Assalamualaikum…
Wahhh kemain tau meriah sangat meng-update blog dua tiga menjak ni. Hehehe aku sangat busy dan penat sebenarnya, tapi kecintaan aku terhadap blog buat aku lupakan kepenatan tu semua dan update jugak blog. Bila banyak aktiviti dan event, kenalah update blog selalu kan…
Kali ni nak bercerita pasal spect mana nerd yang aku rasa tengah populer sekarang. Pergilah depan Pavillion or Sungei Wang or Time Square. Budak-budak yang dok lepak kat situ ramai kot yang menggayakan spect mana macam ni. Nerd itu cute ehh??
Aku pun tak lupa nak mengumpul spect mata macam ni… Dulu aku ada banyak tapi banyak hilang dan patah.. So empat spect mata yang belah kiri tu semua aku punya, ada dua yang baru beli. Dan dua yang belah kanan tu hakak Pen Merah yang punya. Dia pun dah terpengaruh dengan style spect nerd nih. Hehee..
Spect nerd bingkai pink ni aku baru beli kat Mid Valley, sekali dengan hakak Pen Merah masa keluar dinner kelmarin. Heee cute pulak benda-benda warna pink macam ni. Ehhh pinky girl pulak aku?? Hik hik.. Sekarang ni dah ade pulak jual spect yang takde cermin.. Ada bingkai aje.. So nanti bila ambil gambar guna flash takdelah nampak reflect cahaya tu…
Dulu aku suka kumpul je spect macam ni, tak selalu pakai pun.. Tapi sejak join kelab peminat Yana Samsudin iaitu Yana SuperFriends, aku tengok Yana ni suka sangat kenakan spect mata nerd bila bergambar or pergi event-event. Heee cutelah pulok!
Heee percayakah anda kalau aku kata yang dalam kotak ni semua koleksi Yana Samsudin? Patutlah ke mana-mana ada je spect mata nerd yang Yana pakai. Sekali satu kotak koleksi dia! Hahaa aku pun dah semakin berminat nih nak mengumpul.. Esok lusa dah tak popular spect macam ni boleh simpan buat koleksi antik sampai ke anak cucu ye dak???
Heee nak jugok letok gambor pakai spect nerd. Weeehuuu nerd kah aku. Sekarang ni kalau aku keluar jalan-jalan pakai spect ni pun aku tak rasa segan. Nak segan watpa wehh?? Konfiden jer! Barulah orang lain yang melihat konfiden jugekk!! Okaylah.. Kbai.
Read More»