Khamis, 17 Julai 2014

My Cats - Ash & Chiky (PART 2)


Assalamualaikum..



Bila rinduuu terkenang mu sayangg.... Amboi amboi.. ayat mukadimah tak boleh nak geli-geli lagi ke? Kemain guna lirik lagu ni haa.. Actually entry kali ini pasal anak bujang aku sorang tu lah.. terkenang-kenang.. tercari-cari.. haa baru kau tau erti penyesalan ye Ash??? Hahaa..



Kisahnya.. aku hantar kucing aku Chiky ke rumah rakan blogger aku iaitu encik-diminati-ramai siapa lagi kalau bukan Hizami Rahim di Budak Lelaki Sebelah Pintu tu lahh.. Hahaa.. bagi yang mengikuti beliau di laman instagram mungkin ada yang tahu bahawa Hizami ada bela seekor kucing jantan yang macho bernama Loki.. Memandangkan Chiky aku pun dah merenyam semacam.. si Loki pun yang menggesel resah gelisah, so aku suggest untuk hantar Chiky ke sana lah.





Gambar ni di ambil pada Ahad (13 Julai 2014) yang lepas. Aku hantar Chiky kat rumah Hizami pada Sabtu (12 Julai 2014). Memandangkan no extra cage, so aku letak je Chiky dalam sangkar Loki.. Dalam hati berharap sangat sangat dorang tak gaduh ke, cakar-cakar ke.. Yelah kan dorang baru first time jumpa.. kot la Loki tak mau kucing lain masuk "kawasan" dia kan..


Tapi alhamdulillah sepanjang aku, Hizami dan rakan-rakan yang lain menjalankan aktiviti kami, tidak ada "panggilan kecemasan" dari family Hizami kot kot la kucing ku dan kucingnya bergaduh teruk ke apa. Hahaa.. Bagus Loki ni behave je dia.. Chiky pulak jenis tak kisah je.. Mungkin sebab dia dah biasa membesar beramai-ramai.





Jadiiii... bila Chiky takde kat rumah, Ash pun jadilah anak tunggal ku semula.  Kui kui kui ~ Agaknya dua bulan dengan Chiky ada kat rumah ni dia dah biasa kot.. dah ada kawan bermain.. dah ade kawan nak kacau kacau.. dah ade kawan nak berlari berkejaran, dah ada kawan nak bergomol bergaduh... Nampak dorang boleh get along jugak lah...


Tapi balik nye aku dari Melaka (tanpa Chiky), aku ambik Ash kat petshop lepas aku boarding dia dua hari. Sampai je kat rumah, Ash terus berlari-lari dalam rumah pastu dia mengiau kuat-kuat. Aku agak dia tengah panggil Chiky la kot? Sebab nampak sangat Ash ke hulu ke hilir duk mengiau tak tentu hala gituh..





Biasanya Chiky je yang suka lepak and tido dalam bilik kucing ni... (Dalam gambar) ni tempat lepak Ash.. Biasa Chiky duk sebelah dia.. Kalau aku tak kurung dorang dalam bilik ni (untuk makan or nak bagi dorang berak kat pasir), memang takde nye Ash nak lepak sini sendiri..



Tapi bila Chiky takde ni Ash asyik keluar masuk bilik kucing.. pastu lepak situ sorang-sorang.. Dia tunggu Chiky ke? Macam kesian pulak aku tengok Ash ni haaa... Tercari-cari kawan dia.. Iskk iskk kesian pulak.. Kadang-kadang Ash datang kat aku, mengiau ngiau kesian.. Agaknye dia tanya mana kawan dia tak? (Kalau lah aku paham apa kucing nak cakap haha)





Kisahnye Ash sekarang ni selalu lepak sorang-sorang je.. Well I do realized that he's lonely. Eceh nak speaking pulekk aku. Tapi memang nampak yang dia tak playful sangat dah. Dah tak buat aku sakit kepala bila dia berkejaran dengan Chiky. Tapi aku risau dia murung lak.. 






Mungkin sebab dia sedih (kot?) so manja dia tu berlebih-lebihan la pulak kann... Tido nak dekat aku je. Memang biasa aku bawak dia masuk bilik bila time nak tido.. tapi dia biasa tido atas lantai je.. Tapi sekarang kemain nak berkepit dengan aku je..



Kalau aku buat kerja depan TV dia mesti nak landing kat lantai depan aku.. atau sebelah aku... alahai anak-anak mama niiii... Nanti dah besar nanti macam mana lah Ash ni.. aku harap lepas dua tiga minggu Chiky di rumah mentua (cececehhhh) harap dia tak lupa kat mama and adik Ash dia niii.. Hew hew. Balik bawak cucu ye, Chiky. Ehhh !!







Sekian bebelan ibu mithali tentang anak-anak kucing nya. Kbai.

Read More»

Jumaat, 11 Julai 2014

Berbuka Puasa di RESTORAN REBUNG Chef Ismail


Assalamualaikum para pembaca (macam ler ade..)



Pejam celik pejam celik dah pun nak dekat setengah bulan kita berpuasa kan ? Haa.. selain dari story pasar ramadhan.. antara intipati blog yang sering kita lihat menjadi buah tangan blogger ialah tempat berbuka puasa... Tak gitu ?? Yelah, dengan berkongsi tempat berbuka puasa yang best, secara tak langsung bagi idea kepada orang lain untuk berbuka di luar kan kann..



Baru-baru ni aku dan team AMANZ yang lain dijemput oleh rakan-rakan dari TM untuk berbuka bersama di Restoran Rebung ni.. Aku ni lagilah tak pernah pergi pon kedai ni.. pernah dengar and baca review orang je haa.. Sedeyhh kan? Hak hakk...






Memandangkan masa aku sampai tu dah remang remang senja, maka aku tak berkesempatan nak ambil gambar luar restoran ni... Google punya Google, jumpa pulak gambar ni.. credit to blog CIK LILY PUTIH !





Masuk masuk je kedai ni, mata terus tertarik pada juadah yang dihidangkan di meja buffet. Aduhhh menguji kesabaran dan kelaparan betullah...






Unik betul cara dia hidang sambal-sambal ni.. guna lesung je hah.. memang ciri-ciri masakan Melayu kampung sangat ! Fuhh bau sambal yang menusuk ni memang buat hidung aku kembang kempis dah haa..






Yeaaa... antara juadah tarikan di Restoran Rebung ni... pelbagai jenis gulai lemak dan lauk pergghhh !! Semuanya nampak sedapp.. Yang paling menarik perhatian aku semestinya Gulai Tempoyak Ikan Patin. Fuhhhh memang terliur ! Terus rindu masakan makkk! Wuwuwuuu..






Siapa minat kerang rebus haa mari dekat mari dekattt!!!






Haaa ini memang kegemarannn!! 
Dah target dah nak ambik roti jala ni berbuka kejap lagii. Muahahaaa...






Macam sedap je.. tapi sayangnya Nisa tak sempat nak merasa murtabak ini.. Sobss sobss.. Takpe mungkin boleh datang berbuka kat sini lain kali.. So boleh rasa makanan lain pulak ye... Nahh Nisa nak belanja sekeping dua gambar sekitar Restoran Rebung ni...



Bahagian belah dalam.. ada antara tempat makan ni terletak di dalma bilik-bilik.. So kalau ada yang nak berbuka sambil meeting tu dan nak kan privasi boleh lah reserve bilik.



Ruangan berhampiran pentas. Meja buffet yang kedua diletakkan di sini.



Pentas di mana pelanggan akan dihiburkan dengan lagu lagu tradisional.



Bahagian Restoran Rebung berhampiran pintu masuk. Hidangan buffet utama terletak di sini..



Hiasan dalaman yang menonjolkan ciri-ciri dapur kampung... Memang imej dan identiti Restoran Rebung mungkin ?



Ahaaa... dah puas tatap gambar sekitar Restoran Rebung kini tiba saat Nisa nak kongsi gambar gambar makanan yang sempat Nisa snap.. Hahhaaa... Sebab tu Nisa malas update blog siang siang.. Kang diri sendiri terliur tengok gambar makanan.. sambil tu siap bayangkan sedapnya masakan dia lahaiii.. Boleh batal puasa ni.. huk hukk !!!




Paling menggoda bila berpuasa...



Pelbagai juadah untuk dipilih...



Nyum nyumm....~~~~



Sambal tempe ! Sukaaa !!!











Nahh belanja satu gambar dengan amoy ku sayanggg ! Patutnya nak ajak adik pergi buka puasa.. tapi adik aku ade training futsal pulak nih. Maka tak semena-mena amoy ni muncul dan aku hangkut beliau dengan aku. Boleh? Haa (Menyampah tau ambik gambar dengan orang lawa ni haha).



Pendek kata, makanan di Restoran Rebung memuaskan (mengikut citarasa aku la ya). Aku suka roti jalanya..Aku suka sagu makan dengan gula melaka and santan pekatnya. Allah sedapnyaa sampai terasa-rasa kat anak tekak nii ! Gulai tempoyak ikan patin pon sedap.. of coss takleh sama dengan masakan mak aku kan. Yang penting lauk lauk di Restoran Rebung ada keistimewaan sendiri. Gituhh..



Kepada sesiapa yang memang suka masakan ala kampung memang aku syorkan korang berbuka puasa kat Restoran Rebung Chef Ismail ni okay... psstt bau Gulai Daging Salai dia sedap gila kot.. aku je tak sempat rasa hahaha... Environment, kebersihan, presentation makanan memang memuaskan.. Aku siap nampak orang yang datang berbuka duk amik amik gambar lauk sebelum makan. Ahahhh!




RESTORAN REBUNG CHEF ISMAIL
No. 4-2, Lorong Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur.
03-2283 2119 







XOXO.

Read More»

Rabu, 9 Julai 2014

Wajib Singgah - DAILY FRESH


Assalamualaikum...


Haaa... kemain tau tajuk entry macam segmen dalam TV la pulak kan.. Saje je nak share dengan korang kiosk makanan yang best niii... Mesti korang pernah nampak kiosk Daily Fresh ni kat mana-mana RnR atau shopping mall kan? Pada yang belum pernah cuba makanan di Daily Fresh, meh sini meh aku nak share pengetahuan am sikit hihihiii...






Ini dia kiosk Daily Fresh yang biasa ada di shopping mall (this one di KL Festival City Mall). Lawa kan? Nak lepak minum pun macam cool je kan... Makanan pulak semuanya nampak sedap sedap wehh.. Kalau jumpa kiosk Daily Fresh di mana-mana RnR pun mudah nak beli makanan buat alas perut untuk mereka yang drive jauh. Best kan??




Haaa antara menu Daily Fresh wajib rasa ialah cup corn pelbagai perisa ni. Unik kann !! Yang feveret aku semestinya Sweetened Milk.. Sebab aku suka rasa masin manis jagung dan susu pekat manis tuu.. Nyum nyumm beli jagung ni senang je, on-the-go punya style.. Buy and eat hahaha (apakah?)





Ya ampunnnn elakkan melihat gambar ni ketika sedang berpuasa ya.. Kompem terliur !! Nyatanya ais krim Ice Kimo di Daily Fresh ni memang menyegarkan, menyamankan.. dan memang sedap ! Lemak berkrim ya Allah.. terasa-rasa aiskrim nya cair di lidah.. Gituhh... over tau penerangan.



Allah !!! Sedapnya ia kelihatan.. Huhuhuu....




Pergghh ini lagi satu yang korang WAJIB CUBA di kiosk Daily Fresh nii ! Waffle rangup dan freshhh !!! Boleh juga kalau korang pergi kiosk Daily Fresh ni dan beli makanan untuk berbuka puasa.. Haa sekali sekala cubalah buka puasa dengan juadah yang lain sikit kann... Asyik makan makanan berlauk je.. Hehehee.. Waffle ni ada macam-macam perisa, so korang boleh pilih ikut kegemaran dan kesukaan..






Harga yang ditawarkan di Daily Fresh ni pun sangat berpatutan tau.. Serius korang kena pergi sendiri terjah kiosk kiosk ni dan cuba sendiri makanan di sana okehhh...!!






Yang penting Daily Fresh ni disahkan HALAL okay.. Jadi kita boleh nikmati makanan di sini tanpa was-was :)





PROMOSI SEMPENAN RAMADHAN !





KHAS UNTUK PEMBACA BLOG NI : 
E-VOUCHER DAILY FRESH
Cuma berbelanja RM8 (dan ke atas), korang boleh print out e-voucher ni dan tunjuk untuk dapatkan Cupcorn (Original Flavour) secara PERCUMA !







Untuk maklumat lengkap mengenai Daily Fresh ni, jangan segan silu klik link-link di bawah. Semoga anda dapat info yang anda cari ya !


FACEBOOK PAGE DAILY FRESH https://www.facebook.com/DailyFreshMalaysia

SENARAI OUTLET DAILY FRESH http://www.dailyfreshfoods.com/outlets.php

INSTAGRAM DAILY FRESH @dailyfreshmalaysia

WEBSITE DAILY FRESH http://instagram.com/dailyfreshmalaysia











THANK FOR READING THIS ENTRY ! XOXO.

Read More»

Copyright © Nisa Kay