Memaparkan catatan dengan label Aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Januari 2015

ISU KAHWIN : Nisa Kay bila lagi ?

Assalamualaikum...

 

Haaa isu kahwin ni dah menjadi-jadi sejak dua menjak ni.. Lagi-lagi bila masuknya tahun baru ni kan.. Lagi lahh ramai yang duk cucuk cucuk aku.. "takde calon ke ?" Haa tahun dah berganti tahun, umur makin meningkat kata merekaa... jadi BILA NAK KAHWIN ??? Seriously korang.. isu bila nak kahwin ni takkan habis selagi aku tak kawin ! HAHA…

 

IMG_0643

Haaa arakian lah aku menerima soalan BILA NAK KAWIN, aku tayang muka seposen aku haa... Aku pelik lah.. Jodoh tu kurniaan Allah.. Allah dah tetapkan jodoh kita sejak azali lagi, bukan ? Dalam pada kita usaha, kita mencari-cari jugak yang berkenan di hati.. tapi jodoh tu tak jugak kekal lama, terputus pulak di pertengahan jalan.. Ouch ! Orang kata KALAU DAH TAKDE JODOH, usaha lah macam mana, tak leh nak kekal jugak lah kan ?? Kalau dah berjodoh tu, TAK KE MANA kannn…

 

Seriously people, kalau jodoh itu pappp jatuh kat riba.. atau boleh pilih pilih di pasaraya dah lama dah oi aku kahwin.. Kalau majlis kawin tu sendiri tak payah fikir apa-apa, poofff semua tersedia.. khemah terpasang, makanan terhidang, baju sanding elok tersarung kat badan, haa lama dah aku kawenn.. haha amboi statement.. INSHAALLAH... Kalau dah sampai masa, dah sampai seru, mestiii Allah permudahkan jalan aku membina masjid, aku yakin tu.. hehehe korang doakan je la ye. Aku sendiri pun tak kecoh nak kawin, hope orang lain tak susah hati lelebih. Hikkss..

 

GOPR0348

I want to share something with you readers..
something that I came across fesbuk ! Hehehe..

 


FULL CREDIT TO FACEBOOK PAGE WOMANSERA
(I did not copy the entire content, I chose those that kinda related to me hihii…)

 

1. Not every girl wants to get married by 23. So before you ASSUME she's of marriageable age, ask her what her views on marriage are. One hint, might save you the drama- just because she does not want to get married now does not mean she never will. She has other plans for herself right now, let her live a little.


2. Just because a girl wishes to do her PhD after Masters does not mean she doesn't want to settle down in life. Give her a break, and respect the fact that she has the confidence to take that up, cos yeah, PhD is no joke. There will come a point when she would happily devote herself to her family, and balance it out with her work life. Her degrees, or lack of them, won't make any difference. Let her study while she wants to, okay?


3. Just because she is 27 and unmarried does not mean she's been rejected by many men. Maybe, being single is a choice she has made.


4. Having a boyfriend does not make her characterless.


5. Just because she has recently gone through a break up doesn't mean she is vulnerable and available.


6. Just because most of her friends are boys, does not mean she is "having a good time" with all of them.

7. Just because she wore a short skirt to one party does not mean she dresses up that way every day.


8. Just because she is ambitious doesn't mean she isn't a family person.


9. Just because she doesn't discuss her plans doesn't mean she's clueless about life. Give her a chance, alright?


10. Just because she is outspoken doesn't mean she is a rebel.


11. Just because she comes home late from work does not mean she is sleeping around with her colleagues.


12. Just because she is out shopping alone does not mean she is depressed or lonely. It's how she relaxes, respect that.


13. Just because she is on a holiday alone does not mean she doesn't have company. Maybe it's a break to get back her lost confidence, or maybe that's how she is. Admire her spirit instead of giving her advice, okay?


14. Just because she is a woman doesn't mean she can't kick ass in military school.


15. Just because she doesn't know how to cook doesn't mean she won't make a good wife. Remember when you were just married and cooked chicken curry which was um, a disaster?

16. Just because she likes everything pink and shiny and fluffy doesn't mean she lives in her own world. She can handle some situations much better than her male counterparts.


17. Just because she is pretty does not mean she is a whore. And just because she is friendly does not mean she is flirting with you.


Yes, we cry, we are emotional; we take things personally, and sometimes over-react to situations. But this does not give any one the right to judge us in the wrong way. Times are changing; don't confine her within those boundaries, no matter how orthodox you are. There are some who might be fighting this losing battle, yet compromising on their decisions and plans, just to please society.

 

FULL CREDIT TO FACEBOOK PAGE WOMANSERA
(I did not copy the entire content, I chose those that kinda related to me hihii…)

 


 


GOPR0039

Uhukk tersedak usus bila tengok gambar sendiri bermain dengan bride crown dan veil masa photoshoot raya kat white studio dulu.. Sebenarnya aku nak up gambar aku pakai crown dengan sorang kawan lelaki yang duk try tanjak pengantin lelaki.. Tapi kang makin gempar pulak lah orang kata aku dah kawin. Hahahaa… Makan hati mak haku tengok. Tak pasal-pasal bertambah gosip aku dengan kawan lelaki aku itew. Opps.

 

Macam ni lah.. Pasal kawin, sejujur jujur jujurnya aku tidak ada perancangan, takde calon, jauh sekali bersedia untuk satu komitmen yang besar. Aku rasa aku muda lagi laa, baru 23 tahun *tersedak lagi sekali* Hee nak buat macam mana, aku tak dapat rezeki jumpa jodoh awal macam orang lain.. Isu ni tak pernah habis.. kat instagram, twitter, facebook, ramai duk tanya. And.. To my friends yang kahwin awal dan sudah berkeluarga, I’m more than happy for you guys ! May Allah bless your journey along your loved ones :D

 


 

wedding3

PIC TEMA WEDDING DI ATAS CREDIT TO MY FAV PHOTOG :
AMIR NAUFAL PHOTOGRAPHY

 

Haaa sekali up jugek gambar ala ala perantin (pengantin) sepi ni. Hahaa.. Mana tak nya, perantin lelaki nya takdokk ! HAHAHAA.. Aku kawen nanti (inshaAllah), ada tak nak sponsor baju kawen macam ni ? Aku dah jejatuh chenta lah kat dress ni. Serious rasa diri macam Cinderella angat angat ! Haha bahasa mintak penampar je aku rasa.

 

Amboi.. sponsor ? Kemain berangan tinggi nau sampai ke Marikh.. ! Sekali jatuh, habiss berkecaiii Muahahaa… Ok lah, aku rasa makin melalut dah entry aku ni.. Baiklah kiranya aku stop menaip supaya tak keluar lagi dah ayat ayat yang tah apa-apa.. (Aku rasa ini sindrom orang yang dah lama tak update blog ?) K bye.

 

 

 

XOXO, Putewi Hensem !


Read More»

Rabu, 10 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 8 – Lima lagu cinta kegemaran Nisa Kay

 

Assalamualaikum..

 

 

[PERHATIAN : Entry ini sepatutnya publish pada 8hb sept 2014]

 

 

cinta 1

Ahaaa amboi amboi antara tajuk yang aku nanti-nantikan Muahahaa… Kalau bab cintan cintun kemain kan merenyam tak hengat ! HAHA !! Aduhh aku dah outdate untuk Cabaran 30 Hari ni !! Kena kejar lagi lagi lagiii. Maklumlah, update bila sempat je kan. Huhuu.. Takpelahh. Marilah kita layannn lima lagu cinta yang aku sering layan dan juga feeling tak sudah..

 

 

WESTLIFE – UNBREAKABLE

 

 

 

WESTLIFE – TONIGHT

 

 

 

ARI LASSO FT BUNGA CITRA LESTARI – AKU DAN DIRIMU

 

 

 

JUDIKA – BUKAN DIA TAPI AKU

 

 

 

ANUAR ZAIN – I’M THE LUCKY ONE

 

 

 

 

Kalau ikutkan berlambak-lambak lagi lagu cinta lagu jiwang yang aku suka layan.. Ada lagu baru, ada lagu lama. Ada jugak lagu-lagu dari band macam Spoon, Spin, Scoin dan band-band seumpama dengannya haha ! Jangan ingat aku duk layan rock hayun-hayun kepala aku tak layan lagu jiwang. Aku ni sekali dah feeling dengan lagu cinta tu, boleh berlakon acah-acah klip video tau ! HAHA teruk punya perangai.

 

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!!


Read More»

Khamis, 5 April 2012

Kisah aku dan Melaka (PART 2)

 

BACA : PART 1

 

Assalamualaikum…

 

Okay bersambung kembali kisah percutian-on-the-spot aku dan rakan-rakan ke Melaka. Kisah PART 1 aku banyak bercerita mengenai hal keberangkatan kami berlima ke Melaka. Tapi belum sampai Melakalah, baru cerita pasal singgah Bangi dan Seremban. Episod kali ni cerita pasal kisah dah sampai kat Melaka ye..

 

 

IMG_9233

Kami sampai kat Melaka dalam pukul 8 lebih kot? Aku pun dah tak ingat pulak… So, destinasi pertama yang kami terus terjah ialah Melaka River Cruise. River Cruise ni of course laa terletak di jeti Sungai Melaka di hadapan Pusat Warisan Quayside.

 

 

IMG_9236

Kaunter tiket untuk naik Melaka River Cruise ni terletak betul-betul di depan pintu masuk tadi. Jangan ada yang buat tak nampak okay… Waktu operasi ialah 9 pagi hingga 11.30 malam. Kalau pergi siang mungkin dapat lihat grafiti dan lukisan hebat di dinding bangunan sepanjang perjalanan dengan lebih jelas.

 

 

IMG_9237

Okay this is the tickets… Harga tiket ialah RM10.00 untuk orang dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak yang 12 tahun ke bawah.

 

 

IMG_9258

Inilah rupa bot yang sedia berkhidmat untuk bawak para pelancong dan pelawat semua jalan-jalan atas air menghayati pemandangan yang sungguh bersejarah!! Bot-bot ni dinamakan sempena dengan nama tokoh-tokoh bersejarah seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Munshi Abdullah dan Tun Perak.

 

IMG_9268

Me and my sis, Tasya di dalam river cruise ituuu. Pergghh eksaited uolls! Bot belum jalan dah berpuluh gambar yang diambil. Muahaha.. Muka sememeh aku yang ada eyebag sebab masa tu baru aje lepas musim exam, so memang stress dan tak cukup tido! Oh myyyy…

 

 

IMG_9299

Memang disarankan bawak keropok atau makanan ringan nak dibuat kunyah-kunyah semasa menghayati perjalanan bot selama 45 minit itu. Memang syiokk makan sambil rilek hayati pemandangan malam sepanjang Sungai Melaka. Sampaikan adik aku snap gambar pun tak sedar.

 

Ohh ye, ramai kata air sungai Melaka tu baunye kurang menyenangkan. Guess what, masa aku datang tu langsung takde bau yang pelik-pelik pun? Kalau ada bau pelik-pelik takdenye aku berselera sungguh nak mengunyah jajan. Ye dakk???

 

IMG_9290

Sungai Melaka yang sungguh bersejarah ini dulunya menjadi titik pertemuan antara Timur dan Barat pada abad ke-16 dan kini menjadi tempat tarikan pelancong. Sepanjang perjalanan menaiki river cruise ni terdapat gereja-gereja lama, masjid, jambatan, rumah puak, gudang, kuil dan kampung-kampung.

 

Masa untuk Melaka River Cruise adalah kira-kira 45 minit (9 KM) dari Pusat Warisan Quayside ke Taman Rempah, Pangkalan Rama. Bot yang disediakan setiap hari pada selang setiap 30 minit di antara waktu-waktu berikut: pukul 9.30 pagi hingga 5 petang dan 6 petang hingga 12 malam.

 

 

IMG_9287

Memang aku biar je adik aku snap snap gambar. Aku malas nak in charge ambik gambar, hahaha I guess tu lah function adik aku ye dak? Takkan aku nak belanja dia pergi Melaka gitu aje ye dak? Hahaha berkira betol aku =.=”

 

 

IMG_9256

Yeahhh dah sudah menaiki bot selama 45 sambil menghayati pemandangan sekitar Sungai Melaka dan menghirup udara malam. Best! Still, masa tu aku rasa macam tak percaya yang aku dah berada di Melaka. Heyy macam bermimpi sebab aku memang selalu berangan nak travel macam ni dengan kawan-kawan.

 

 

IMG_9310

Ohhh ye, turun dari cruise tu kan ada satu gerai air buah yang sedap gila. Aku sebenarnya rambang mata nak beli jus apa, sebab semua nampa sedap.. Yelah, tengah haus kan.. Tapi seriously memang sedap sebab air jusnye memang fresh muahaha. Oh ye, tenkiu abang mulut manis.

 

 

IMG_9318

Kat area situ jugak ada jual keychain dan juga cenderahati. Haaa aku memang pantang sikit tengok keychain yang comel-comel nih.. Mesti geram nak beli.. Tapi aku beli untuk aku je lah, buat kenang-kenangan pernah ke situ.. Aku beli keychain yang tulis nama tu. Hehehe suke!

 

Okaylah… sampai di sini aje kisah PART 2. Atau lebh tepat lagi kisah mengenai pengalaman aku naik Melaka River Cruise. Aku malas nak taip entry bercampur-campur, so aku buat satu-satu. Kan senang korang nak cerna dalam otak. Err apakah. Okaylah, kisah seterusnya mengenai aku berjalan ke Jonker Street. See you. Kbai.

 

 

 

P/S : Informasi lengkap mengenai Melaka River Cruise boleh rujuk DI SINI. Tq.

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 26 Mac 2012

VIDEO – Unboxing the iPad 2

 

Assalamualaikum…

 

Mulanya aku malu nak publish video ni. Ye lah orang malaysia ni kan kuat mengata (ehh aku pun orang Malaysia!).. kang ada kata aku nak menunjuklah, apelah.. Ehh aku tengok orang luar negara banyak je buat video unboxing macam ni… Takde kes kena troll pun? So renung-renungkanlah ye…

 

 

So.. pada yang tak tahu.. sekarang dah tahulah ye dalam kotak iPad tu ade ape je… Ada basic things aje pun.. Yang mahalnye, device tu. Tapi boss aku cakap takde apa yang murah kalau aksesori untuk produk jenama Apple ni. Huhuu lebih seratus jugak aku habis nak beli leather case dengan screen protector!

 

Apa-apa pun, full credit to boss aku dari AMANZ for this video and editing and uploading.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 6 Mac 2012

Jakunnya daku pertama kali main paintball

 

Assalamualaikum…

 

Sila abaikan kejakunan aku sepanjang pembacaan entry ini. Ya memang aku jakun main paintball sebab ini adalah KALI PERTAMA aku main paintball. Ye jakun. Ehhh perlukah ku ulangi lagi ayat itewww???

 

IMG_8531

Yeahh… bertempat di SWAT Paintball, Janda Baik. Lokasinya terletak di atas bukit, sebelah sungai. Memang dalam tempat macam chalet jugaklah kat sana. Ohh ye, sebenarnya SWAT Paintball ni baru je bukak masa aku pergi main paintball ari tu. And yes, we were their first customer!!!

 

 

IMG_8528

Mula-mula sampai kenalah merajinkan telinga mendengar segala arahan dan peraturan permainan paintball ni. Paintball bahaya tahu. Jangan dibuat main. Sebab tu kena hati-hati dan kena ikut peraturan keselamatan yang dia dah brief.

 

 

IMG_8587

Ini merupakan “the pirate ship” . Serius aku suka tempat ni sebab dia ada kawasan terbuka, lumpur, tersembunyi macam ni, ada sungai kecik, paya kecik.. macam-macam lagi lah. Memang bestlah main paintball keluar masuk semak, merangkak celah lalang. Dah macam askar pulok..

 

 

IMG_8588

This is the other part of the paintball game compound. Ada kubu pertahanan di situ. Yeaa perfect place to hide. So 10 minit pertama game tu aku sembunyi je keje. Kahkahkah… Tapi memang best la… sebab dapat hadiah!

 

 

IMG_8538

Hahhhh nilah hadiahnye! Hahahaha.. Actually ni bukan mask aku. Mask abang mana entah, dia kena tembak tepat kat muka! Haaa tu pentingnya sentiasa pakai mask masa dalam lapangan menembak. Kang kena mata ke, tak ke bahaya? Boleh buta ooii!!!

 

 

IMG_8569

Wohooo!! Ada barbeque wehh… Tak pepasal hari tu aku buat burger bakar. Memang terbaikkk sebab dagingnya aku bakar garing-garing. Bukan hangus ye. erkkk.. Selain dari bakar membakar nih, ada lauk pauk yang dihidang secara buffet. Dah namanya lokasi kat Janda Baik, of cos lah juadah orang Pahang yang disediakan! Ada jugak gulai tempoyak ikan patin!

 

 

IMG_8605

Tu dia kesan aku bergolek-golek dalam semak samun dan atas lumpur ape entah. Kat kaki aku kena tembak sekali. Pergghh memang meninggalkan kesan lebam! Kat lengan ada dua lebam, kat belakang ada satu lebam. Hahaa adatlah main paintball kan.

 

Kat sini boleh buat tournament. Tempatnya nyaman atas bukit. Dekat dengan air terjun pulak tuh. Ada tempat nak barbeque macam aku tunjuk kat atas. Nak booking buat family day pon boleh. Best jugak kan family day main paintball? Tapi bahaya pulak untuk kanak-kanak ye dak.. Kat sini ada toilet, bilik mandi, and surau.

 

 

IMG_8629

Kitorang semua dah main 8 round kot… tapi pallet still banyak gila. So dorang main lagi paintball one-on-one. Satu lawan satu hokayh! Tak boleh lari, kau berdiri je lah situ, siapa tak tahan kena tembak dia boleh give up and pihak lawannya lah yang menang.

 

So, pendek kata aku enjoy sangat-sangat main paintball. Ya aku memang jakun, dah namanya pertama kali main paintball kan kan kan. I’m looking forward to the next chance play paintball! Memang sakit kena tembak tapi sakit tu sementara. Hikhik. Tak serik aku! Sebab main paintball memang best.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 28 Februari 2012

Hari untuk makan, makan dan makan…

 

Assalamualaikum…

 

Hari yang sungguh membahagiakan ini terjadi Khamis minggu lepas. Hari tu aku pergi ke kampus untk ambil transkrip yang dah siap di proses dengan kawan-kawan yang turut sama buat transkrip. Lepas ambil transkrip kitorang ramai-ramai lunch kat Restoran Mega Sup Utara, Wisma MAIS Shah Alam.

 

Lepas lunch, kitorang ke cyber café, nak settle masalah permohonan UPU aku, memandangkan masalah permohonan tu tak tahu dah macam mana nak settle, aku decide nak beli nombor pin UPU yang baru, tapi rasa macam kena tipu sebab dia bagi nombor ID yang sama, tapi aku kena bayar lagi.

 

Lepas tu aku blah je lah, kawan aku Lela ajak pulak singgah Tutti Frutti sebab dia teringin nak makan. Mulanya aku taknak beli sebab masih kenyang. Iejam pun mulanya taknak beli sebab dia sakit gigi, takut ngilu pulak. Lepas tu tengok Lela dengan Ika beli Tutti Frutti, aku dengan Iejam pun join sekali lepak makan frozen yoghurt kat situ.

 

 

P2230994

Hello, meet my classmate, Ika. Lepas makan Tutti Frutti boleh pulak dia cadangkan pergi IKEA makan meatball pulak memandangkan masing-masing free hari tu. Iejam pulak taknak terus balik Gombak sebab dia taknak stuck dalam jammed waktu maghrib nanti.

 

 

P2231008

Maka, persetujuan telah dicapai dan kami pun gerak ke IKEA. Heehehe here we are! They are my classmates, (dari kanan) Ika, Iejam dan Lela. Errr minah spek mata pakai pashmina tu tuan blog ni ye, tak payah diperkenalkan ye…

 

 

P2231016

Menu wajib, nyum nyum nyum.. Aku pun agak impressed dengan diri sendiri sebab masih mampu menyumbat 5 biji meatball walaupun perut masih kenyang makan mihun sup daging untuk lunch dan makan Tutti Frutti sebelum bertolak ke IKEA.

 

 

P2231026

Dah muak makan meatball kot, Iejam decide nak order sandwich besarrr nih dan a slice of cake. Kek tu baru first time aku rasa, so not bad lah kot. Aku tak suka kek berkacang-kacang nih. Huhuhuuu antara kitorang 4 orang Lela je lah kot tak makan sebab dia kenyang lagi.

 

 

P2231058

Dah puas berborak kat IKEA, bosan pulak duduk lama-lama kat situ… Kitorang turun ke Ikano and then jalan-jalan sikit, aku beli mekap kat Elianto.. Lepas tu gerak masuk The Curve pulak. Ohhh kalau masuk toilet nampak cermin besar memang tak sah lah kalau tak posing maut dulu ye tak???

 

 

P2231066

Kesian Iejam tunggu kitorang. Bosan lagi, kitorang decide nak tengok wayang. Nasib baik movie This Means War ada!! Hehee maka kami beli tiket wayang, lepas tu lepak lagi sementara menunggu waktu tayangan jam 8.30 malam.

 

 

P2231074

And… yeah, makan lagi woot woot!! Ika laa.. ape entah mimpi dia nak beli ais krim Lecka Lecka pulok dahh… Aku dah surrender, tak larat aku nak beli ais krim walaupun aku teringin jugak nak beli. Lagipun dah lama tak makan ais krim Lecka Lecka. Tapi Ika je yang beli ais krim.

 

 

P2231081

Okay, lepas lepak kat Lecka Lecka, kitorang beralih ke kiosk sebelah, Hot & Roll. Kali ni Lela dengan Ika beli pulak roll. Aku dengan Iejam tak beli apa-apa. Malas nak menyumbat dah, kang cepat mengantuk. Lagipun aku tak minat Hot & Roll. Dalam gambar di atas ni cuma gambar posing dengan roll tu. Herherherr…

 

 

P2231090

Okayyy masa untuk bergambar sebelum masuk dewan tayangan. Aku dah baca banyak review pasal movie This Means War. Ramai kata best!! Kawan-kawan aku pun excited nak tengok. Hehehe masa nak masuk panggung aku just beli air sebab haus.

 

Okay lepas tengok movie tu aku sangat sangat sangat puas hati sebab movie tu memang superb!! Memang kelakar gilaaaa!! Bayangkan dua orang yang berkawan baik boleh berperang sesama sendiri sebab berebutkan perempuan!! Last sekali, perempuan tu pilih… haa siapa belum tengok boleh tengok movie This Means War ye!

 

 

P2241092

Gambar kat atas ni barang-barang mekap yang aku beli kat Elianto.. Mulanya aku nak beli lip gloss je, lepas tu nampak blusher teringat lak aku nak beli. Lepas tu kena pengaruh dengan akak sales girl untuk beli dua eyeshadow supaya cukupkan belian RM60, maka aku pun dapatkan gel wash tu dengan PERCUMA.

 

Balik rumah tu memang aku terbongkang kat katil sebab perut sangat-sangat kenyang dan mata pun dah mengantuk! Memang seharian keluar bergembira dengan kawan-kawan. Ye lah.. urusan transkrip pun dah settle, so lepas ni mesti dah jarang jumpa…

 

Ohhh thank you so much classmates! Aku taknak panggil korang ex-classmates sebab kita dah tamat belajar, aku tetap nak panggil CLASSMATES okay! Thank you so much Iejam, Ika and Lela, I had so much fun with you guys. Muah muah!! See you guys soon, take care.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Jumaat, 27 Januari 2012

Terima kasih muah muah muahh!!!

 

Assalamualaikum semua…

 

Di pagi Jumaat yang berkat ini moga dibuka pintu rahmat dan rezeki buat semua ya… Hari mood aku agak okay. Setakat ni lah. Kalau ada yang spoil mood aku siap! Aku sekeh laju-laju nanti!! Ohh ye entry ni aku dedikasikan khas untuk beberapa insan baik hati yang telah sudi mention aku / blog aku yang picisan ni dalam blog dorang.

 

Untitled-1

pink-header

header_blog1

Untitled-6

lali

 

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada 5 blogger di atas. Walaupun blog aku ni tak seberapa tapi masih ada yang sudi mention nama aku / blog aku kat dalam entry dorang. Korang yang membaca ni harussss terjah blog dorang kayh??? Jangan tunggu lagi klik aje kat header-header blog kat atas!!

 

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 26 Disember 2011

Tahniah! Dah jadi isteri orang pun…

 

Assalamualaikum..

 

Macam biasa, kalau musim cuti sekolah, memang banyak jemputan kahwin.. Dan baru-baru ni seorang kawan yang aku kenal agak rapat sudah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati. Cewah…

 

IMG_8490

Tahniah Salhah Suhot atau lebih mesra aku panggil dengan panggilan Kak Nik. Dah jadi isteri orang pun ye anda.. macam tak percaya pun ada.

 

Hehehe… sebelum ni aku sangat sangat busy, so wedding kawan sekolah kat Temerloh aku tak balik pun. Tapi dengan Kak Nik aku dah janji nak kosongkan jadual pada 25 Disember. Siap pakat pergi wedding dia dengan roommate aku, Kak Norin yang juga merupakan besfren Kak Nik.

 

Dah lah. Jom layan gambar-gambar yang tak seberapa :

 

IMG_8508

Pakai tudung bawal aje. Tapi dengan stail yang berbeza. Ambik ilham dari avatat twitter Siti_Sab.

 

IMG_8498

Tema pink. Auww aku suke okayh!

 

 

IMG_8514

Arrgghh lupa nak betulkan tudung. Nampak boolat pulok muka aku. Ahh peduli!

 

 

Okay itu aje untuk kali ni… Sekali lagi tahniah untuk pengantin baru, semoga Kak Nik dan suami berkekalan hendaknya. Amin….

 

 

NEW sign NISA

 

 

TWEET or LIKE this entry!


Read More»

Copyright © Nisa Kay