Assalamualaikum...
Wahh sejak dua menjak ni agak aktif juga Nisa menghadiri pelbagai jenis acara (event) dan juga buat beberapa appearance untuk rancangan di TV, cuma mungkin kurang update... dan baru-baru ini Nisa ada cuba skincare baru.. jadi excited jugak lah nak share dengan pembaca semua. Sebab Nisa memang jarang buat review skincare, unless skincare yang Nisa memang guna. Kebetulan pula, Nisa dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran produk tersebut.. Wahh bertambah excited lah nak share !
Yesss semua ! Produk yang Nisa sedang guna adalah Blackmores Natural Vitamin E Creams ! Dan kebetulan minggu lalu Nisa dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis pelancaran produk terbaru Blackmores ni. Memandangkan Blackmores lebih terkenal dengan produk supplement nya, sudah tiba masa semua pencinta skincare tahu mengenai rangkaian produk Natural Vitamin E Cream mereka ! Acara pelancaran diadakan dengan kerjasama Watsons Malaysia.
Ini diaaa 4 jenis produk di bawah rangkaian Blackmores Natural Vitamin E Cream ni.. Jom kita berkenalan secara ringkas dengan keempat-empat produk ni.
BLACKMORES Natural Vitamin E Cream + Lanolin (RM 35.00)
- Krim pelembap asas di datangkan dalam bungkusan tube 50g
- Mengandungi Vitamin E semulajadi, lanolin, minyak avokado, minyak biji aprikot &
Vitamin A - Melembap secara mendalam sesuai untuk wajah & badan
BLACKMORES Natural Vitamin E Cream Skin Bright (RM65.00)
- Melembap & mengembalikan keserian kulit wajah
- Mengandungi bahan-bahan anti oksidan membantu mencerahkan kulit wajah
- Vitamin A, minyak avokado dan minyak biji aprikot membantu menyihatkan & melicinkan kulit.
BLACKMORES Natural Vitamin E Cream Skin Barrier (RM65.00)
- Melindungi, menghidrasi dan melembutkan kulit
- Membentuk lapisan pada kulit wajah untuk melindungi dari partikel pencemaran
BLACKMORES Natural Vitamin E Cream Firm & Smooth (RM65.00)
- Melembap, menegang dan mengurangkan tanda tanda penuaan seperti garis halus
- Mengandungi bahan yang membantu mengembalikan keanjalan kulit
- Melembut dan memperbaiki tekstur kulit wajah.
KULIT NISA JENIS YANG MACAM MANA ?
Untuk pengetahuan pembaca semua, kulit Nisa jenis combination skin. Ini bermakna ada bahagian wajah yang kering, ada bahagian yang nampak macam oily gituu.. Tapi berdasarkan skin analysis yang Nisa buat, kulit Nisa memerlukan lembapan yang lebih sebab lembapan kulit di tahap sederhana, dan mungkin sebab umur makin meningkat *batukkk* Nisa memerlukan produk yang sesuai untuk wajah kekal remaja. Wah gituu.
Okay, di permulaan blogpost Nisa ada cakap yang Nisa sebenarnya sudahpun mula menggunakan produk Blackmores Natural Vitamin E Cream ni even sebelum majlis launching ni lagi kan.. So far, dah lebih dua minggu Nisa menggunakan produk ini setiap hari, dan ada dua produk utama dari rangkaian ini yang Nisa memang gunakan.
REVIEW - Blackmores Natural Vitamin E Cream Firm & Smooth
Nisa ada masalah garis halus yang agak ketara di bahagian smile lines, yang memang akan jelas kelihatan lebih-lebih lagi bila memakai mekap, sekaligus buat Nisa nampak lebih tua daripada umur sebenar! Lepas hampir dua minggi guna krim Firm & Smooth ni, Nisa perasan garus halus di sekitar mata dah nampak kurang kelihatan, dan boleh disorok di bawah mekap! Smile line di tepi mulut masih ada, cuma makin less visible dan kurang menyakitkan hati lah berbanding sebelum ini! Haha.
Memandangkan smile line tu antara masalah utama, mungkin ia akan mengambil sedikit masa lagi untuk menunjukkan kesan sepenuhnya, tapi Nisa gembira dengan hasilnya setakat ini ! Memandangkan kulit Nisa acne prone dan ada kesan tekstur yang tidak diingini dari jerawat lama, Nisa perasan tekstur tu pun dah makin berkurang dan pipi tampak lebih smooth ! Wahhh makin bersemangat lah nak pakai setiap hari lepas ni. Nisa pakai Natural Vitamin E Cream Firm & Smooth ni setiap malam sebelum tidur.
REVIEW - Blackmores Natural Vitamin E Cream Skin Bright
Memandangkan Nisa mempunyai banyak parut jerawat dan tona kulit yang tidak sekata, Nisa memilih untuk menggunakan krim Skin Bright di waktu siang. Selepas lebih dua minggu penggunaan, Nisa perasan parut jerawat especially yang dark spots tu, makin kurang ketara! Wahhh tengok parut memudar sikit pun dah happy sangat! Inikan pula bila parut tu pudar dengan sangat ketara!
I do still have a lot of scars all over my face, and most of them have already faded so much after two weeks of this cream's usage! Memang sangat sangat happy sebab dah tak payah pakai corrector bila nak mekap. Wajah Nisa pun nampak agak mencerah. lagi-lagi bahagian pipi kanan (seperti dalam gambar) sebab ada kesan sun burn. Pipi belah kiri masih ada beberapa dark spots tapi serius banyak dah pudar ! Oh yaa gambar yang ini nampak lebih cerah sebab Nisa ambil gambar betul-betul mengadap cahaya matahari!
Ada beberapa lagi sebab kenapa Nisa suka produk-produk BLACKMORES Natural Vitamin E Cream ni... Jom baca !
- Harga yang sangat sangat affordable untuk produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi !
- Mudah didapati - boleh dibeli melalui laman web Watsons atau di outlet Watsons.
- Blackmores adalah jenama yang sangat sangat dipercayai dan sudah established.
- Tak perlu pakai produk pelembap dan rawatan yang berlainan, rangkaian Natural Vitamin E Cream ini ada beberapa fungsi dalam satu produk !
- Mengandungi bahan-bahan semulajadi yang selamat untuk wajah.
Ada banyak lagi kebaikannya! Korang boleh Google sekarang dan jangan lupa dapatkan di Watsons berhampiran anda tau! Jom cantik sama-sama !
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
GIVEAWAY
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peluang memenangi set lengkap Blackmores Natural Vitamin E Cream !!
1. Tinggalkan komen di bawah mengenai skin concern anda.
Adakah kulit anda berminyak ? Kulit anda kusam ? Banyak parut ?
Ceritakan kisah anda secara ringkas di ruangan komen!
Ceritakan kisah anda secara ringkas di ruangan komen!
4. Contest berlangsung : 21 - 26 Ogos 2018.
5. Pemenang akan diumumkan melalui laman instagram Nisa pada 27 Ogos 2018 (Isnin).
GOOD LUCK !
NISA KAY.
Kulit jenis combination. T part oily, some part dry. Tak banyak jerawat pun tapi bila tak berbedak nampak la jugak kusam tak berapa nak cerah sebab selalu kena matahari. Saya rasa ramgkaian produk Blackmore's Natural Vitamin E Cream ni sangatlah diperlukan!
BalasPadamNama Penuh: Nor Azri Syahirah Mohd Sabri
IG: @neyrashazeyra
Holla nisa . kulit saya jenis yang normal tapi kusam dan tona kulit tak sekata plus ada parut (yang hitam manja tu) . walaupun normal tapi tapi tapi sangat sensitif pada habuk dan jerebu . boleh naik jerawat teruk *nangis* . dan bila tukar skincare (ni sebab suka terpengaruh dengan testimoni warna warni produk semua ish ish ish) muka boleh jadi kering *nangis lagi* so kena try & error untuk dapatkan yang betul sesuai cewahh .
BalasPadamalang alang ada peluang nak menang set lengkap blackmores ni *mohon menang mohon menang* nak try jugak lah . sebab review pasal melembapkan kulit tu . fuhh penting tu satu langkah untuk dapatkan glowing skin *love* . lagi lagi . senang nak dapat , boleh hilangkan parut (yes yes penting penting) pastu boleh mencerah dan banyak lagi . memang best lah . nak try nak try jugak ☺️
NUR EZZATI REDZWAN
@ezzatiredzwan
Hi Nisa! nama saya nur farhana binti masiran (ig hanasakuraa_) :) saya jenis combination. kadang-kadang kering dekat bahagian tepi hidung, kadang pulak berminyak dekat bahagian T-zone 😂 sekarang ni pun pakai produk dari drugstore je. kalau tak pakai apa-apa, nampak lah kusam sedikit 😂 bila tengok post Nisa dekat twitter pasal Blackmores ni rasa macam tertarik pula nak cuba. harap-harap ada rezeki nak cuba 😆
BalasPadamBismillah, okay saya nak cerita sedikit kisah ringkas tentang kulit saya, kulit saya jenis kering dan agak kusam. kalau nak cari foundation yg sesuai untuk kulit tu agak susah tpi saya masih mahu memakai makeup :( sbb mmg lumrah kan em saya tak cukup yakin untuk keluar tanpa makeup nie. saya juga ada parut-parut jerawat yg agak degil dan susah nk hilang :( dah pelbagai produk saya cuba tapi still tak mahu hilang, so saya nak try blackmores natural vitamin e cream nie tpi belum berkesempatan nk dptkannya. saya dengar bnyk good feedback for this blackmores natural vitamin E cream. kita sendiri tahu blackmores mmg mengeluarkan bnyk vitamin dan supplement yg bagus untuk badan dan kulit kita dan saya juga salah satu pengguna produk blackmores. jadi dipeluang yang ada ini apa salah klau join kan lagi pon this is the new product from blackmores right! saya nak cuba dan saya nak kulit saya kembali sekata dan sihat :) hope ade rezeki insyaAllah amin heheh. btw tq nisa and blackmores buat this giveaway <3
BalasPadamSYARIFAH NUR ATIQAH BINTI SAYED MOHAMED NOOR (sy.atiqah- Instagram Id)
singgah blog
BalasPadamhttps://messarah.blogspot.com/2018/08/movie-review-game-night-uninvited-crush.html
Hai Nisa, skin type i also combination, dan lebih kepada masalah kulit kusam dan parut jerawat hitam (blemish) sometime tiny bump jugak. Bermacam product juga i dah try tapi macam tak jalan je.
BalasPadamSince i macam fall in love dengan blackmore product ni bila baca review u hope ada rezeki i nak menang giveaway ni hehe.
NAMA : SYAHIRAH ZULKEFFELE (INSTA ID : @IRAZULKEFFELE). TQ ❤
Kulit eina jenis sensetif.. Pakai produk bayi je boleh.. Carrie Junior.. Teringin nak pakai produk macam2 macam wanita2 lain.. Rasa tak normal sgt.. Tp bila baca review ni, macam teringin nak try n hope boleh sesuai ngan kulit yang senang merah2 ni.. Sebab tengok produk ni macam natural vitamin je kan..
BalasPadamNama penuh : Nurul Amalina Mazlan
IG ID : falling_angel93
Hi Nisa! Kulit mell combination and jerawat slalu je beranak pinak time hormon tak balance , tinggalkan kesan parut buat muka jadi seriously kusam. Teringin jugak nak try blackmores mcm best jee hehe
BalasPadamNama: Fhatin Amelia Musa
Ig id : fhatinamelia
Kulit saya berminyK danvsekatlrang mulai ada bruntusan juga
BalasPadamPkai yg biasa gk terlalu ngefek kekulitnya dan juga kulit saya ni banyak komedonya
Nama hanan mutia rachmawati
Instagram: @wooz.6
Hi Nisa. Nama kita Ein. Ein sangat sgt concern about my oily skin. Dah cuba macam2 produk dah. From drugstore Malaysia to drugstore oversea Ein try. Tapi masih jugak macam tu. Issue blemishes & acne scars jugak. Dark spots tu payah nk pudar. Nak jugak try blackmore ni sbb dia pun supplement bagus. Harap ada rezeki menang giveaway ni. Thank you.
BalasPadamBismillah skin saya jenis kulit kusam
BalasPadamSaya guna banyak produk sebelum ini tapi kurang berhasil untk pengetahuan kak nisa I had speend a lot of my money for my skincare sometimes my montly wage habis mcm tu je kkdg nak makan pun kena kira2 balik I know belum rezeki lagi my skin had a lof of darkspot membuatkan saya tak yakin kadang2😢 darkspot nampak sngt tambahan lagi dgn keadaan kulit x sekata dan kusam
Saya harap sangat dengan giveaway yg kak nisa buat ni rezeki saya dapat memiliki set lengkap Blackmores Natural Vitamin E Cream !!Saya nak sangat 😭😭😭 sbb saya tau review untk produk blackmores sangatlah mendapat tempat dihati pengguna2 dan pencinta produk kesihatan saya nak sangat😭😭😭 lagi2 nak masuk U awal bulan sembilan ni 😭😭 saya teramat perlukannya May Allah bless u kak nisa
Ain Suhada binti Abdul Halim
Ig :a.syuhadaaaaa
1. Saya tak ada masalah sangat mengenai kulit wajah saya. Tapi saya nak dapatkan set lengkap Blackmores Natural Vitamin E Cream ini untuk ibu saya. Ibu saya sering tanya tak ada ke produk-produk kosmetik review nak bagi dia. Sebelum nie saya memang tak ambil langsung job review produk kosmetik. Kadang rasa kesian jugaklah.
BalasPadamBaru-baru nie saya ambil satu job produk kosmetik, produk tu belum review lagi tapi dia yang bersemangat nak cuba. Asyik datang ke bilik tanya, "dah boleh ambil ke produk tu?" Hahaha. Jadi saya rasa, kalau saya dapat set lengkap Blackmores Natural Vitamin E Cream nie, mesti ibu saya gembira gila !
2. Dah follow lama dah
3. MUHAMMAD ZHARIF BIN ABD AZIS (Instagram ID : zharif93)
Hai nisa,saya Ain and saya ada combination skin. Dulu saya rasa saya dry skin sebab kulit terlampau kering sampai kulit terhakis and jerawat banyak gila dulu but now sejak saya guna hydration everyday kulit dah makin lembab but still muka ada nampak kusam sometimes and parut banyak. Maybe after saya cuba produk blackmores natural vitamin e cream ni insyaallah saya akan dapat wajah yang sihat dan segar sepanjang hari. :)
BalasPadamAinnur fatehah
Ig : @ainemran
Siapa kata lelaki tidak memerlukan produk jagaan kulit ? Saya amat menitikberatkan soal penjagaan kulit kerana kerja saya memerlukan saya berhadapan dengan orang ramai setiap hari.Disebabkan bekerja di dalam persekitaran yang berhawa dingin,kulit saya mudah sangat menjadi kering.Ini agak merisaukan saya kerana apabila kulit mudah kering,ianya akan menghasilkan garis penuaan yang sangat cepat daripada biasa.Jika,tersilap menggunakan produk,kulit saya akan mudah berminyak.Hal ini tidak menyenangkan diri saya.
BalasPadamNAMA PENUH : MOHD ROSHAIDI HAMAD.
INSTAGRAM ID : carideeyhamad
Kulit mamaku kusam dan berjeragat. Bantuin dong sesama umat. Puas dah dia cari krim muka tuu
BalasPadamTolong mak aku ni wehh. Kulit muka dia kusam plus berjeragat. Dia pon tengah cari cream skin yang sesuai ni. Bantuin yaa ampunn
BalasPadamkulit kusam berminyak dan parut jerawat yg membuatkan diri tiada keyakinan. teringin kulit pulih semula seperti org lain yg tidak seperti saya. saya harap jika saya bertuah dpt giveaway ini saya ingin mencuba dan akan terus beli dgn pantas jika ia amat berkesan dan memberikan semula keyakinan pada saya!!
BalasPadamNUR DALILAH BINTI MUSTAZA
@diladalilaa
Hi, Nisa.. Kulit muka saya jenis berminyak, berjerawat dan paling 'horror' ada bekas, lubang jerawat yang memang kadang kala membuatkan saya down dan give up untuk merawatnya. Alangkah seronoknya kalau saya menang set lengkap Blackmores Natural Vitamin E Cream ni... 😍
BalasPadamNama penuh : Norain Baharom
IG id : @aiinbaharom
Hi Nisa, saya mempunyai kulit wajah yang kusam dan berminyak. Bukan itu saja kulit saya juga mempunyai masalah tona tidak sekata dan tidak bermaya. Sampai sekarang saya masih tidak menemui skincare yang betul betul sesuai dengan kulit saya sebab bagi saya kulit yang baik adalah bagaimana kita menjaga dari cara pemakanan kita dan penjagaan kulit kita. Sebab itu saya sangat menitik beratkan apa yang saya makan contohnya saya akan cuba untuk mengelak daripada makan makanan berminyak terlalu kerap walaupun kadang kadang cannot resist that kind of food. Selain jaga pemakanan, saya juga percaya pengambilan vitamin C juga penting untuk kulit sebagai inner beauty dan banyakkan minum air kosong. And guess what? Vitamin C yang saya amalkan adalah daripada Blackmores sendiri kerana ianya sesuai dengan saya. Disebabkan itulah I am looking forward to trying this skincare products because it is from Blackmores itself. Dalam masa yang sama, saya masih lagi membuat research mengenai produk yang sesuai untuk saya dan membaca review review pengguna melalui certain certain products dan saya yakin produk yang baik adalah produk yang menggunakan bahan bahan semulajadi seperti Blackmores.
BalasPadamSaya juga mempunyai masalah whitehead dan blackhead yang teruk, jika ia tidak dibuang/dipicit permukaan kulit saya akan jadi kasar terutamanya di bahagian hidung dan sekeliling mulut serta area kening. When I put on my makeup, the whiteheads still can be seen and somehow it will affect my self confident esp during meet up session with my friends. Though I have a skin problem, I still be grateful of who I am because I believe the best solution is to love ourself first regardless all concerns we face. Thank you Nisa for giving me this opportunity to voice out bout my problem so that all people out there would be aware about the importance of good skin care.
name: siti fatimah
IG id : acuyuhan
1. Hello Nisa Kay! Pestime ni kita comment sebab berminat gila dengan review Nisa. Plus, Nampak banyak sangat improvement kat kulit Nisa. Adore gilaa
BalasPadamKita pun skin combination. Tapi more to dry jugak. Pegi kerja rasa dah makeup helok, tapi slumber je budak opis tegur ehh keringnya muka kauu. Hangin 1 badan kita dengar. Hahaha
Pastu Kita ada masalah dengan tekstur kulit yang tak berapa smooth. Sebab dulu gatal tangan suka picit jerawat.
Kita memang minat gila rangkaian produk Vita E ni sebab nak sangat mosturizing effect + smooth skin texture effect + llighten scars effect tuu !
Semoga kulit Nisa Fuzi menjadi semakin gojes seperti Nisa Kay. Aminnn!
2. Kita dah follow Nisa since Nisa start blogging lagi. Masa zaman pakai inner silang lagi. Kahkah
3. Nama : Nur Khairunnisa Mohamad Fuzi
IG : @nisafuzi
Hello Nisa yg sgt peramah dan cantik! Saya nak share sikit la kulit saya jenis yg berminyak di bahagian T zone, lepas tu ada la juga jerawat pasir kat dagu dan dahi, kulit saya juga banyak white heads and black heads, so hopefully saya dapat la menang ni. Boleh la nampak lawa and ceria dengan kulit baru ni sempena menyambut merdeka ni. Iyelah Malaysia baru kan, kulit pun nak jugak baru eheheh
BalasPadamNama penuh : Siti Aishah Sobari
Ig : _aishahsha
Hi nisa.
BalasPadamAku ada masalah kulit berminyak, parut banyak, dan juga agak kusam lepas bersalin. masib tak jumpa produk yang sesuai untuk rawat masalah aku ni. Teringin nak dapatkan kulit glowing macam dulu. Harap2 Blackmores boleh menyelesaikan masalah kulit aku ni. :)
Nama: Nur Farihah Yanti
IG: eryfarieha
Done follow ig nisa, dah lama dah ;)
Kulit kakak jenis kusam & sangat tak sekata... Paling malu bile ade orang tegur kulit bercapuk nampak cam p***u... Sedihnyaaaa.... Lepas tu bile mekap pun nampak tak sekata especially bahagian pipi...
BalasPadamLagi 1 kakak memang peminat tegar pantai, selalu ride & selalu beraktiviti tengah panas so tekstur kulit tu memang tak berapa nak smooth, selalu naik jerawat pasir terutama tang pipi ngan bawah dagu... So dah alang-alang nampak GA ni, kite join la ye....
Nama : Norhamidah Binti Rejaluddin
IG : @ayuejean
Kulit saya jenis kering. Sebab selalu dok dalam ekon. huhu.
BalasPadamhttps://www.nutrisiibu.com/tips-kesihatan/cara-merawat-bartholin-cyst-dengan-selamat-dan-berkesan/
Kulit saya pula jenis oily. Paling ketara bila di bawah cahaya matahari, memang nampak sangat oily dia tu.
BalasPadamhttps://www.nutrisiguru.com/kecantikan/ketahui-penyebab-dan-cara-mengatasi-kulit-wajah-berminyak/
Thank you for the information.
BalasPadamSailpoint Training From India
Rabia makan supplement Blackmore's dulu
BalasPadam