Memaparkan catatan dengan label Barcelona. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Barcelona. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Mac 2017

NYX Store di Barcelona



Assamualaikum...


Hahahaiiii.. lama jugak lah tidak menaip blogpost yang berkaitan dengan mekap atau produk kecantikan yang best-best kan ? Nisa masih lagi di Barcelona di saat blogpost ini disiapkan. Tapi Nisa ada satu perkara yang Nisa nak kongsikan kepada anda semua iaitu perkara yang berkaitan dengan mekap lah kan. Hahah...  Baru tadi siang (Khamis 2 Mac 2017), selesai acara Mobile World Congress 2017 di Europa Fira, aku mengikut Pang dan Andrew ke kota Barcelona, jalan-jalan cari kasut Adidas...

Read More»

Ahad, 26 Februari 2017

Hostel 018 - Drama cinta tiga segi



Laju-laju aku melangkah masuk ke pintu Hostel 018, tempat kami menginap. Angin sejuk di luar disulami gerimis hujan sepanjang hari tidak dapat aku tahan lagi. Berlapis pakaian yang dikenakan pun masih belum mampu membuat aku menahan kedinginan yang menyelinap masuk membelai kulit seterusnya menusuk hingga ke tulang.


Read More»

Isnin, 1 Jun 2015

My Worktrip to Barcelona 2015 – Goodbye Barca, for now !



Assalamualaikum...






Sampai sudahhh ke bahagian terakhir kisah aku di Barcelona ! Selepas tamat event MWC 2015 tu, aku dan boss aku extend selama dua hari lagi Barcelona, sebab nak tiket murah dan juga ada masa untuk settle kerja sementara masih di Barcelona. Jadi hari terakhir kami di Barcelona jatuh pada hari Jumaat... So, Jumaat bermakna masa untuk mengacara video mingguan Amanz !






Kami mengambil keputusan untuk melakukan kelainan pada video mingguan kami kali ini. Jadi alang-alang di Barcelona, kami buat video tu dibeberapa tempat di sekitar bandar Catalunya, Barcelona. Maknanya di setiap bahagian yang aku pandang video tu, kami akan bertukar-tukar tempat agar berbeza pemandangan latar.






Ahhhh menaip entry ni sambil melihat gambar di sekitar Barcelona benar-benar menerbitkan rasa rindu terhadap bandar di benua Eropah itu ! Ewah ayattt, novel sungguh hahhh !!! Merata-rata kami pergi.. Naik turun tren, tukar tren.. jalan kaki.. semualah ! Demi mendapatkan latar belakang yang menarik dan unik, khas untuk penonton video mingguan Amanz cewahh.







Ini pulak apa entah nama istana ni.. Aku pun dah tak ingat hahaha... masa ni kami tengah rakam bahagian akhir video.. Lepas tu baru perasan, eh kat sini lah tempatnya orang tengok colourful fountain tu.. Tuan rumah yang kami duduk pun suggest pergi tempat ni.. Antara tarikan untuk pelancong dan penduduk tempatan.






Memandangkan kami tengah sibuk rakam video untuk Amanz tu, jadi tak terasa sangat waktu yang berlalu... Sedar sedar je dah nak jam 7 malam, lepas tu pertunjukan air pancut pun bermula.. Mungkin pada mulanya saja rasa teruja.. lama lama macam perghh biasa je. Haha boss aku cakap sebab pergerakan air tak synchronized dengan lagu. Haha contohnya, lagu tu laju tapi pergerakan air slow. So pertunjukan ni kurang feel.. Orang datang sekadar tengok je lah. Makin malam, cuaca pun makinnn sejuk !






Dah habis kerja baru boleh jalan jalan tengok suasana malam di bandar Catalunya ni.. Memang sama meriah dengan waktu siang. Yang ini muzium.. Haa meriah sungguh terang benderang ! Orang pun ramai yang datang ke muzium ni...






Ehemm.. antara store kegemaran aku masa di Barcelona. Hahaha tapi boleh dikatakan style baju baju dia macam kat Cotton On lah. Hahaa harga pun biasa biasa je.. Masa kami pergi sini, ada barang yang tengah SALE. Haha memang lama gila kot kami kat dalam kedai nii...






Maka... keesokan harinya... berakhir sudah kehidupan kami di Barcelona selama dua minggu tuu. Hahaa... gigih nau staff dalam pic ni membungkus beg aku. Plastik bungkusnya agak teba, so sekali dua je dia pusing mesin tu poofff terus siap ! Takde maknanya nak pakej tebal or balut nipis. Pfftt.






Perjalanan pulang pun kami teruskan.... tapi kami tidak akan terus pulang ke Malaysia ! Haha ini kerana tiada flight direct dari Malaysia ke Barcelona.. Haa transit kami seterusnya ialah PARIS !! Sehari akan berada di Paris, jadi sempatlah kami jalan-jalan.. More stories about Paris, next next next entry yaa.. ! Stay tuned.. Hehehe..







Thank you sudi baca !




XOXO,
Putewi Hensem .

Read More»

My Worktrip to Barcelona 2015 – Makan makan makan…




Assalamualaikum…




Bila pergi travel ke negara lain, terutamanya yang tak ramai penganut agama Islam, semestinya antara concern terbesar kita ialah bab makan. Halal ke tidak makanan tu memang menjadi satu dilema buat semua yang travel.. lagi lagi kalau satu-satu tempat tu sukar sangat sangat nak dapat makanan halal. Kalau kita bawak dari Malaysia pun, berapa banyak sangatlah makanan yang boleh kita sumbat dalam luggage, ditambah dengan pakaian dan toiletries lagi… pastu nak fikir lagi bape kilo luggage tu supaya tak melebihi kapasiti percuma luggage kan. Kang lebih kilo kang kena bayau lakk…




Sma juga keadaannya bila aku pergi Barcelona dulu… Baju nak kena bawak yang tebal-tebal sebab aku memang tak tahan sejuk ! Barangan mandi.. tudung.. stokin… pastu nak sumbat pulak makanan.. Haaa… memang dilema sangat tau tau.. So apa yang aku buat ialah :


1. Bawak biskut atau makanan untuk kudap-kudapan ! Bila cuaca sejuk, aku cepat rasa lapar. So aku beli sepaket biskut yang dalam dia ada pek kecik kecik tu, sehari aku letak dua tiga pek dalam beg supaya boleh sentiasa mengunyah.

2. Bawak minuman 3-dalam-1 macam milo atau minuman bijiran (contoh Nestum) untuk sarapan, so kenyang sikit perut tu.

3. Bawak mi segeraaa ! Hahaa ini wajib kot. Bila travel memang mi segera lah paling sedapppp.

4. Kalau travel in group, amalkan sharing makanan. Setiap orang bawak makanan yang berbeza, so that ada banyak pilihan.





Bercerita pulak pasal Barcelona ni, aku nak mengimbau balik kenangan makanan di sana. Tahun ni nampaknya penerimaan terhadap pengunjung dari Timur Tengah (kebanyakannya) mungkin telah membuatkan pihak penganjur turut menyediakan pilihan makanan HALAL ! Percuma pulak tu. Alhamdulillah !


Salah satu dewan di Fira Barcelona telah dijadikan sebagai “dewan makan” macam kat asrama tu. Hahaa.. dalam dewan makan tu pulak ada 4 bahagian berbeza, dibahagikan mengikut jenis jenis hidangan. Ada empat jenis hidangan iaitu, Middle Eastern, Japanese, Southern American dan …. . Nak masuk ke tempat ni, dia akan scan kad kita, so kalau access granted, kat scanner dia kuar warna hijau. Makanan dalam ni free !! So kalau setiap hari makan satu jenis, dah boleh rasa keempat-empat jenis hidangan sepanjang MWC ni berlangsung !







Haaa kena masuk lane yang ditetapkan dan beratur. Amik dulang dan pilih je makanan nak apa.. Dalam setiap jenis hidangan, ada starter, main course, side dish dan dessert. Untuk setiap jenis tu, ada dua tiga jenis. Okay senang citer macam ni lah… contoh untuk main course, dia akan sediakan tiga hingga empat jenis makanan untuk amin course, so satu atau dua daripadanya adalah HALAL. So boleh lah pilih yang halal tu.. same goes with side dish, dessert.






Ini hidangan aku masa aku try juadah MIDDLE EASTERN. Hahaa sebenarnya rasa rugi pulak ambil yang middle eastern ni.. sebab nya tak kena pulak dengan selera aku.. Nasi dengan chicken skewer tu je sedap bagi aku.. yang lain macam tak gemar lak aku. Patutnya aku nak try Southern American. Wuwuwuuu… Takpelah.. ada pilihan makanan halal pun kira syukur sangat dah. Dapat jimat banyak jugak makan free ni, sebab makanan halal yang dijual di kiosk luar mahal gila !







Okay.. selesai acara di MWC, aku, boss dan rakan media dari website Lowyat.net decide nak keluar makan di sebuah restoran Timur Tengah yang bagi kami agak murah lah harga dia. Cuma nya kena menapak la sikit nak cari kedai ni. Kedai ni dekat dekat area La Raval (ye kot nama dia ni, aku lupa daa), sebelah La Ramblas. Haha. Carilah kedai AL-ANDALUS ni…







Kedai makanan halal, of course la kedai makanan timur tengah. Hahaa… kebab, mixed grilled tu memang biasa.. falafel laa… hahah semua lah. Boss aku pun sampai pening-pening nak pilih apa.







Ini bukan makanan aku ! Hahaha.. Ini makanan yang boss aku order rasanya.. Grilled chicken dengan cheese, sayur dan kentang goreng ! Haaa… kalau kedai Timur Tengah ni, bagi aku portion dia memang agak banyak.. sesuai la dengan orang dari sana yang memang berselera besau ! Aku order chiken (ke beef?) wrap. Masa nak bayar siap dapat diskaun. Haha.







Jalan jalan jom ! Sejuk nye takyah cakap lah. Malam pulak tu. Tu yang aku berbalut dengan muffler bagai. Hahaa.. tetibe tengah tengah jalan ada patung besi bentuk kucing. Haha bergambau dulu laa.. rindu kucing kat rumah punya pasal !






Ini dia La Ramblas. Tengah-tengah jalan dia buat satu laluan khas untuk pejalan kaki. Juga di sini terletaknya banyak mini bar dan mini restoran. So boleh duduk duduk minum makan kat sini…







Dekat laluan ni jugak terdapat banyak jugak lah kiosk-kiosk yang jual souvenir untuk pelancong. Beg, tshirt, keychain, topi, sweatshirt, buku.. semua ada ! Macam-macam jenis. Tapi aku tak membeli sangat laa.. sebab kat luar sejuk so aku takde mood nak membeli dan membelah poketku.







Sampai ke hujung jalan kot kami menapak. Nampak lah satu monumen kat sini. Maka berlumba-lumba kami mengambil gambar guna phone masing-masing, nak tunjuk hebat la phone siapa paling lawa ambil gambar waktu malam. Hahaa… Eh tapi ni aku letak pic yang aku ambil guna kamera.







Ini muzium lilin kalau tak silap aku. Hahaa ye kot ? Kami perhati dari luar saja.. Lagipun dah tutup muzium ni,






Oh ye.. sepanjang di Barcelona, ada masa aku masak jugak. Haha nampak gaya macam hebat je kan. Hehehe..






Taraaa… french toast eh namanya ? Yang kita celup telur tu then goreng atas frying pan. Hahaa alkisahnya aku tak jumpa garam. So macam kureng something pada roti aku. Tapi alhamdulillah… sebab seingat aku, french toast aku ni habis dimakan rakan sekerja. Hahaha… !!




So.. tu je kot nak share pasal trip ke Barcelona.. Eh eh ade lagi lah.. entry penutup… Sebelum aku beralih ke entry event-event.. kemudian sambung tulis pengalaman di Melbourne Australia.. kemudian Korea ! Fuhhh gilo weh gilo.. itu first time travel back to back… Hohoo.. see ya !









XOXO,
Putewi Hensem !

Read More»

Rabu, 27 Mei 2015

My Worktrip to Barcelona 2015 – Sekitar Mobile World Congress 2015

 

 

Assalamualaikum..

 

DSC04043

 

Okay marilah kita sambung lagi kisah pasal Barcelona sebelum hari berganti hari, bulan berganti bulan.. maka sampailah tahun depan. HAHA !! Ramai jugak yang tanya macam macam masa first time aku ke sana dengan team AMANZ ni…. Hahaa biasanya I will just answer when I feel like to. Kejam dak ? Hohoo.. so marilah kita rungkai soalan-soalan lazim yang biasa aku terima :

 

S : Nisa pergi Barcelona ni berjalan ke bercuti ?
J : Kan sama tu ? Dua-dua pun tak. BEKERJA. Hehe.

 

S : Nisa ni kerja apa eh ? Berjalan je. Best nya.
J : Kerja ? Mana satu ? I do lots of work. Blogging, meniaga, social media influencer, pengacara video. Hehe.

 

S : Nisa pergi Barcelona buat apa ?
J : Cover event Mobile World Congress dengan team AMANZ haa..

 

S : Apa benda Mobile World Congress ni ye ?
J : Aaaa.. sukar jugak nak menjawabnya HAHA ! Yang Nisa tahu, MWC ni merupakan himpunan jenama tekno terkenal (peranti / aplikasi / semua yang berkaitan mobile) untuk lancarkan dan pertontonkan kepada semua pengunjung.

 

S : Nisa keje apa eh ? (Soalan ulangan.)
J : Nisa jadi pengacara video dengan team AMANZ ni, sebab tu Nisa iut dorang cover event.. Ada yang kat luar negara, ada yang dalam Malaysia jer.

 

DSC04046

So dalam entry ni aku saja nak imbas balik kenangan dalam dewan konvensyen Fira Barcelona dan bawakkan sikit mood kat sana. Gituuu.. Huuu maaf ye, sejujurnya aku takde idea nak tulis apa ni..

 

 

DSC04047

Ni nama dia Faiz. Wartawan dari TV3 kalau tak silap aku. Haha aku lupa woi ! Aku kenal dia masa trip media ke Cambodia. Masa pertama kali aku dan team AMANZ ke Barcelona, memang susah nak jumpa wartawan / pengunjung dari negara sendiri. Paling dekat pun ada wartawan Indonesia duduk sebelah aku dekat booth Windows haha ! Tapi kali ni ramai juga media dari Malaysia yang datang cover event ni.

 

 

DSC04066

Huii apa pasal kereta aku parking dalam dewan ni ? Hahaha !!

 

 

DSC04083

Halo halo testing one two three… Yoshh !!

 

 

DSC04086

Selain cover event, aku juga mengambil kesempatan ini untuk bergambar dengan maskot maskot Android. Haha ada lagi maskot android dengan kostum berbeza, tapi tak sempat nak kejar lah. Haha !!

 

 

DSC04136

Pusat konvensyen Fira Barcelona ni ada beberapa buah dewan, dan laluan di antara dewan dewan tu,kat bahagian luarnya ada macam kafe-kafe. So kalau nak makan dalam suasana angin sejuk-sejuk boleh lah duduk luar. Tapi depa kan dah biasa cuaca macam ni. Apedehal.. Aku je yang duduk luar tu pakai sampai lima enam lapis baju ! Haha..

 

 

DSC04159

Inilah dia media village.. hanya pemegang kad media sahaja yang boleh masuk ke sini. Masa nak masuk tu dia akan scan kad kita. Kalau keluar bebola hijau kat skrin peranti dia, so boleh lah kita masuk Hahaa..

 

Dalam media village ni disediakan meja-meja yang banyak, siap ada dua plug point lagi tu. Senang nak cas komputer dan cas kamera atau phone dalam masa yang sama. Hehehe tapi kena bawak dua adapter plug lah kalau macam tu kann… Kat media village ni ada free flow air kosong, the dan kopi. Ada masa dia hidang biskut. Sedap weyh. Haha !

 

 

 

DSC04181

Dan… itulah dia serba sedikit mengenai Mobile World Congress, kenapa aku ke sana dan basically apa yang ada kat sana lah. Well… aku menaip entry ni dengan rindu yang sarat di dada terhadap Barcelona ! Kalau ditakdirkan aku takde rezeki jadi pengacara kat tempat lain (well I’ve been participating in many auditions) … inshaAllah aku akan terus bekerja sebagai pengacara video untuk AMANZ je.. Because I’m the only yosh girl kan ? HAHAHA!!

 

 

Okay lah.. bertemu lagi dalam next entry !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Selasa, 3 Mac 2015

My Worktrip to Barcelona 2015 – Fira Gran Via (Day 3)

 

 

Assalamualaikum…
[Entry untuk hari ketiga di Barcelona : 28 Februari 2015]

 

DSC03760

 

Hari ketiga kami di Barcelona.. jujurnya tidak ada apa sangat kami buat. Kecuali kami ke Gran Via, kawasan di mana terletaknya Fira Barcelona, sebuah pusat konvensyen yang teramat besar di mana akan berlangsungnya acara Mobile World Congress 2015. Di kawasan Gran Via ini juga terletaknya pusat perabot terkenal dunia iaitu IKEA. So kat situ dorang panggil Fira Barcelona ni sebagai “Fira Gran Via” dan “IKEA Gran Via”. Gitcheww ye anak anak.

 

 

DSC03772

Dari apartment tempat kami menyewa, kami kena naik tren nak ke Fira Gran Via. Tapi kena tukar di stesen Espanya. Sebab laluan tren ke Fira Gran Via dengan laluan tren area apartment kami tak sama. Kat Barcelona ni, sistem tren dorang sangat banyak jenis laluan. Ada jugak Metro dan Tram. Kalau kat Malaysia, ada dua je laluan KTM Antarabandar, satu laluan Monorail, 3 laluan LRT. So mudah sangat nak faham. Kalau di Barcelona, kami survive naik tren dengan search laluan di Google Maps dulu sebelum keluar. Kat situ dia akan suggest laluan mana nak tukar stesen. Kalau dapat peta laluan tren dan metro Barcelona ni, mudah jugak nak cari destinasi.

 

 

DSC03775

 

Di stesen-stesen pertukaran yang menghala ke stesen Europa Fira semua dah diletakkan dengan papan tanda MWC15 ni. Memang servis dorang bukan setakat di kawasan acara, tapi di stesen keretapi jugak ! Haa suasana dia toksah cakap lah macam mana, pada hari pertama memang ramai nak mati sampai kami terlepas satu event ! Tapi tu nanti lah cerita. Haha.

 

 

IMG_9247

Alhamdulillah selesai sudah kami ambil pass masuk ke acara MWC15 yang akan bermula Isnin ini. So ke mana kah kita ? Memandangkan terdapat booth yang masih dibina, maka kalau nak masuk ke Media Village, kena pakai topi keselamatan dan jaket kuning serupa pekerja bina bangunan tu. Tapi yang tak best nya topi tu dengan jaket keselamatan tu kena beli dengan harga 10 euro ! Mahal woi. Maka kami lepak di lobi sahaja sambil menikmati internet yang laju.

 

 

IMG_6872

Alkisahnya selepas kami lepak-lepak kat situ, kami pon bosanlah dan telah ambil keputusan nak meninjau pusat perabot IKEA. Haha padahal bukan ada apa pun, saja je lah nak tengok suasana IKEA di Barcelona ni kan. Hahaa…

 

 

20150228_144741

Bayangkan kalau di Malaysia harga para tu RM7 dan meja pasang sendiri tu RM5 ? Haha.. memang tak dapat la kan ? Paling murah pun meja petak tu RM20 eh ? Haha bayangkan sajor lah ye. Jangan di convert pulak. Kalau convert matawang nya, memang sama je mahal nya ! Haha…

 

Antara kelainan yang aku tengok kat IKEA Gran Via ni, dorang ada bahagian di mana semua pameran kabinet dapur dorang memang khas untuk dapur yang sempit. Rumah-rumah terutamanya apartment di Barcelona ni memang mempunyai ruang yang sangat sangat limited. Sama je dengan apartment yang kami sewa last year. Jadi dorang kena pandai pilih kabinet dapur yang sesuai agar ruang dapat dioptimasikan. Dorang ada jugak bahagian jual peti sejuk, oven, mesin basuh, dapur gas, dan mesin basuh pinggan. Siap jual kabinet yang memuatkan peti sejuk dan mesin dish washer semua.

 

 

20150228_152621

 

Ini bukan kawasan restoran besar IKEA tau. Ini kawasan kiosk makanan kat tingkat bawah, berhadapan dengan kaunter bayaran tu. Orang ramai gila masa ni sebab tengah ada sale hotdog harga 0.50 euro. Haaa dengan meja tak cukup, kerusi tak cukup.. Orang angkut-angkut je kerusi ke meja lain. Meja yang takde kerusi tu, orang makan berdiri je. Ada yang makan tepi pintu, ada yang makan tepi water dispenser ! Hah merata-rata lah pendek kata.

 

 

IMG_6873

Okay lah.. nampak macam mendung-mendung je kat luar, kami pun terus lah balik. Bukan beli apa pun kat IKEA.. Cuma bazir masa sikit, buang tenaga sikit, duk pusing satu IKEA tu. Corak cadar yang dijual pun sama je kat Malaysia. In fact, kat IKEA Malaysia lebih banyak pilihan cadar. Haha bebel pasal cadar pulak kan ?

 

Oh ye gambar di atas ni, aku ambil sekali lagi setelah setahun ! Tahun lalu punya trip ke Barcelona aku ada ambil gambar di exact spot, stesen tren yang sama ! Tapi aku upload di instagram sajo lah. Hehe.. InshaAllah tahun depan aku ke sini lagi dengan izinNYA, aku nak bergambar lagi kat sini.

 

 

IMG_6880

Haa kalau usha usha sekitar stesen tren, akan ada kedai-kedai makan, kiosk barangan pelbagai dan kedai baju.. dan jugak vending machine. Bukan saja vending machine yang jual air tu.. ini vending machine yang jual pelbagai aksesori elektronik. Ada bateri, car charger, USB, headphone, powerbank.. Haa pendek kata barang-barang yang sewaktu dengannya lah !

 

 

IMG_6876

Haaa powerbank XIAOMI pun hadooo…

 

 

IMG_6879

Earphone, charger adapter dan connector antara barang yang menarik perhatian aku. Aku sikit lagi nak beli adapter micro USB ke lightning iOS tu.. Hahaa.. so that senang sikit aku nak cas phone, sebab selalu aku bawak micro USB je.. usb iPhone mesti aku tak bawak. Dah ade adapter ni senang lah takyah bawak wayar banyak-banyak kan.. Nak carilah masa balik Malaysia nanti !

 

Okayyy… sekian kisah hari ketiga kami di Barcelona, memang takde apa pun.. cuma pergi ke Gran Via tuntut pas masuk, dan ke IKEA. Lepas tu balik. Kononnya nak keluar tengok kawasan sekitar malam tu, tapi.. hampehh.. tertidur sampai ke pagi hah ! Nasib lah aku terjaga tengah malam tu then sempat lah cuci muka. Kalau tak, habislah tidur dengan mekap sampai ke pagi. No no nooo.. sangat tak baik untuk kulit muka okay ! So, till next blog post ! Chiooww !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem @ Barcelona.


Read More»

Sabtu, 28 Februari 2015

My Worktrip to Barcelona 2015 – Barceloneta Beach (Day 2)

 

 

Assalamualaikum…

 

DSC03676

Pagi Barcelona ! Hari pertama di sini kami dah melantak mi segera. Haha aku rasa for travellers, mi segera ni kira essential la kan. Makan panas-panas pulak.. Fuhhh… memang syok.

 

 

DSC03679

Haha ini sarapan cara jimat sangat. Sebab nya biskut di atas kami dapat free, cheese spread pon dapat free dalam flight ke Amsterdam kelmarin. Haha so jimat kuasa dua kat situ. Makanya, any flight food yang boleh korang tapaw simpan dalam beg, tapaw ajo lah. Aku je dah amik dua tiga paket biskut masa dalam flight. So boleh lah buat kudap-kudap masa tunggu di Airport Schiphol kelmarin.

 

 

DSC03681

Ini bukan iklan produk eh. Tapi saja lah nak share, kalau berjalan ke mana-mana yang tak duduk hotel, aku suka bawak cereal drinks macam ni, lagi-lagi brand Nestum ni haa.. Sebab bagi aku kalau minum satu paket ni, dah agak kenyang. Hahaa tu perut aku lah. Kalau perut orang lain aku tak tau. Kalau duk hotel, dapat la breakfast so boleh makan cereal dengan susu kan. Kalau tak duk hotel aku bawak benda ni sajor.

 

 

DSC03695(Masih tak faham, dalam banyak-banyak tempat.. sebelah tong sampah jugak aku nak bergambar eh??)

 

Fuhhh terasa mencucuk kedinginan cuaca di Barcelona ni. Aku tinggal di kawasan yang namanya Marina. Sangat dekat dengan pantai dan beberapa tempat tarikan pelancong seperti Sagrada Familia. Semuanya dalam walking distance je.. Memandangkan hari Jumaat ni kami takde buat apa sangat, kecuali nak shoot video Mingguan Amanz, so kami keluar tengok-tengok kawasan berhampiran, kot ada lokasi yang best nak shoot video.

 

 

DSC03697

Berpandukan peta yang dibekalkan oleh tuan rumah, kami cuba untuk pergi ke kawasan-kawasan yang beliau dah tanda untuk kami lawati. Ewahh macam pelancong sangat uolls ! Kami cuba nak pergi Parc de la Ciutadella TAPIIII… Mungkin kami ikut jalan lain, sudahnya kami tak jumpa pun pintu masuk taman ni.. Dalam taman n ada banyak tempat lawa-lawa.. Tapi takpelah.. takde rezeki. Hew hew…

 

 

DSC03701

Yang kami jumpa cuma Zoo De Barcelona, yang mana merupakan sebahagian dari Parc de la Ciutadella  tadi. Haaa kami usha balik peta, nak masuk taman ni kami kena pusing balik. Makanya kami pun rasa tak payahlah, teruskan je lah perjalanan ke pantai.

 

 

DSC03710

Haha terik punya pasal cahaya matahari tu, ambil gambar pun mesti mau tutup mata. Kekeke.. Sweatshirt dari instashop @echoskint thank you soo much !!!

 

 

DSC03717

Ni area Carrer de Moscou kot? Entah lahh.. susah aku nak tengok mana satu papan tanda depa. Bukan aku faham pun. Yang pasti laluan yang ala taman ni terletaknya di tengah jalan raya, berhadapan bangunan-bangunan hotel dan pejabat.

 

 

DSC03722

Yezzaa !! Sudah sampai di Barceloneta Beach ! Nampak je matahari memancar dengan sangat terik, tapi ! Angin sejuk dibawa oleh ombak dan pantai jangan dipandang rendah ! Hahaha sejuk sangat weyyy… Yeah bebeh kami kini mengadap Laut Mediterranean !

 

 

DSC03736

Haa kalau korang tabur biskut ke gandum ke.. atau anything yang burung boleh makan, nanti korang kena serbu dengan sekawan burung camar ni. So far aku tengok dia takde lah patuk orang, cuma kalau korang nak baling makanan tu baling ler jauh sikit.. Kang baling kat kaki kang, dengan kaki korang sekali dia patuk ! Hahaa…

 

 

DSC03741

Ni bahagian atas dari kawasan pantai tu… Tempat orang bersiar-siar.. main basikal… and main roller-blade ! Fuyoo teruja jap aku.. teringat zaman gilakan roller-blade masa sekolah rendah dulu! Kat sini basikal elektrik pun hadooo. Tapi jejaga lah, orang kat sini bawak anjing depa jalan-jalan.. jangan tergesel sudah ler.

 

 

GOPR3515

Oh ye… hope siapa yang datang sini hati-hati dengan scammer yang agak berleluasa. Mula tadi, kat kawasan pantai, sedang asyik aku memerhatikan burung camar tadi, datang seorang warga asing (I think he’s Pakistani) menanyakan kami orang Malaysia ke tak. Kami iyakan aje lah. Lepas tu dia tunjukkan kepingan kelapa kat dalam bakul dia and insist suruh boss aku amik. Aku buat bodoh je la.. dah tahu kan nanti dia mesti mintak duit. Boss aku lak almosttt ambil kelapa tu. Nasib tak amik ! Kalau tak mesti overcharge !

 

And satu lagi ada orang jual-jual bunga rose. Masa ni aku dengan boss aku tengah ready nak buat video mingguan Amanz kat kawasan pantai ni. Di hulur-hulur bunga rose. Lepas tu tunjuk kat boss aku suruh bagi aku. Kejadah apakah iniii… We said “no thank you” baik-baik je lah. Nasib baik orang tu tak memaksa sangat. Kalau tak mesti kena dah dengan aku HAHA.

 

 

DSC03753

Lepas habis rakam video, kami ingat nak pergi jumpa one of our team member kat area Carrer de la Marina. Hahaha masalahnya jalan Carrer de la Marina tu panjang nak mati so, dengan takde internet nya dan sangat susah berkomunikasi maka kami pun terus balik je lah. Kaki aku masih sakit-sakit, padah apabila bawak kasut yang tak sesuai ! Haha… So balik je lah. Lapar dan penat.

 

 

DSC03757

Masa lalu atas jambatan, sempat la aku usha sekawan anak-anak ikan tengah warming up untuk main bola / futsal. Hahaa cuci mata kejap. Aci ke idokkk ???

 

 

Sudahnya, sampai rumah, aku isi perut dengan roti and sardin, serta minuman Nestum tadi.. Lepas tu aku tak ingat apa dah. Aku terus black out haha ! Dari sekitar jam 6 petang aku tido ! Sampai lah aku terjaga jam 11.30 malam macam tu.. Aku tersedar sebab tido dengan tudung sekali haha.. lepas tu aku mesej-mesej kejap dengan kawan, sebab kat Malaysia masa tu pagi lag.. and tatap kejap gambar anak-anak kucing yang ku rindui, tehn tido balik sampai la jam 6 pagi gitu. Ya ampun.. dengan tak dinner nye ! What happen to mee. Hahaa…

 

Kat sini dah jam 8.30 pagi gitu.. (di saat aku menaip ayat ini). So aku nak bersiap-siap dah keluar… nak pergi ke Fira Barcelona untuk ambil pass media ke acara Mobile World Congress yang akan berlangsung bermula Ahad ini (esok).. Haa lainnya tahun ini, tahun ni ramai media dari Malaysia yang akan datang cover event MWC2015 ni. Tahun lepas macam krik krikk sikit susah nak jumpa orang Malaysia.. and we always being mistaken as Indonesian. Haha..

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem @ Barcelona !


Read More»

Copyright © Nisa Kay