Memaparkan catatan dengan label Juara Lagu 26. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Juara Lagu 26. Papar semua catatan

Ahad, 12 Februari 2012

Geng Parti Laman Sosial AJL 26

 

Assalamualaikum…

 

Tengok perkataan PARTI dengan perkataan SOSIAL di atas jangan korang memandai-mandai cakap aku join mana-mana parti liar atau parti sosial! Lepuk kang! Sila baca PARTI LAMAN SOSIAL okay. Laman sosial tu Facebook, Twitter, dan lain-lain…

 

Alhamdulillah tahun ni aku terpilih untuk jadi sebahagian daripada krew Parti Laman Sosial untuk acara berprestij Anugerah Juara Lagu ke-26 atau lebih senang sebut AJL 26. Mulanya aku tak sangka yang aku join kat page TV3 tu ialah contest untuk join parti laman sosial ni.. Tapi bila dah terpilih alhamdulillah..

 

So apa krew parti laman sosial ni buat? Apa kena mengena dengan AJL 26?? Haaa kami yang terdiri daripada 7 hingga 8 orang ni bertanggungjawab untuk tweet segalanya mengenai AJL 26 yang berlangsung pada 29 Januari lepas. Kitorang berkongsi kisah di sebalik tabir AJL 26 sebab kitorang dapat pass ALL ACCESS wohoo!! Tweet gambar-gambar artis dan mengenai persembahan finalis.

 

IMG_1229

Seawal jam 4.15 petang aku dah terpacak depan Stadium Putra Bukit Jalil, di mana AJL 26 berlangsung. Tapi dah ramai jugak orang yang datang awal.. Mungkin dorang nak join karaoke contest kat booth HOTfm atau nak menang goodies dari booth Celcom yang ada di perkarangan Stadium Putra pada masa tu…

 

 

IMG_1250

Krew parti laman sosial ni berpeluang menyaksikan final full rehearsal para finalis AJL 26. Gambar di atas ialah gambar full rehearsal Yuna dengan lagu Penakut, kalau tak silap aku la.. Herherher…

 

 

IMG_1259

Ada antara artis / selebriti yang diminta pegang kad ni. Dan kami krew parti laman sosial akan ambil gambar guna BB /iPhone / kamera/ iPad dan tweet gambar tu.

 

 

IMG_1262

Pengacara acara Blue Carpet pada malam AJL 26 – Aidid Marcello dan Sharifah Aleya

 

 

IMG_1324

Uikkkk kemek anak tudung aku argghh!!! Ahh peduli hape aku! Janji dapat bergambar dengan Shila Amzah yang cute itewww!!!

 

 

IMG_1336

Inilah antara geng parti laman sosial. Dari kiri : Neyra, Abang Badrul, Izham Ismail, Karrotgold, Aida Sue, Nisa Kay, Nana.

 

 

IMG_1344

Inilah bilik meriah tempat kami lepak, tempat kami berehat makan dan minum. Foods and drinks and balloons are everywhere! Haaa best best! And bigggg screen TV! And most important thing, STREAMYX!! Hahaa…

 

 

IMG_1350

Bergambar sebelum pulang. Kat tengah-tengah tu Andy, pekerja Media Prima.

 

Pendek kata memang best gila dan fun join geng Parti Laman Sosial untuk AJL 26. Kami gigih tweet pasal AJL tau. Kepada semua yang guna hashtag #AJL26 untuk AJL yang lalu, terima kasih jugak sebab bantu kami jadikan ia trending!

 

Kepada TV3 terima kasih atas peluang ni dan jangan lupa panggil lagi untuk AJL akan datang. ahaks.. Bye!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 29 Januari 2012

Anugerah Juara Lagu ke-26

 

Assalamualaikum semua…

 

405429_10150480696831167_262044791166_9108778_890144655_n

Debaran makin terasa.. Beberapa jam sahaja lagi Anugerah Juara Lagu bakal disiarkan di TV3 secara langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil. Siapakah artis pilihan anda? Lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-26???

 

 

407325_10150501682961167_262044791166_9168355_738506057_n-tile

Gambar-gambar raptai AJL26 di atas diambil dari fan page TV3 Malaysia.

 

 

FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU KE-26 :


1.  Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet

2. Karma oleh Faizal Tahir

3.  Penakut oleh Yuna

4.   Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (dinyanyikan oleh Jaclyn Victor)

5.  Gadis Semasa oleh Yuna

6.  Awan Nano oleh Hafiz

7.  Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif

8.  Beribu Sesalan oleh Ning Baizura / Jaclyn Victor / Shila Amzah

9.  Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque

10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol

11.  Sungai Lui oleh Aizat

12.  Kisah Hati oleh Alyah

 

 

432012_10150501907226167_262044791166_9169003_1272250534_n

Aku minat dengan vokal bertenaga Alyah. So aku mengharapkan agar lagu Kisah Hati kegemaran aku ni akan menang. Takpun lagu Karma nyanyian Faizal Tahir akan menang! Korang pula bagaimana? Lagu apa yang korang rasa boleh menang?? (Picture credit to Facebook fan page TV3 Malaysia)

 

Untuk pengetahuan korang semua, aku bakal berada di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ni. Aku terpilih untuk menyertai crew Parti Laman Sosial AJL26. So apa yang akan aku buat di sana ialah tweet tweet dan tweet mengenai majlis anugerah itu daripada acara Blue Carpet, semasa persembahan dan selepas acara selesai.

 

Untuk sentiasa update mengenai AJL26, jom ramai-ramai follow twitter aku @nisa_kay ye! Dan jangan lupa sertakan hashtag #AJL26 kalau anda nak tweet mengenai Juara Lagu ke-26 ini. Berikan sokongan kepada penyanyi pilihan anda!

 

 

Saksikan Anugerah Juara Lagu di TV3, jam 9.00 malam ini. Atau tonton secara live streaming di www.tv3.com.my/ajl26.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay