Ohaiii...
Read More»
Assalamualaikum…
Dua tiga hari ni memang kecoh pasal wedding Marian Rivera dan Dingdong Dantes yang digambarkan sebagai perkahwinan fairytale yang sangat indahh !! Para peminat drama Filipina mesti kenal sangat dengan dua sejoli ni kan.. Marian dan Dingdong kedua-duanya pelakon popular di Filipina dan sangat sepadan. Kedua-duanya memang bercinta dan selalu bergandingan sebagai hero dan heroin drama Filipina.
Argghhh suka gila tengok dua-dua nii.. peminat Filipina gelarkan kedua-duanya sebagai DongYan. Senang nak sebut kedua-duanya hehehe.. Aku tengok drama Marimar.. Dangerous Love.. fuhhh.. memang sepadan sungguh kedua-dua ni. Mana tak nya.. yang perempuan lawa gillaaaa !! Yang lelaki hensem gilaaa !! Aduhh Dingdong tu dah la crush aku, lulz.
Aku tak sure lah mana satu antara dorang ni anak raja.. sebabnya aku baca kat Youtube, aku duk tengok tajuk “The Royal Engangement” .. '”The Royal Couple”… ke perkataan royal tu nak menggambarkan betapa gah nya majlis dorang ? Hahaa yang pasti memang besar-besaran jugaklah.. Dress kawin Marian ni kemain lawonya, macam puteri raja sungguh lahh.. tambah crown dia lagi... pergghh tak berat ke ?
[UPDATE] Pic from Marian Rivera’s facebook page. Hew hew..
Apa yang sangat sangat menarik perhatian aku ialah video-video kawin si Marian ni haaa.. pergghh betapa indah nye lahaiii video pre wedding pon shoot kat Dubai uollss !!! Kau hado ? Hahaha kalau mampu semua boleh buat kan ? Hik hik hikk..
Ahaaaa gempar jugak video indah gilaaaa wedding dia nii… Amboiii.. Ini pakai pro semua nih… tu belum kita tengok equipment apa dia duk pulun demi nak mendapatkan shot yang super lawa and menjadikan video wedding ni superr adorable ! Haaaa aduhaiii tetibe rasa nak nyanyi lagu “Kalau Aku Kayaaa”. Kalau duit tu turun sedebukk dari langit, aku sanggup panggil Mayad Studio mai Malaysia buat video kawin aku. Kah kah kah !
Tadi terbaca status seorang rakan videographer yang menceritakan ada sorang kawan beliau mintak dia buat video wedding macam Marian punya ni. Setelah kira-kira dibuat, maka harga yang diletakkan oleh kawan aku ni ialah cecah 5 angka jugak lah. Haa terus senyappp krik krik krikk orang yang bertanya tu..
Kita tengok video ni pun kita dah tahu, hasil kerja orang yang pro, equipment yang bagus, editing yang mantoppp ! Tapi kalau kita nak bayar ciputsss, boleh expect ke hasil kerja kebabomm berasap mulut bila video nye keluar ? Tak kan ? So apa apa pun, berbelanja lah ikut kemampuan.. InshaAllah, orang yang nak bina masjid ni, Allah murahkan rezeki ye dak ? Hehee saja melalut sini.. Apa-apa pun, aku nak bawak diri ahh.. Geram tengok an extremely beautiful wedding of Marian Rivera and Dingdong Dantes. Huk huk !
XOXO, Putewi Hensem !
Assalamualaikum…
Ambuiii kemain Nisa Kay ni pung pang pung pang menjana pendapatan dengan blogging ye? Kata nyewww! Banyak sangat ke duit sampai nak kena tulis dalam surat khabor?? Hak hak hak. Minggu lepas saya telah di interbiu oleh akak comel, Kak Alyn.. wartawan dari Citra Orang Muda (COM), sisipan Utusan Malaysia keluaran pada setiap hari Sabtu..
Haaa comel kan Kak Alyn akak wartawan COM?? Mueehehe… Sangat manis dan lembut je orang nye. Terkojut daku bila dihubungi melalui fan page rasmi aku iaitu SAYA SUKA MENAIP. Kebetulan pada hari dia nak interbiu daku tu, daku memang ada kat area Shah Alam. So kami set untuk bertemu di Taman Tasik Shah Alam..
Ini abam photographer dari Utusan pada hari itu. Abam ni keluar je dari kereta, macam nak terkeluar anak tekak dek kerana terkejut (kononnye lah kann). Mana taknye, dah beberapa lama tak terserempak dengan beliau, alih-alih dia yang akan ambik gambar aku hari tu? Oh em gee!! Memang awkward habis aku nak posing depan dia. MUAHAHA!!!
Jangan tak tahu abam photog ni merupakan jejaka idaman di UNISEL SHAH ALAM satu masa dulu. Bahaha!! Malas cerita lelebih… kanggg… (tersengih-sengih di depan laptop selama 10 minit sebelum aku kembali menaip..)
Pada suatu pagi yang hening.. di kala aku sedang lagha ber-tweet tweet… Satu tweet dari Rotikaya telah mengejutkan aku… Dalam fikiran aku… “Kejadahnye keluar front page? Dia dah beli paper ke? Baru pukul 1 pagi kot???”
Maka admin twitter Rotikaya itu telah bagi aku link gambar dari facebook Utusan Malaysia yang memaparkan muka depan akhbar itu yang akan keluar esok (Sabtu 4 Ogos 2012). Oh mann….
Betapa noob nye aku tak tahu Utusan Malaysia ade facebook fan page.. Dan betapa noob nye aku tak tahu yang Utusan Malaysia akan keluarkan gambar front page akhbar dorang kat fan page tu. Bahahaa!! Thanks ROTIKAYA. Hahaha kerana paper ni aku dibahan oleh bos-bos aku dari Amanz !
Hahahaa so “NISA KAY Jana pendapatan dengan blogging” adalah tajuk sisipan COM pada hari esok. So korang kena beli dan bacalah kalau nak tahu apa yang aku telah cakap pasal jana pendapat melalui blogging ni ye! Hahaha..
Okay sebelum hal-hal yang tidak berkenaan timbul.. ada beberapa perkara yang hendak aku jelaskan.. Memang topik tu MENJANA PENDAPATAN tapi mengertilah korang bahawa aku tak bercakap pasal menjana duit berpuluh ribu riban dengan blogging okayh! Jana pendapat dari pemahaman aku ialah mendapat side income yang sekadar cukup untuk perbelanjaan tambahan.
Kalau nak cakap pasal jana pendapatan yang berpuluh ribu ribu lemon dan memang buat INCOME TIAP-TIAP bulan, jangan tanya aku sebab aku bukan blogger full time.. so aku tak bergantung dengan duit blog setiap masa. Aku hanya part time blogger, sebab tu aku hanya mampu jana pendapatan yang jumlahnya biasa-biasa aje…
Ini pulak cover page sisipan CITRA ORANG MUDA (COM) untuk Utusan Malaysia esok.. kat cover page tadi tajuk lain, ni lak tajuk “Merah jambu pilihan blogger Nisa Kay” Pelik pulak aku kenapa tajuknye lain-lain… haaa apa lagi… So kalau nak tahu apa-apa hal beli je lah UTUSAN esok ye? Kbai.
Assalamualaikum..
Pagi-pagi aku dah terkujat terkujit sebab baca satu entry di blog MiG Online. Heee kembang hidung tak terkata, gembira apatah lagi.. Dapat keluar surat khabar disamping pelakon kesayangan. Uolls don’t be so jelly jelly yah!
Haaa ini gambar scan salah satu muka surat sisipan Hip dalam surat khabar Berita Harian. Aku ambil gambar ni dari salah satu entry di MiG Online yang baru aku baca tadi. Wahhh dah keluar surat khabar uolls!! Tak sangka Berita Harian nak interview Yana Samsudin sekali dengan ahli-ahli kelab peminat Yana iaitu Yana SuperFriends.
Alkisahnya, kami ada meet up untuk makan-makan, lepak dan sekali mengisi borang undi untuk gerak gempur mengundi Yana Samsudin untuk pusingan akhir ABPBH akan datang ni. Maka, sekalilah Yana Samsudin pun datang dengan wartawan yang ingin menemuramahnya dan merakam aksi sebahagian ahli YSF yang ada di situ.
Apa-apa pun terima kasih sangat-sangat kat Yana SuperFriends dan Yana Samsudin, tak lupa juga Berita Harian. Bagi yang meminati Yana Samsudin korang boleh follow twitter Yana SuperFriends ya! Boleh mengeratkan lagi hubungan sesama ahli YSF. Kbai.
**UPDATE**
Ahmad Raif Nufail bin Ahmad Rozaino passed away around 5.40pm 18th january 2012. Al-fatihah to baby Raif. Allah loves him more.
Assalamualaikum..
Hari ni aku dapat tahu mengenai satu berita yang mendukacitakan… Sangat sedih mengetahui seorang budak lelaki yang hanya berumur 2 tahun terlantar tidak bermaya di atas katil hospital. Ya Allah selamatkan anak kecil ini.. Tapi jika sudah tertulis ajal anak kecil ini begitu awal, KAU kurangkanlah penderitaannya..
Secara jujurnya aku tak kenal siapa budak ni. Aku dapat tahu berita ni dari seorang kawan. And below is the picture of the cute little boy, who is now lying down on the hospital bed, helpelessly… Poor you Raif :(
Berita lanjut pula aku baca di twitter sepupu budak kecil ini :
Dan sedikit lagi informasi dari pengguna Twitter yang lain :
Ya Allah.. kasihan sangat dengan budak ini. Dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa… Di saat aku menaip entry ini aku sangat sangat sayu dan sedih dengan nasib budak ni. Janganlah kita hanya membaca dan hanya tweet, marilah BERDOA untuk Ahmad Raif Nufail.
Selamatkanlah Raif Ya Allah… namun jika sudah ditentukan olehMU ajal anak kecil ini, kami pohon Kau kurangkanlah penderitaannya Ya Allah.. Amin…
**UPDATE**
Ahmad Raif Nufail bin Ahmad Rozaino passed away around 5.40pm 18th january 2012. Al-fatihah to baby Raif. Allah loves him more.
Assalamualaikum semua…
Pagi-pagi aku dah menempek kat timeline twitter. Huahuaa tapi aku dapat berita yang mengejutkan pulak. Ada letupan berlaku kat Empire Shopping Gallery???
So aku bukak The Star Online untuk baca berita lanjut. Ya Allah, macam teruk je aku tengok kesan letupan ni? Letupan dilaporkan berpunca dari kebocoran gas ye, so sape kata meletup sebab bom memang aku sekeh laju-laju kang!
Letupan dilaporkan berlaku pada jam 3.45am, dan 4 orang yang terperangkap di aras LG turut mengalami kecederaan. Kalau nak baca lebih lanjut mengenai berita letupan ni, boleh lah ke THE STAR ONLINE.
P/S : All pictures and news credit to THE STAR ONLINE.
Assalamualaikum semua…
Fuhhh penatnye hari ni sampai blog pun tak ber-update! Huuu kemainnye meeting dan buat assignment dari pagi sampai petang! Petangnya pulak aku dan beberapa kawan aku pergi i-City, join majlis aidilfitri Menteri Besar Selangor.
Alaa.. cerita pasal tu lain kali lah ye… Benda-benda lain pun aku tak menyempat nak update. Huahuahuaaa…. Okaylah.. lets get back to this entry’s title… SAMPAINYA HATI…??? Apa yang sampai hati ek???
YA ALLAH… Sampainya hati seorang anak buang bapak dia sendiri!!! Berita ni aku baca kat website Harian Metro. Aku tengok gambar pakcik kat atas tu pun dah bergenang air mata..
Daripada berita yang aku baca, pakcik kat atas ni bersusah payah nak pergi jumpa anak dia untuk sambut raya.. Lepas tu anak dia ni suruh orang pergi tinggalkan bapak dia kat tepi masjid, dah tu duit sumbangan orang ramai untuk bapak dia, habis dia kebas! MasyaAllah… ade lagi orang macam ni???
Sedihnya baca berita ni.. patutnya anak-anak lah yang balik kampung jumpa mak ayah untuk beraya, ini tidakkk! Bapaknya pulak susah payah datang jumpa anak dia, alih-alih dibuang! MasyaAllah…
Diharap kita semua tidak menjadi anak derhaka sebegini ya. Ingatlah mak ayah kita yang dah besarkan kita, jaga kita… Jangan derhaka ye.. Ini peringatan untuk diri sendiri jugak sebab aku ni pun nakal bukan main!
Nak baca berita selanjutnya, korang klik lah pada gambar di atas. Thanks!
P/S : Dulu buang-buang anak, sekarang buang-buang bapak!!! MasyaAllah…
Copyright © Nisa Kay