Memaparkan catatan dengan label RTM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RTM. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Ogos 2012

NISA KAY panel jemputan Generasi Y (RTM)

 

Assalamualaikum…

 

Ececeh.. kemain tau tajuk.. Hakikatnye, korang please la fahami yang rakaman untuk episod Generasi Y ( Gen Y) bersama pihak RTM dah pun lama berlalu.. Beberapa ketika sebelum bulan puasa lagi.. Tapi dek kerana beberapa minggu sebelum puasa tu aku kemain busy nak settle banyak hal, tambah lak dengan events sana sini, maka aku sendiri pun terlepas untuk menonton episod Gen Y !!

 

IMG_5041

Rakaman ni lama dulu sebelum bulan puasa.. So, ade lah dia buat makan-makan tengahari kan. Dek kerana nervous ya amat, perut aku tak rasa selesa nak makan. Tapi entah nape aku pulun jugak nasi. Muehehe..

 

 

IMG_5050

Para penonton di studio hari itu yang terdiri daripada pelajar pengajian Bahasa Malaysia yang datang dari universiti di Yala, Thailand. Mereka semua kini praktikal di UKM kalau tak silap aku. Dorang semua orang Thailand, tapi mereka memahami malah bertutur dalam BM!

 

 

IMG_5058

“Nama awak sapa?” “Awak study kat mana?” Demikianlah antara soalan yang Muaz, pengacara Gen Y, tanyakan pada aku sebelum rakaman bermula..

 

 

IMG_5075

Aku yang terkedek-kedek melangkah naik ke pentas bila diperkenalkan. Walaupun aku tak pakai heels, aku just pakai flats Crocs aku tu, aku tetap control ayu, kot kot la tergelincir kang. Haaa~

 

 

IMG_5079

Maka sesi berborak pun bermula. Topik untuk episod aku masa tu ialah “LALAI”. Selain daripada aku kena bagi definisi lalai menurut pemikiran kudus aku ni, aku juga turut menceritakan bagaimana blog melalaikan aku :’)

 

 

IMG_5082

Kemain aku khusyuk bercerita sampai tertutup-tutup mata, sampai tangan dok mengibas sana sini HAHA!! Aku agak frust jugaklah sebab terlepas nak menonton episod sendiri kat RTM. Wuwuwuu…

 

 

IMG_5128

Haa.. entah ke mana Muaz dah menghilang kan… So kami pun mengumpat.. ehh berborak! Haha Panel yang sorang lagi tu Dr Amin Idris yang popular sebagai pengacara di TV9 dan sebagai pakar motivasi. Berborak dengan dia best! Dia sangat santai dan sporting orangnya.

 

 

IMG_5188

So rakaman pun dah habis maka kami pun bergambar beramai-ramai dengan pelajar-pelajar universiti Yala yang nampaknya seperti malu-malu tapi mahu. Muahaha…

 

 

IMG_5180

Dari kiri : Abang Sham produser Generasi Y, Dr Amin Idris, Nisa Kay (aku lettewww) dan Muaz, pengacara Gen Y.

 

 

IMG_5222

“Ohh tidak abang-abang kacak sekalian jangan ler berebutkan dakuuu!!” Hahaah berangan kejap jadi rebutan dua jejaka cewah cewah!! Gambar adalah lakonan semata-mata ye.. Muahaha.. sporting gila dorang!

 

 

IMG_5099

Haaa.. lebih kurang macam ni lah kot muka aku keluar TV. Hek hek hek. Sekali lagi aku ingatkan, episod aku ni dah terlepas lama dah, sebelum bulan puasa kalau tak silap. Tapi korang tetaplah menonton Gen Y setiap hari Sabtu ye sebab ada topik-topik yang best best untuk para generasi Y masa kini.

 

 

cats

And last but not least, outfit of that day… Bawal Islamio by Islamio Paradise, Chiffon Pink cardigan from GEB and unbranded mermaid cotton skirt. Hikhikhik… Tenkiu uolls!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 3 Julai 2012

RAMADHAN TELEMOVIE – Nasi Yong Lemak Taufu

 

Assalamualaikum…

 

Yeahhh tak lama lagi dah masuk bulan puasa pun kita. Alhamdulillah.. moga-moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki olehNYA untuk menikmati Ramadhan penuh berkat. Biasanya bulan Ramadhan aje, banyak benda best yang ada. Contohnya bazaar Ramadhan, rancangan masakan istimewa Ramadhan dan tak lupa juga rancangan televisyen.

 

Kali ni aku nak share dengan pembaca sekalian mengenai satu telemovie yang akan disiarkan pada Ramadhan akan datang ni (tarikh dan waktu belum diketahui). Telemovie ini dihasilkan oleh tenaga produksi dari OutLoud Studios.

 

120320_OS_NY_poster_d

Telemovie arahan Apache ini dibintangi oleh Amar Asyarf, Julie Woon, dibantu oleh Shiela Mambo, Chew Kin Wah, Faiz Raja Lawak, Wira Raja Lawak, Kaza dan Acong. Telemovie ini akan ditayangkan di saluran RTM pada Ramadhan akan datang.

 

 

SINOPSIS :

Weni dan Kaidir duduk bersebelahan di dalam bas ekspress dengan tidak sengaja tertukar beg bagasi ketika mereka tergesa-gesa turun dari bas. Ketika rakan- rakannya, Wan dan Man , datang menjemput Kaidir , mereka bertanya sama ada dia sempat bersahur. Kaidir menyatakan bahawa dia memakan Yong Tau Fu milik seorang gadis cina.

 

IMG_1762

Berkisah pada Weni pula , dia begitu terkejut apabila mendapati bekas makanannya ialah nasi lemak. Ayahnya Wong , begitu marah apabila Weni cuba untuk memakannya keranaWeni kehilangan ibunya akibat nasi lemak.

 

Kaidir pulang ke rumah dengan rasa bersalah kerana termakan Yong Tau Fu. Kak Yong, ibu Kaidir mengesan sesuatu yang tidak kena dengan anaknya. Kak Yong begitu terkenal dengan masakannya iaitu Nasi Lemak Daun Pisang.

 

IMG_2850

Wong pula menghadapi masalah dalam perniagaan kedai kopitiamnya yang kekurangan pelanggan. Weni memahami masalah yang dihadapi oleh ayahnya dan cuba untuk membantu. Weni menghubungi Kaidir setelah mendapat maklumat yang dijumpai tempohari.

 

Setelah berkenalan mereka semakin rapat ,Weni menyatakan masalah kemerosotan perniagaan ayahnya yang berada di kawasan bermajoritikan orang Melayu.

 

IMG_2698

Kaidir memberi cadangan berdasarkan nasihat ibunya iaitu dia dan Weni harus bertukar-tukar ilmu masakan iaitu Yong Tau Fu dan Nasi Lemak dalam memikat hati Wong supaya bersedia menerima perubahan.

 

Pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi oleh Kaidir dalam usaha memenangi hati Wong. Sambil dibantu oleh Pak Imam ,maka akhirnya Wong terbuka minda untuk berubah.

 

IMG_1717

Hmmm… berdasarkan sinopsis telemovie ni, aku rasa macam menarik untuk ditonton lah pulak. Macam mana kaum Cina nak bekerjasama dengan kaum Melayu untuk sama-sama berjaya dan maju? Apakah yang dilakukan oleh bapa Weni yang pada awalnya menolak cadangan untuk bekerjasama dengan ibu Kaidir?

 

Haaa… macam-macam jugaklah persoalan yang timbul. Yang pasti jalan cerita dia dah buat aku tertarik nih. Tak sabar nak tunggu Ramadhan ni. Selain banyak berkatnya, makanan-makanan yang best, ada jugak rancangan TV yang menarik. Nantikan NASI YONG LEMAK TAUFU Ramadhan ini !

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay