Rabu, 28 Mac 2012

FILEM – Jangan Pandang-pandang

 

Assalamualaikum semua…

 

Terima kasih tak terhingga kepada Excellent Pictures di atas peluang yang diberikan kepada aku untuk sama-sama join majlis pra tonton filem terbaru arahan Ahmad Idham iaitu filem JANGAN PANDANG-PANDANG. Majlis berlangsung di TGV Cinemas, 1 Shamelin Shopping Mall, Kuala Lumpur.

 

JPP_Poster

Filem ini mempertaruhkan Zizan Raja Lawak dan Sara Ali sebagai teraju utama, disamping itu turut membantu menjayakan filem ini adalah Nas-T, Azhar Sulaiman, Miera Liyana, dan Anith Aqilah. Filem ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 29 Mac 2012.

 

 

JPP_26

SINOPSIS :

Kisah bermula apabila sekumpulan anak muda mendapat tugasan cuti semester yang memerlukan mereka pergi ke Gua Bewah dan membawa pulang artifak sebagai bahan presentation. Ajis (lakonan Zizan) dan Yaya (lakonan Sara Ali) pula tidak sefahaman dan sering bertelingkah.

 

Mereka menghadapi masalah kerana kekurangan ahli kumpulan sehinggalah Marsha (lakonan Miera Liyana) muncul dan menawarkan diri untuk menjadi ahli kumpulan mereka. Marsha berjaya meyakinkan mereka yang lain bahawa dia mempunyai peta lama gua tersebut peninggalan moyangnya.

 

Marsha turut meyakinkan Ajis, Yaya, Diana (lakonan Anith Aqilah) dan Ben (lakonan Nas-T) supaya mengikut peta yang dimilikinya. Setelah berjaya memasuki gua tersebut mengikut jalan yang tidak diketahui ramai, Marsha melarikan sebuah artifak lama tanpa pengetahuan yang lain.

 

JPP_51

Bermula dari kejadian itu, mereka berlima terpaksa berhadapan dengan pelbagai kejadian yang pelik. Pengemudi bot mereka iaitu Abang Bob (lakonan Azhar Sulaiman) yang hilang secara tiba-tiba memaksa mereka mencari jalan keluar sendiri. Namun akhirnya, mereka tersesat di dalam hutan. Berjayakah mereka keluar dari hutan tersebut? Apakah niat sebenar Marsha?

 

 

JPP_20

PANDANGAN / PENDAPAT :

Sejujurnya, aku tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap filem ini, namun begitu aku jugak tidak memandang rendah akannya. Kehadiran Zizan dalam filem ini semestinya akan membuat penonton bergelak ketawa dengan dialog-dialog serta mimik muka lucunya.

 

Jika jalan cerita ditambah lagi elemen aksi mungkin ia akan membuat penonton bertambah teruja. Sedikit unsur suspens juga disuntik ke dalam plot filem ini menerusi kemunculan hantu di gua, di tasik dan di dalam hutan. Secara keseluruhannya, elemen komedi yang diterapkan adalah antara kekuatan filem Jangan Pandang-pandang ini.

 

3 BINTANG

Jangan lupa saksikan filem JANGAN PANDANG-PANDANG di pawagam berhampiran dan bergelak ketawalah bermula 29 Mac ini!

 

 

Sign PNG NisaKay


12 ulasan:

  1. menarik. suka tengok Sarah Ali :)

    BalasPadam
  2. macam best je tgk trailer nih!! uhuhu~

    BalasPadam
  3. ni yg best kalo ada zizan. hope filem ni best kalo sya tgk nanti. hehe. :D

    BalasPadam
  4. Macam best je , Nak try tengoklah :D

    BalasPadam
  5. takmau takmau tengok cite hantu~ takut mehh ;)

    BalasPadam
  6. ishh jeless.nisaa slalu untung lau de cite baru..mesti dpt pra tonton dulu..huhu

    BalasPadam
  7. tengok trailer pun best gilak , inikan pulak ceritanya . Zizan Mantop !

    BalasPadam
  8. ada Sara Ali dan Zizan.. tak sabar nak tengok ar... :)

    BalasPadam
  9. Wah, Nisa pun dah tengok filem ni.
    Kami agak kecewa dengan jalan ceritanya.
    Trailer dah ok dah.
    Lawak Zizan je yang jadi penyelamat.

    Jom baca pula review kami untuk filem ini : Jangan Pandang-pandang

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay