BACA : PART 1
Assalamualaikum…
Okay bersambung kembali kisah percutian-on-the-spot aku dan rakan-rakan ke Melaka. Kisah PART 1 aku banyak bercerita mengenai hal keberangkatan kami berlima ke Melaka. Tapi belum sampai Melakalah, baru cerita pasal singgah Bangi dan Seremban. Episod kali ni cerita pasal kisah dah sampai kat Melaka ye..
Kami sampai kat Melaka dalam pukul 8 lebih kot? Aku pun dah tak ingat pulak… So, destinasi pertama yang kami terus terjah ialah Melaka River Cruise. River Cruise ni of course laa terletak di jeti Sungai Melaka di hadapan Pusat Warisan Quayside.
Kaunter tiket untuk naik Melaka River Cruise ni terletak betul-betul di depan pintu masuk tadi. Jangan ada yang buat tak nampak okay… Waktu operasi ialah 9 pagi hingga 11.30 malam. Kalau pergi siang mungkin dapat lihat grafiti dan lukisan hebat di dinding bangunan sepanjang perjalanan dengan lebih jelas.
Okay this is the tickets… Harga tiket ialah RM10.00 untuk orang dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak yang 12 tahun ke bawah.
Inilah rupa bot yang sedia berkhidmat untuk bawak para pelancong dan pelawat semua jalan-jalan atas air menghayati pemandangan yang sungguh bersejarah!! Bot-bot ni dinamakan sempena dengan nama tokoh-tokoh bersejarah seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Munshi Abdullah dan Tun Perak.
Me and my sis, Tasya di dalam river cruise ituuu. Pergghh eksaited uolls! Bot belum jalan dah berpuluh gambar yang diambil. Muahaha.. Muka sememeh aku yang ada eyebag sebab masa tu baru aje lepas musim exam, so memang stress dan tak cukup tido! Oh myyyy…
Memang disarankan bawak keropok atau makanan ringan nak dibuat kunyah-kunyah semasa menghayati perjalanan bot selama 45 minit itu. Memang syiokk makan sambil rilek hayati pemandangan malam sepanjang Sungai Melaka. Sampaikan adik aku snap gambar pun tak sedar.
Ohh ye, ramai kata air sungai Melaka tu baunye kurang menyenangkan. Guess what, masa aku datang tu langsung takde bau yang pelik-pelik pun? Kalau ada bau pelik-pelik takdenye aku berselera sungguh nak mengunyah jajan. Ye dakk???
Sungai Melaka yang sungguh bersejarah ini dulunya menjadi titik pertemuan antara Timur dan Barat pada abad ke-16 dan kini menjadi tempat tarikan pelancong. Sepanjang perjalanan menaiki river cruise ni terdapat gereja-gereja lama, masjid, jambatan, rumah puak, gudang, kuil dan kampung-kampung.
Masa untuk Melaka River Cruise adalah kira-kira 45 minit (9 KM) dari Pusat Warisan Quayside ke Taman Rempah, Pangkalan Rama. Bot yang disediakan setiap hari pada selang setiap 30 minit di antara waktu-waktu berikut: pukul 9.30 pagi hingga 5 petang dan 6 petang hingga 12 malam.
Memang aku biar je adik aku snap snap gambar. Aku malas nak in charge ambik gambar, hahaha I guess tu lah function adik aku ye dak? Takkan aku nak belanja dia pergi Melaka gitu aje ye dak? Hahaha berkira betol aku =.=”
Yeahhh dah sudah menaiki bot selama 45 sambil menghayati pemandangan sekitar Sungai Melaka dan menghirup udara malam. Best! Still, masa tu aku rasa macam tak percaya yang aku dah berada di Melaka. Heyy macam bermimpi sebab aku memang selalu berangan nak travel macam ni dengan kawan-kawan.
Ohhh ye, turun dari cruise tu kan ada satu gerai air buah yang sedap gila. Aku sebenarnya rambang mata nak beli jus apa, sebab semua nampa sedap.. Yelah, tengah haus kan.. Tapi seriously memang sedap sebab air jusnye memang fresh muahaha. Oh ye, tenkiu abang mulut manis.
Kat area situ jugak ada jual keychain dan juga cenderahati. Haaa aku memang pantang sikit tengok keychain yang comel-comel nih.. Mesti geram nak beli.. Tapi aku beli untuk aku je lah, buat kenang-kenangan pernah ke situ.. Aku beli keychain yang tulis nama tu. Hehehe suke!
Okaylah… sampai di sini aje kisah PART 2. Atau lebh tepat lagi kisah mengenai pengalaman aku naik Melaka River Cruise. Aku malas nak taip entry bercampur-campur, so aku buat satu-satu. Kan senang korang nak cerna dalam otak. Err apakah. Okaylah, kisah seterusnya mengenai aku berjalan ke Jonker Street. See you. Kbai.
P/S : Informasi lengkap mengenai Melaka River Cruise boleh rujuk DI SINI. Tq.
waaahhh beessttnyer dpt jenjalan mcm nie...lagi2 kat bandar melaka..tmpt bersejarah tu...nisa brpe ari gi sner?
BalasPadamwwaahh bbessttnyer dpt jenjalan mcm nie....lagi plak tempat bersejarah...
BalasPadamnisa brpe ari kat sner...
MY hometown^^
BalasPadambest best best giler... teringin sangat nak g sana tapi sayang jauh sangat... seberang laut lagi nak ke sana.. takper nanti kalau ada rezeki nak juga jejak kaki kesana..
BalasPadamwahhh... seronok nyerr jenjalan kat melaka yepp... ^^
BalasPadamAkhirnya, ada sambungann! Waaahhh! Bestnyaa :) Hahaha.
BalasPadamLame dah akak tak ke Melaka, bila baca citer nisa neh rindu pulak nk ke sana.
BalasPadamDah lama tak naik river cruise ni.. huhuhuhuh..
BalasPadambiasa naik bot dari Taman Rempah je..
Cett dekat sungguh . napa tak mintak ieqa temankan je :3 Hihik
BalasPadambestnye akak......
BalasPadamseronoknya makan angin.... na ikut! :)
BalasPadamish tak sabar nak balik hometown bila bc entry ni tau
BalasPadambestttnye jalan2..wuuu
BalasPadamwelcome to melaka yg nyaman dan bersih huhuhu :)
BalasPadamnak pi jugakkk..huhu :)
BalasPadamsy suka melaka!! sb ntah la..byk tmpat menarik! ;) river cruise wt sy tertawan, sb ade rumah kg ccntik kt citu!
BalasPadamAMBOI.DIA PERGI BERCUTI SENYAP2 EYH KAT MELAKA.BEST2. :D
BalasPadamTAK SEMPAT LAGI BACA PART 1 PUNYA ENTRY.SAT LAGI LAH EYH KAK NISA :D
BalasPadamWah ! Pergi xajak pown ? Nieyh nak mrh nieyh . Hahaha . 3:)
BalasPadamRegard from Boyz_ed - www.boyz-ed.com
tringin lak nak gie
BalasPadamas salam..., wah, mcm menarik jer waktu mlm...sejukkk ^_^
BalasPadamSelamat cuti ! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* villa 827
BalasPadamwww.villafamosaresort.com