Wah wah wah makin hangat dunia mekap zaman sekarang ni kan ? Banyak kemunculan beberapa jenama high-end terbaru di pasaran.. jenama yang sedia ada tak kurang hebatnya menghasilkan produk baru.. malah produk so-called inspired, atau dalam bahasa kita "fake makeup" pun turut menggegarkan industri kosmetik gitu. Tapi hari ni nak cakap pasal produk terbaru di pasaran iaitu HUDA BEAUTY #FauxFilter Foundation.
Okay, LUKIS KENING. Ramai sebenarnya duk tanya Nisa, macam mana Nisa buat kening tu daripada bersepah-sepah jadi nampak kemas sikit.. nampak macam dicukur ! Ohh nooo... Nisa tak buat camtu okay ! Nisa ada cara di mana Nisa lukis dan bentuk kening tu tanpa perlu cukup ke apa..
Sebenarnya Nisa ni memang tak pandai langsung nak lukis atau bentuk kening. Kalau Nisa mekap pun nisa memang akan tinggalkan bahagian kening tu bersepah, atau pun Nisa lukis sikit-sikit. Hahaha serius memang tak tahu menahu !! Jadi pada suatu malam yang hening, ada lah kawan Nisa ni datang tido kat rumah. Well, girlss.. bila dah get together, maka mekap merupakan antara topik hangat ! Jadi kawan Nisa ni lah yang ajar Nisa macam mana nak bentuk kening tu menggunakan beberapa barang mekap.
BARANG MEKAP YANG NISA GUNAKAN :
1. ZawaraGlam Eyebrow Pencil
(didatangkan dengan spoolie brush sekali)
2. Innisfree Mineral Concealer
3. Small concealer brush
(boleh guna apa-apa berus yang kecil, Nisa guna lip brush dari Innisfree)
4. Concealer buffing brush
(Nisa guna unbranded brush punya)
5. Eyebrow palette (optional)
6. Browcara
(Nisa guna KATE Cosmetics Eyebrow Color, code Medium kalau tak silap)
Baiklah itu dia cara Nisa lukis kening. Takdak guna gunting ke pisau ke gam ke haha.. serious takde. Ini pun Nisa rasa masih tak berapa lawa sebab Nisa pun baru je belajar kan. Sekarang ni selalu jugak Nisa lukis kening walaupun mekap simple je, sebab Nisa rasa bila kening tu terbentuk je, terus rasa lawa dah muka. Hahaha perasannya !
Okay Nisa nak ingatkan.. most of the times, memang kening kita TAKKAN NAMPAK SAMA kiri dan kanan. Kening kita ni bukannya kembar, memang dorang tak sebijik sejiban pun. Nisa pun ada masa memang takkan jadi lah bila lukis kening tu. Sebab nya.. hmm tak pasti lah. Haha. Memang akan ada hari yang dia TAKKAN JADI bila lukis kening, stress jugak lah haha !
Ada harinya, kening nampak sooo au naturale ! Ada harinya macam kening palsu pun adoo. Hahaha ! So, rajin-rajinkan lah practice kalau nak improve skill tu.. Nisa pun masih belajar lagi ni. Ada masa rasa ahh lantak lah ! Tapi end up lukis jugokk wakakaka...
Okay lah, terima kasih sudi baca blogpost Nisa dan tengok video Nisa.. Muah ciked !
Do subscribe to my YouTube channel ya ! Nisa akan buat giveaway Youtube tak lama lagi inshaAllah.
Haa hari ni Nisa nak bercakap mengenai "MY MAKEUP LOOK". Untuk pengetahuan semua.. sejak akhir-akhir ni Nisa agakkk obses nak membeli peralatan mekap.. Tak kisah la produk jenama dalam dan luar negara, berus mekap.. dan sebagainya.. Bila ade duit je lah duk membeli tu hehehe.. Bila dah ada barang-barang nye.. kena lah guna ye dak.. Kalau tak rugi je perabis duit beli tapi dibiarkan berhabuk dalam laci meja mekap. Huhuhu.
Jadi gigihlah Nisa habiskan malam-malam Nisa yang insomnia tu untuk menonton video-video mekap di Youtube.. Haa kalau ikutkan Youtuber luar negara ramai yang guna produk mahal-mahal (mahal lah lepas convert harga ke MYR), produk yang susah dapat kat Malaysia.. dan sebagainya.. Jadi kita sebagai orang yang amatur, yang biasa-biasa ni.. antara tips Nisa ialah sentiasa perhatikan "TEKNIK" mereka. Abaikan jenama produk tersebut.. yang tu nombor dua.. Tengok macam mana dorang selalu sapu foundation, kalau buat eyeshadow tu start kat bahagian mana.. dan sebagainya..
Jadi lately ni Nisa kerap jugak la cuba-cuba teknik Youtubers ni menggunakan apa yang kita ada. Tak semestinya nak kena ada sebijik sejiban macam produk dalam video para Youtuber tu kann...
Ini adalah antara makeup look yang Nisa buat baru-baru ni. Maaf tiada pulak video sebab masa ni Nisa tengah bersiap-siap nak pergi event di KLCC.. So tak boleh lambat. Memang tak sempat lah nak setup kamera semuaa...
Haa nampak tak pipi berkilat kemain tu ? Antara trend mekap yang terbaru ialah penggunaan "highlighter". Macam dalam gambar dia bagi pipi tu nampak berkilat (bukan berminyak!) So bila kita kilatkan pipi, and letak jugak sikit highlighter kat tip of the nose, Nampak naik sikit pipi tu, and dia akan fokus kat highest points of our face. Hahh kemain speaking, nak translate jadi lain lak kang.
Haa kemain dengan eyeshadow sekali tau Nisa pakai hari tu hahah.. Ye lah, dah beli kena lah guna kann.. Rasa rugi pulak tak dapat nak kongsikan tutorial mekap dalam bentuk video untuk look ni.. So far this is my best makeup look kot ? Haha spontan je buat haa... Gambar ni diambil pada waktu petang lepas balik event, lipstick pun dah pudar..
Apa-apa pun, walaupun takde video.. Nisa nak kongsikan dengan uolss senarai produk yang Nisa guna untuk look ini okay ?
MUKA :
LT PRO Smooth Corrector Foundation - code Yellow Orange (lihat di sini)
Maybelline Instant Age Rewind Eraser Dark Circle Treatment Concealer (lihat di sini)
Revlon New Complexion Loose Powder
Blush & contour guna LT Pro Blush Powder palette (lihat di sini)
Bobbi Brown Rich Lip Color - code Uber Pink (lihat di sini)
MAKEUP TOOLS :
The Original Beauty Blender - blend foundation dan concealer di wajah (lihat di sini)
Make Up For Ever Precision Powder Brush 128 - set mekap dengan ratakan powder di wajah (lihat di sini)
H&M Crease Blending Brush - blend dan ratakan eyeshadow (lihat di sini)
Breena Beauty Basic Eyeshadow Brush B212 - apply dan ratakan eyeshadow (lihat di sini)
Fuhhhh selesai list lengkap produk dan tools yang Nisa guna untuk look ni. Nampak simple je mekap Nisa ni tapi kemain haaa barang-barang diaaa... Ini baru hasil kerja cikai-cikai.. Nisa banyak lagi nak kena improve dan belajar teknik yang betul. Buat masa ni memang self taught je la.. Kalau ade rezeki lebih teringin nak belajar personal class untuk proper way mekap hehe...
Rasa rugi pulak tak dapat nak share video on this look. InshaAllah if I ever feel very rajin nak rakam video Nisa mekap atau bersiap, Nisa akan buat makeup video.. definitely NOT a tutorial sebab nya Nisa ni tak layak nak mengajar atau jadi tutor sesiapa hehe..
Apa-apa pun terima kasih kerana sudi baca blog post Nisa.. Hmmm ada cadangan tak, nak buat video apa lepas ni ? Hehehe..
Hahaa bila Nisa tulis tajuk entry ni, Nisa sendiri pun rasa seram ! Hahaha.... ye lah... FACE CONTOURING kott... seram sejuk je rasa nak berkongsi dengan semua. HAHAH !!! Nisa lihat teknik contouring di dalam proses mekap ni dah macam trend... Semua orang nak belajar, nak cuba, nak buat.. Set-set contouring (baik dalam bentuk krim atau powder) dijual secara meluas dan jenama-jenama kosmetik mula mengeluarkan set contouring masing-masing.
Nisa sebagai orang yang meminati mekap-mekap ni, of course lah taknak lepaskan peluang untuk turut sama join the bandwagon ye dak ! Haha dalam erti kata lain, Nisa pun nak merasa mengikuti trend jugak lah walaupun Nisa sebenarnya tak reti pun !!! Hahaa...
Ahahahaaa comot gilaaa kot !!!! Entah apa lah jadi. By the way... gambar di atas ni diambil semasa Nisa PERTAMA KALI mencuba buat teknik contouring. Ya ampun memang comot sangat kannn ! Hahaha setelah berhari-hari Nisa duk khusyuk mengkaji cara-cara contouring yang paling ringkas dan mudah diikuti di laman Instagram dan YouTube... akhirnya terhasil lah video ini!!
AMARAN : Ini memang PERTAMA KALI Nisa cuba-cuba teknik ini. Agak sukar sebenarnya pada awalnya tapi tu lah mengada nak try jugak kan.. Lagipun, apa yang Nisa buat dalam video ni kurang tepat tekniknya haha... So enjoy my video ya !
Hahahaaa serius masa edit video ni, Nisa duk berfikir kenapalah haaa Nisa buat ni hahahaha.. Hingga ke saat ini, Nisa dah beberapa kali menggunakan set contouring ni.. Nisa buat simple-simple je.. Kat atas dahi, bawah jaw line dan hidung tu tak buat sangat pun, biasa Nisa buat kat pipi laa.. Hahahaa ... Macam gambar di bawah niii... Nampak tak ada sikitttt la nampak acah-acah effect contouring di sittewww ahaks ! Nak jugak tu !
Ahaaa Nisa rasa Nisa akan practice lebih lagi kot untuk teknik ni.. Macam menarik pulak kan, Sebab contouring ni akan bagi effect pipi tampak lebih tinggi, ala-ala ada apple cheek ke apa kan.. And boleh buat effect wajah yang lebih slim gitu...
Oh yee... Untuk set contouring dan berus yang Nisa pakai dalam video ni, boleh rujuk instagram di bawah ye... Banyak berus mekap yang cantik-cantik, set contouring dan berus, dan macam-macam lagi lahh... Enjoyyy !