Rabu, 2 Januari 2013

A status of a friend

Tak semua perkara yang kita suka kita akan dapat.
Tak semua perkara yang kita sayang akan jadi milik kita.
Jadi apa yang perlu kita lakukan? Kita perlu redha dan tabah.
Mungkin Allah telah merancang yang lebih baik dari apa yang kita rancang.


InshAllah.

P/S : Trying really hard. InshaAllah :”)


Read More»

Selasa, 1 Januari 2013

IMBASAN TAHUN 2012 – Bersama Nuffnang

 

Assalamualaikum…

 

Entry pertama imbasan tahun 2012 aku akan aku mulakan dengan mengimbas perjalan aku sebagai blogger dengan syarikat pengiklanan blog yang tak asing lagi di Malaysia iaitu NUFFNANG. Blog aku yang picisan ini tak akan ke mana jika tidak dengan sokongan padu rakan-rakan serta NUFFNANG.

 

Kerajinan aku update blog akhirnya membuatkan orang ramai ‘pandang’ jugaklah blog aku ni. Kesudian para pembaca singgah kat blog ni membuahkan trafik yang kemain mencanak dan NUFFNANG mula memberikan aku buffered earnings yang mana mendatangkan pendapatan kepada aku. Alhamdulillah!

 

Kemudian aku semakin aktif menyertai aktiviti dan events yang dianjurkan oleh NUFFNANG setelah tamat belajar pada November 2011. Jadi tahun 2012 memang aku fokus gila-gila kat blog aku. Aku update laa bagai nak rak. Memang pada 2012, entry aku kemain banyak kalau nak banding dengan tahun-tahun sebelumnya..

 

APRIL 20-22

Aku berpeluang bercuti dengan NUFFNANG woot woot !!! Pertama kali join percutian yang dianjurkan oleh NN adalah kerana menggantikan tempat blogger yang tak dapat hadir. Tapi NN tetap bagi peluang aku menikmati percutian yang best di Awana Kijal Terengganu. Turut serta beberapa rakan blogger yang happening!!

 

 

FEB 25

Yang ini pulak masa events dengan Secret Recipe. Tengoklah bukan calang-calang blogger yang turut serta. Jadi makan free dapat, jumpa rakan blogger yang happening pun dapat. Hehehe bestlah NUFFNANG ni banyak jenis events dia ada… Yang makan-makan pun best juga~

 

 

JUN 1 2012

GENTING THEME PARK!!! Masa ni kami ada movie dan lunch dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Lepas sesi tukar hadiah kami dapat free ticket untuk outdoor park! Heee best besttt!! Naik Space Shot dengan Yen Ling dan oppa Darren. Anne Cheah takmo naik! HAHA!!

 

 

MAC 2 2012

Dapat pula jemputan ke event LG PRADA CELCOM! Weee dapat jumpa blogger jelitawan, blogger femes, blogger selebriti Hanis Zalikha pun ada masa tu.. Amat rendah diri ku rasakan sebab semuanya blogger hebat. Masa ni aku takde rezeki menang handphone LG Prada.. Herher~

 

 

MAC 3 2012

Betul-betul keesokan harinya, aku join lagi event NUFFNANG iaitu Digi Fandroid Day. Syukur alhamdulilah masa tu aku menang Samsung Galaxy S2 !! Masa tu phone ni memang idaman akuuu dan aku memang merancang nak beli! Alhamdulillah menang pulok..

 

 

MAC 24

Ini pulak press conference untuk DiGi WWWow Awards ! Heee thank you NUFFNANG for the invitation… Kami siap join games buat parody Hak hak hak !!!

 

 

MEI 3

And ini masa kami bloggers dapat free ticket for outdoor theme park di Genting Highland!! Yeahhh Genting again with NUFFNANG !! Masa ni ramai geng blogger yang join, semuanya sporting! Yang dalam gambar ni Thara, bekas staf NN. Wuuuuu miss you Thara!

 

 

MEI 9-10 2012

Let’s go adventure bloggers!!! Thank you NUFFNANG sekali lagi, aku dapat join aktiviti lasak pulak! Diadakan di Awana Genting, memang best betul dapat main lari-lari, panjat bukit, masuk semak, jungle trekking! Best wooo. Lepak-lepak kat sungai dan bermesra dengan pacat euww! HAHA!!

 

 

MEI 19

NUFFNANG juga memilih aku untuk review produk kecantikan Mary Kay. Masa ni lah aku kenal produk MK dengan lebih dekat. Produk ni memang best!

 

 

MEI 21

And last but not least, one of the events yang aku pergi under NUFFNANG is press conference untul Samsung Galaxy Note Sparkle Project. Heee dapat dengar Yuna nyanyi live! Tapi tak dapat bergambar dengan beliau. Tapi takpe.. sebab event NUFFNANG sebelum ni pun aku dapat jumpa Yuna heee….

 

Baiklahhh sekian aktiviti-aktiviti dan events di bawah NUFFNANG yang aku dapat join sepanjang tahun 2012 ini. Ramai orang tanya macam mana nak dapat invitation ni semua? Well.. tak semua events yang kita akan dapat invitation macam tu aje.. Kena lah rajin update blog ye kawan-kawan. So bila blog ada trafik, kita participate pulak untuk events. InshaAllah kalau rajin berusaha lambat laun akan dapat juga…

 

Terima kasih tak terhingga kepada NUFFNANG kerana NN lah salah satu penyumbang kepada kemajuan dan perkembangan blog aku. NN jugak bagi aku peluang merasa pengalaman yang tak semua orang boleh rasa which is menjana pendapatan melalui blog. Pergi events yang dianjurkan NUFFNANG jugak meluaskan jaringan kenalan aku…

 

 

SEKIAN IMBASAN 2012 AKU BERSAMA NN.. THANK YOU NUFFNANG !!


Read More»

Tahun 2012 saya

 

Assalamualaikum…

 

SELAMAT TAHUN BARU kepada semua pembaca blog Nisa Kay woot woot! Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya kita telah melalui satu lagi tahun di bumi Allah Yang Maha Besar ini. Syukur tak terkira kita semua dipanjangkan umur hingga ke hari ini… Hmmmm..

 

Macam-macam dah berlaku pada aku dalam tahun 2012. ALHAMDULILLAH… kebanyakan yang berlaku itu adalah perkara-perkara yang sangat baik… Walau disulam dengan duka sekali-sekali, Allah ubat pula lara di hati dengan kemanisan dan nikmat yang tidak terhingga… Aku kenal dengan ramai kawan baru dan dapat banyak pengalaman baru..

 

Blog aku juga menerima perubahan yang sangat sangat drastik sepanjang tahun 2012 ini. Aku berjumpa dan berkenalan dengan ramai orang baru, dapat pergi banyak event yang best-best.. dapat pergi bercuti.. Subhanallah.. Banyak sangat rezeki yang Allah bagi.. aku bersyukur Ya Allah.. tahun yang sangat wonderful :”)

 

 

catssssssssss

 

Ni semua gambar-gambar antara kenangan manis aku sepanjang tahun 2012. Blog, blogger, events, Nuffnang, MIG, Amanz, family.. semua termasuk dalam kenangan yang tak akan aku lupa sepanjang 2012 yang penuh cabaran dan kenangan.

 

Tapi bila aku korek-korek balik album 2012 aku, banyak pulakkkk gambar.. Hahaha tak jadi buat satu entry.. kalau buat banyak entry aci tak? Hahaha aci tak aci, aku tetap akan buat entry! Blog aku kannn ahaksss…. So stay tune ya!

 

 

XOXO~


Read More»

Copyright © Nisa Kay