Selasa, 8 September 2015

Bahana contact lens.

 

Assalamualaikum..

 

Kepada semua pengguna contact lens TEGAR, ada satu kisah yang agak viral dengan ribuan share, dan akhirnya sampai ke news feed aku setelah seorang kenalan share di laman Fesbuk beliau. Jom kita baca dulu pengalaman dia ni…

 

lens 1

lens 2

lens 3

 

 

Sesungguhnya pengalaman ini mengingatkan kepada perkara yang pernah terjadi kepada aku lebih kurang dua tiga tahun yang dulu…

 

Aku pernah kena infection mata. Tapi tak sampai koyak macam mata saudari di atas ni.. Masa tu mata aku start rasa pedih and bila pakai contact lens magaddd bertambah pedih, mencucuk cucuk Macam kena jarum atau serpihan halus gitu.. . Mata pun asyik berair, serupa menangis tengok drama Korea gitu. Kemudian, bila pedih dan berair, mata jadi makin merah...

 

Lepas tu di sekeliling mata hitam aku ni ade lingkaran warna ungu gelap, macam LEBAM. Sakit sangat and it looks scary ! Tak sanggup nak tengok mata sendiri lama lama kat cermin. Lepas tu bila dah pedih apa semua tu, mata pun agak membengkak and sangat pedih walaupun nak kelip kelip mata. Tak boleh nak gosok mata bila rasa gatal ke apa. Hanya mampu gosok sloww slowww guna cotton bud. Urgghh seksa tau!

 

Went to the doctor, then doktor bagitahu pasal infection dan tanya contact lens macam mana aku pakai, dan berapa kerap aku pakai. Aku pun explain dengan jujur pada doktor tu, bahawasanya aku sangat suka beli contact lens yang korean korean tu. Memandangkan masa tu pun memang tengah trend gila pakai contact lens berwarna warni.. jadi aku pun join the bandwagon la katakan. And zaman tu memang tengah rajin review produk macam cosmetic lens ni kan.. so aku dapat banyak tajaan daripada penjual contact lens. Macam macam warna aku dapat, hijau.. coklat terang.. ungu.. pink.. biru.. semua aku pernah pakai dan review.

 

Dan aku pulak student je masa tu, jadi aku suka sangat beli contact lens yang korean apa semua tu, yang murah gila ! Aku pernah dapat beli contact lens dengan harga borong ! Sebab kegilaan terhadap contact lens masa tu, jadi sekali beli je aku amik beberapa pasang. Bila dah rasa lawa pakai contact lens, memang setiap hari aku pakai contact lens. SETIAP HARI walaupun sabtu ahad. Balik rumah pun sayang nak bukak contact lens, unless nak tido.

 

Lepas aku cerita semua kat doktor, memang kena ceramah kesihatan la citer dia. Aku dikuarantin daripada pakai contact lens selama setengah tahun iaitu 6 bulan. Tapi fobia punya pasal, hampir setahun jugak aku tak sentuh contact lens. Takut sangat. Tapi bila ada event atau time time yang nak kena pakai jugak, aku beli contact lens yang daily use tu. Lepas pakai 5 ke 8 jam, terus buang. Gitu…

 

IMG_0187Kalau photoshoot, jadi model kena jugak lah pakai contact lens kan ….

 

Aku share kisah aku ni bukanlah untuk menakut-nakutkan pemakai contact lens di luar sana. Cuma nya kita kena sangat berhati-hati. SANGAT. Kalau nak ikut apa yang disarankan saudari ni, pakai lah speck mata.. macam aku yang bekerja di dalam bidang yang memerlukan aku tampil di depan kamera, memakai cermin mata besar aku ni memang akan down kan keyakinan aku sebagai pengacara dan jugak ada masa tidak kena jugak nak memakai cermin mata. Nak buat LASIK ? Huuuu tak mampu deknon. Huhuu..

 

 

Baiklah… untuk mereka yang dilema macam aku ni, aku nak share sikit dengan korang beberapa tips :

 

1. JAGA KEBERSIHAN. Walaupun kita dah jaga bersih macam mana pun, this situation can occur at any time. But still.. Kita masih perlu memakainya dengan langkah berjaga-jaga terutamanya bab jaga kebersihan.

2. JANGAN TERLAMPAU KERAP / LAMA. Jangan lah setiap hari nak pakai contact lens. Bagi mata anda waktu lens-free. Dan bila pakai dalam satu hari tu, jangan lebih 8 jam gitu. Biasanya aku pakai lens, kalau dari pagi, petang tu aku dah cabut awal awal.

3. JANGAN BELI LENS SEMBARANGAN. Lepas kena infection dulu, terhapus sudah obsesi aku terhadap contact lens yang terlalu murah dan takde verification apa apa. Aku lebih senang beli di kedai optometris dan memilih jenama yang memang dah establish macam Freshkon dan Freshlook ke apa.

4. PEKA DENGAN TARIKH LUPUT. Biasanya contact lens boleh pakai dalam tempoh sebulan ke tiga bulan. Aku dah tak percaya contact lens yang boleh tahan sampai 6 bulan ke atas tu. Contact lens ni mudah kotor & koyak. So kalau yang sebulan punya lifespan tu, aku pakai dalam 20 hari je. Kalau yang 3 bulan punya lifespan, aku pakai dalam 2 bulan lebih gitu. Kalau mata dah start rasa pedih bila pakai contact lens, mungkin lens tu tak bersih atau dah menghampiri tarikh luput dia. So better tukar yang baru dan bagi mata anda rehat kejap sehari dua sebelum pakai lens baru.

 

IMG_1187

 

Seperti pengalaman saudari di atas tadi, doktor berpesan bahawa “Contact lens will harm your eyes, it’s just a matter of time..” Ye memang betul tu. Aku pun tak nafikan. Sebagai pengguna contact lens yang agak kerap penggunaannya, aku hanya mampu ambil langkah berjaga jaga ketika memakainya. Kalau tak pakai langsung macam tak boleh pulak kan since tuntutan kerja dan sebagainya..

 

Apa apa pun aku dah lama berazam untuk kurangkan pakai contact lens macam dulu dah… Pakai bila perlu sahaja… dan kalau rasa nak pergi kedai dekat rumah saje, tak payah pakai contact lens okay.. Sebab aku memang kenal beberapa orang yang ada habit pakai contact lens walaupun kat rumah saja ! Haaa kena kurangkan ye.. Apa apa pun semoga saudari di atas cepat sembuh matanya.. Yang lain tu, take care !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


8 ulasan:

  1. sy dh lama gila tglkan dunia contact lens..leceh nak menjaganya terus je pakai cermin mata..mujur x jadi model ekekek

    BalasPadam
  2. aku rasa memang aku takan pakai lens kot... gile hape nk letak sesuatu dalam biji ata aku ni ...

    BalasPadam
  3. saya seorang pemakai cermin mata yang teringin sangat memakai contect lens. tapi saya takut nak pakai. hehe

    BalasPadam
  4. Nak ingatkan jugak wey, kadang2 some people yang x aware of things yang diorang kena take precaution of before doing something. Better mencegah sebelum terkena. Why not take precautions mcm kau listkan kat atas tu before pakai, kan? Budak ni sah2 dia cakap dia pakai contact lens masa swimming. Swimming mana blh pakai cl. Kwn aku yg amik optometry pun kata dlm air byk bakteria, one of the reason la. And tidur pun jgn pakai for precaution nnt hilang cl dlm mata lagi pedih kang.
    Tp good post to remind others of things to be aware of before wearing them 👍👍

    BalasPadam
  5. kalau pakai lens ganti spek terus mmang la bahana....org yg xrabun pakai lens jrg2 tu pun bila nk kuwa or pegi kelas...but, yg dah memg rabun na gantikan lens dgn spek secara permenant, totally wrong lah...sbb lens kena pakai xleh lebih 8 jam...korg kira lah kalau pegi kelas, bape jam dah korg pakai dari start mekap until kelas habes..bape jam je mata korg nak rehat dpd angkut lens tu...pakai lens kena cerewet...tiap kali na pakai cuci tgn and dont touch anything until the lens hve been applied...sbb nanti kalau sentuh kat mana2 even towel or tisu sekali pun...aku dh hmpir 7 tahun pakai lens..alhamdulillah mata elok lg..ade yg kata lens murah bahaya! aku tak berapa nak setuju wlupun betol.
    bhahaha Lens yg x ok, ade peniaga jual mahal sbb MINDSET kita dah kata, MURAH IS BAHAYA... so nk tahu yg bahaya atau x, korg kena tgk lens tu..kalau terlampau kalerful..n warna pelik2.. THEN luntur kaler bila rendam xkira la sminggu ke sebulan ke...buang je lah...
    aku penah beli lens harga 60 something...3 days rendam, ade kuar kaler lens sikit2 ..buang mcm tu je..bila jumpa lens OK dan murah rm20 le bawah kat Pasar Malam Sri Rampai Khamis malam, stakat ni ok lagi..sbb pakai bila kuwa nk cantek2 je..bukan pakai seolah2 nak gantikan mata hitam utk24 jam (cth je)
    bhahhahaha...
    1 lg, jgn drop kan ape2 UNLESS dia ade tulis suitable for lens....
    klah bhaii =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Same,sye da 7taon pakai sbb rabon...n power agak tggi 600, ats demand keje jgak sgt inconvenient tok pkai spec,So far ok pkai contact lens n mesti hygiene insyaAllah. Nway ikot naluri anda la,klw x perlu n x yakin jgn pkai.(yes saye pkai contact lens korean too)

      Padam
  6. menyeramkan pla huhu.....sy pun dlm dunia model jga tpi sy xpkai contact lens.....kcuali nak kelainan baru pakai tu pun susah sgt hahaha.... apapun yang penting berhati2.....klu jrangkan penggunaan in sha allah ok :)

    BalasPadam
  7. Saye minat pakai lens ..selalu gak pakai tapi tukar ii lah okay je

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay