Memaparkan catatan dengan label Diana Amir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diana Amir. Papar semua catatan

Khamis, 2 Ogos 2012

[EVENT] Iftar MIG 2012

 

Assalamualaikum…

 

Dah berapa hari ek aku tak update belog? Masya Allah pemalas sungguh aku ni. Huuu mood swing membuatkan aku malas nak menaip dek karana idea yang terkedek-kedek je keluar dari minda kudus aku ni.. Dan membuat aku lebih selesa online facebook, twitter dan emel je. Blogwalking jugak aku tapi aku jenis tak tinggal jejak kat blog orang.

 

Walaupun aku dah decide untuk slow down dalam aktiviti dan events yang melibatkan aku sebagai seorang blogger, namun Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah telah turunkan aku beberapa rezeki berkaitan dengan blog. Salah satunya ialah, aku telah mendapat jemputan untuk menyertai majlis Iftar MIG 2012.

 

P1016142

Terima kasih kepada pihak METROWEALTH PICTURES (MiG Online) yang sudi menjemput aku untuk turut bersama-sama memeriah majlis berbuka puasa MIG, serta meraikan golongan yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim dan ibu tunggal.

 

 

P1016139

Meja yang masih kosong. Mungkin aku yang datang awal sangat kot. Muahaha.. aku dan Syafiq Rosli sengaja gerak awal dari Shah Alam, sebab takut jalan jammed dan tak jumpa jalan. Alhamdulillah sampai jugak kami ke destinasi. Muehehe..

 

 

P1016147

Bersama TK Che Mat dari radio online GAOL FM. Sekarang dah ade GAOL TV uolls.. So sepanjang majlis berlangsung dapat ku lihat TK Che Mat busy benor interbiu para artis dan selebriti yang hadir ke majlis Iftar MIG 2012 ni..

 

 

P1016176

David Teo selaku CEO MiG menyampaikan sumbangan kepada rumah-rumah amal yang terpilih…

 

 

P1016202

Kemudian, berlangsung pula acara menyampaikan duit raya kepada penghuni rumah anak-anak yatim dan juga kepada para ibu tunggal yang hadir.

 

 

P1016217

Persembahan lagu Baik-baik Sayang oleh Wali Band, disampaikan oleh penghuni rumah anak-anak yatim. Sungguh bersemangat mereka menyampaikan lagu. Suara pun sedap, macam penyanyi nasyid!

 

 

P1016240

Mejar David Teo sedang berucap. Tak lupa juga ada pantun di pengakhiran ucapan beliau! Hehee…

 

 

Ohhh ye, ramai juga artis yang hadir bagi sama-sama meraikan mereka yang kurang bernasib baik dan berbuka puasa bersama media dan blogger. Antara artis yang hadir ialah :

 

P1016206

P1016223

P1016285

P1016310

P1016314

 

Baiklah semua.. dah puas bergambar sementara menunggu waktu berbuka puasa. Majlis kali ni tak ramai fans atau blogger yang join pun. So tak berebut sangat nak ambil gambar. Heeehee.. tapi kena tunggu artis selesai photoshoot atau interview dengan para media lah yek.

 

P1016323

Masa untuk berbuka! Inilah meja yang aku duduk bersama rakan-rakan blogger dan rakan media yang hadir. Hahaha masyaAllah macam membazir je amik banyak-banyak. Hidangan berbuka puasa yang sedap-sedap ni ditaja oleh Kafe Mig Lemon.

 

 

P1016333

Selesai berbuka puasa, dapat angpow pulak dari Mejar David Teo! Wah wah kemain banyak nye duit raya aku dapat ni ! Hahaha inilah situasi yang turut muncul dalam akhbar Harian Metro kelmarin (31 Julai 2012). Muehehe tak sangka terselit jua mukaku dalam surat khabar!

 

 

P1016341

Para jemputan kemudian dihiburkan dengan persembahan lagu nasyid dari kumpulan Devotees.

 

 

P1016349

Aku dah kenapa macam ahli kumpulan nasyid pulak posing macam tu. Bahahaa!!!

 

P1016411

With my beloved kak yong, YANA SAMSUDIN!!

 

 

P1016423

Antara rakan blogger yang hadir. Bro Framestone takde lak dalam gambor sebab beliau dah balik masa ni.. DARI KIRI : Syafiq Rosli, Ujang, Yana Mib, Nisa Kay dan Illiyin Roslan.

 

 

P1016451

Gambor penutup. Warga MiG Talent dan pengarah serta penulis skrip bergambar beramai-ramai.

 

 

Sekian al-kisah majlis berbuka puasa MIG 2012. Alhamdulillah murah rezeki aku dapat berbuka puasa free, sedap-sedap pulak tu makanan dia! Hehehe.. I really really had a great time on that day. Sampaikan akulah blogger last yang balik (ye lah kot?) setelah lepak seketika dua tika dengan kak yong kesayangan aku.

 

Terima kasih Allah di atas rezekiMu ini. Terima kasih kepada pihak MiG Online dan juga kepada Mejar David Teo di atas jemputan ke majlis ini. Ohh by the way, aku sepatutnya pergi ke majlis berbuka puasa bersama para pelakon filem terbaru MiG iaitu Halim Munan.. tapi apakan daya, aku terlambat plus jalan jem pulak..

 

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Jumaat, 16 Mac 2012

[GAMBAR] Sekitar majlis pratonton filem 7 Petala Cinta

 

Assalamualaikum…

 

Pada hari Isnin lepas alhamdulillah aku berpeluang join majlis pratonton filem 7 Petala Cinta. Terima kasih kepada yang berkenaan. Memang dah lama aku nyatakan hasrat nak tengok filem ni, lama sangat dah. Heheee… Jadi malam pratonton tu, semua pelakon utama berpakaian seperti watak dalam filem.

 

P3122246

Blogger spotted on that night was Pen Merah dan Amalina Zainal. Pelik jugak bila aku tengok tak ramai blogger yang hadir.. Ke semuanya busy? Huhuu… Takpelah.. apa-apa pun terima kasih jugak kat Metrowealth bagi kami peluang menonton filem ni lebih awal..

 

 

P3122252

Bergambar bersama heroin filem 7 Petala Cinta iaitu Shima Anuar yang memegang watak Saidatun Nafisa (berpurdah) dan juga Diana Amir yang memegang watak Hilma, adik kepada Hamka lakonan Fizo Omar. Ohh ye korang jangan lupa baca review filem 7 Petala Cinta ye!

 

 

P3122254

Dari kiri, hero filem 7 Petala Cinta iaitu Aeril Zafrel yang memegang watak Fakharuddin Attar dan juga pelakon-pelakon yang memegang watak abi dan ummi dan filem ini. Dialog abi semasa Attar lari ke dalam surau amat menyentuh perasaan aku. Nak tahu dialog apa, pergilah tengok filem ni..

 

 

P3122266

Bersama Fizo Omar uolls. Fizo Omar memegang watak sebagai Hamka, abang kepada Hilma (lakonan Diana Amir) dan tunang kepada Saidatun Nafisa pada awalnya. Haaa pada awalnye je ke? Apa jadi lepas tu? Opss kena tengok sendiri uolls. Agak-agak luruh tak jantung bila dengar Fizo ucapkan “Assalamualaikum cinta…” pergghh!!!

 

 

P3122263

Barisan pelakon utama 7 Petala Cinta. Ohh ye, kalau nak tahu Zalif Sidek dan Epy RajaLawak turut berlakon dalam filem ini. Sedikit sebanyak telatah lucu mereka agak menyelamatkan keadaan. Huhuhuu…

 

Itu aje gambar yang aku nak kongsi dengan uolls. Kalau nak tengok lagi, pergi like fanpage Saya Suka Menaip lah ye.. Tak larat aku nak tepek bebanyok gambor kat sini. Berat pulok blog nak loading kanggg, Kbai.

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 14 Mac 2012

REVIEW filem 7 Petala Cinta arahan Azhari Zain

 

Assalamualaikum Cinta, Waalaikumsalam Rindu…

 

Wahh gituu kemain syahdu tau ucapan pembukaan entry. Untuk pengetahuan semua, ungkapan di atas adalah ungkapan yang ada dalam filem terbaru dari Metrowealth yang akan mula ditayangkang 15 Mac ini.

 

423271_364390413595021_100000721964405_1223865_547812825_n

Filem cinta islamik ini mempertaruhkan bakat baru Shima Anuar sebagai teraju utama filem bergandingan dengan Aeril Zafrel. Turut menjayakan jalan cerita adalah pelakon Fizo Omar dan Diana Amir.

 

7 petala cinta3

 

SINOPSIS :

Saidatun Nafisa (lakonan Shima Anuar) telah pun bertunang dengan Hamka (lakonan Fizo Omar). Namun Hamka terpaksa meninggalkan madrasah kerana merantau ke luar negara. Penghuni madrasah yang baru iaitu Attar (lakonan Aeril Zafrel) pula menyimpan perasaan kepaa Saidatun Nafisa. Attar tidak menyedari yang Hilma (lakonan Diana Amir) sebenarnya menyimpan perasaan kepadanya.

 

Pada hari kepulangan Hamka, penghuni-penghuni madrasah menyaksikan berita letupan yang berlaku di Yaman, dan Hamka disangka telah terkorban. Setahun Saidatun Nafisa setia menanti namun, dia menurut hasrat abi dan umminya supaya dia dijodohkan dengan Attar. Hilma dalam diam merana, namun demi Nafisa dia rela berkorban.

 

Pertemuan singkat Attar dengan Nida yang merupakan seorang pelacur telah merubah hidupnya selepas dia difitnah. Dia dihalau dari madrasah. Nida insaf dan menceritakan hal sebenar dan Attar dibawa pulang semula. Pada malam perkahwinan Attar dan Saidatun Nafisa, Hamka pulang… apakah yang akan terjadi.. siapakah jodoh sebenar Saidatun Nafisa??

 

filem 7 Petala Cinta

PENDAPAT PERIBADI :

Filem ini punya jalan cerita yang okay, tapi mungkin penceritaannya yang kureng sikit, sebab aku rasa filem ini banyak jump dari satu scene ke satu scene yang lain. Kadang-kadang ada teknik imbas kembali yang tidak diterjemahkan dengan cukup baik. Ohhh mungkin aku tidak layak komen macam ni kot, sebab aku bukan golongan profesional. Well, aku cuma komen apa aku rasa.

 

Babak-babak sedih macam kurang penghayatan, macam tak sampai pulak rasa sedih dan sayu Saidatun Nafisa yang menanti kepulangan Hamka. Namun dialog Hilma semasa dia rela berkorban perasaannya demi Saidatun Nafisa membuatkan aku tersentuh. Tapi tersentuh je lah.. takde sampai menangis pun. Dialog abi masa Attar bersembunyi di surau pun menyentuh perasaan.

 

7 petala cinta (1)

Seriously penampilan Shima Anuar yang berpurdah dalam filem 7 Petala Cinta amat menawan pada pandangan aku. Tapi masa dia mengucapkan dialog macam kureng pulak feel aku. Sebab suara dia tak cukup lembut untuk mengucapkan dialog yang ala-ala madah giteww..

 

Apa-apa pun, aku bagi 3.5 bintang untuk filem ini. Keseluruhannya not bad. Masih boleh dibaiki lagi dalam filem-filem islamik yang akan datang.. Jadi, tahniah kepada keseluruhan tenaga kerja yang menghasilkan filem ini. Jangan lupa tonton sendiri di pawagam!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay