Memaparkan catatan dengan label Hashtag Twitter. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hashtag Twitter. Papar semua catatan

Selasa, 15 Mei 2012

Jom join #TwtupCampus

 

Assalamualaikum…

 

Entry aku khaskan untuk SEMUA PENGGUNA TWITTER okay.. Tak kiralah anda aktif atau tidak di twitter, asalkan korang ada akaun twitter jom lah kita join event yang nampaknya macam best ni…

 

TwtUpCampus

#TwtupCampus

WHEN ? 26.5.2012

WHERE? UPM, Serdang

WHO? Semua dijemput hadir! (Walaupun korang student IPT lain)

 

 

 

MORE INFO :

  • [Program #TwtUpCampus] Anjuran: Pelajar Ko-Kurikulum Berkredit (Bakti Siswa, Vokal, Batik Canting), UPM dan tweeps UPM dari#Twitterjaya :D
  • Sapa ada bnyk darah? Sapa yang nak derma darah? Tak pernah derma darah? Nak merasa cemana derma darah? Meh dtg #TwtUpCampus :D
  • Sapa takot pegi hospital? Malas pegi hospital? Atau tak suka bau hospital? Kami bwkan anda Pemeriksaan Kesihatan Percuma di #TwtUpCampus :)
  • Suka tepuk amai2? Suka tepuk bahu org? Suka tepuk muka kawan? Gunakan bakat anda sebaiknya di Break Claps Challenge! Hanya di #TwtUpCampus :)
  • Semua adalah dijemput hadir di #TwtUpCampus! Tak semestinya pelajar yg masih belajar di IPT. Di ulangi, SEMUA DIJEMPUT HADIR! :D
  • Apa itu buku indie? Best ke buku indie ni? Cemana rupa dia? Nantikan Pasar Buku di #TwtUpCampus ya. :D
  • Ada kamera? Ada DSLR? Selalu sangkut dileher saja? Cemana nak amik gambar cantik ni? Sertai Bengkel Asas Fotografi di #TwtUpCampus :)
  • Suka fesyen tudung terkini? Tak tau nak matching tudung & baju? Cemana nak buat fesyen ala lilit2 tu? Hijab With Style di #TwtUpCampus :)
  • Apa itu Batik Canting? Cemana nak mencanting? Nak uji skill anda mencanting? Hanya di #TwtUpCampus. Jgn lpskan peluang utk mencuba! :D
  • Kepada semua tweeps yg akan hadir di #TwtUpCampus. Perkara pertama yg anda perlu lakukan adalah mendaftar tau. :)

 

 

Banyakkan aktiviti yang best-best?? Ajak kawan-kawan semua serbu event ni tau!! Sambil berhibur sambil beramal. Pada yang nak datang tu jangan lupa bawak sekali barangan prelove korang untuk didermakan. Hasil jualan barangan tersebut akan didermakan. Haaa apa tunggu lagi guys? Mark your calendar for #TwtUpCampus !!!

 

 

All information credit to @andyhowtt

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 18 Januari 2012

Pray for Ahmad Raif Nufail

 

**UPDATE**

Ahmad Raif Nufail bin Ahmad Rozaino passed away around 5.40pm 18th january 2012. Al-fatihah to baby Raif. Allah loves him more.

 

 

Assalamualaikum..

 

Hari ni aku dapat tahu mengenai satu berita yang mendukacitakan… Sangat sedih mengetahui seorang budak lelaki yang hanya berumur 2 tahun terlantar tidak bermaya di atas katil hospital. Ya Allah selamatkan anak kecil ini.. Tapi jika sudah tertulis ajal anak kecil ini begitu awal, KAU  kurangkanlah penderitaannya..

 

Secara jujurnya aku tak kenal siapa budak ni. Aku dapat tahu berita ni dari seorang kawan. And below is the picture of the cute little boy, who is now lying down on the hospital bed, helpelessly… Poor you Raif :(

raif1

 

 

Berita lanjut pula aku baca di twitter sepupu budak kecil ini :

003

02

01

 

Dan sedikit lagi informasi dari pengguna Twitter yang lain :

2

1

3

 

 

raif2

Ya Allah.. kasihan sangat dengan budak ini. Dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa… Di saat aku menaip entry ini aku sangat sangat sayu dan sedih dengan nasib budak ni. Janganlah kita hanya membaca dan hanya tweet, marilah BERDOA untuk Ahmad Raif Nufail.

 

Selamatkanlah Raif Ya Allah… namun jika sudah ditentukan olehMU ajal anak kecil ini, kami pohon Kau kurangkanlah penderitaannya Ya Allah.. Amin…

 

 

**UPDATE**

Ahmad Raif Nufail bin Ahmad Rozaino passed away around 5.40pm 18th january 2012. Al-fatihah to baby Raif. Allah loves him more.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 21 November 2011

Muka aku sesaat dua dalam video #OctTwtFest

 

Assalamualaikum…

 

Haaa masih ingat entry apa itu #OctTwtFest ?? Haaa gambor-gambor sekitar event nye aku masih belum update lagi!. Wuhhh agak-agak ramai tak yang mengamuk dengan aku sebab nak kan gambar-gambar event tuh???

 

Ouhh ye, menerusi facebook Andyhowtt ada bagitahu yang muka aku ade muncul dalam video #OctTwtFest dari gregsvideodotcom kat YouTube. Wohhh ternganga kejap. Muka aku errr? Batak kejap boleh? Hahaha… bagi yang tak sempat datang #OctTwtFest hari tu, sila jamu mata tengok video ni.

 

 

Heee meriah sangat uolls! Dengar kata akan ada #TwtupProm ? Oopss. Haha!! Manalah tahukannn.. Kalau ada memang aku nak join nak join nak join!!! Hahaha… Pendek kata, apa yang Twitterjaya perjuangkan ni memang bagus lah kan. Kita buat meet up sesama pengguna social networking website yang kita tak kenal pun! So, jom kita bina ukhuwah yang kukuh sesama kita.

 

 

 

Peace yo!

sign NISA


Read More»

Selasa, 15 November 2011

Baru nak update pasal #OctTwtFest

 

Assalamualaikum..

 

Haaa… aku rasa nak lepuk muka sendiri sebab pemalas ya rabbi nak update pasal #OctTwtFest ni haaaa…!!! Ramai dah kengkawan mintak gambar sume, aku buat dekkk aje.. ini pun aku rasa aku menaip dengan kadar kelajuan maksimum!

 

IMG_7900

Sampai aje kat depan Digi HQ tu, wuihhh ramainye orang! Ini belum betul-betul ramai wohh sebab masa aku datang ni kire awal lah… Sebab Akmal Hilmi bawak kereta kelajuan F1 kot, kemain cepatnye beliau sampai depan rumah. Sekali dia kena tunggu aku bersiap. Padan muke. Hahaa!!!

 

 

IMG_7915

Ini Super Melisa. Hahaa. Kawan si Akmal Hilmi tuhhh.. Lepas masuk aje, kitorang usha-usha stage dulu… Lepas tu camwhore! Herherr…

 

 

IMG_7919

Lepas tu tetiba kami didekati oleh sekumpulan orang. Hahaa.. Dorang dari RTM, nak interview katanye. Kemain semangat Akmal Hilmi menjawab soalan wartawan tersebut. Aku pun diinterview tapi lupa nak suruh Akmal Hilmi amik gambor!! Grr!!

 

 

IMG_7928

Aku beli ChurpChurp’s flushies. Sangat comel! I just can’t resist it! Lagipun, hasil jualan akan disalurkan ke tabung amal. Mari membeli sambil beramal :D

 

 

IMG_7957

Usha-usha area orang main PS2. Lelaki aje yang main game. Kalau ada perempuan yang challenge aku salute ahh!! Tapi takde… wuuuu~

 

 

IMG_7979

Lepas tu bantai pulak karok. Hahaha puas hati gak la sebab dapat karok free! Lagi-lagi masa tu aku tengah gian nak karok. Hehehehe… Tu yang duet dengan aku tu member si Akmal Hilmi jugaklah kot.

 

 

IMG_8064

Lepas tu sesi bertemu reti pun bermula. Haaa si Eman Halia yang perasan ade Nas-T, aku pun serbuuuu nak bergambar. Haaa lebh kurang tinggi aku aje si Nas-T nih, tengoklah muka Eman Halia penuh kecemburuan aku bergambor dengan retis!

 

 

IMG_8068

Ni lagi retis. Silap hari bulan kena kejar sebab muka macam Yuna dah nihhh… Say hello to Miss Zainatun Adilah.

 

 

IMG_8076

Jumpe Fouziah Gous yang tinggi lampai (sebab pakai heels) dan juga gorgeous. Ouhh abaikan muka kepenatan aku tuh.

 

 

IMG_7904

Sharifah Sofea yang sangat sporting, dan anaknya yang sangat cute!!! Selamba badak je aku pergi cium pipi anak die. Hehehee…

 

 

IMG_7956

Imran Ajmain yang friendly dan juga tinggi dan besar. Errrr…

 

 

IMG_8097

Dah penat, kitorang pun ramai-rama gerak gi makan kat Pinggiran USJ.

 

 

IMG_8108

Inilah blogger gegurls pada hari iteww.. Ramai lagi, tapi ini aje yang sempat amik gambornye…

 

 

Huuu kesimpulannya #OctTwtFest best! Tapi maybe dia perlu buat kat ruang yang lagi luas dan juga tak banyak selok belok sangat, supaya orang senang cari. Hohooo… So, semoga ada lagi #OctTwtFest tahun depan ye, bigger and better!

 

Ohh ye, siapa yang aktif bebenor kat Twitter tu, ketahuilah bahawa Twitterjaya sekarang aktif buat Twtup (tweet Up), maknanya meet up lahhh.. tengok wayang, buat event amal.. so korang boleh join okayh… Eratkan silaturahim sesama insan!

 

P/S : More pictures at SAYA SUKA MENAIP facebook fan page.

 

 

 

Vote me for MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER! CLICK HERE!!!!

 

 

sign NISA


Read More»

Rabu, 9 November 2011

#20 Wordless Wednesday – Karaoke???

 

 

IMG_8055

 

 

Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

JOM KE : Fan Page Wordless Wednesday | Blog MalaysianWW

 

 

 

sign NISA


Read More»

Jumaat, 7 Oktober 2011

Jom meriahkan timeline twitter anda!

 

Assalamualaikum semua..

 

Wah wah malam ni meriah betul aku layan timeline! Hehehee terima kasih lah kat EMAN THE HALIA sebab kemukakan hashtag yang best-best untuk memeriahkan timeline. At least laju jugak TL aku, takdelah statik aje, bosan nokkss..

 

new column

Klik untuk tumbesaran padu.

 

Haaa malam ni hashtag yang dikemukakan ialah #timesekolahsayasuka

 

Demi hashtag ni aku dengan gigihnya add satu column baru (dalam kotak merah tuuu) semata-mata nak baca apa pengguna twitter lain suka masa zaman-zaman sekolah dulu.

 

Bila kesepian (errrkk??!!!) benda-benda macam ni lah yang sedikit sebanyak menceriakan malam aku. Kalau terjumpa tweet yang lawak-lawak tu memang boleh bikin gelak. Lagi satu, hashtag macam ni buat aku terkenang zaman nakal aku kat sekolah dulu. Whoaaa rindu!

 

So korang yang mempunyai twitter, apalagi jom ramai-ramai meriahkan timeline kita, jom ingat balik kenangan masa lalu cewahh cewahhh… Sekali lagi credit to EMAN THE HALIA . Kbye.

 

 

 

teaserouterwear

Whaaaa jaket! Cardigan! Amacam? Jommm ikut aku usha usha KAT SINI WEYYYHH :D

 

 

 

sign NISA


Read More»

Isnin, 25 Julai 2011

#laukbest

 

Assalamualaikum semuaa..

 

Yeaaa entry hashtag kembali lagi. Aku pernah buat entry bersempena hashtag #bilarindu. Malam ni hasgtag yang menjadi trending ialah #laukbest. Siapa yang mula, siapa yang buat hastag ni aku tak tahu lah. Aku pon tidak semena-mena terjebak dalam kancah ini. Kahkahkah.

 

Jom baca respon dari rakan-rakan twitter.

 

1

3

5

6

9

10

 

Kahkahkah. Hilang kewarasan kejap bebudok nih. Kemain nama #laukbest memasing taknak kalah hokayh! Aku dah kata dahhh aku pon terjebak! Kalau tak percaya sila tengok :

 

7

Haaa yang ni tak tahu apa motif? Kahkahkah!!

 

8

4

2

 

Terima kasih kawan-kawan. Dengan membaca timeline, hati ni kurang sikit resah gelisahnya. Macam-macam jadi hari ni. Selamat rehat semua. Bye bye.

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay