Khamis, 9 Mac 2017

My TV Host Journey - Pesona Muslimah, Astro Oasis



Assalamualaikum..

Fuhhh nervous jugak nak bercerita dan berkongsi mengenai ini. Apa-apa pun sebelum Nisa teruskan berkongsi kisah, jom Nisa kongsikan juga kisah Nisa dan dunia pengacaraan ni. Nisa memang minat bercakap di khalayak ramai sejak sekolah lagi... memang minat join perbahasan, sajak, pengucapan awam, choral speaking.. dan sekali sekala jadi emcee untuk majlis perhimpunan sekolah. 

Kemudian, bila dah masuk alam universiti, Nisa jadi makin berani nak bercakap depan kamera. Bermulalah episod di mana Nisa gemar merakam video menggunakan kamera pada laptop. Dan sekali sekala upload di Facebook atau YouTube. Masa tu baru sangat lagi buat video di YouTube. Minat mengacara tu makin meluap-luap lepas buat assignment untuk subjek Psikologi dan Nisa serta rakan Nisa dapat pujian untuk assignment tu, alhamdulillah.


Throwback Nisa menemubual VIP di acara NEF-Awani. Klik di sini untuk baca.

Pernah juga dulu di waktu tahun akhir pengajian (sekitar tahun 2011), Nisa menjadi pengacara jemputan untuk menemubual pempamer di acara NEF-Awani di Kuala Lumpur. Gigih tau datang naik tren. Walaupun tidak dibayar, tapi Nisa pergi demi menimba pengalaman dan mengasah skill. Alhamdulillah masa ni lah Nisa jumpa boss AMANZ yang kemudiannya menawarkan Nisa menjadi pengacara secara part time.. dan sehingga kini. Syukur mereka percaya dengan Nisa untuk mengendalikan video Mingguan Amanz dan Diari Amanz di channel YouTube Amanz.





Baiklah.. berbalik kepada kisah Pesona Muslimah. Apa Pesona Muslimah ni ? Haa sebenarnya Pesona Muslimah merupakan program TV terbaru di Astro Oasis. Nisa telah dijemput melalui emel untuk menyertai audition tertutup yang diadakan di Astro, Bukit Jalil. Terdapat 3 calon lain yang turut hadir untuk audition. Oh ye, audition ni berlangsung pada pertengahan Disember 2016. 


Seperti biasa, memang Nisa takkan menolak untuk pergi ke mana-mana audition kecuali memang tak dapat nak hadir. Selagi boleh, Nisa akan cuba.. sebab memang pernah menanam niat nak beraksi di kaca TV pula. Nisa mohon doa restu mak ayah, dan berdoa jugak agar dipermudah dan dibuka pintu rezeki.


Alhamdulillah.. lebih kurang hampir sebulan selepas tu rasanya, Nisa mendapat berita gembira kerana terpilih menjadi salah seorang pengacara untuk rancangan ini. Nisa akan digandingkan dengan pelakon Sherry Ibrahim, manakala Syifa Melvin akan handle segmen khas untuk kecantikan, fesyen dan kesihatan.




Setelah jadual disusun, maka berlangsungkan sesi photoshoot dan promo shoot untuk Pesona Muslimah. Shooting ni diadakan sebelum Nisa terbang ke Barcelona. Dua minggu pulak tu nak terbang. Mujur rancangan ni jenis rakaman, bukan live. Maka lebih confident lah Nisa.. hehe.. Terima kasih for the makeup, Kak Bib !





Nisa sengaja datang awal hari photoshoot tu sebab nak breakfast dengan adik Nisa. Kebetulan, office adik sebelah blok di mana studio ini terletak. Beberapa kali juga kami bertukar outfit, mengambil gambar solo dan gambar bertiga.. serta berlakon untuk promo rancangan Pesona Muslimah ni. Haha nak ketawa pulak bila mengenangkannya sebab Nisa ni pada awalnya agak stiff dan masih ada rasa segan dengan semua orang hehe..



With my co-host, Sherry Ibrahim.


Masa ni kami tengah berlatih line masing-masing untuk promo. Hehe terasa kaku betul masa ni.. Tak sabar nak tunggu video penuh dan gambar-gambar keluar. Nantikan yaa !


Episod pertama akan bersiaran pada 13 Mac 2017, Isnin 9.30 malam di saluran 106 Astro Oasis. Ada tetamu jemputan yang best-best.. ada tips motivasi dari Ustazah Norhafizah Musa, ada tips mekap dan styling.. Haa nak tahu lagi kena lah tengok !


Nisa sangat sangat hargai sokongan anda semua sekiranya anda dapat ambil gambar masa tengok tu, dan gunakan hashtag #OasisPesonaMuslimah bila upload di Facebook / Twitter / Instagram ya ! Terima kasih Astro Oasis kerana percayakan potensi Nisa, I will do my very best inshaAllah..




Follow Nisa di Instagram : @nisa_kay

NISA KAY.

33 ulasan:

  1. wah tahniah nisa berjaya jadi host rancangan tv

    BalasPadam
  2. seronoknya Nisa ! teringin nak jadi mcm Nisa jugak. kena work hard jugak ni. tahniah ye

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... Tahniah di atas rezekinya. Always support Kak Nisa. All the best!!

    BalasPadam
  4. Wahhhhh tak sabar nak tengok! hihihi.
    Alhamdulillah, kalau minat dan usaha tu ada, adalah rezekinya hehe.
    Tak selfie dengan syatilla ke.

    BalasPadam
  5. tahniah nisa.. lepas ni bidang pengacaraan boleh genggam dalam tangan.. good luck yea

    BalasPadam
  6. All the best Nisa!! Tak sabar nak tengok Pesona Muslimah nanti :)

    BalasPadam
  7. Good luck Nisa! Pasni boleh mintak sain. Hehe :)

    BalasPadam
  8. @Nadia Nurul terima kasih.. perjalanan sbg pengacara TV masih jauh. doakan Nisa ya :D

    BalasPadam
  9. @Shesyira As alhamdulillah.. jangan berhenti berusaha dan upgrade diri inshaAllah :)

    BalasPadam
  10. @Seorang Syed hahaha selfie ehh. tq so much cayed !

    BalasPadam
  11. @Dkna Abza inshaAllah.. terima kasihhh deknaa :D

    BalasPadam
  12. @cik EPAL hahah jangan nak mengada la munn. aku kenal kau dah lama kot :P

    BalasPadam
  13. Tahniah nisa dah jadi hos program tv !

    BalasPadam
  14. Next time akak boleh jerit i knew her! XD

    BalasPadam
  15. wahhh tahniah ya. menanti jugak nanti depan tv nak tengok :D
    terbaik <3

    BalasPadam
  16. Congrats Nisa!!! Kelas dah jadi retis sekarang :P Semoga terus sukses!

    BalasPadam
  17. Tahniahhhh Nisaaaaa. Proud of you. Wahhhh.

    BalasPadam
  18. Blog awak yg paling aktif yg mna satu?

    BalasPadam
  19. Congratulation nisa..
    Salam perkenalan..
    Moga maju jaya dalam pengacaaran persona muslimah ni

    BalasPadam
  20. Tahniah Nisa Kay. Semoga terus maju jaya

    BalasPadam
  21. assalamualaikum nisa...wah !! bestnya tahniah2 yer...:)

    maszull.blogspot.my

    BalasPadam
  22. Congrats Nisa!!! Rezeki Allah datang dengan pelbagai bentuk... u got talents and this is it. Syukur... I'm happy to watch u on tv right now. Silent fans katanya.. hehehe.. Keep it up girl!!!

    BalasPadam
  23. wah tahniah akak @Nisa Kay..jom follow blog adik.blog rabiahtul adawiyah

    BalasPadam
  24. tahniah kak nisa..yes adik ada tgk akak dlm astro oasis..

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay