Rabu, 20 April 2016

innisfree The Green Tea Seed Serum Global Pop-Up Store in Kuala Lumpur !



Assalamualaikum..





Yeahh Nisa kembali berkongsi mengenai brand kegemaran Nisa ni, iaitu innisfree.. Baru-baru ini, seperti yang anda lihat di laman instagram Nisa, Nisa ada bawak The Green Tea Seed Serum jalan-jalan cari sunset. Tapi apakan daya, cuaca yang tidak begitu mengizinkan tidak  membolehkan Nisa dan The Green Tea Seed Serum menikmati pemandangan matahari terbenam. Apa-apa pun, Nisa gembira kerana Nisa dan juga beberapa blogger lain berpeluang mengiringi The Green Tea Seed Serum menikmati pemandangan dan makanan di sekitar Kuala Lumpur.






Jadi semalam Nisa ke Pavilion untuk mengiringi encik The Green Tea Seed Serum ni untuk ke Global Pop-up Store yang sedang berlangsung di sana. And yeah, more goodies from innisfree !! They have been so generous and I know they will always be. Oh no, more reasons to love this Korean brand ! Kekekee~





Kat mana The Green Tea Seed Serum Global Pop-up Store ni ? Betul-betul di pintu masuk utama Pavilion Kuala Lumpur ! Ya ampun besar-besar punya papan tanda kat depan tu, dari fountain depan Pavilion tu dah nampak.. Kalau tak nampak jugak tak tahu nak kata apa lah haha !



Aktiviti best ?


Picture credit to innisfree Malaysia's official photographer.

1. Virtual Tour ke Pulau Jeju ! Haa pakai peranti virtual reality dan rasai pengalaman di green tea farm di Jeju Island, Korea secara realiti maya. Menarik kan !




Picture credit to innisfree Malaysia's official photographer.

2. Photobooth ! Yess kalau ada photobooth memang syok. Boleh print gambar dan hantar soft copy ke alamat emel sendiri.




Picture credit to innisfree Malaysia's official photographer.

3. Pemeriksaan tahap kelembapan kulit ! Kita selalu rasa kulit kita dah cukup okay, tapi bila check sebenarnya kulit kita kering ! Kita tak mosturize betul-betul. Haa jadi kenalah dapatkan produk The Green Tea Seed Serum dari innisfree ni untuk rawat kulit ye dak hehe.






Lepas selesai ketiga-tiga aktiviti di atas, anda boleh join contest instagram innisfree Malaysia ni ! Sekeping kad akan diberikan, dan bila anda buat tiga aktiviti yang Nisa senaraikan tadi, anda akan dapat cop. Selesai dapat tiga cop, anda dapat free gift dan juga keratan kad warna biru tu, anda tulis instagram ID anda dan masukkan di dalam kotak dalam gambar ni. Haa mana tahu anda menang hadiah eksklusif dari innisfree Malaysia ke kan ?





Haa dalam kotak comel ni lah free gift yang anda akan dapat tu. Di dalamnya terkandung set percubaan produk rangkaian The Green Tea Seed. Jadi, kit istimewa ini boleh dijadikan set percubaan bagi mereka yang belum pernah guna produk ni, atau bagi yang memang pengguna, boleh jadikan travel kit. Haa senang lah nak travel bawak yang kecik-kecik je !






Lagi perkara best ?

Eksklusif di The Green Tea Seed Serum Global Pop-up Store sahaja, anda berpeluang membeli set promosi Green Tea Seed Serum Lucky Box. innisfree The Green Tea Seed Serum Lucky Box ini mengandungi sebotol The Green Tea Seed Serum (saiz penuh) dan sekeping It's Real Squeeze Mask Green Tea. Jika anda cukup bertuah, anda mungkin mendapat satu lagi produk bersaiz penuh dari rangkaian The Green Tea. Wahhh best nya ! Selain tu, dengan setiap pembelian lucky box ni, anda berpeluang bermain permainan Pinball Gaming Zone untuk memenangi lebih hadiah menarik ! Wahh banyak nya hadiahhh !






Uhukkk.. Kalau ke Pavilion KL tu kan, kat luar tu awak boleh jumpa bae kite tengah jalan-jalan kat ladang teh hijau hahaha !! Kemain tau semua serbu bae kite hahaha !!! Takpe, nasib kita faham yang bae kita ni memang diminati ramai... kah kah kahhh !!! Okay dah boleh muntah.





Oh yeah this is the little green fella that I've been carrying around these few days. And I even cared for it like a fragile baby ! I didn't allow my little sister hold it haha ! And next to it is a box of freebies from innisfree Malaysia :) Ohh yeah it is the Eco-Friendship Green Tea Kit with LINE FRIENDS !! OMG I know that LINE ia quite big in Korea.. I just came back from Korea a week ago and LINE merchandises are   E V E R Y W H E R E !!!





Isn't this awesome ???? This travel set of The Green Tea products line come with LINE FRIENDS characters on it ! This is so awesome and I do feel exclusive having this ahaha !! If you want to win this set too, please do come to innisfree The Green Tea Seed Serum Global Pop-Up Store at Pavilion Kuala Lumpur to find out how !






WIN A TRIP TO JEJU ISLAND, KOREA FOR TWO !


OMG this is so easy ! What do you have to do ???

  1. Take a photo of The Green Tea Seed Serum at any signature landmark of our country.
  2. Describe briefly why this landmark is so special to you.
  3. Log on to www.myinnisfree.com , register to this website via Facebook or email and upload your photo there !
  4. Share your picture on your Facebook and Instagram and include these hashtags #innisfree #innisfreemy  #journeyofseedserum

Oh yeah you can submit as many photos as you want. May the best photo win, and yeah may the force be with you :D Contest will end on 31st May 2016 .





Picture credit to innisfree Malaysia's official photographer.

innisfree x Pavilion KL for Earth Day !

innisfree dan Pavilion Kuala Lumpur akan mengadakan acara khas sempena kerjasama mereka untuk Earth Day. Beberapa aktiviti yang menyokong persekitaran yang lebih baik dan sihat telah disusun untuk semua pengunjung nanti !!



1. ECO-HANKIES PERCUMA ! 
Sebanyak 500 eco-hankies dengan corak edisi terhad dari innisfree akan diberikan kepada pengunjung. Menggunakan eco-hankies ini akan membantu kita untuk kurangkan penggunaan kertas / tisu dan sebagainya.


2. BIKE AND BLEND !
Pernah tak korang kayuh basikal untuk menggerakkan blender? Haa korang kena cuba tau ! Blend jus pilihan anda dengan menggunakan basikal. Air pun sedap, jimat tenaga elektrik !


3. SLAM DUNK THE JUNK !
Bawa botol plastik kosong for some fun shots dan berpeluang memenangi set percubaan innisfree. Haa ala-ala main basketball, anda kena baling botol kosong tu ke dalam jaring dan recycling bin.





Ya ampunnn mudahnya nak dapatkan hadiah dan free gift dari innisfree ! Jangan lupa ramai-ramai datang ke sambutan Earth Day !


DI MANA ?
Pavilion Kuala Lumpur (Bukit Bintang entrance)

BILA ?
Jumaat, 22 April 2016

PUKUL BERAPA ?
12.00 tengahari hingga 3.00 petang



DATANG RAMAI-RAMAI YAAA !!






XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Jumaat, 15 April 2016

My Makeup Look #1



Hai assalamualaikum semua...


Haa hari ni Nisa nak bercakap mengenai "MY MAKEUP LOOK". Untuk pengetahuan semua.. sejak akhir-akhir ni Nisa agakkk obses nak membeli peralatan mekap.. Tak kisah la produk jenama dalam dan luar negara, berus mekap.. dan sebagainya.. Bila ade duit je lah duk membeli tu hehehe.. Bila dah ada barang-barang nye.. kena lah guna ye dak.. Kalau tak rugi je perabis duit beli tapi dibiarkan berhabuk dalam laci meja mekap. Huhuhu.


Jadi gigihlah Nisa habiskan malam-malam Nisa yang insomnia tu untuk menonton video-video mekap di Youtube.. Haa kalau ikutkan Youtuber luar negara ramai yang guna produk mahal-mahal (mahal lah lepas convert harga ke MYR), produk yang susah dapat kat Malaysia.. dan sebagainya.. Jadi kita sebagai orang yang amatur, yang biasa-biasa ni.. antara tips Nisa ialah sentiasa perhatikan "TEKNIK" mereka. Abaikan jenama produk tersebut.. yang tu nombor dua.. Tengok macam mana dorang selalu sapu foundation, kalau buat eyeshadow tu start kat bahagian mana.. dan sebagainya..



Jadi lately ni Nisa kerap jugak la cuba-cuba teknik Youtubers ni menggunakan apa yang kita ada. Tak semestinya nak kena ada sebijik sejiban macam produk dalam video para Youtuber tu kann...





Ini adalah antara makeup look yang Nisa buat baru-baru ni. Maaf tiada pulak video sebab masa ni Nisa tengah bersiap-siap nak pergi event di KLCC.. So tak boleh lambat. Memang tak sempat lah nak setup kamera semuaa...


Haa nampak tak pipi berkilat kemain tu ? Antara trend mekap yang terbaru ialah penggunaan "highlighter". Macam dalam gambar dia bagi pipi tu nampak berkilat (bukan berminyak!) So bila kita kilatkan pipi, and letak jugak sikit highlighter kat tip of the nose, Nampak naik sikit pipi tu, and dia akan fokus kat highest points of our face. Hahh kemain speaking, nak translate jadi lain lak kang.






Haa kemain dengan eyeshadow sekali tau Nisa pakai hari tu hahah.. Ye lah, dah beli kena lah guna kann.. Rasa rugi pulak tak dapat nak kongsikan tutorial mekap dalam bentuk video untuk look ni.. So far this is my best makeup look kot ? Haha spontan je buat haa... Gambar ni diambil pada waktu petang lepas balik event, lipstick pun dah pudar..


Apa-apa pun, walaupun takde video.. Nisa nak kongsikan dengan uolss senarai produk yang Nisa guna untuk look ini okay ?



MUKA :

  • LT PRO Smooth Corrector Foundation - code Yellow Orange (lihat di sini)
  • Maybelline Instant Age Rewind Eraser Dark Circle Treatment Concealer (lihat di sini)
  • Revlon New Complexion Loose Powder
  • Blush & contour guna LT Pro Blush Powder palette (lihat di sini)


MATA :




KENING :




BIBIR :



MAKEUP TOOLS :
  • The Original Beauty Blender - blend foundation dan concealer di wajah (lihat di sini)
  • Make Up For Ever Precision Powder Brush 128 - set mekap dengan ratakan powder di wajah (lihat di sini)
  • H&M Crease Blending Brush - blend dan ratakan eyeshadow (lihat di sini)
  • Breena Beauty Basic Eyeshadow Brush B212 - apply dan ratakan eyeshadow (lihat di sini)




Fuhhhh selesai list lengkap produk dan tools yang Nisa guna untuk look ni. Nampak simple je mekap Nisa ni tapi kemain haaa barang-barang diaaa... Ini baru hasil kerja cikai-cikai.. Nisa banyak lagi nak kena improve dan belajar teknik yang betul. Buat masa ni memang self taught je la.. Kalau ade rezeki lebih teringin nak belajar personal class untuk proper way mekap hehe...


Rasa rugi pulak tak dapat nak share video on this look. InshaAllah if I ever feel very rajin nak rakam video Nisa mekap atau bersiap, Nisa akan buat makeup video.. definitely NOT a tutorial sebab nya Nisa ni tak layak nak mengajar atau jadi tutor sesiapa hehe..


Apa-apa pun terima kasih kerana sudi baca blog post Nisa.. Hmmm ada cadangan tak, nak buat video apa lepas ni ? Hehehe..









XOXO, Putewi Hensem

Instagram : https://www.instagram.com/nisa_kay/
Twitter : https://twitter.com/nisa_kay
YouTube Channel : https://www.youtube.com/TheNisaKay



Read More»

Khamis, 14 April 2016

Muka flawless dan glowing... ALIFNUR FOUNDATION rahsianya !




Assalamualaikum..


Haa kemain tiba-tiba kena terbang ke salah satu negara kegemaran (Malaysia tetap di hati !), habis ditinggalkan blog ni macam tu je... Kerja, blogpost, advertorial, emel.. semua tak terlayan.. membawa hati yang lara lah katakan. Kah kah kahh !!


Okay back to the point.. sebenarnya hari ni Nisa suka nak kongsi kepada wanita seluruh Malaysia, khususnya untuk mereka yang meminati mekap. Huii kalau dah namanya minat mekap tu, mesti suka kalau ada produk yang bagus, yang bagi kesan lawa, flawless lagi glowing !! Haa ni Nisa nak kongsi lah ada je produk macam tu !!





Haa apa benda ni ?????? Inilah dia ALIFNUR FOUNDATION !! Rahsia mekap tampak flawless, wajah pun glowing ! Siapa tak suka kan???? 






Ini dia foundation yang memberikan coverage yang baik untuk wajah kita. Kalau nak tahu, foundation ni PINK BASE, jadi foundation ini sesuai untuk kulit sawo matang ke atas. Sesuai sangat la tu dengan kulit orang Melayu macam kitaaaa.. Nisa pun susah sangat nak jumpa foundation yang betul-betul kena denga kulit sawo matang ni..






Yang bagusnya, foundation keluaran tempatan ni mengandungi bahan-bahan semula jadi dan juga bahan yang tidak merbahaya kepada kulit. Haaa op kos la kannn.... antara bahan utama ALIFNUR FOUNDATION ini ialah... Bee Wax yang turut berfungsi melembutkan kulit, melindungi kulit dan antibakteria.. (baca lagi di sini).. Selain itu bahan yang terkandung ialah Ascorbic Acid serta Vitamin E yang tinggi. 








Haaa masih tak berpuas hati dengan info-info di atas ?? Ini ada lagi senarai kelebihan ALIFNUR FOUNDATION ni.. Mai mai ajak semua kawan-kawan baca sekaliii...

  • Full Coverage!
  • Menjadikan kulit muka flawless sekelip mata!
  • Menjadikan kulit muka ‘glowing’ tanpa dipinta
  • ”Jalan mudah”untuk makeup dengan cepat!
  • Tidak berminyak
  • Tahan selama 12 jam !
  • Tidak bercapuk
  • Tidak merekah
  • Senang di pakai
  • SPF 30 melindungi kulit dari cahaya matahari.
  • Menutup parut jerawat,jeragat serta tanda lahir
  • Memutihkan kulit muka dengan kandungan Vitamin C
  • Menutup lingkaran hitam bawah mata
  • Merawat jerawat,jeragat dan lingkaran gelap bawah mata
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mudah dicuci
  • Boleh dibawa solat
  • Melembapkan kulit wajah
  • Merawat kulit kusam
  • Senang di pakai
  • Kualiti Antarabangsa pada harga mampu milik !
  • Satu botol tahan 2 bulan bergantung kekerapan penggunaan.









Nak membebel sangat pun dah malas, apa kata uolss baca kat bawah ni.. Berikut adalah informasi lanjut mengenai ALIFNUR FOUNDATION :

  • Foundation Instant pertama berasaskan 100% bahan semulajadi dan selamat yang bertujuan memberikan kesan makeup flawless dan glowing sekelip mata!
  • Produk penambahbaikan dan rawatan kulit.
  • Tinggi kandungan Vitamin E dan C
  • Foundation anti-kulit kusam


Haaa walau macam mana pun kita suka dengan mekap, suka pakai mekap... tetapi sangatlah tidak disarankan memakai foundation lebih daripada 12 jam bagi mengelakkan penyumbatan pada liang pori muka.Kandungan produk Alifnur Foundation adalah dari bahan semulajadi yang selamat pada kulit.


 TAPIIIII... Kalau anda mempunyai masalah kulit yang teramat sensitif atau memang serius, jangan lupa rujuk dulu pada doktor anda atau pakar kulit sebelum guna apa-apa produk tauu !!





     CARA PENGGUNAAN      :

JARI : Letak foundation di beberapa titik wajah dan ratakan menggunakan jari.

SPAN : Titikkan foundation ke wajah dan ratakan guna span. Jika anda basahkan span, perah sampai habis air di dalam span, biarkan selama 15 minit hingga span separuh kering kemudian baru guna untuk ratakan foundation.

BERUS FOUNDATION : Sapukan dengan gerakan ke bawah sahaja (satu arah) atau dab kan ke wajah dengan lembut dan ratakan.


Kalau nak lebih faham, boleh lah tengok video tutorial pakai ALIFNUR FOUNDATION di link di bawah ini :









HARGA???
Ya ampun.. sangat affordable dan berbaloi tauu....
RM60 untuk Semenanjung Malaysia dan RM66 untuk Sabah dan Sarawak. Caj pengeposan adalah PERCUMA diknonnn !!!







SOOO.... MACAM MANA NAK ORDER NI SIS???? 
Alahaiii sayangku, mudah sangat lah !!! Ikut langkah mudah seperti di bawah ini okayyy...

WHATSAPP ‘AN BLOG’ KE 
019 3007112








Haaa panjang lebar dah ni Nisa share dengan uolss mengenai ALIFNUR FOUNDATION niii... ! Jangan lupa like Facebook Page Alifnur Cosmetic dan follow Instagram mereka tau !! 


FANPAGE: Alifnur Cosmetic
INSTAGRAM: @alifnurcosmetic
WEB: www.alifnur.com (dalam proses)










XOXO,
Putewi Hensem

Read More»

Copyright © Nisa Kay