Memaparkan catatan dengan label Fazura. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fazura. Papar semua catatan

Selasa, 6 Januari 2015

FILEM – Manisnya Cinta Di Cappadocia

 

Assalamualaikum..

 

Haaa aku tahu betapa dah lambatnya aku nak buat review filem ni. Sepertimana kita tahu, filem Manisnya Cinta di Cappadocia ni merupakan filem adaptasi daripada novel hasil tulis novelis popular iaitu Anis Ayuni. Filem ini dah pun bertayangan selama beberapa minggu di pawagam. Dan bagi yang tidak berkesempatan tonton di wayang, boleh langgan di Astro First.

 

nisakay - MCDC 8

Ahaaa ini buktinya aku peminat novel ini. Pertama kali baca novel ni, aku baca di rumah makcik aku yang juga merupakan peminat novel. Tapi tak boleh pinjam bawak balik arr, just baca je kat rumah dia. Aku berjaya baca separuh novel je. Bila dah start keje sambilan jadi pembantu kedai runcit (zaman sekolah dulu), aku beli novel Manisnya Cinta ni. Aku baca semula dari mula sampai habis. Menjejer air mata kot part sedih tu. Part sweet pulak berangan la tak sudah.

 

Lepas tu, novel aku hilang entah ke mana. Tak sengaja buang ke, ada orang pinjam ke.. aku sendiri tak ingat. Maka aku beli lagi yang baru. Aku baca lagi dari mula. Sampai dua round aku baca. Tak bosan-bosan. Sebab aku sangat sangat sukakan jalan ceritanya. Buku tu hilang masa aku pindah rumah. So aku beli lagi novel ni tahun lepas. Dann.. baca sekali lagi. Yang belah kanan tu aku gedik beli sebab ada ala ala poster filem sebagai kulit buku. HAHA ! Tak bukak plastik pun lagi. Beli sebab minat sangat filem ni..

 

 

nisakay - MCDC 3

Pada hari pertama filem Manisnya Cinta Di Cappadocia (MCDC) ni ditayangkan di pawagam, aku dijemput oleh Red Communications untuk sertai majlis tayangan filem ni bersama-sama dengan beberapa artis, jemputan dan juga pemenang contest Lux. Hee berjumpa pulak dengan bebudak neh. Haha Wani dan Ned.

 

 

nisakay - MCDC 1

Iedil Putra pun turut sama memeriahkan majlis tayangan filem. Hehee.. Sungguh sporting ! Jangan lupaaa tengok filem yang beliau berlakon jugak, filem TERBAIK DARI LANGIT. Turut membintangi filem tu : Bront Palarae, Amirul Affendi dan Nadiyaa Nisa.

 

 

nisakay - MCDC 2

Dan semestinyaaa… FAZURA herself. Heroin filem MCDC ni.

 

 

nisakay - MCDC 4

Aku rasa aku tak payah review lelebih la kan.. Filem ni semua tahu memang best pun.. Part sedih tu, memang menusuk kalbu.. sampai teresak-esak aku. Videographer yang datang dengan aku pun duk bahan aku sebab aku nangis haaa. Sedeyh sangat kekdah nye !

 

 

nisakay - MCDC 6

Kalau masuk part sweet sweet tu, melayang-layang aku dibuatnya, mengalahkan heroin filem pulak aku.. Aduhaii.. dah la kedua-dua hero dan heroin nye aku memang minat ! Masa mula-mula Fazura sebut beliau akan muncul dengan filem bertajuk “Manisnya Cinta”, I terus tanya filem adaptasi novel ke ? Bila Fazura mengiyakannya, memang aku rasa sikit lagi nak melompat dari kerusi tu. Wakakaa. Memang excited dan jugak letak high expectation jugak lahh..

 

 

nisakay - MCDC 5

Jadi, bila filem ni keluar, aku rasa at the end of the movie.. aku rasa nak menangis terharu pulak.. sebab nya aku rasa filem ni disampaikan dan diinterpretasi dengan sangat sangat baik. Jalan cerita yang sangat tersusun, tak jump here jump there (you know what I mean).. dan semestinya tak melalut dengan tambahan dan ubah suai yang keterlaluan.

 

Naskhah karya Anis Ayuni ini semestinya sudah diadaptasi dengan baik sekali, dan jalan cerita masih dekat dengan karya asal. Setiap paparan babak-babak filem ni membawa aku kembali kepada setiap bait di dalam novel. Well.. sebagai peminat novel yang dah baca novel ni beberapa kali, aku memang tak boleh lari daripada compare antara novel dengan filem. Kedua-duanya sememangnya berbeza. Tapi kedua-duanya merupakan karya yang sangat bagus.

 

And aku suka sangat dengan keletah Lisa Surihani yang membawa watak Izelea, adik kepada Ifti Liyana yang dilakonkan oleh Fazura. Aku rasa ini first time kot aku tonton lakonan Lisa yang membawa karakter yang agak nakal, suka mengusik kakaknya.. Hehe so cheeky but too cute and adorable Izelea ! Good job Lisa Surihani !

 

 

nisakay - MCDC 7

Antara yang mendapat pujian ramai ialah hasil sinematografi yang sungguh sungguh memikat mata yang menonton.. angle yang menarik.. filem ini semestinya “NAMPAK CANTIK”. Haa siapa dah tengok mesti faham apa yang aku cuba nak sampaikan ni. It is a beautiful work ! Tahniah kepada pengarah serta krew-krew yang menjayakan filem ini !

 

Fazura juga mendapat pujian yang sememangnya satu Malaya tahu, Fazura kelihatan sangat cantikkk dalam filem ini. Menangis pun cantik. Gosok gigi pun cantik ! Kau hado ? Hahaha !! Pakaian dan dandanan rambut jugak mendapat pujian melambung dari penonton wanita. Aku pun suka sangat sangat dengan fesyen Fazura dalam filem ini. Stunning !! Latar belakang tempat dalam filem ini jugak sesuai dan cantik. Ishh pendek kata semua cantik lah !

 

 

manisnyacinta

Hmm.. apa-apa pun aku memang berpuas hati dengan filem arahan Bernard Chauly ni.. Memang tak pernah mengecewakan.. Sama macam filem sebelum ini, Instanbul Aku Datang juga.. filem MCDC ni digarap dengan begitu baik sekali. Wah wahh komentar aku dah mengalahkan pengkritik filem pulak haii !

 

 

 

Ahaa.. apa yang dicoret dalam entry ini hanyalah buah fikiran aku. Aku bukanlah seorang yang pakar dalam bidang perfileman.. Tapi sebagai penonton dan peminat, aku berpuas hati dengan karya ini. Seronok rasanya menonton filem yang diadaptasi dari novel kegemaran. Tahniah sekali lagi kepada barisan pelakon dan krew-krew serta pengarah filem MCDC ini…

 

Bagi yang belum menonton filem MCDC ni, dan korang ada Astro kat rumah.. Boleh lah langgan filem MCDC ni kat Astro First. Oh ye.. ini bukan iklan berbayar oleh Astro ke apa eh.. Aku cuma nak galakkan korang tengok filem MCDC ni. Memang best !!! Kawan lelaki aku pun kata filem ni best ! Haaa ke sebab dia minat Fazura ? Kekekee… Psstt sebelum habis baca, jom tengok interview aku dan Fazura :

 

 

 

 

XOXO, Putewi Hensem !


Read More»

Jumaat, 7 Februari 2014

[FILEM] Kami Histeria

 

Salam sayang..

 

Apa khabar kesayangan semua? Ececehhh kemain nak bersayang-sayang ni dah kenapa kan??? ALHAMDULILLAH masih bernafas rupanya blog ni.. Masih mahu diupdate dengan entry events. Ingatkan nak update pasal jiwanggg.. pasal isi hatiii jee.. Hahaha *tumbuk diri sendiri*

 

Maaf lah mood sejak dua menjak ni sangat ke laut. And kebelakangan ni memang sangat sangat busy dengan FSYN Enterprise. (Yeeayyy perniagaan sudah berdaftar) HAHAHA ! Kemain lambat betol nak daftar. Sekarang makin serious berbisnes.. So blog kudus ku ini terpaksa diabaikan kejap...

 

 

Yezzaaa !! Hari ni daku nak review satu filem ! Aku pon dah lama benor tak review filem kan.. Rindu pulak nak share dengan korang pasal filem melayu... Yezza people.. do support our local film okay !

 

Masa first aku tengok poster filem KAMI HISTERIA ni aku ingat filem pasal bebudak asrama kena histeria ke apa. Pastu aku takleh relate kenapa ade gambar Fazura cantik ya amat kat poster. Dia ni warden asrama ke apa? Hahahaa takleh blah doh imaginasi akuuu !!

 

Sebenarnya... KAMI HISTERIA ni mengisahkan lima sekawan yang turut mempunyai band muzik sendiri berusaha keras untuk menghasilkan karya yang best dan diterima para peminat.. Kehidupan mereka biasa je, tapi semua tu berubah selepas suatu malam ketika mereka merakamkan lagu baru. Yang syiok nye lagu baru mereka ni mendapat sambutan yang hangat gilosss. Tapi lagu yang seterusnya tak pulak begitu. Ternyata kehangatan lagu Muzik oleh band KAMI HISTERIA ni didalangi oleh "backup singer" baekkk punya !

 

 

All 5 girls Celebrating in Van

Haaa tu diaa.. lima sekawan yang excited sungguh menuju rumah sewa baru mereka. Jojo (lakonan Umie Omar), Bad a.k.a. Badariah (lakonan Sara Ali), Laila (lakonan Diana Danielle), Airin a.k.a. Princess (lakonan Mila Jirin) dan Peanut (dilakonkan oleh Nad Zainal) merupakan sahabat sejak beberapa tahun lalu dan berazam nak naikkan nama band mereka.

 

 

Hardworking Pitt, Infatuated Airin, Jealous Jojo

Tuuu diaaa satu-satunya kumbang dalam filem ni. Watak Pit yang dilakonkan oleh Izzue Islam muncul sebagai jiran yang kacak, baik hati dan innocent. Diminati oleh Airin, Laila (mungkin?) dan Bad. Tapi bagi aku watak ni misteri sikit. Mana tah datang, tetiba pergi dan beberapa kemusykilan lain. NAK TAU KENAPA?? Korang pi tengok sendiri la movie Kami Histeria nii ! Hehehee…

 

 

Histeria jamming session

Kalau korang nak tahu, Diana Danielle memang betul-betul menyanyikan lagu-lagu band KAMI HISTERIA ni… and bagi aku lagu-lagu yang dipersembahkan semasa movie berlangsung memang agak catchy, seronok didengar dan sesuai dengan imej band KAMI HISTERIA.

 

 

1509185_712566058776480_455873387_n

cik lang at home-

Tu diaaa FAZURA !! Fazura yang memegang watak Cik Lang, merupakan watak yang membawa “tuah besar” kepada band KAMI HISTERIA ni.. Beliau jugalah backup singer special untuk band Kami Histeria ni dan menjadikan lagu-lagu band ni popular dan disukai ramai. Tapi bila pertolongan yang dihulur diminta balas dengan perkara yang agak sukar ditunaikan, agaknya apa langkah 5 sekawan tadi???

 

 

Adflin and the girls at ABP

Afdlin Shauki antara artis yang membuat kemunculan khas dalam filem KAMI HISTERIA ni.. Apa agaknya yang dirancang oleh band Kami Histeria terhadap Afdlin eh? Kalau nak tahu apa plan nye, dan plan itu berjaya ke tidak, HARUSSSS tonton filem Kami Histeria kat pawagam !

 

 

Histeria deciding what to do next

HMMM… APA AGAKNYA PENDAPAT AKU PASAL FILEM KAMI HISTERIA NI ???
*buat muka macam Diana Danielle dalam gambar*

 

1. BEST BEST BEST !!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sebuah filem yang cukup rencah bagi aku ! Ada kelakarrrr gilaa.. Ada serammm alahaiii !! Ada part muzik yang enjoyy layannn tu diaaa !

 

2. Watak Fazura sebagai langsuir dengan loghat utara memang sempoi mempoii.. tak sangka naa Fazura boleh bawak watak hantu ! Tu dia ! Sukaa !!

 

3. Tak pernah tengok Mila Jirin berlakon, tapi bagi aku she has done a good job ! Sesuai jugak watak ala ala playgirl gedik dan feeling cantik !!

 

4. Umie Omar pon aku tak kenal sangat sebelum ni. Tapi boleh tak aku cakap, selepas Fazura, pelakon feveret aku dalam filem Kami Histeria ni ialah Umie Omar ? Suka gila kot watak dia jadi Jojo drummer cool ! Aku rasa dia sempoi and sangat naturalll !!!!

 

5. Pembukaan filem yang fresh sebab awal-awal lagi penonton dan dihidang dengan adegan kelakar seram para pekerja kedai mamak. Haha ni memang bersungguh la aku gelak !!

 

6. Editing yang comel alahaii ! Suka gila dengan angle dia, caption dia apa sume. Hahah tak reti nak sebut tapi suka lah ! Lawa kott ! Hahaha.

 

7. Semua watak acting baekkk punya, when it comes to facial expression. Lagi-lagi watak Peanut yang hampir tiada dialog. Memang cun !

 

 

Laila singing her heart out

 

So uollss… apa tunggu lagi? Kalau aku nak senaraikan apa yang aku suka memang tak habis menaip ni sampai esok ! Sebab aku suka filem ni dari A to Z kot ! Memang ada hikmah sangat semalam permulaan hari aku tak bape elok.. tapi malamnye, gigih drive sorang ke KLCC untuk filem ni.. so memang terbaik ! Memang aku gelak sakan nohh !

 

 

 

995034_714843988548687_1235229270_n

Anddddd bagi yang dah tengok filem KAMI HISTERIA ni dan meminati lagu-lagu band KH ni, korang boleh muat turun caller ringtone lagu depa okayy ! Just follow instruction kat atas!

 

 

 

994083_688235887876164_78522766_n

 

Okay korangg ! Jumpa kat wayang ehh ! Aku tak sabar nak ajak kawan aku tengok filem ni ! Tengok dua kali pon takpe ! Best kott!!! Heehehhee. korang pon ajak kawan kawan, sedara mara, tokki, tokwan, sepupu sepapat semua nohh ! Mati mati mesti letopppp punya alahh !!

 

 

 

 

LIKE FANPAGE KAMI HISTERIA :
https://www.facebook.com/KamiHisteria

 

FOLLOW TWITTER KAMI HISTERIA :
https://twitter.com/KamiHisteria

 

FOLLOW INSTAGRAM KAMI HISTERIA :
http://instagram.com/kamihisteria

 

 

 

 

xoxo !



Read More»

Isnin, 8 April 2013

Bloggers brunch date with Fazura !

 

Assalamualaikum..

 

Wah wahhh nak taip tajuk entry saja pun dah berdebar-debar.. Apatah lagi nak menaip seluruh entry! Hari ni akan aku kongsikan dengan pembaca semua pengalaman yang aku sendiri tak percaya boleh alami.. Pengalaman yang sukar didapati di tempat lain atau dengan orang lain!

 

Yes, seperti yang tertulis di tajuk entry ini, it’s a brunch date with FAZURA ! Fazura bukan Fazura biasa, tapi Nur Fazura aktres terkenal Malaysia, Nur Fazura jelitawan negara, dan sudah tentunya Nur Fazura duta Colgate Optic White itu lah ! Terima kasih kepada pihak yang terlibat untuk merealisasikan impian aku (dan mungkin juga impian semua blogger yang terlibat) untuk duduk makan semeja dengan Fazura !

 

DSC00109

 

Temujanji diadakan di restoran Delicious, Dua Residency, Kuala Lumpur. It was a quite private event, as it was held at the very corner of the restaurant and they even decorate it red and white ! Lovely colours ! Temujanji ini diatur selepas event pelancaran Colgate Optic White minggu sudah.

 

 

cats

Surprises on the table ! Each of the bloggers got themselves a super cute teddy keychain ! Plus, Colgate’s product some more ! Yeah! Jimat bulan ni dah banyak stok Colgate, jenama ubat gigi kegemaran dari kecil lagi tu !

 

 

DSC00103

Ehemm… memandangkan aku sampai sedikit lewat dari jadual sebab pakcik teksi tak tahu jalan, masuk-masuk aje aku terus bergambar sakan dengan Fazura ! Wahhhh jelita sangat Fazura ni ! Semasa majlis pelancaran Colgate Optic White kami bloggers tak berkesempatan nak bertemu dan bergambar dengan beliau, jadi masa nilah kami nak bergambar puas-puas! Hahaa!!

 

 

DSC00126

Polaroid pictures of us were taken and Fazura signed on each of the picture. Yeayyy dapat gambar polaroid kenang-kenangan dengan Fazura !

 

 

cats2

The food at Delicious suits the restaurant’s name.. They were great and reallyyyy make me full ! Ahaaa.. I super love the red velvet cake ! Sambil makan tu, kami pun berbual mengenai macam-macam perkara.. Semasa menikmati juadah pembuka selera iaitu mushroom soup, Fazura berkongsi tips nak kurus ! Haaa mesti ramai suke nak tahu nii !

 

TIPS FAZURA #1
Untuk kekal langsing seperti apa yang Fazura amalkan, beliau makan malam sebelum jam 7 hingga 8 malam, dan tidak mengambil makanan berat di waktu malam. Makanan seperti mushroom soup dan garlic bread cukup untuk mengalas perut yang kosong di waktu malam.

 

TIPS FAZURA #2
Lakukan senaman ! Tanpa senaman, diet macam mana pun tarak jalannn… Muahaha… Fazura berkongsi dengan kami bloggers antara senaman yang dilakukannya setiap minggu ialah pilates.

 

TIPS FAZURA #3
Untuk wajah bersih dan cantik, sentiasa bersihkan wajah sebelum tidur dan gunakan produk penjagaan kulit anda secara berdisiplin !

 

 

cats3

Wahhh ada games pula yang diatur ! Dan setiap orang boleh memenangi hadiah ! Sebuah kotak yang dibalut sebanyak 6 lapis telah diberi kepada Fazura untuk memulakan permainan, balutan pertama hendaklah dibuka dan akan ada nombor di atas balutan kedua. Soalan akan ditanya menurut nombor yang kita kena tu ye. Makin susah soalan, makin besarlah hadiah wuahaha!!

 

Sambil main permainan, menikmati juadah makanan yang sedap-sedap, banyak juga yang kami bualkan… Semestinya kami nak tahu mengenai diri Fazura sendiri… Apa tips wajah cantik? Kegemaran? Bagaimana boleh terlibat dengan dunia lakonan??

 

FAZURA’S SHARING #1
Merupakan seorang yang agak tembam comel di waktu sekolah dahulu dan sering disangka memakai blusher ke sekolah!

 

FAZURA’S SHARING #2
Tidak berminat dengan bidang lakonan pada mulanya, namun rezeki melimpah ruah sejak percubaan pertama kali beliau. So, Fazura decide nak teruskan berlakon.

 

FAZURA’S SHARING #3
If there are people who treat us badly, tak perlu kita membalasnya. Masa akan menentukan, Allah yang akan membalasnya! Kita hanya perlu sabar dan tabah menghadapinya. Yeah go girls !

 

FAZURA’S SHARING #4
Jangan tekun menjaga wajah saja, kesihatan oral pun penting! Wajah yang cantik bertambah seri dengan gigi yang putih senyuman menawan. Rahsia Fazura? Semestinya Colgate Optic White !

 

FAZURA’S SHARING #5
Lebih gemar menghabiskan waktu lapang di rumah dengan keluarga dan teman-teman rapat. Seorang yang kurang gemar aktiviti outdoor.

 

 

cats4

Fazura always said “One bright smile!!” whenever she took pictures with us ! Yes, let smile confidently, cheer up your mood and brighten up your day ! Another thing that she shared with us bloggers is “BE POSITIVE”. Well, she didn’t say it directly but from her attitude I can see that Fazura is actually a very positive and cheerful person ! She is definitely the perfect one to be the face of Colgate Optic White!

 

 

DSC00168

Group photo before the day end ! Dari kiri : Shazwani Hamid, Shea Rasol, Bobo Stephanie, the gorgeous and amazing Fazura, Yuyu Zulaikha dan saya !

 

 

Heee pengalaman manis bersama rakan-rakan blogger dan Fazura selaku duta Colgate Optic White tak akan aku lupakan sampai bila-bila, lebih-lebih lagi mengenai tips dan perkongsian yang telah aku kongsikan juga dengan pembaca semua !

 

Lepas sesi brunch dengan Fazura dan rakan-rakan blogger ni, banyak juga perkara menarik dan tips-tips yang Fazura kongsi dengan kami. Kata beliau, muka kita jaga sebab orang selalu pandang, maka gigi pun kena jaga sebab itu kunci seri wajah sebenar! Lebih yakinlah aku dengan Colgate Optic White melihat Fazura yang sentiasa tersenyum with a bright white smile throughout the event.

 

Dan korang yang membaca ni pun jangan lupa untuk mencuba rangkaian terbaru dari Colgate iaitu Colgate Optic White Toothpaste ! Gigi satu tona lebih putih selepas 7 hari* tau ! Senyum dengan lebih yakin ! Senyum itu penyeri wajah, senyum itu penghapus duka, senyum itu penyeri hari… Semestinya senyum yang paling menawan ialah senyum yang menampakkan sebaris gigi putih dan bersih !

 

 

*Apabila digunakan mengikut arahan, untuk kesan kotoran di permukaan luar gigi sahaja. Hasil tahap pemutihan gigi setiap individu mungkin berbeza.

XOXO


Read More»

Copyright © Nisa Kay