Isnin, 23 Julai 2012

KEMBARA MEDIA FOTOGRAFI PERAK – Part 6

 

Assalamualaikum..

 

Woahh dah sampai PART 6 ye entry pasal Perak aku ni. Mesti muak korang aku duk update pasal jalan-jalan je.. Dah nak buat macam mana ye dak, haruslah update.. Dah aku pergi bercuti.. kena share dengan korang supaya korang aware tentang produk pelancongan yang ada kat negara kita.

 

Baiklah.. hari tu kat entry PART 5 dah cerita pasal aktiviti island hopping yang termasuk pasal keliling pulau, tengok keindahan semula jadi, mandi pantai, snorkeling dan lain-lain. Haa tu lah antara aktiviti menarik boleh buat kat Pangkor ni. So lepas balik dari island hopping tu, kami ada masa a few hours jugaklah sebelum press conference di hotel.. Maka kami…

 

DSC_1095

Turun dari bot Uncle Ah Keong (rujuk entry PART 5) aku lepas kat kolam renang, tapi tak lama. Then aku decide nak ikut roommate aku iaitu cik Azila (BJ TV9) dan cameraman beliau ke beberapa lokasi tarikan pelancong di sekitar Pulau Pangkor. Gigih Azila call kan teksi pink ni untuk ambik kami di hotel.

 

 

DSC_1056

Lokasi pertama kami ialah tempat membuat kapal. Mula nya aku macam blur jugak kenap tempat ni one of tourists attraction? Mesti ade uniknya kan? Kan?

 

DSC_1067

Pusing punya pusing maka ternampaklah akan daku rangka kapal yang besar ni. Ni baru separuh aje dari rangka kapal sebenar tau! And baru aku tahu kat tempat ni dorang buat kapal seperti kapal tunda tu dengan majoritinya menggunakan tenaga kerja manusia. HANDMADE okayh!

 

DSC_1075

Haruslah bergambor dulu kan. Feeling-feeling ade Titanic laa kat belakang aku tuh.

 

 

DSC_1099

Kemudian kami ke Kilang Satay Eng Seng yang menjual pelbagai produk dari hasil laut, makanan ringan dan lain-lain. Semestinya makanan yang halal ye!

 

DSC_1103

Aku dan Azila tengah mencuba kerepek ikan. Hahaha serius sedap! Kesedapannya membuat aku memakannya berkali-kali hingga kekenyangan! Errr ni bukan “mencuba” dah niii!

 

DSC_1117

Kalau makanan-makanan macam ni memang banyak dan murah kat Kilang Satay ni! Berbaloi-baloi habaq hang! Hahaha… So ada jugak lah makanan ringan yang aku beli kat sini. Biskut-biskut pun banyak! Gula-gula apatah lagi. Herher..

 

DSC_1118

DSC_1128

DSC_1131

Niat di hati nak beli gula-gula dalam balang teddy bear ni. Comelnye dia warna pink! Erkk abaikan gambar yang OUT focus-nya ini sebab.. uhuk uhukk.. Tak tahu nak kata apa. KAHKAHKAH!!!

 

 

DSC_1133

Sambil aku jenjalan cuci mata dan membeli belah apa yang patut, sambil tu juga cik Azila dan cameraman beliau iaitu Abang Bakhtiar tengah buat keje. Muahaha…

 

 

DSC_1142

Aku pun nak menyibuk oiii!! Hahaha feeling broadcast journalist sangat yeh! InsyaAllah one fine day, where Allah put me on the track to be a Broadcast Journalist. Amin….

 

Lepas beberapa lama kat kilang satay ni, kami pun berangkat ke tempat lain. Driver teksi pink yang sporting tu mencadangkan kami mencuba laksa goreng yang terkenal kat Pangkor tu. Tapi malangnya kami tak berkesempatan nak rasa laksa goreng tu sebab gerai belum bukak lagi, dan kami terpaksa rushing balik hotel semula untuk press conference.

 

Maka tak kesampaian la hasrat di hati nak merasa makanan tempatan di Pangkor itu. Takpe.. kalau ada rezeki, inshaAllah akan ke Pangkor lagi sekali. Tak puas sebab tak dapat main water activities macam banana boat. Muahaha. Kbai.

 

 

 

P/S : Nak menang MACBOOK AIR? Mudah sangat! KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Sign PNG NisaKay


9 ulasan:

  1. next time kalau ade kesempatan cube ronda2 kat pulau tu naek motorsikal sewa....sgt nostalgik & best ^^

    BalasPadam
  2. bestnya dapat jalan-jalan ke tempat orang...
    menikmati keindahan alam ciptaan Allah :)

    Selamat berpuasa Nisa :)

    http://misszberceloteh.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. teringat plak sotong gula puasa2 ni haha

    BalasPadam
  4. hasil laut eng seng tu memang sedap...

    ikan yg bungkus kecik2 tu,kat situ je paling sedap..hehehehe..
    kalau beli msti org rekemen yg tu

    BalasPadam
  5. wahh ! nisa stay mana kat pangkor ?

    BalasPadam
  6. Akak suka gambar yang akhir tu..

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay