Memaparkan catatan dengan label Telefilem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Telefilem. Papar semua catatan

Selasa, 3 Julai 2012

RAMADHAN TELEMOVIE – Nasi Yong Lemak Taufu

 

Assalamualaikum…

 

Yeahhh tak lama lagi dah masuk bulan puasa pun kita. Alhamdulillah.. moga-moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki olehNYA untuk menikmati Ramadhan penuh berkat. Biasanya bulan Ramadhan aje, banyak benda best yang ada. Contohnya bazaar Ramadhan, rancangan masakan istimewa Ramadhan dan tak lupa juga rancangan televisyen.

 

Kali ni aku nak share dengan pembaca sekalian mengenai satu telemovie yang akan disiarkan pada Ramadhan akan datang ni (tarikh dan waktu belum diketahui). Telemovie ini dihasilkan oleh tenaga produksi dari OutLoud Studios.

 

120320_OS_NY_poster_d

Telemovie arahan Apache ini dibintangi oleh Amar Asyarf, Julie Woon, dibantu oleh Shiela Mambo, Chew Kin Wah, Faiz Raja Lawak, Wira Raja Lawak, Kaza dan Acong. Telemovie ini akan ditayangkan di saluran RTM pada Ramadhan akan datang.

 

 

SINOPSIS :

Weni dan Kaidir duduk bersebelahan di dalam bas ekspress dengan tidak sengaja tertukar beg bagasi ketika mereka tergesa-gesa turun dari bas. Ketika rakan- rakannya, Wan dan Man , datang menjemput Kaidir , mereka bertanya sama ada dia sempat bersahur. Kaidir menyatakan bahawa dia memakan Yong Tau Fu milik seorang gadis cina.

 

IMG_1762

Berkisah pada Weni pula , dia begitu terkejut apabila mendapati bekas makanannya ialah nasi lemak. Ayahnya Wong , begitu marah apabila Weni cuba untuk memakannya keranaWeni kehilangan ibunya akibat nasi lemak.

 

Kaidir pulang ke rumah dengan rasa bersalah kerana termakan Yong Tau Fu. Kak Yong, ibu Kaidir mengesan sesuatu yang tidak kena dengan anaknya. Kak Yong begitu terkenal dengan masakannya iaitu Nasi Lemak Daun Pisang.

 

IMG_2850

Wong pula menghadapi masalah dalam perniagaan kedai kopitiamnya yang kekurangan pelanggan. Weni memahami masalah yang dihadapi oleh ayahnya dan cuba untuk membantu. Weni menghubungi Kaidir setelah mendapat maklumat yang dijumpai tempohari.

 

Setelah berkenalan mereka semakin rapat ,Weni menyatakan masalah kemerosotan perniagaan ayahnya yang berada di kawasan bermajoritikan orang Melayu.

 

IMG_2698

Kaidir memberi cadangan berdasarkan nasihat ibunya iaitu dia dan Weni harus bertukar-tukar ilmu masakan iaitu Yong Tau Fu dan Nasi Lemak dalam memikat hati Wong supaya bersedia menerima perubahan.

 

Pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi oleh Kaidir dalam usaha memenangi hati Wong. Sambil dibantu oleh Pak Imam ,maka akhirnya Wong terbuka minda untuk berubah.

 

IMG_1717

Hmmm… berdasarkan sinopsis telemovie ni, aku rasa macam menarik untuk ditonton lah pulak. Macam mana kaum Cina nak bekerjasama dengan kaum Melayu untuk sama-sama berjaya dan maju? Apakah yang dilakukan oleh bapa Weni yang pada awalnya menolak cadangan untuk bekerjasama dengan ibu Kaidir?

 

Haaa… macam-macam jugaklah persoalan yang timbul. Yang pasti jalan cerita dia dah buat aku tertarik nih. Tak sabar nak tunggu Ramadhan ni. Selain banyak berkatnya, makanan-makanan yang best, ada jugak rancangan TV yang menarik. Nantikan NASI YONG LEMAK TAUFU Ramadhan ini !

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 6 Jun 2012

Vlogger MARIA ELENA buat penampilan khas dalam telemovie Cinta Vlog

 

Assalamualaikum…

 

Cerita pasal vlog, vlog ni kire macam adik beradik dengan blog la.. Kalau kat blog kita ekspresikan sesuatu perkara melalui penulisan dan gambar, tapi dengan vlog kita lahirkan atau kupas sesuatu topik dengan menggunakan ekspresi muka, nada suara dan lenggok badan.

 

CINTA VLOG merupakan telemovie terbaru yang akan disiarkan di TV9 tak lama lagiiii… Bila? ESOK WOIII!!! 6 JUN 2012, jam 8.30 malam. Dan seperti tajuk entry ni, vlogger dan blogger terkenal MARIA ELENA ZARUL akan buat penampilan khas! Woot woot tak sabar nak tengok! Jom layan trailer telemovie ni dulu.

 

 

Sekarang ni bersiaran di TV3 drama Memberku Hawa ada blogger dan model jelita HANIS ZALIKHA jadi watak antagonis kan.. Kali ni Maria Elena lak nak muncul jadi pelakon! Haruslahhh semua orang lekat depan TV esok malam kannn! Nak-nak pulak pelakon utama dia Wawa Zainal yang comel sangat tuh! Kbai.

 

 

 

P/S : Thank you kepada blog SYAFIQ ROSLI sebab melalui blog beliau la aku dapat tahu pasal telemovie ni!

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 21 Ogos 2011

CBM – Tiz Zaqyah jadi geisha

 

Hello hello kopi ke milo???

 

CIK BEDAH MAMARAZZI

Yeah CIK BEDAH MAMARAZZI a.k.a. CBM kembali menyibuk lagi ye! Apa ada di antara uolls yang tak kenal CBM? Memang nak kena! Hohohoo!!! Kalau korang nak kenal siapa CBM, SILA KLIK SINI.

 

Hohooo hari ni CBM nak share dengan uolls berita yang CBM baca okayh! Diri ni tengah dok khusyuk membaca berita retis-retis tanah air di website Berita Harian Online, lantas mata CBM ni tertarik pulak nak baca artikel pasal Tiz Zaqyah jadi geisha!

 

295366_219853774728800_151227471591431_569216_4351269_n

Hamboi kemain kau ye mekap geisha habis! So betullah Tiz Zaqyah jadi geisha nih???? Hohooo..

 

Kalau uolls nak tahu, Tiz Zaqyah memang jadi geisha!! Tapi lakonan aje laaa. Hohohooo…. Tiz bakal membawakan watak “mak ayam besar” yang bernama Ai Ling dalam telefilem Geisha Melayu Terakhir (GMT) oleh syarikat Cube Film Sdn Bhd.

 

Haaa kemain kau ye Tiz sekarang dah bawak watak antagonis! Wah wahh.. sebelum ni orang kenal Tiz dengan watak muslimah menerusi drama Nur Kasih. Haa CBM dok tertanya-tanya laa macam mana laa Tiz bawak watak jahat eyh???

 

pix_gal0

Ehhh Scha Al-Yahya (dua dari kanan) pon berlakon dalam Geisha Melayu Terakhir? Wahhh menarik! Yang baju biru tu pulak macam muka Ayu Raudhah pon ade??? Hohoo memang CBM tak sabar nak tengok telefilem ni yang bakal disiarkan Aidilfitri ni di Astro Ria.

 

scha dalamgeishamelayuterakhir1

 

SINOPSIS GEISHA MELAYU TERAKHIR :

GMT berlatarkan zaman penaklukan Jepun pada awal 1940-an mengisahkan Suraya yang baru kematian ayahnya, terpaksa bekerja dengan pihak Jepun untuk menyara kehidupan keluarganya. Suraya dibawa bekerja di sebuah kelab geisha di Tanah Melayu yang diketuai geisha berbangsa cina, Ai Ling. Di, situ Suraya turut berkenalan dengan geisha bernama Mei. Di kelab geisha itu juga, Suraya mula jatuh cinta dengan seorang askar Jepun bernama Ichiro.

Keadaan menjadi buruk apabila sekumpulan askar Jepun mati dibom Malayan People's Anti-Japanese (MPAJA). Jeneral Shiro mengerah penculikan adik perempuan Suraya supaya dia dapat membuka rahsia siapa membocorkan maklumat kepada MPAJA mengenai markas Jepun.

(sumber sinopsis : Berita Harian Online)

 

tiz dan scha dalam geishamelayuterakhir

So uolls melekat la ye depan TV tunggu telefilem ni disiarkan. CBM pon tak sabar ye nak tengok macam mana telefilem yang berlatarkan zaman jepun dulu-dulu. Hohooo… Okelah.. CBM dah penat membebel. Daaaa….

 

 

sign CBM


Read More»

Copyright © Nisa Kay