Assalamualaikum, salam sejahtera....
Read More»
Assalamualaikum...
Hai haiii… maish lagi aku setia update blog aku agar kelihatan meriah dan penuh dengan entry Hahahaa.. takde lah bersawang sangat kan. Thanks to The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni sebab bagi aku 30 sebab / topik untuk aku update kat blog hohoo.. Kalau takde topik, memang aku mencari entry tag macam ni… satu haru buat satu topik. Tapi biasanya memang akan miss sebab busy dan travel.. Sebab tu terkejar-kejar nak update !
13) Describe how you met the last person you texted and talk about your friendship / relationship
Okay.. topik hari ke-13 (aku dah lewat 5 hari !!) suruh aku describe pasal orang last aku text. Hahahaa… aku gelak sebab orang yang paling last aku text ialah boss aku ! Hahahaaa sambung gelak lagi. Should I write about him here ? HAHAHAHAHAH !! Mati la nakkk kena bahan satgi !
* Gambar di ambil di Barcelona, 2014. Tengah tengok peta nak. menuju ke lokasi event. *
Tu boss aku yang baju kelabu tu. Nama beliau Aman Firdaus. Beliau pengasas dan ketua editor kuku besi bagi tempat aku kerja sekarang iaitu AMANZ.MY. Her her.. macam mana first jumpa dia ni ? Hmm… tahun 2010 ke 2011 camtu, aku jadi pengacara jemputan untuk satu channel video ni… Jadi aku cover event la kan senang citer. So boss aku ni ada kat situ. And dia terus offer aku kerja dengan dia. Aku masa tu masih lagi study. So aku cakap kat dia nanti aku fikir lepas habis belajar. Betul-betul habis belajar memang aku contact dia, aku bagitau aku nak try kerja jadi pengacara dengan Amanz ni..
* Pic taken at Barcelona Aeroport on 27th Feb 2014 *
Talk about our friendship ? Hahaa. Boss dan pekerja.. kawan kawan la kot. Hahaha…. Bukan nak bodek sebab nak bonus raya lebih, tapi boss aku ni baik la jugak. Uhuk uhuk. Haha serius malas la puji lebih-lebih kang doranh bahan aku dowh ! Hahaa. Tengok la gambar kat atas. Beg bagasi aku yang gabak nak mammm tu pun dia yang tarik kan sampai la ke kaunter check in. Haha.. boss aku dua orang bawak beg kecik je.
Boss aku ni tak suke bergambar sangat. Tapi sejak dua menjak ni dia macam hilang keseganan sikit la nak bergambar. Haha sorry boss takde pic yang helok nak upload. Aku rasa ada tapi tah mana tah. Hahaha !! So far aku masih berkerja dengan AMANZ.MY sebagai pengacara mereka. Nampak macam kerja tetap tapi actually aku more to freelance. Aku bersyukur jugak dapat boss yang masuk air sebab tak stress kerja sebab boleh bahan membahan sesama sendiri. Kalau mula-mula kerja dulu aku macam awkward jugak.. lama lama aku pun jadi kaki troll macam dorang. Eh dah la kbai.
XOXO,
Putewi Hensem.
Assalamualaikum...
Aiyoooo… tertunggak lagi entry entru cabaran The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni ye.. sebabnya Nisa baru je balik dari Bangkok untuk satu acara bersama Air Asia Blogger Community. Memang best ! Apa apa pun.. mari kita teruskan dengan soalan seterusnya iaitu….
7) Where you are in your life vs. where you thought you would be at this point
Ahaa… ini satu topik yang memerlukan aku memikir sedalam-dalam nye gituuu…… DI MANA AKU SEKARANG ???? Mari rujuk rajah di bawah dulu ehehee…
Sekarang aku masih lagi struggle dengan kehidupan. And I bet everyone is. Masih lagi struggle nak memperkenalkan blouse label nama aku sendiri. Serius susah… bukan mudah nak meet customers’ demand and sediakan yang terbaik untuk semua…Macam dalam gambar di atas ni, ini merupakan koleksi pertama jenama aku sendiri iaitu FSYN by Nisakay. Antara yang menjadi dilemma ialah kos produksi yang tinggi, tapi orang nak beli cheap cheap. Haha.. Adoi nakkk, harga yang diletak tu dah setara laa dengan kualiti yang kami deliver. Gitu. So far itu aje lah dilemma setiap hari..
Dann… where I thought I would be at this point ? Haaa setiap hari berangan sekarang ni aku merupakan seorang pengacara di kaca TV… doing what I do best ! Bercakap bercakap. Tapi nak bercakap bukan boleh cakap kosong, cakap tanpa fakta dan sebagainya. Sebagai pengacara kena banyak membaca juga, kena buat homework juga supaya boleh berkongsi info dengan penonton. Gituu..
Oh ye.. gambar di atas diambil semasa sesi pertama aku mock run shooting untuk rancangan Wanita Hari Ini di TV3. InshaAllah kalau ade rezeki aku, aku akan terpilih… Buat masa ni sesi mock run shooting masih lagi berjalan.. sampai masanya nanti pihak pengurusan akan memilih di antara 4 orang calon untuk menjadi wajah baru Wanita Hari Ini… Doakan ya ! :)
XOXO,
Putewi Hensem
Assalamualaikum…
Baru-baru ni aku dan team AMANZ dijemput ke majlis berbuka puasa bersama jenama messaging app yang tengah naik kat Malaysia ni, iaitu LINE. LINE ni asalnye dari Korea dan apa yang menariknya LINE app ni ada sticker yang comel comel sangat sesuai untuk korang ekspresikan perasaan korang Ahaa gituu.
Sebelum majlis berbuka puasa berlangsung, para hadirin turut diperkenalkan kepada 3 orang artis Malaysia yang dipilih menjadi duta LINE Malaysia. Tak lain tak bukan para pelakon Nazim Othman, Fizo Omar dan Neelofa.
Ahaaa dah namanya datang buat keje kan.. So kena lah interview orang kan.. Aku sangat berbesar hati dapat interview selebriti dan duta LINE Malaysia ni haaa.. Pada asalnya aku interview ketiga-tiga duta ni.. tapi too bad video interview Fizo Omar got problem and cannot be uploaded :(
Selebriti dan duta LINE Malaysia yang pertama aku interview adalah Nazim Othman.. It was just a quick interview.. memandangkan kami AMANZ hanya cover berita teknologi, tapi nak jugak kita tahu mengenai penggunaan aplikasi oleh para artis kan? So just a quick interview with Nazim Othman :
Alaaa takde gambar berdua dengan Neelofa pulakk! Tapi ade gak gambar ni haaa. Asalnya nak bergambar dengan Melakaboy (tengah) then Lofa dengan kiut nye nak fit into frame jugaakk. Hehehe. Nasib ade jugaklah gambar. Nak tengok gambar mesra aku dengan Lofa boleh follow instagram aku amboi promote ! Watch this quick interview with Lofa :
Ahaaa kalau nak tau ini lah pertama-tama kalinyaa.. buat julung-julung kalinyaa… AMANZ menampilkan artis dalam video-video terbitan mereka tau! Sekali dapat lak Lofa dengan Nazim Othman para duta LINE Malaysia lagii.. Curlass.
Tak dinafikan dunia teknologi memberi manfaat kepada semua.. So inshaAllah kalau boss approve akan ada lagi video selingan macam ni, menanyakan pendapat para selebriti Malaysia mengenai perkembangan dunia teknologi, dan kegunaan teknologi dalam kehidupan seharian mereka. Till then, YOSHHH !!!
XOXO
Assalamualaikum..
Sekali lagi aku nak share video aku dengan AMANZ kat blog ni.. Mulai sekarang mungkin tiap-tiap minggu korang akan dihidangkan dengan video-video yang aku buat dengan AMANZ okayh? Jemput-jemput lah tengok videonye sambil-sambil dapat ilmu pasal dunia IT kat Malaysia dan luar negara. Tak gitu?
Terima kasih kerana mengabaikan tudung yang senget ditiup angin. Bye bye !
THANK YOU SO MUCH.
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Haaaa malu gak nak share video ni dengan pembaca blog sekalian.. seperti yang dah sedia maklum, aku ni freelance host untu salah satu portal informasi teknologi yang best kat Malaysia ni iaitu AMANZ. So every week hari Jumaat adalah hari wajib aku bekerja. Hari lain tak wajib kerja ke?
Hahaa.. bukan tak wajib, cuma waktu bekerja aku lebih fleksibel sebab aku freelance, aku bekerja more to video content.. Lepas ni maybe AMANZ ada big plan untuk cater pembaca dari golongan wnaita. Tapiiii takleh lah aku nak reveal sebab aku pun tak pasti pelaksanaan nye sebab aku busy teramat sekarang. By the way jemput tonton video minggu ini!
Hikhikkk malu nak share sebab aku pakai spect la woiii! Macam ahakak-hakak je rupa aku wuwuwuuu.. Tapi takpe.. ade viewer kata nampak matured? Bahahahah “nampak” aje lah ye.. padahal tak matured pun aku. Perangai mengada-ngada macam budak-budak huahuaa…
And one more di saat aku tekan PUBLISH untuk entry ini, aku masih lagi belum tengok video ni wawawaa… Korang je lah tengok yee.. And bagilah komen membina sikit. And and anddd aku pakai spect sebab nak tutup eyebag. This whole week tido kul 3 or 4 pagi je :(
Thanks for reading and watching the video !
XOXO
Assalamualaikum…
Aku decide every week aku nak share dengan korang video AMANZ dengan korang.. Aku pernah maklumkan yang aku sekarang bukan sahaja blogger dan pemilik online shop FSYN, tapi aku juga freelance host untuk video mingguan dan bulanan di AMANZ .
Oh yee.. minggu ni aku pakai dress dari FSYN, dan neon tribal wide shawl juga dari FSYN. Tapi kalau korang nak tengok collection wide shawl, boleh tengok kat instagram @fsyn_my ye.. sebab collection wide shawl aku tak update kat facebook page FSYN…
THANKS TO :
Ikhwan Affandi – videographer, editor
AMANZ – boss, tukang bayar gaji, tukang buli
YOSH !
Assalamualaikum…
Hahaha ape ke hal nye haaa.. aku punye tajuk kemain macam tunggang langgang pulak aku tengok.. Muahahaha.. Ade lagi tak yang tak tau aku sekarang selain daripada study, meniaga menerusi online shop aku… blogging lagi.. sebenarnya aku ni adalah freelance host atau presenter. Dan kini aku adalah host untuk Amanz MY.
Amanz MY ni adalah sebuah laman web yang menyediakan berita dunia teknologi dalam dan luar negara. Haaa kita pompuan jangan sampai tak amik tahu pasal perkembangan dunia ICT ni tauuu? Pergilah baca Amanz MY tu haaa.. at least bertambah ilmu kita. Tak gitu?
Dengan Amanz MY ni pulak, aku sebagai host atau presenter mereka bertanggungjawab meng-host-kan video-video mereka.. Untuk tahun 2013 ni pulak Amanz MY memang decide nak perbanyakkan lagi video content dalam menyampaikan informasi mengenai dunia ICT… Hik hik hik…
SUMBER GAMBAR: THEPROJECTPIXEL PHOTOGRAPHY
Inilah Ikhwan Affandi, Amanz MY new videographer. Good to have him in Amanz MY.. sebab dia dah ada pengalaman in shooting better videos.. and since dia nak mencuba sesuatu yang baru, he joined Amanz MY. And dia lah bertanggungjawab shoot video, edit dan upload video-video Amanz MY yang terbaru…
So hari ni Ikhwan decide nak try teknik fly (ehhh betul ke namanya) dalam video mingguan Amanz MY kali ni.. Kiranya bawak something yang totally different and fresh untuk viewers.. Sebab every week mesti bosan kan tengok aku duduk aje buat video kan?
Teknik ni kau kena pegang handle ape benda entah tu (macam dalam gambar) Pastu kau kena gerak slow and steady and smooth untuk memastikan gerakan video tu sesuai dan tidak memeningkan. Haa macam itulah gamaknye… Aku tahu bercakap aje..
Hoihhh aku pon nak jugak woihhh. Tapi kannzzzz benda handle tu berat lahhh. Ketar-ketar lengan aku menahan berat camera. Iskkk :( Muka lak kemain serius haaaa puihh. Padahal aku berdiri statik je kat situ. Snap gambar dua tiga kali, then aku pass balik handle tu kat Ikhwan. Berat oiii.
Aku lak memang tak tau Ikhwan ni nak buat shoot cecantik gini. Aku bantai pakai crocs je haaa pegi jumpa dia. Nasib laa dress baru aku lawa. Ehhh!! Terrrr puji diri sendiri. Tak malunye aku. KAHKAHKAH…
Pastu untuk memastikan suara aku jelasss kedengaran dalam video walaupun camera tu 100 meter jaraknye dari ko.. aku pon pakailah microphone kecik ni haa.. Set mic ni ade dua bijik. Satu install kat camera, satu aku pakai… Satu set ni riban-riban sehh harga dia.. Tapi Amanz MY sanggup melabur untuk kualiti video di masa depan cewahh.
Haaa berpenat sudah kami merakam video. Kesian Ikhwan aku asyik salah cakap aje.. And ade part yang terlepas lak tuh. Excited sangat gamak nye heh?? Alhamdulillah videographer serba boleh dapat atasi masalah tersebut. Muehehehee… Soooo.. marilah kita sama-sama tengok hasilnya…
Haaa dah tengok dahhh.. Melayang-layang tak skrin korang? Ada macam style nak buat video pre-wedding tak? Hahahhaha amboihhh!! Aku ingat teknik-teknik camera terbang ni orang pre-wedding aje yang guna dalam video dorang! Macam cool jugak eh buat dalam video aku hos kan ni. Bahahah perasan lak :P
Thank you so muchhh kepada yang dah menonton okay? I am very happy to do this kind of job.. I mean hosting.. presenter… I just love it! I can feel it in my blood. Okay ini over sangat boleh rasa dalam darah pergghh… Thank you Amanz MY for the opportunity and thank you Ikhwan for a great video technique and editing anddd thank you all !
XOXO
Assalamualaikum..
TERHARU aku bila ade jugak orang nak letak muka aku kat cover photo facebook dia. Walaupun gambar hanya dicilok dari Instagram aku.. Walaupun muka aku hanya separuh.. Tapi aku TERHARU giler arrr sebab siapalah aku ni.. Takde sape pernah sudi nak letak muke aku kat cover photo dorang… Dah lah aku ni dibenci ramai. Kofkofkof..
Ini AMANZERS bak kata Ikhwan Nazri a.k.a. TEKONG, CEO http://amanz.my/. Hebat tak gelaran? Amanzers ade macam bunyi AVENGERS tak? Kekekeke.. Ni laaa tempat aku mencari rezeki.. walau dibuli sebab aku ni insan yang lemah… dan dirasuah beberapa kali dengan karipap Esso.. Aku tetap happy keje dengan dorang yang tak berapa nak betul ni. Kiki…
Aku malas ahh puji kemain pasal bos-bos aku. Hahaha kang masing-masing kembangggg! Bagi aku, semua bos aku.. tak kire la Aman ke.. Tekong ke.. Obefiend yang nampak garang tapi sebenarnye tak, mahupun Ikhwan videographer tu.. sume bos aku. Sebab aku kan paling muda, paling hensem dan paling jelita dalam AMANZ. Kah kah kah! Riak sunggu statement ku ini!
Well, nak tahu keje aku dengan AMANZ ni keje apa? Tengoklah video di bawah ini…
Hik hik aku rasa keje aku dengan AMANZ ni cool la. Sikit sebanyak dapat asah skill hosting aku. Tak gitu? And video di atas ni dirakam masa aku tengah menderita demam dan suara sengauuuu sedikit! Hahhaa. Oke saje saje je entry ni takde motif sangat pon…
And jemput semua baca blog teknologi http://amanz.my/ dan jangan lupa subscribe channel Youtube kami di sini : http://www.youtube.com/user/AmanzNetwork?feature=watch
XOXO
Assalamualaikum…
Well, jangan kerana tajuk entry aku yang sangat bosan di atas membuat korang angkat kaki dari blog aku tanpa menghayati sepatah pun perkataan yang aku nak taip dengan penuh semangat ni. Kisah hari ini berkisar tentang aku, aku dan aku. Ehhh bukan sembarangan aku tau!
Alkisahnya bermula masa aku baru sahaja tamat diploma hujung tahun 2011 yang lalu. Masa tu aku dengan bangga menyandang gelaran “fresh graduate” gituu. Aku ingat dengan usung kelayakan diploma aku sana sini, hidup akan jadi lebih mudah.. tapi..
Tak semua benda kita boleh dapat exactly macam yang kita inginkan. Aku mula tercari-cari mana arah sebenar aku nak tuju. Aku selalu termenung sana termenung sini dek kerana takde hala tuju. Kerana aku takde idea dan inspirasi langsung mengenai perkara yang aku nak lakukan!
Kemudian aku akhirnya buat keputusan untuk bekerja sebagai pengacara / presenter secara freelance, kerana aku ini seorang yang suka bekerja dalam bidang yang aku betul-betul minati. Well, pengalaman bekerja pada mulanya agak sukar kerana aku perlu mengatasi rasa takut untuk berhadapan dengan orang ramai, dan perlu juga bercakap dengan yakin di hadapan kamera.
Namun lama kelamaan aku rasa enjoy pulak bekerja begini, lakukan apa yang aku suka, dan pada masa yang sama, memberi manfaat pada aku sebab aku menggunakan peluang kerja ini untuk mengasah bakat demi kejayaan di masa hadapan.
Kenapa aku nak jadi pengacara / presenter? Sebab aku seronok berkata-kata di hadapan kamera dan aku yakin diri aku boleh melakukannya. Aku jugak suka menyampaikan mesej atau informasi, dan dengan mengacara aku yakin aku boleh capai keinginan aku tu. Antara pengacara yang aku minati dan memberi inspirasi pada aku ialah Noradzlina Redzuan dan Ahmad Fedtri Yahya.
CABARAN? Banyak juga. Antara cabaran yang terpaksa aku hadapi ialah apabila ada segelintir orang yang mengatakan aku ingin menjadi pengacara hanya kerana mengejar dunia glamor semata-mata. Ada juga yang mengatakan kerana pekerjaan sebegini mendatangkan wang yang banyak, sebab itulah aku ingin jadi pengacara.
Tapi, perlu kah aku peduli akan kata-kata orang lain itu? Jawapannya TIDAK. Kerana yang akan hidup dengan cita-cita, yang akan bekerja mencari rezeki melalui pekerjaan itu adalah diri kita sendiri. Bukan orang lain.
Banyak jugak perkara yang aku belajar sepanjang aku bekerja ni, di samping melakukan apa yang kita minat untuk memastikan continuity dan tidak bosan melakukannya, kita juga harus yakin pada diri yang kita mampu melakukan tugasan baru dan menghadapi cabaran mendatang. Kita kena kuat menghadapi cabaran kerana untuk mencapai sesuatu bukanlah satu perkara yang senang.
Well, kalau orang lain mampu buat mengapa tidak kita kan? Itu yang aku semat dalam fikiran aku bila aku mula bekerja, and at that time I found this website PROJECT LISTEN by Prudential. Lucky me found this website, because Project Listen is about sharing inspiring story from people from various backgrounds.
Serius guys, sebelum kita nak mengejar sesuatu, aku rasa amatlah penting kalau kita mendengar / membaca dulu kisah-kisah mereka yang lebih berpengalaman agar kita sama-sama mendapat pengajaran, inspirasi dan motivasi.
Klik pada Malaysian Stories dan kat situ ada banyak kisah-kisah yang menarik yang dikongsikan oleh mereka-mereka yang hebat, datangnya dari seluruh pelusuk tanah air! Semoga cerita-cerita yang dikongsi ni memberi pengajaran, inspirasi dan motivasi untuk kita semua!
~Nisa Kay~
Copyright © Nisa Kay