiriko (kaca) ini, Nisa lebih menghargai barangan yang dibuat menggunakan daya kreativiti dan buatan tangan (handmade) kerana produk seperti ini TIDAK MUDAH untuk dihasilkan dan sungguh memakan masa. Pelbagai jenis barang perhiasan dihasilkan melalui proses ini. Selain gelas minuman pelbagai motif, pelbagai aksesori turut dihasilkan.




Haa tak pasal boleh jadi model Satsuma Kiriko ni ! Cincin yang sangat stylo dan pin yang boleh digayakan dengan pelbagai cara, termasuk memakainya di tudung.


SATSUMA KIRIKO (GLASS) MAKING EXPERIENCE

  • Pengunjung berpeluang mempelajari asas mengasah dan memotong kaca menggunakan mesin yang tersedia.
  • Pengunjung berpeluang membeli barangan perhiasan pilihan mereka (custom made) 
  • Boleh juga beli barangan yang sudah siap dihasilkan dan dipamerkan di ruang galeri Satsuma Kiriko.
  • Rujuk sejarah dan sumber pengaruh penghasilan Satsuma Kiriko di sini.
  • Caj masuk & sesi membuat Satsuma Kiriko : 6000yen
  • Membuat perhiasan Satsuma Kiriko (customized) : 15000yen





Alhamdulillah we had great food and great company for the night ! We had two officers from Minamikyushu Tourism Department joined us for dinner. Thank you so so much for the welcome gift too ! Untuk lebih info mengenai makanan di sini, baca blogpost ini.


Sekian hari kedua Nisa di Kyushu, Jepun. Semestinya highlight untuk trip hari kedua ini ialah lawatan ke Chiran Samurai Residence dan jugak pengalaman membuat Satsuma Kiriko. Jumpa lagi di blogpost akan datang !









NISA KAY.

42 ulasan:

  1. tgk oak pun dah mcm org jepun dah ;-)

    BalasPadam
  2. That handmade accessories looks great on you =) Malaysia have market for that kan? 🐹

    BalasPadam
  3. bila tengok gambar gambar kat jepun, aku tau yang aku memang dilajirkan di jepun. tapi malangnya dibesarkan di malaysia, ;p

    BalasPadam
  4. @TianChad Chen if they make me as one of the model, yeahh! :P

    BalasPadam
  5. @Nurul Baidurah serius cantik, tak puas bergambarrr. tapi tu lah hujan.

    BalasPadam
  6. seni bina bangunan di sana memang unik kan lain dari yang lain rasanya ..
    lagi satu memang berbaloi lh kalau dapat holiday ke sana

    BalasPadam
  7. Gambar kat taman tu sumpah cantik! Macam kat movie disney pulak. hahaha

    BalasPadam
  8. ya ampunnn lawa nya . kene minx husband beli tiket ke jepun ni . xboleh jadi ni

    BalasPadam
  9. Nisa... Cantik nya perhiasan kaca tu... Kalau akak pn dah lama rembat tudung lama2 tu bg letak hiasan tu kt tudung.. X pn buat necklace kan...palingg sukaa kt taman tu... Hmm... Bila laahh dpt p sana nih....

    BalasPadam
  10. Teruja sangat tengok gambar2 pemandangan yang dik Nisa ambil....

    BalasPadam
  11. jarang orang perempuan yang suka lawat tempat2 sejarah mcam ni. selalu kalau nak kemana2 mesti tuju tempat shopping je... bukan apa, saya ramai kawan2 yang dalam fikiran dia nak shopping je... hmmmm macam takde makna kalau takde tempat shopping... kalau saya sendiri, saya suka tempat macam ni sebab ia unik dan takde kat tempat lain...

    BalasPadam
  12. Taman kat Chiran Samurai Residence tu cantik!! One day mesti ke sana.

    BalasPadam
  13. Bergambar di pohon-pohon yang semua daun-daunya luruh, nampak sangat klasik.. Teringin pulak nak sampai Japan bila tengok semua gambar Nisa di Jepun.

    BalasPadam
  14. Wahh.. Terlalu bnyak benda yg boleh diamati, dihayati dan dipelajari di jepun nie..

    BalasPadam
  15. Teringin nk pegi jepun, nk tgak bgaimana kebersihan menjadi aspek penting dlm kehidupan seharian..

    BalasPadam
  16. Penuh dgn nature look... Plg myerlah pulak make up kak nisa kt sne..hihi

    BalasPadam
  17. Next year my sis nak datang ke Jepun, bolehla dia rujuk sini nanti

    BalasPadam
  18. Next year my sis nak datang ke Jepun, bolehla dia rujuk sini nanti

    BalasPadam
  19. As salam nisa,wah akak paling suka bila nisa di pergi ke tempat samurai,cantiknya tempat tu,ingt lagi masa kecil2 suka tngk cerita samurai dngn arwah atok....

    BalasPadam
  20. good to know di Kyushu ada surau dalam hotel., selain tempat-tempat yg menarik untuk travel bersama family and friends..syoknya kalau dapat peluang travel to Japan lagi.. Nak tanya Nisha berapa agaknya bajet perbelanjaan ke Kyushu?

    BalasPadam
  21. cantik la taman2 tu..sesuai untuk prewedding photoshoot..akekekeke..gambar dekat jalan tu pon sempoi sangat...I wish I can be there someday..

    BalasPadam
  22. banyaknya tempat menarik at part 2 nie.. wah Nisa tengok gunung berapi, at the same time view at sekitar Nagasakibana tu sangat awesome.. sambil travel sambil timba pengetahuan so pergi mana-mana pun tetap akan try tengok muzium orang.. kyushu pun tak ketinggalan dengan adanya Chiran Peace Museum For Kamikaze pilots utk dilawati..

    bye the way, aksesori yang Nisa buat tu sangat cantik.. rambang mata tengok.. yang pntg buatan tgn sendiri kan.. bagi peminat aksesori so must come satsuma Kiriko utk rasa sendiri experience buat handmade aksesori..

    BalasPadam
  23. assalamualaikum Nisa, wowwww travel again.. Barcelona, Cambodia, Melbourne, Singapore, Korea and now Kyoto Jepun.. bestnya, kalau dapat pergi Tokyo mesti tambah best.. tringin nak tengok Gunung Fuji, Tokyo Disneyland, shibuya and semuanya, hahahahaaaa..

    by the way, sangat terpikat dgn Sengan-en garden.. view tempat-tempat yg Nisa pergi semuanya cantik.. oh i wish i could travel to kyushu..

    BalasPadam
  24. pin Satsuma Kiriko tu cantik sgt <3

    BalasPadam
  25. Nice photo :) Cantiknyaaaaa satsuma kiriko tu !!

    BalasPadam
  26. subhanallah.. tmpt die mmg best... sejok mata memandang.. ;)

    BalasPadam
  27. Wahh..Karukan Factory tu macam best ja..sbb handmade dan bila aksesori di pakai mesti nmpk cantik dan berkualiti :)

    BalasPadam
  28. The best part bila dekat vlog yg kak nisa dapat makan apatu yg macam apam gula hitam dengan hot green tea, terinigin nya lahai :(

    BalasPadam
  29. Jangan cakap akak tak payung hahhaaaa...
    Payung tu disediakan sekali ke?

    Bestlah dapat belajar asas potong kaca, aksesori tudung tu Nisa buat sendiri ke?

    BalasPadam
  30. hurmm terliur akak tgk manisan tu..apalah rasanya ya..yumm yum

    BalasPadam
  31. Hmm..Tempat-tempat yang Nisa pergi hari ke2 ni macam best jer..Terutamanya Karukan Factory,kalau buat sendiri aksesori kaca memang cantik boleh hias macam2 haha...Nagasakibana ,Chiran lawa juga senibina ia yang unik dan menarik.

    BalasPadam
  32. cantik tempat yg terdapat satu kuil berlatar belakangkan gunung berapi Kaimondake dimana penganut beragama Shinto datang untuk buat wish. bila akak pergi Chiran Peace Museum yang mana menempatkan sejarah pejuang kamikaze Jepun,teringat saya masa zaman sekolah dulu, cikgu pernah ceritakan yang pejuang kamikaze Jepun adalah pejuang berani mati woo *creepy,scary,yet so brave*
    hopefully one day saya pon dapat rasa jejak kaki kat sana, tp bila akak share pengalaman kat sana pon dah rasa mcm dah pergi hiks

    BalasPadam
  33. Pergi Karukan Factory definitely kena grab a few as souvenir la kn those necklace looks pretty kot

    BalasPadam
  34. perghhhh cantik sangat jepun ni ! teringin nak pergi lepas ni

    BalasPadam
  35. gadis melayu sedang berpayung..sweet

    BalasPadam
  36. Cantiknyaaaa glass tuu! Ingatkan glass biasa2 je.. hmm im almost crying TT cantik sangatt

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay