Isnin, 22 Jun 2015

Sehari di PARIS – Part 5

 

Assalamualaikum…

 

Sehari di PARIS - Part 1

Sehari di PARIS - Part 2

Sehari di PARIS - Part 3

Sehari di PARIS - Part 4

 

DSC04571

 

Baiklah.. sambung dari kisah yang lepas, kami menyusuri sepanjang laluan tepi SEINE RIVER menuju ke stesen keretapi terdekat. Sambil jalan-jalan tu kami cuci mata tengok barang yang dijual di sepanjang kaki lima tersebut. Kebanyakannya jual poster pop art dan vintaj, buku buku lama (seperti dalam gambar) dan souvenir. Paling menarik, of cos poster pop art dan vintage. Kalau aku dah ada rumah sendiri ni memang memang aku beli dah sekeping poster ! Haha..

 

 

seine

Okay pendek kata kami jalan dan jalan lagi sampai lah kami ke sebuah stesen yang berdekatan dengan Notre Dame. tapi ianya bukanlah stesen besar. Cuma pintu masuk alternatif bagi mereka yang mungkin sudah mempunyai tiket. Sebab disitu cuma ada laluan masuk untuk tiket. Tiada kaunter / mesin jualan tiket, jauh sekali kaunter pertanyaan. Kami sudah bingung. Kepenatan berjalan kaki hampir 10 kilometer (sepanjang hari) buat aku dan boss aku sedikit emosi. Dah la nak turun naik tangga ke stesen bawah tu bau nye toksah cakap lah. Muntah si pemabuk yang masih basah menghiasi tangga tempat kami berpijak. Wekkk!!!!!!!

 

 

KAMI HAMPIR DITIPU !!!

Ini kisah aku dan boss aku yang hampir ditipu hidup-hidup oleh seorang scammer di stesen keretapi. Aku malas nak cerita balik benda yang sama. Di sini aku kongsikan sedikit nukilan boss aku.

Semasa beratur untuk membeli tiket, saya disapa seorang lelaki, berpakaian kemas, dengan spek mata hitam, dengan kad nama di leher namun dalam posisi terbalik. Dia menanyakan sekiranya boleh membantu saya untuk membeli tiket. Saya ikut saja tanpa syak wasangka.

Selesai menanyakan destinasi saya, lalu jari-jemarinya menari diatas skrin, menekan butang untuk membeli tiket. Kemudian dia menunjukkan Paris > CDG. Kad debit diminta lalu saya memasukkan kad dan dia menekan butang seterusnya.

Dengan tidak semena-mena, proses pembayaran sedang dilakukan namun menunjukkan caj yang dikenakan adalah 40 EUR (~ RM160). Saya tanya adakah ini betul namun dia kata 'its ok'. Was-was dengan transaksi tersebut, saya terus menarik keluar kad debit yang masih dalam proses pengesahan dan Nisa menunjukkan jari kearah kaunter, dan saya lihat gadis di kaunter memanggil saya seolah-olah mengisyaratkan cepat pergi dari situ, dan mari ke kaunter. Saya berlalu pergi dan ternampak lelaki tersebut menyeluk tangannya kedalam slot tiket, dan mengeluarkan tiket yang telah dicetak.

Saya telah ditipu olehnya.

Dia terus berlari dan melompat masuk tanpa menggunakan pagar untuk tiket, dan saya hanya kaku disitu. Gadis penjual tiket yang rasmi tidak ada satu patah kata dikeluarkan untuk saya atas peristiwa itu. Perasaan saya berkecamuk. Berpuluh perkara difikirkan apa yang ingin dilakukan kepada penipu tersebut sekiranya terjumpa di platform itu, termasuklah menolaknya ke landasan tika keretapi sedang berlalu. Namun tiada kelibatnya. Mungkin sudah berlari jauh mengetawakan saya dan gembira kerana telah memperoleh dua tiket bernilai 20 EUR setiap satu.

Perjalanan pulang tersebut tidak segembira yang mungkin, mengenangkan bagaimana hendak mendapatkan semula 40 EUR tersebut. Segala hujah bermain di kepala. Didalam minda terasa kebodohan. Jika semasa pergi pandai untuk menggunakan mesin, kenapa semasa balik tidak pandai menggunakan mesin. Kaku, kelam, dan masam mencuka sehingga sampai ke terminal CDG. Terasa sudah berhati-hati, namun masih terkejut masih terjadi peristiwa sebegini.

 

Ini kisah yang boss aku ceritakan. Okay first of all, seingat aku.. lelaki tersebut tidak memakai cermin mata hitam. Mukanya nampak biasa, so innocent dan.. ermm.. KACAK. Ya, dia good looking, berpakaian kemas, mungkin sebab tu kami ikut dia ke mesin membeli tiket tanpa banyak bicara.

 

Kedua : Aku sudah syak padanya in the first place when he started to use the ticket machine. Sebab apa ? Sebab dia TIDAK menggunakan option bahasa Inggeris. Dia terus menggunakannya dalam option bahasa Perancis yang jelas-jelasnya kami tidak fahami.

 

Ketiga : Masa dia tekan jumlah tiket tu, aku dah perasan dia tekan skrin lebih dari dua kali, sedangkan kami HANYA memerlukan dua keping tiket (untuk aku dan boss aku) untuk naik tren pulang ke airport. Tapi entah kenapa aku tak terkata apa-apa masa tu.

 

Kemudian, sebaik sahaja jumlah harga tiket sebanyak 40 EURO tertera di skrin, dan mesin tersebut mula memproses kad kredit boss aku yang dah dicucuk ke mesin, aku dah start cakap “No !! No !!” Boss aku pun tarik keluar kad dia. Dan mamat tu terus pergi. Kami LANGSUNG TAK PERASAN yang staf wanita di dalam kaunter tiket sudah mengetuk-ngetuk cermin meminta kami beredar dari lelaki terbabit, menyedari kami sedang ditipu. Lelaki tersebut segera berlalu apabila kami mula menyedari kegiatannya dan staf tiket hampir mahu keluar dari kaunter menuju ke arah kami. Kami akhirnya membeli tiket pulang ke airport dari kaunter tiket.

 

 

DSC04583Melihat sunset di hujung terminal - Charles de Gaulle Airport.

 

Sepanjang perjalanan kami pulang ke airport agak suram. Kami terkejut, lebih-lebih lagi boss… Ini kerana kami membeli tiket di mesin menggunakan kad kredit beliau. Oh aku takde kredit kad. Bahaya wooo.. kang aku shopping swipe sana sini macam tiada hari esok je kang.

 

Sampai di airport, kami check in flight Air France. Kami disapa petugas di situ. Apabila beliau bertanyakan tentang pengalaman kami bersiar-siar di Paris, we told him that we almost got deceived by a local man. Petugas tersebut memberi kami amaran YOU SHOULDN’T TRUST ANYONE / STRANGER. Huuuu too late bebehhh…Kami dah mengalaminya pun.. Alhamdulillah lepas boss aku check akaun beliau, takde hilang duit.. Mungkin transaksi di mesin tiket tadi tu tak berjaya.

 

Pengajarannya… JANGAN PERCAYA SESIAPA !!!! Lebih-lebih lagi di kota “romantis” yang dipenuhi dengan orang yang takkan berhenti berusaha nak memperdaya orang dan juga pick pocket. Sungguh serik aku berpijak di bumi Paris ni. Syukur aku diberi peluang merasa tengok tempat orang.. BUT if I wanna go to Paris again, I will explore other part of Paris or France. Tempat yang kami dah pergi ni ? Hmmm bye bye lah, takmau dah datang…

 

 

DSC04584

Nampak tak skrin belakang aku tu. Aku pergi kat depan skrin tu dengan niat nak dapatkan informasi mengenai penerbangan kami malam nanti. Kemudian aku terpandang this guy yang duduk betul-betul dekat tepi skrin tu. Hati aku terdetik..”Eh macam kenal !” Aku pergi kat boss aku, aku bagitau aku rasa macam kenal sungguh mamat ni.. Cuma aku sukar nak ingat siapa.

 

Bila aku ingat je nama beliau, aku terus search instagram beliau untuk check betul ke tidak dia ada di Paris. Ternyata betul itu dia !!!!! Ini dia pereka fesyen SANDRA AZWAN !! Wahhhh setelah beberapa tahun tak bertemu, di PARIS jugakk kami terserempak. Terkejut beliau disapa aku, dan dia macam tak berapa nak cam muka aku. Maklumlah aku tengah serabut gila masa tu kan…

 

Aku mula kenal SANDRA AZWAN ni masa aku join contest Malaysia's Next Top Female Blogger 2011 by Sandra Azwan haaa.. gigih tau masa tu join contest sana sini ! Lepas tu aku tercalon sebagai TOP 30 haa excited kau nyah ! Lepas tu.. pemenang pun diumumkan… Ternyata aku menang HADIAH PERTAMAAA !!!! Wahhh memang seronok sangat sebab dapat hadiah minum petang bersama Sandra Azwan dan dapat sehelai baju yang dibuat khass oleh Sandra Azwan.

 

Waduhhh kenangan sungguh.. Lepas aku jumpa dengan Sandra Azwan untuk ambil hadiah kemenangan, lepas tu memang aku takde dah jumpa beliau. Ada juga contact sikit-sikit… beliau ada jemput ke fashion show koleksi beliau.. Tapi tapiii aku tak pernah berkesempatan nak pergi. Sobsss ! Maaf ya Sandra Azwan ! Di Paris juga kita bertemu setelah hampir 3 tahun !! Satu flight balik Malaysia pulak tu ya..

 

DSC04598

Oh yaaa.. Memandangkan aku berada di kawasan Eiffel Tower pada waktu siang, maka tak dapatlah aku menyaksikan Eiffel berlampu di waktu malam. Tapi syukur aku dapat window seat kat dalam flight.. Dan nun dari kejauhan nampak jugak Eiffel yang bersinar terang di tengah kepekatan malam ! Haha kononnye lah.. Tempat lain berlampu juga cumanya Eiffel Tower lah paling terang dan kelihatan sangat sangat obvious.

 

 

DSC04604

Makan malam di dalam flight Air France. Hmmm pasta dengan bentuk twisties !
Hahaa… Lapar punya pasal.. aku makan jer.. Roti tu je aku tak habis. Keras semacammm ! Huhhh..

 

 

Baiklah.. sekian kisah suka duka aku di Paris…. Macam aku pernah sebut dalam bahagian yang lain, pengalaman setiap orang yang ke Paris tu berlainan.. Ada yang melakar 1001 kenangan manis di sini.. Namun tidak bagi kami.. Kenangan manis disulami kenangan hamis ade la. Huhuu… Mungkin kejadian hampir ditipu tu merupakan peringatan Allah kepada kami bahawasanya kami dah berhati-hati pun tetap ditimpa musibah.. Haa ada lah tu silap kat mana-mana.. Masa untuk muhasabah diri.

 

Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada yang Maha Esa kerana Dia takdirkan aku bekerja dengan team AMANZ dan dapat merasa hidup dan survive di other part of the world. Tak ada perkataan dapat gambar kan perasaan aku.. Terima kasih ya Allah !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay