Assalamualaikum..
Alkisahnya aku terlihat akan status Facebook Neyra Shazeyra ni haaa… kisahnya beliau nak buat facial muka.. Kemudian aku tanya dia, kat mana dia buat.. berapa ringgit dia buat. Tanpa berselindung (cewah!) beliau menjelaskan kepada aku pakej yang diambil hanya berharga RM25 ! Wahh gile tak tertarik ? Kompom la aku tertarik nak tahu di mana tempatnya ! Kemudian si Neyra ni bagi satu link ni kat aku yang membawa aku ke gambar di bawah :
Ahaha serius ini bukan iklan.. sebab semalam Neyra Shazeyra ada kongsi la sikit feedback dia pasal facial session dia kat tempat ni.. So aku pun nak share jugak pengalaman aku haaa.. Tengah menaip pepanjang kat status fesbuk, tetiba aku rasa “ehh baik aku update blog kan” hahaha maka yeah aku tengah menaip entry blog la ni.
Ahaaa kemain dia ni suke benor ye dengan servis Victoria Facelift Malaysia ni yee.. Haa aku pun nak share lah kisah aku ! Jom teruskan membaca entry daku ! Soo.. promonya begini. Kita daftar kat facebook dia (link pendaftaran DI SINI) dan pihak akan call lah siapa yang register thru link tu. Dia akan call untuk tetapkan appoinment, dan dia akan follow up beberapa kali untuk confirm kan kedatangan. Some people mungkin rasa rimas, but for me yang super acah-acah busy ni, memang kena remind dua tiga kali. Andd pakej RM25 ni includes 1 UK Power-Facelift Treatment Facial, 1 set of product + other freebies.
Okay sooo aku pun tertarik la dengan apa yang diwar-warkan oleh Neyra Shazeyra tadi tuu.. then aku pun daftar kat link yang aku share di atas. Keesokannya pihak Victoria Facelift Malaysia call aku untuk terus tetapkan dan confirmkan waktu appoinment yang aku pilih. Kalau ikutkan aku nak sama sesi dengan Neyra, tapi hari tu penuh la pulakkk.
So.. appoinment si Neyra ni jam 3pm.. manakala facial aku pada jam 6pm. Sebenar-benarnya aku LUPA bahawa aku ada appoinment. Nasib jam 4.30 petang camtu dorang call dan nak tanya aku datang ke tak. Kebetulan masa tu memang aku dah berhampiran Mid Valley sebab aku menghala ke ofis aku di KL. So, aku just detour balik and terus ke Mid Valley. Lambat lambat kang jem pulak ye.
Ehee usha sikit la produk yang mereka ada ni… Oh ye..Victoria Facelift Malaysia ni special in treatments for anti-aging, sagging dan wrinkles. Untuk orang muda macam aku uhukkk, dorang ada rawatan seperti UK-Power Facelift dan juga pre-anti aging. TAPI mereka akan memberikan konsultasi dan check keadaan kulit dulu. Okay as for my skin, kulit aku kering sangat.. sampai tahap dehydration. Plus kulit aku akan prone to acne dan parut yang tinggal boleh merebak menjadi pigmentation.
Memandangkan aku daftar dengan promosi ni, kalau aku nak upgrade treatment pun aku akan tambah sikit je la berbanding harga asal. Oh ya aku tidak dipaksa ya, aku memang nak upgrade sendiri sebabnya aku sedar keadaan kulit yang memang tengah sangat tak okay sekarang. Kulit aku dehydration, kering dan banyak sel kulit mati (lepas cek internal dan external). Tompok hitam (bekas parut jerawat) pulak kalau tak dirawat akan merebak jadi pigmentasi ! Tidakkk !!
Ini jadinya bila balik rumah ! Hahaha tak sangka si Neyra ni when it comes to facial facial macam ni, she can be so gigirl !!! Haha jangan marahhh… Yes menurut perbualan di atas jelas menunjukkan kami berdua sama sama berpuas hati dengan perkhidmatan oleh Victoria Facelift Malaysia ni.. Beautifician peramah, mengurut best.. rasa berbaloi dengan harga dibayar sebab teknologi yang digunakan canggih, tak sakit dan macam macam produk ada. Kiranya bukan kerja cincai-cincai punya la. Kami siap janji dah bila nak sama sama pergi lagi facial kat sini hehe..
Okay ini muka aku sehari selepas facial. Tu jerawat dua ketol kat dagu tu, baru semalam dia naik merah gila, macam nak meletop, gatal gatal dan juga tak dapat ditutup dengan mekap ! I’ve tried foundation full coverage, concealer.. semua nya tak boleh cover jerawat yang berketul ketul tu. Alhamdulillah lepas facial jerawat tu mengecut dan kering.
Mekap pulak, biasanya aku buat double layer. Sebab muka aku ni susah lekat mekap, and aku nak cover parut jerawat yang bertompok atas pipi. Biasanya dua kali pump foundation dari botolnya (by the way, aku guna foundation Sephora). Tapi that day, aku pakai satu layer je ! A very light layer. Betullah nasihat pakar.. Kalau nak mekap senang lekat dan nampak lawa kat muka, kulit muka tu kena sihat dulu. Poro pori pun tak obvious dan aku tak perlu pakai krim khas untuk tutup pore tu.
Tak sabar nak pergi lagi buat facial… Aku sekarang lebih kepada nak sihatkan kulit muka, so that I don’t need to wear thick makeup every day dahhh hehe. InshaAllah… Kulit muka kita, kita kena lah jaga elok elok kan. Sebab muka ni bahagian pertama orang akan tengok, dan apa apa kat muka kita ni boleh mempengaruhi keyakinan diri.. betul tak ? Kulit muka aku pun bukanlah elok je sentiasa. So once a month kena lah bagi treatment, kasi “belanja” la muka kita nak relax kan.. Hehehe.. Apa apa pun, ini review ikhlas dari pelanggan yang berpuas hati. Gituu.
Psstt.. di Victoria Facelift Malaysia siapa yang student tu boleh dapat potongan 40 ke 50% ! Wohooo…
XOXO,
Putewi Hensem.
Murah nya harga rawatan facial, teringin nak buat facial pulak :-)
BalasPadamDah lawwa kak nisa :-)
BalasPadamAda kesan sampingan x nisa?
BalasPadamAda kesan sampingan x nisa?
BalasPadamaku baru baca entry ni HAHHAA
BalasPadamMemangla murah ..lpstu da wat facial sume kne pksa byr deposit 2k ..untuk smbg sesi ..memaksa pulak tu!
BalasPadam@Haz Sweet TAK SEMUA. Pakej yang mereka ada rasanya takde sampai puluhan ribu. siap ade pakej utk student. dia mmg kena amik pakej selepas tu tapi menurut pengalaman sendiri dan pengalaman rakan yang buat rawatan kat sini, kita boleh je pilih utk tidak ambil pakej. atau ambik pakej tapi byr sikit2. takde pulak kena paksa kaw kaw macam sesetengah pusat kecantikan lain tu.
BalasPadam