Jumaat, 7 Februari 2014

[FILEM] Kami Histeria

 

Salam sayang..

 

Apa khabar kesayangan semua? Ececehhh kemain nak bersayang-sayang ni dah kenapa kan??? ALHAMDULILLAH masih bernafas rupanya blog ni.. Masih mahu diupdate dengan entry events. Ingatkan nak update pasal jiwanggg.. pasal isi hatiii jee.. Hahaha *tumbuk diri sendiri*

 

Maaf lah mood sejak dua menjak ni sangat ke laut. And kebelakangan ni memang sangat sangat busy dengan FSYN Enterprise. (Yeeayyy perniagaan sudah berdaftar) HAHAHA ! Kemain lambat betol nak daftar. Sekarang makin serious berbisnes.. So blog kudus ku ini terpaksa diabaikan kejap...

 

 

Yezzaaa !! Hari ni daku nak review satu filem ! Aku pon dah lama benor tak review filem kan.. Rindu pulak nak share dengan korang pasal filem melayu... Yezza people.. do support our local film okay !

 

Masa first aku tengok poster filem KAMI HISTERIA ni aku ingat filem pasal bebudak asrama kena histeria ke apa. Pastu aku takleh relate kenapa ade gambar Fazura cantik ya amat kat poster. Dia ni warden asrama ke apa? Hahahaa takleh blah doh imaginasi akuuu !!

 

Sebenarnya... KAMI HISTERIA ni mengisahkan lima sekawan yang turut mempunyai band muzik sendiri berusaha keras untuk menghasilkan karya yang best dan diterima para peminat.. Kehidupan mereka biasa je, tapi semua tu berubah selepas suatu malam ketika mereka merakamkan lagu baru. Yang syiok nye lagu baru mereka ni mendapat sambutan yang hangat gilosss. Tapi lagu yang seterusnya tak pulak begitu. Ternyata kehangatan lagu Muzik oleh band KAMI HISTERIA ni didalangi oleh "backup singer" baekkk punya !

 

 

All 5 girls Celebrating in Van

Haaa tu diaa.. lima sekawan yang excited sungguh menuju rumah sewa baru mereka. Jojo (lakonan Umie Omar), Bad a.k.a. Badariah (lakonan Sara Ali), Laila (lakonan Diana Danielle), Airin a.k.a. Princess (lakonan Mila Jirin) dan Peanut (dilakonkan oleh Nad Zainal) merupakan sahabat sejak beberapa tahun lalu dan berazam nak naikkan nama band mereka.

 

 

Hardworking Pitt, Infatuated Airin, Jealous Jojo

Tuuu diaaa satu-satunya kumbang dalam filem ni. Watak Pit yang dilakonkan oleh Izzue Islam muncul sebagai jiran yang kacak, baik hati dan innocent. Diminati oleh Airin, Laila (mungkin?) dan Bad. Tapi bagi aku watak ni misteri sikit. Mana tah datang, tetiba pergi dan beberapa kemusykilan lain. NAK TAU KENAPA?? Korang pi tengok sendiri la movie Kami Histeria nii ! Hehehee…

 

 

Histeria jamming session

Kalau korang nak tahu, Diana Danielle memang betul-betul menyanyikan lagu-lagu band KAMI HISTERIA ni… and bagi aku lagu-lagu yang dipersembahkan semasa movie berlangsung memang agak catchy, seronok didengar dan sesuai dengan imej band KAMI HISTERIA.

 

 

1509185_712566058776480_455873387_n

cik lang at home-

Tu diaaa FAZURA !! Fazura yang memegang watak Cik Lang, merupakan watak yang membawa “tuah besar” kepada band KAMI HISTERIA ni.. Beliau jugalah backup singer special untuk band Kami Histeria ni dan menjadikan lagu-lagu band ni popular dan disukai ramai. Tapi bila pertolongan yang dihulur diminta balas dengan perkara yang agak sukar ditunaikan, agaknya apa langkah 5 sekawan tadi???

 

 

Adflin and the girls at ABP

Afdlin Shauki antara artis yang membuat kemunculan khas dalam filem KAMI HISTERIA ni.. Apa agaknya yang dirancang oleh band Kami Histeria terhadap Afdlin eh? Kalau nak tahu apa plan nye, dan plan itu berjaya ke tidak, HARUSSSS tonton filem Kami Histeria kat pawagam !

 

 

Histeria deciding what to do next

HMMM… APA AGAKNYA PENDAPAT AKU PASAL FILEM KAMI HISTERIA NI ???
*buat muka macam Diana Danielle dalam gambar*

 

1. BEST BEST BEST !!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sebuah filem yang cukup rencah bagi aku ! Ada kelakarrrr gilaa.. Ada serammm alahaiii !! Ada part muzik yang enjoyy layannn tu diaaa !

 

2. Watak Fazura sebagai langsuir dengan loghat utara memang sempoi mempoii.. tak sangka naa Fazura boleh bawak watak hantu ! Tu dia ! Sukaa !!

 

3. Tak pernah tengok Mila Jirin berlakon, tapi bagi aku she has done a good job ! Sesuai jugak watak ala ala playgirl gedik dan feeling cantik !!

 

4. Umie Omar pon aku tak kenal sangat sebelum ni. Tapi boleh tak aku cakap, selepas Fazura, pelakon feveret aku dalam filem Kami Histeria ni ialah Umie Omar ? Suka gila kot watak dia jadi Jojo drummer cool ! Aku rasa dia sempoi and sangat naturalll !!!!

 

5. Pembukaan filem yang fresh sebab awal-awal lagi penonton dan dihidang dengan adegan kelakar seram para pekerja kedai mamak. Haha ni memang bersungguh la aku gelak !!

 

6. Editing yang comel alahaii ! Suka gila dengan angle dia, caption dia apa sume. Hahah tak reti nak sebut tapi suka lah ! Lawa kott ! Hahaha.

 

7. Semua watak acting baekkk punya, when it comes to facial expression. Lagi-lagi watak Peanut yang hampir tiada dialog. Memang cun !

 

 

Laila singing her heart out

 

So uollss… apa tunggu lagi? Kalau aku nak senaraikan apa yang aku suka memang tak habis menaip ni sampai esok ! Sebab aku suka filem ni dari A to Z kot ! Memang ada hikmah sangat semalam permulaan hari aku tak bape elok.. tapi malamnye, gigih drive sorang ke KLCC untuk filem ni.. so memang terbaik ! Memang aku gelak sakan nohh !

 

 

 

995034_714843988548687_1235229270_n

Anddddd bagi yang dah tengok filem KAMI HISTERIA ni dan meminati lagu-lagu band KH ni, korang boleh muat turun caller ringtone lagu depa okayy ! Just follow instruction kat atas!

 

 

 

994083_688235887876164_78522766_n

 

Okay korangg ! Jumpa kat wayang ehh ! Aku tak sabar nak ajak kawan aku tengok filem ni ! Tengok dua kali pon takpe ! Best kott!!! Heehehhee. korang pon ajak kawan kawan, sedara mara, tokki, tokwan, sepupu sepapat semua nohh ! Mati mati mesti letopppp punya alahh !!

 

 

 

 

LIKE FANPAGE KAMI HISTERIA :
https://www.facebook.com/KamiHisteria

 

FOLLOW TWITTER KAMI HISTERIA :
https://twitter.com/KamiHisteria

 

FOLLOW INSTAGRAM KAMI HISTERIA :
http://instagram.com/kamihisteria

 

 

 

 

xoxo !



5 ulasan:

  1. Yes!! Dah lama tak tengok Fazura berlakon dalam filem. Dah tengok filem ni semalam lepas kerja...mmg best. Tak rugi tengook. From A to Z, mmg best KAMI HISTERIA!!

    BalasPadam
  2. umie ni yg sllu kuar dlm oh my english kan..

    BalasPadam
  3. ada izue islam berlakon mcm best aje haha

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay