Assalamualaikum...
Rindunya nak menaip di blog... tapi kekangan masa tak mengizinkan untuk Nisa berkongsi dengan lebih banyak di blog.. Banyak je event yang pernah Nisa hadiri.. ada yang memang Nisa nak kongsikan di sini, tapi tu lah kejap ke sana kejap ke sini, bila entah nak ada masa menaip blog ye dak. Haa ini ada lah waktu me time sikit, so boleh la taip blog. Nisa nak throwback sikit acara malam gala filem yang khabarnya telah mencecah kutipan RM1juta !! Haaa onz tak onz ???
Alhamdulillah.. Nisa dan rakan-rakan blogger hadir ke majlis malam gala filem Pulang terbitan Primeworks Studios dan menjadi antara yang pertama yang menyaksikan filem ini di layar perak. Sewaktu malam gala ini berlangsung, turut hadir adalah rakan-rakan artis dan jugak barisan pelakon, pengarah dan penyanyi runut bunyi filem Pulang ini. Terima kasih di atas jemputannya, Primeworks Studios !
Oh yaa.. semasa acara malam gala tersebut, pihak Pos Malaysia ada membuka kaunter khas di mana sebanyak 100 keping poskad khas filem Pulang disediakan, dan poskad-poskad tersebut sudah siap disetemkan. Haaa para hadirin berpeluang menulis poskad dan mengeposnya tanpa sebarang cas ! Yaaa.. free je. Cuma tuliskan mesej dan alamat penerima, siapp! Hmm Nisa ada pos kepada mak dan abah, dan seorang lagi penerima misteri. Hahaha tetttt!!!!
Pendukung utama filem Pulang. Remy Ishak yang membawa watak Othman, dan Puteri Aisyah membawa watak Che Thom. Bagi aku, kedua-dua watak utama ini sarat dengan emosi. Seorang lelaki yang berazam untuk memberikan kesenangan kepada anak isteri, sanggup berjauhan dan menanggung risiko di lautan biru. Seorang isteri yang tegar menanti kepulangan suami, memegang janji-janji dan setia pada satu hati. Fuhh mendalam tak ?
Para pelakon - dari kiri : Alvin Wong (watak Lum), Azrel Ismail (watak Omar dewasa), Remy Ishak (watak Othman), Kabir Bhatia pengarah filem Pulang, Puteri Aisyah (watak Che Thom), Puan Shahila dari Primeworks Studios dan Erwin Dawson (watak Ahmad).
BETUL KE SEDIH ? MENITIS TAK AIR MATA ???
Baiklah.. setelah beberapa lama filem ini bertayangan sejak 26 Julai yang lalu, sejujurnya banyak feedback positif yang Nisa baca dari penonton.. Ini pula pendapat peribadi Nisa sendiri mengenai filem Pulang okay ?
MENUSUK KALBU
Personally for me, banyak sisi filem ini yang mudah menyentuh hati Nisa.. mungkin juga kerana Nisa sudah prepare mentally that this is going to be one emotional film. Dan permulaan filem dengan babak Che Thom terlantar, memanggil Ahmad pun buat Nisa sebak.. betapa di akhir-akhir hidupnya, masih di menuntut sebuah kebenaran mengenai suami yang tidak pernah pulang ke pangkuannya.
SITUASI GENTING
Babak-babak seperti zaman penjajahan Jepun, pergelutan Othman dan Lum mencari jalan pulang, dan juga babak-babak mendebarkan di atas kapal.. saat-saat genting sebegini membuatkan Nisa berdebar-debar.. meneka-neka apakah sependek itu momen Othman ? Akan matikah dia di saat itu ? Adakah itu sebabnya beliau tidak pulang ? Ohh ternyata tidak.. ada lagi plot mendatang.
RAHSIA TERPENDAM & EGO
Tak disangkal lagi, kerana terluka dan salah faham.. seorang lelaki teguh bersandar pada egonya, membuat keputusan tidak mahu pulang ke pangkuan isteri yang hiba menanti setiap hari. Yang paling sedih, dia simpan seorang dan isteri di kampung tertanya-tanya, marah dan sedih kerana disangka beliau sudah senang dan melupakan anak bini yang kesusahan. Sedih tengok Che Thom menahan rasa dan derita merindu, dalam pada sukar membesarkan anak lelakinya, Omar.
Walaupun jalan cerita ada yang sedikit perlahan, tapi ianya tidak mengganggu mood sama sekali, malah buat Nisa semakin bersabar ingin mengetahui kisah sebenar, rahsia terungkai dan pengakhirannya nanti bagaimana. Sebab semua orang nak tahu, WHAT HAPPENED? Why didn't he come back to Che Thom ?
Honestly Nisa tak boleh imagine filem ini bagaimana kalau para pelakonnya orang lain. Maksud Nisa di sini adalah pemilihan pelakon yang baik mempengaruhi kualiti filem ini jugak sebab semuanya memang on point lah katakan ! Semua bawa watak dengan baik.. dan babak babak sedih memang boleh mengundang air mata. Yes, I cried ! Dari mula, tengah, sampai la habis.. menitis je air mata ni.. tapi kena control la sebab mekap HAHAHA !
Antara para pelakon yang sempat Nisa bergambar bersama.. maklumlah.. acara penuh wartawan dan semuanya ingin menemuramah pelakon.. kita pun faham mereka sedang menjalankan tugas.. para pelakon pun busy juga.. jadi mana yang sempat sahajalah hehe.. apa-apa pun good job kepada tuan pengarah, pelakon, krew dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam pembikinan filem ini.
Untuk sebuah filem melayu, filem PULANG ini dihasilkan dengan indah, kemas dan sangat menyentuh perasaan. Pemikiran pun kena terbuka bila menjejakkan kaki ke wayang untuk menonton filem ini. Hendak dibandingkan dengan pelbagai filem lokal yang lain, filem ini punyai banyak bahagian yang bagus dan jauh lebih baik. Semoga kualiti filem lokal kita sentiasa meningkat dan disokong rakyat Malaysia !
Dan jangan lupa tonton OST filem Pulang, lagu Layarlah Kembali dendangan merdu Dayang Nurfaizah. Sangat sangat sangat kena dengan filem ini. Terbaikk!! Semoga bertanding di pentas Juara Lagu akan datang !
Siapa yang belum tonton filem Pulang, ayuhlah beramai-ramai ke panggung berdekatan, support filem Malaysia agar mereka dapat menghasilkan lebih banyak karya yang baik dan lebih baik di masa depan! Kalau kita tak menonton di saluran yang sepatutnya.. bagaimana mereka hendak menghasilkan karya baru yang lebih baik ? Pokoknya, support filem tempatan !
NISA KAY.
huishh muka Nisa pun macam mintak pulang tuu. hahahhaa. teringin tengok. tapi belum sempat
BalasPadamMacam best...kena pergi tengok ni
BalasPadamTips Atasi Masalah kulit wajah Breakout teruk
Content Creator yang baik sekali,tetap jaya dan berkembang ya sob,yuk di check it out AGEN BANDARQ
BalasPadamMacam best kena tengok ini
BalasPadamMacam best kena tengok ini
BalasPadam