Memaparkan catatan dengan label Universiti Sains Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Universiti Sains Malaysia. Papar semua catatan

Rabu, 19 September 2012

USM ConvEx 12

 

Assalamualaikum…

 

Ambui ambui mentang-mentang hari ni aku takde kelas langsung kan, semangat je aku update blog. Minggu pembelajaran baru aje bermula, kami semua baru sign up slot tutorial semua, ditambah pulak dengan musim konvo, USM sangat sesak. Kelas banyak cancel. Maka bersenang-lenanglah aku sampai ke hujung minggu!

 

Nak balik tapi baru aje balik minggu lepas, gara-gara urusan penting yang tak dapat aku elak. Kerana aku balik minggu lepas jugalah, aku dengan berat hati sangat sangat terpaksa menarik diri dari team penyelaras ConvEx 2012.

 

Takpe, tak balik kampung pun, tetap ada benda best kat USM ni. Macam aku sebut sebentar tadi, ConvEx. Apa ConvEx ni? Convocation Expo atau ConvEx 2012 ni adalah acara yang berlangsung sepanjang minggu konvokesyen di USM ni…

 

427456_373490339383586_1686938971_n

SMART KAN logo USM ConvEx 2012 ni? Design baju dorang pun cantik. Warna menyerlah oren hitam putih lagiii.. Apakan daya takde rezeki aku nak join team penyelaras kan.. Takpelah lain kali mungkin boleh join lagi inshaAllah… So guyss! Aku nak promote sikit la apa yang best sepanjang minggu ConvEx 2012 kat USM ni..

 

253459_392176154181671_526107567_n

Haaa tu dia jadual minggu ConvEx 2012 ! Penuh dengan aktiviti yang best best weh! Boleh menang banyak hadiah hebat. Ada pameran, ada booth, ada pertunjukan dan macam-macam lagi lah…

 

ConvEx 2012 ni bukan sahaja untuk budak USM Kampus Induk jugak… Student USM Kampus Kejuruteraan kat Nibong Tebal pon mai laa sini… Student USM kat Kampus Kesihatan, Kubang Kerian Kelantan pon kalau free mai la sini.. Kot-kot laa tengah takde kelas apa kan.. Muahahaa…

 

Dan yang penting ia turut dibuka untuk pengunjung awam! Tapak ConvEx 2012 ni dekat pintu masuk USM kat Sungai Dua tu aje haa… Datang naik bas, turun kat situ je. Senang sikit, kalau bawak kereta susah pulak korang nak parking. Kat ConvEx 2012 ni ada banyak gila booth yang menjual pelbagai barangan seperti beg, aksesori, kain pasang, tudung, baju dan banyak lagi!

 

422597_390626404336646_696821815_n

Korang rasa korang ada bakat, tapi tak lepas-lepas masuk Akademi Fantasia, Mentor, Raja Lawak atau Showdown?? Haaa mai la sini join Konvo Got Talent kat ConvEx 2012 niii… Daftar RM3 je weyh!! Kalau menang dapat RM200 !! Kayoo kayooo..

 

 

551765_389813077751312_651053621_n

Korang hebat main catur? Dah dilatih main catur sejak kecik lagi oleh bapak korang? Masa ni lah nak menunjukkan kehebatan bermain catur! Hadiah utama kamera Samsung kot!!

 

 

578513_389805351085418_1583838193_n

Ehem ehemm… serlahkan keayuan semulajadi anda dengan menyertai Miss ConvEx 2012 !! Takde baju lawa? Boleh pinjam kat kawan.. Tak reti mekap?? Boleh suruh kawan mekapkan.. Terbuka kepada WANITA sahaja okayy!! Yang bukan wanita dan errr separa wanita tak boleh! Hoho…

 

 

338674_413756045326677_1531886449_o

Kalau nak cerita pasal aktiviti ConvEx 2012 memang tak habis-habis la menaip sampai esok kan! Like page ConvEx 2012 (https://www.facebook.com/UsmConvEx12) untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti harian dan sebarang promosi okayh!

 

Kalau yang gila tweet tu follow lah twitter ConvEx 2012 (https://twitter.com/ConvEx12) untuk sebarang informasi jugak yeh! Bagi yang tinggal di area Penang, mai la ramai-ramai yek!

 

 

 

Kbai.


Read More»

Jom pergi kelas

 

Assalamualaikum…

 

Lama woii tak update blog. Aku update pasal fakers pon kemain ada yang meroyan. Tenang ye semua.. tenanggg… Tau ler rindu aku kannn. Hakhak.. Baiklah.. hari ni entry express lagi pantas ye adik-adik. Bukan apa, memang lah hari ni satu hari wa takder kelas gara-gara USM tengah konvo, tapi wa banyak urusan der…

 

20120918_142123

Blazer oren, kakak angkat ku Shereen bagi hadiah sempena birthday. White tops beli kat bazaar kat Taylors College, seluar khakis beli kat Brand Outlet, envelope handbag from Modish Mode House. Crocs pink, dari Crocs la kan. Tak lupa Marwah (Pink) Shawl dari RinaSalleh.com :)

 

Ececehh nak juga buat outfit post gitu.. Alah gambar comot je, snap pun pakai henpon ku yang tak seberapa ini. Hukhuk.. Aku pergi kelas macam ni la, simple je. Simple ke? Muehehe… kadang-kadang bila sampai mood malas ya amat memang aku sarung tshirt, cardigan, jeans and tudung syria je pergi kelas.

 

Nanti aku nak share serba sedikit kisah hidupku ye.. cewah cewah !! Bukan apa, dah di kejauhan di atas pulau ni kan, dah tak boleh pergi events sana sini macam dulu… Sekarang sudah rasmi bergelar pelajar kembali, untuk mengejar segulung ijazah! Wahh ayat kuu!! Okay lah, teruskan membaca blog kudus ku ini ya!

 

 

Kbai.


Read More»

Copyright © Nisa Kay