Memaparkan catatan dengan label Trend. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Trend. Papar semua catatan

Khamis, 10 Disember 2015

BEAUTY | VIDEO – LA Splash Liquid Lipstick Swatches

 

 

Assalamualaikum…

 

A Beautiful Purple Lipstick For Dark Skin/ Marie In Purple Lipstick By Angel Jordany / Purple Lipstick For Dark Skin

 

Sebelum tonton video Nisa.. apa pendapat korang para pembaca mengenai lipstick berwarna PURPLE ? UNGU ? Yes ungu terang.. Mungkin sesuatu yang sukar dibayangkan kerana lipstick berwarna ungu terang begini bukanlah biasa digunapakai oleh rakyat Malaysia.. Kalau ungu gelap tu, rasanya ramai dah berani pakai.

 

Baru-baru ni Nisa ada beli lipstick berwarna UNGU terang ni.. sebab apa ? Sebab macam cantik menarik tertarik kau memang debomm ehh ! Haa gitu. Sajalah nak create kelainan kan, sebabnya kat US dah berleluasa dengan jayanya trend dan kegilaan terhadap lipstick berwarna janggal seperti biru, oren, hijau dan putih ! Haa di Malaysia sukar nak tengok orang pakai. Kalau ada, mesti diberi pandangan pelik oleh orang sekeliling ye dakkk..

 

 

Ini dia video nyaaa.. So girls and guys ! What do you think ?? For me tak salah nak bergaya dengan lipstick berwarna janggal.. Tapi biar kena dengan pemakaian, tempat dan acara. Jangan pulak pergi majlis pengebumian pakai lipstick warna janggal ! Nanti dipandang sini orang sekeliling pulak kann Haaa…

 

So I’m looking forward to try more and more lipsticks especially dari jenama luar seperti Lime Crime, Jeffree Star dan banyak lagii.. Jika ada mana-mana seller lipstick dari US yang nak berkolaborasi dan Nisa feature kan dalam vlog Nisa, jangan malu jangan segan emel Nisa di nisakay2012@gmail.com yaa ! Muahx!

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Khamis, 4 Oktober 2012

Candy Buffet

 

Assalamualaikum…

 

Dah berhabuk dikit dah blog aku ni nampaknya? Biasalah sebagai student aku takde masa 24 jam untuk mengadap laptop dan menaip entry berkualiti untuk anda semua. Jika sempat, aku suka share info menarik dan berguna untuk aku dan untuk semua yang membaca inshaAllah…

 

Dua tiga hari ni kemain tau orang cari pasal candy buffet atau dalam bahasa melayunya kita panggil set hidangan manisan. Ehhh betul ke translation aku tu? Aku tibai je. Ahhh pedulikan. Herherherr…

 

candy_buffet_upper_tier_view_large

Ini gambor dari pakcik Google. Apa yang aku faham candy buffet ni seakan menjadi trend di majlis-majlis perkahwinan masa kini ewahhh! Satu meja akan dikhaskan untuk hidangan manisan sahaja seperti gula-gula, coklat, cupcakes, kek, sumi jelly, strawberry celup coklat, marshmallow  dan paling terkini macarons (sejenis manisan Perancis).

 

Nampaknya semakin ramai bakal-bakal pengantin berminat nak buat candy buffet di majlis perkahwinan mereka. Yang aku pasti, kalau aku nampak macarons, aku serbu dulu. Muehehehe.. candy buffet semestinya menjadi perhatian budak-budak dan semua yang meminati makanan yang manis-manis macam ni.

 

candy1

Ini adalah salah satu contoh candy buffet yang simple. Aku nampak kawan aku duk promote baik punya kat facebook. So alang-alang aku tengah ada mood nak menaip meraban pasal candy buffet ni, ada baiknya aku promote sekali CHIRPY CAKE yang ada menyediakan perkhidmatan menyediakan candy buffet di majlis-majlis. CHIRPY CAKE jugak ade jual macam-macam, pergi sana usha.

 

 

theweddingheaven yahoo com

Satu lagi contoh candy buffet. Yang ini dari THE WEDDING HEAVEN. Wah wahh serba pink gitu. Customer boleh jugak mintak candy buffet ni ada tema-tema kot. Contohnya kalau warna tema majlis anda biru ke, putih ke, boleh lah kot request nak warna serupa. Pergi usha THE WEDDING HEAVEN jugak okay?

 

 

candy3

Yang ini pulak gambar candy buffet dari SOMETHING SWEET BY MIMI. Ini adalah candy buffet untuk majlis TV3 Wanita Inspirasiku Brand Launch. Haaa nampak tak candy buffet ni bukan saja jadi trend di majlis-majlis perkahwinan, tapi sesuai untuk sebarang jenis majlis seperti majlis hari jadi, majlis tunang, majlis pelancaran, majlis makan malam dan banyak lagi.

 

 

cups-tile

Ehemmm ehemmm aku pon tengah feeling-feeling nak buat majlis minum petang atau sambutan hari jadi, lepas tu ada cupcakes, macarons, mini pavlova warna pink dalam candy buffet aku! Tak lupa strawberry cicah coklat. Aummmm. Sodappp! Hahaha…

 

Tapi berangan je lah dulu ye.. Takdok duit dan takdok keje nak buat majlis tetibe je. Hahaha.. Buat candy buffet untuk slumber party dalam bilik hostel boleh ke dak? Agak-agak boleh tak? Muahahahaa… Kbai. Take care and much love.

 

 

XOXO


Read More»

Jumaat, 16 Mac 2012

Demam spect mata nerd

 

Assalamualaikum…

 

Wahhh kemain tau meriah sangat meng-update blog dua tiga menjak ni. Hehehe aku sangat busy dan penat sebenarnya, tapi kecintaan aku terhadap blog buat aku lupakan kepenatan tu semua dan update jugak blog. Bila banyak aktiviti dan event, kenalah update blog selalu kan…

 

P3152484

Kali ni nak bercerita pasal spect mana nerd yang aku rasa tengah populer sekarang. Pergilah depan Pavillion or Sungei Wang or Time Square. Budak-budak yang dok lepak kat situ ramai kot yang menggayakan spect mana macam ni. Nerd itu cute ehh??

 

Aku pun tak lupa nak mengumpul spect mata macam ni… Dulu aku ada banyak tapi banyak hilang dan patah.. So empat spect mata yang belah kiri tu semua aku punya, ada dua yang baru beli. Dan dua yang belah kanan tu hakak Pen Merah yang punya. Dia pun dah terpengaruh dengan style spect nerd nih. Hehee..

 

 

P3152485

Spect nerd bingkai pink ni aku baru beli kat Mid Valley, sekali dengan hakak Pen Merah masa keluar dinner kelmarin. Heee cute pulak benda-benda warna pink macam ni. Ehhh pinky girl pulak aku?? Hik hik.. Sekarang ni dah ade pulak jual spect yang takde cermin.. Ada bingkai aje.. So nanti bila ambil gambar guna flash takdelah nampak reflect cahaya tu…

 

 

420610_205183049583407_106426632792383_289343_826192261_n

Dulu aku suka kumpul je spect macam ni, tak selalu pakai pun.. Tapi sejak join kelab peminat Yana Samsudin iaitu Yana SuperFriends, aku tengok Yana ni suka sangat kenakan spect mata nerd bila bergambar or pergi event-event. Heee cutelah pulok!

 

 

20120313_222332

Heee percayakah anda kalau aku kata yang dalam kotak ni semua koleksi Yana Samsudin? Patutlah ke mana-mana ada je spect mata nerd yang Yana pakai. Sekali satu kotak koleksi dia! Hahaa aku pun dah semakin berminat nih nak mengumpul.. Esok lusa dah tak popular spect macam ni boleh simpan buat koleksi antik sampai ke anak cucu ye dak???

 

 

IMG_8856

Heee nak jugok letok gambor pakai spect nerd. Weeehuuu nerd kah aku. Sekarang ni kalau aku keluar jalan-jalan pakai spect ni pun aku tak rasa segan. Nak segan watpa wehh?? Konfiden jer! Barulah orang lain yang melihat konfiden jugekk!! Okaylah.. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Sabtu, 10 Mac 2012

Tudung bawal lagi…

 

Assalamualaikum…

 

P3102230

 

Aku ada beberapa helai tudung bawal 2 tone design baru tu.. Dan juga tudung bawal 3 tone. Homai semuanya gorjes ya amat! Of course la aku akan menjualnya di online shop aku iaitu Mini Shopaholics. Jadi.. nantikan update nya ya! Limited pieces okay.

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Sabtu, 21 Januari 2012

Gorgeous chiffon maxi skirt! Pre-order open now!!!

 

Assalamualaikum….

 

Hai semua peminat maxi skirt! Kali ni aku nak seru korang semua supaya usha maxi skirt yang sangat gojes dan jelita tak hengat nih! Untuk pengetahuan semua, online shop aku iaitu MINI SHOPAHOLICS ialah agent sah untuk collect pre-order bagi maxi skirt keluaran Crazewear ni. Jangan risau, harga SAMA sahaja okayh.

 

NADI SKIRT SHEER LAYERED-CRISMON

Gambar di atas ialah contoh gambar NADI SKIRT SHEER LAYERED, warna Crimson. Sangat sangat gojes aumm aumm okayh! Aku pon terpikat sudahhhh!

 

 

NADI SKIRT SHEER LAYERED-MUSTARD

Yeahhhh mustard colour is just so in right now! Sangat style warna ini okayh!!! Skirt ini full lining okay, so jangan risau jarang ke ape..

 

 

NADI SKIRT 2 SIDE POCKET- ELECTRIC BLUE

Satu lagi jenis skirt yang boleh korang order ialah NADI SKIRT 2 SIDE POCKET. Yang ni istimewanya ada poket. Material tetap sama okayh!

 

colors available

Ada 11 warna yang boleh korang pilih untuk NADI SKIRT SHEER LAYERED dan juga NADI SKIRT 2 SIDE POCKET. Pilih jenis skirt, warna pilihan dan juga saiz anda!

 

Maklumat lanjut –> MINI SHOPAHOLICS

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 30 November 2011

Fixie Bike trend masa kini??

 

Assalamualaikum…

 

Aku terima panggilan dari adik aku yang berada di UiTM. (Perbualan adalah dalam slang Temerloh)

 

AKU : Ha napenye call kome nih? Rindu ke?

ADIK AKU : Ahhh dok lalu. Takde mase koi nak rindu aok! Koi saje nak kabo koi dah beli fixie.

AKU : (agak pekak) Haaa??? Pixy???!!! Bedak Pixy ke?Aok bior betoi??

 

Aku memang bingung sebab telinga aku dengar adik aku cakap dia nak beli Pixy. Para gegadis pasti tahu Pixy tu adalah jenama bedak muka yang tahan popular nya. So kenapa nye aku bingung bila aku dengar adik aku nak beli Pixy? Hoo adik aku bukanlah peminat mekap. Malah dia selalu ejek aku sebab pakai mekap. So memang mustahil kalau dia beli Pixy!

 

ADIK AKU : Hoii bukan bedak muka ahh!! Koi kabo beskal fixie laa! F.I.X.I.E !!!

 

IMG_0204

 

Errr okay “fixie bike” rupanya yang dimaksudkan oleh adik aku tu… Korang tahu tak yang aku ni tak berapa nak kenal sangat macam rupa si  fixie bike nih? Bila adik aku cakap dia beli fixie bike, dalam kepala otak aku terbayang basikal orang lama macam dalam gambar di bawah ni.

 

basikal7Picture credit HERE.

 

Wahhh bukan main lagi sekarang trend pakai fixie bike ye! Aku tengok kat area rumah aku kat Temerloh ni pon ramai budak-budak sekolah yang pakai fixie bike. Dorang selalu gerak ramai-ramai. Tapi yang aku seramnye, basikal dorang ni takde brek. Bahaya oii!!

 

IMG_0193

Okay percayakah korang semua kalau aku kata aku jalan-jalan pergi bandar hari ni naik basikal fixie ni? Kekekekeee.. silalah percaya. Okay memang terang sangat penipuannye ye? Hohoo.. ni basikal kawan sepupu aku. Aku try naik aje. Mak aihh! Tinggi nye seat dia, tertonggek kejap aku.

 

 

IMG_0194

And guess what, satu-satunya perkara mengenai fixie yang menarik perhatian aku ialah fixie ada banyak warna. Dan adik aku ada bagitahu dia beli fixie bike warna pink kalau tak silap aku? Kalau betul adik aku beli fixie warna pink memang jeles ahh!!!

 

 

IMG_0203

Oleh kerana fixie bike sekarang aku rasa tengah “in” gila dengan budak-budak muda, kitorang semua nak bergambor dengan basikal ni. Hohohoo.. ni adik aku, Ryn. Mula-mula dia yang segan sangat nak posing dengan fixie ni, last-last dia nak jugekkk. Kekekekee~

 

 

IMG_0199

Last but not least, this is my cousin yang telah jadi driver kehormat kitorang setiap kali kitorang keluar jalan-jalan cuci mata sekitar bandar Temerloh. Ouhh korang pergi ramai-ramai terjah blog beliau KAT SINI okayh! Sepupu aku yang bernama Faa ni rajin dan pandai masak! Ada jugak resipi dalam blog beliau!

 

Okaylah.. penat giler seharian berjalan sekitar bandar Temerloh. Entah kenapa hari ni ramai sangat orang kat bandar tuh. Susah betul nak cari parking. Sekali dapat parking, kitorang terus pusing satu pusat bandar baru dengan berjalan kaki. Terbaik!!!

 

Heee that’s the best part bila aku balik Temerloh. I got sisters and cousins to spend time with. Oke bye!

 

 

sign NISA

 

 

 

Vote me for MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER! CLICK HERE!!!!


Read More»

Copyright © Nisa Kay