Jumaat, 3 Mac 2017

NYX Store di Barcelona



Assamualaikum...


Hahahaiiii.. lama jugak lah tidak menaip blogpost yang berkaitan dengan mekap atau produk kecantikan yang best-best kan ? Nisa masih lagi di Barcelona di saat blogpost ini disiapkan. Tapi Nisa ada satu perkara yang Nisa nak kongsikan kepada anda semua iaitu perkara yang berkaitan dengan mekap lah kan. Hahah...  Baru tadi siang (Khamis 2 Mac 2017), selesai acara Mobile World Congress 2017 di Europa Fira, aku mengikut Pang dan Andrew ke kota Barcelona, jalan-jalan cari kasut Adidas...



Soo... apa yang menarik nya ialah Nisa jumpa NYX Store di Barcelona ! Haha terujanya tak payah cakap la kan.. sebab NYX merupakan antara jenama yang boleh dikatakan boleh tahan bagus dan ada di antara produknya yang mendapat review yang baik dari pengguna dan juga Youtubers. Bukanlah jenama ni takde kat Malaysia, boleh je beli di mana-mana cawangan Sephora.. Tetapi pilihan yang ada sangat terhad. Ada masa, bila sesuatu produk sold out lambat benar mereka nak restock.




Melintasi kedai ini mulanya Nisa hanya mengambil gambar dari luar.. sebab kami bertiga nak menuju ke kedai lain. Tetapi macam lama jugak kawan tu nak pilih kasut Adidas NMD untuk kakaknya.. maka Nisa buat keputusan untuk pergi ke NYX Store ni dan melihat-lihat lah apa yang menarik.. (Hmm "melihat" la sangat! hahaa..) 


Saat melangkah masuk ke NYX Store ni, aduhai mata sudah terpana dek produk-produk mekap yang pelbagai, tersusun rapi di atas rak pameran. Pelanggan boleh tahan juga di dalam kedai. Nisa jadi terpaku kejap eh eh nak tengok apa ni.. Nak beli apa ni ? Sejujurnya Nisa bukanlah big fan of this brand, tetapi Nisa guna jugak lah produk mereka mana yang agak-agak okay dan harga berpatutan.




Berbanding di Malaysia, sudah tentu di NYX Store ini mereka mempunya koleksi lengkap produk-produk di bawah jenama mereka. Ini termasuklah koleksi lengkap berus-berus mekap dan produk terbaru seperti Micellar Water dari NYX. Seperti yang anda lihat di dalam gambar di atas, haa ini merupakan koleksi individual eyeshadow mereka.. ada beberapa jenis individual eyeshadow (tanpa casing) mereka dan yang paling murah berharga bawah 3 euro. Haa kalau nak tahu harga dalam matawang MYR kena convert ikut nilai semasa ya.





Koleksi blusher pun menarik juga... Tapi Blusher yang jenis Ombre tu sudah pun ada di Malaysia dan dengar kata warna yang best-seller banyak dah sold out. Sebenarnya ada rakan Nisa yang nak kirim beli blusher ombre tu, tapi tu kena confirm balik lah sebab nya nak tahu dia setuju ke tak dengan harga di sini. 


Haa bercakap pasal harga produk, ramai yang tanya "murah tak kat sana?" Jujurnya ya, bagi Nisa murah atau tidak bergantung kepada produk apa yang kita nak beli dan bagaimana kita nilaikan matawang negara tersebut. Ecewah cakap acah pakar ekonomi kanz ! Maksud Nisa di sini, kita kena faham Eropah ni terdiri daripada negara-negara dunia pertama.. maka nilai matawang mereka TINGGI. Jadi bila kat kedai dorang harga produk 6 ke 7 euro, itu sebenarnya dikira murah dah.. Lepas convert, kita yang RASA MAHAL.. sebab apa ? Sebab matawang negara kita ni haa yang rendah. Duk jatuhhh jaa.. Pastu lagi nak mengata matawang negara lain mahal. Dah negara depa majuuuu sebab tu matawang naik je. Matawang kita ? Hmmm malas nak kata apa. 




Selain daripada pilihan produk jenama NYX yang pelbagai, NYX Store ini jugak mempunyai vanity table yang disertakan dengan cermin untuk pelanggan mencuba produk mereka di wajah masing-masing. Haa macam dekat Sephora lah konsep dia.  Tadi Nisa nak cuba jugak pakai produk.. Tapi malu lah plus Nisa datang biasa je, muka pakai spek besar haha tak pakai contact lens.




Okay ini buat Nisa sedikit tidak keruan.. sebab apa ? Sebab Nisa memang dah lama nak beli NYX Concealer Wand untuk adik Nisa, tapi disebabkan di Sephora asyik sold out je maka Nisa dah bagi dia concealer Morphe haha.. Harga pun lebih kurang di Malaysia je ni.. Code warna pun banyak, termasuk warna-warna gelap yang kita boleh guna untuk shading / contouring juga.

Di bahagian bawah Concealer Wand tu pula Concealer Jar Above & Beyond, sejenis concealer yang lebih pekat, tekstur krim dan di dalam jar kecik. Yang concealer macam ni biasanya Nisa akan guna untuk bentuk kening dan boleh ratakan di kelopak mata sebagai base sebelum memakai eyeshadow. 




Kalau tak silap Nisa, ini merupakan antara warna baru untuk koleksi liquid lipstick NYX Lingerie. Nisa dah pernah beli dekat satu seller ni dulu, dan Nisa sukakan dia punya tekstur. NYX Lingerie ni tidak matte sepenuhnya, dia macam lembap-lembap di bibir, creamy, hampir semi-matte dia punya finishing dan pigmentation dia memuaskan jugak lah.. warna baru banyak yang nude and earth tone. Lawaa sangat semua !




Koleksi NYX Liquid Suede Cream pun banyak warna ! Warna-warna yang berani semua ada... Lip liner dia takyah cakap la.. banyak jugakk.. Aihh pening laa. tadi kata nak masuk tengok-tengok je kan.. sekarang apa dah jadi ? Peninggg duk fikir should i buy something or not? Hahaha... Gambar belah kanan pulak Illuminator dia.. Hmmm boleh tahan jugak laa.. but I doubt if it long lasting.. Haha.. warna dia soft-soft Nisa suka ! Tapi highlighter yang ada kat rumah pun tak pakai sangat haha..


Pendek kata kan, dalam sebuah kedai ni semua lah produk NYX ada.. dah namanya NYX Store kan.. Hahaa... tadi staff kedai pun ada yang peramah dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik, jadi dia tolong-tolong jugak bila Nisa nak tanya apa-apa dan sempat try foundation terbaru mereka. Hehe..




Kannn best seandainya di Malaysia jugak kita ada NYX Store macam ni... lagipula produk mereka boleh tahan harganya dan mampu milik. Kalau pergi Sephora mesti slot NYX ni ramai yang kerumun.. hehe Nisa pun suka juga produk NYX ni sejak cream lipstick mereka viral dan famous dulu di Malaysia.. seterusnya menjurus kepada trend liquid lipstick.


Tapi memang rambang mata sangat Nisa tauu.. sebab banyak produk dengan harga yang berpatutan boleh dipilih! Kalau banyak duit ni memang dah lama Nisa beli segala jenis mekap yang ada dan boleh lah buat makeup tutorial menggunakan satu brand sahaja ! Hahhaa. Tapi KALAU ada duit la ye.. masalah sangat tau pergi Barcelona bawak duit belanja limited haha. Okay lah itu je nak share. Terima kasih sudi baca.




NISA KAY.

5 ulasan:

  1. bestnya T.T dh lama teringin nyx lingerie tu

    BalasPadam
  2. Fav brand aku ni kakak!
    Terus laju aku baca entry ni... Naik kat blog aku...
    Hahahahahaha..

    BalasPadam
  3. Banyak giler. Mungkin inilah yang dikatakan syurga make up.

    Terkini daripada Mommy Muhaimin, http://lynk.my/q4z9

    BalasPadam
  4. Seronoknyaaaa Nisa. Btw, adore dengan makeup Nisa.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam
  5. IOI City Mall dah ada Outlet NYX

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay