Memaparkan catatan dengan label Sunsilk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sunsilk. Papar semua catatan

Khamis, 22 Oktober 2015

Kecapi Impianku bersama Sunsilk –platform keemasan buat para gadis berhijab !

 
 
 
 
 
Assalamualaikum…
 
 
 
IMG_2248_thumb
 
Hari tu Nisa ada dapat undangan dari pihak Sunsilk untuk satu acara pelancaran program terbaru dari Sunsilk dengan kerjasama Astro. Undangan ni Nisa dapat menerusi Nuffnang. Thank you Nuffnang ! Masuk je Flora Terrace kat Hampshire Place tu, kemain haa terpaku kejaplah tengok deko kat dalam tu, penuh je bunga bunga di atas kepala.. dah macam majlis perkahwinan. Tema memang sweet je…
 
 
 
 
IMG_2262_thumb
 
Thank you Samantha from Nuffnang for the company (in the middle) ! Dan turut berada di sana ialah blogger dan usahawan terkenal R Nadia Sabrina.. yeayyy !
 
 
 
 
IMG_2281_thumb
 
Majlis dimeriahkan dan diacarakan oleh pelakon dan penyampai radio terkenal, Sharifah Aleya. Hee I like her, a lot ! She’s bubbly and funny !
 
 
 
 
 
IMG_2275_thumb
 
Jadiiii.. masa yang ditunggu telah tiba ! Pihak Sunsilk telah melancarkan program TV yang dinamakan “Kecapi Impianku bersama Sunsilk” dengan kerjasama Astro. Menurut Sylvie Ting (Pengurus Jenama), rancangan ini akan memberikan platform kepada para gadis berhijab di luar sana untuk mencapai cita-cita mereka dalam bidang yang diminati.
 
 
 
 
 
IMG_2307_thumb
 
 
 
Lebih info mengenai rancangan “Kecapi Impianku bersama Sunsilk”  :
  • Sunsilk begitu komited untuk memperkasakan wanita berhijab dalam mencapai impian dan berkongsi kisah mereka.
  • Sunsilk telah memilih TIGA (3) orang role model untuk membimbing TIGA (3) gadis berhijab yang bakal terpilih untuk mencapai cita-cita mereka dalam bidang masing-masing.
  • Mentor Najwa Latif akan membimbing protégé terpilih dalam bidang muzik.
  • Mentor Melissa Saila akan melatih protégé yang terpilih untuk mencapai cita-cita dalam bidang perfileman.
  • Mentor Khairunnisa Kasnoon (pembaca berita Astro Awani) akan membimbing protégé untuk bidang kewartawanan.
  • Ketiga-tiga peserta akhir TIDAK bersaing, masing-masing akan melalui pengalaman untuk belajar daripada mentor yang ditetapkan.
  • Perjalanan ketiga-tiga gadis berhijab yang terpilih akan disiarkan menerusi Astro saluran 104 (Astro Ria)  HLIVE! bermula 14 Oktober 2015, setiap hari Rabu, Khamis & Jumaat jam 8.30 malam.
 
 
 
 
 
 
IMG_2338_thumb1
 
Khairunnisa Kasnoon dan Khairunnisa Aminullah ! Hehehee~
 
 
 
 
IMG_2346_thumb1
 
Entry diakhiri dengan selfie bersama mommy blogger yang comel sangat yakni Yuyu Zulaikha !!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
XOXO,
Putewi Hensem

Read More»

Rabu, 22 Ogos 2012

Jom bergaya dengan tutorial hijab Scarflets, dan berpeluang menang RM1500 !


Assalamualaikum…



AD_SH_180ml-horz

Siapa tak kenal jenama SUNSILK? Haaa jenama yang begitu popular ni merupakan rangkaian syampu dengan harga yang amat berpatutan tapi dengan kualiti tinggi. Kat rumah aku aje macam-macam jenis Sunsilk yang kami guna. Mak aku suka Sunsilk Lively Clean & Fresh (hijau) tu, adik aku suka Sunsilk Silky Smooth & Manageable (pink), abah aku pulak pakai Sunsilk Andti-Dandruff Solution  yang warna biru. Aku pulak pakai Sunsilk Damaged Hair Reconstruction untuk perbaiki rambut rosak.




399558_430651053645856_662164783_n

Tapi sekarang aku bertukar kepada Sunsilk Lively Clean & Fresh sebab dia ada rumusan untuk mengawal minyak pada kulit kepala, memastikan kulit kepala bersih dan segar. Memang sesuai sangat dengan wanita bertudung!


Sebab kadang kala bila cuaca panas, kulit kepala akan mula gatal-gatal sebab kulit kepala kurang bersih dan berminyak. Bila pakai je syampu ni serius masalah tu boleh di atasi!  Dengan kesegaran yang berpanjangan, kita para wanita berhijab pun akan merasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai, takdelah tergaru-garu kepala tu ye dak!


Baiklah, bercerita pasal Sunsilk Lively Clean & Fresh ni, pada 12 Julai hingga 26 Julai yang lalu Sunsilk ada menampilkan gadis-gadis Scarflets dengan gaya-gaya tudung yang menawan untuk para hijabista semua. Korang kena undi gaya kegemaran dan pengundi bertuah akan dapat pergi ke bengkel bersama Scarflets!




finalis

Dan kini, 4 gaya tudung dengan undian tertinggi akan tampil dengan video tutorial.




SS_prizes_screenshot

Untuk minggu ketiga hingga minggu keenam (6 Ogos hingga 31 Ogos 2012) pula, korang berpeluang menang hadiah! Empat pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk memenangi wang tunai RM1500 dan memenangi jemputan ke Bengkel Hijab Sunsilk!


Korang hanya perlu pergi ke facebook Sunsilk Malaysia, tengok video tutorial tersebut, belajar memakai hijab seperti dalam tutorial, dan ambik gambar anda menggayakan hijab tersebut dengan tema mingguan. Haa jadilah hijabista yang paling vouge de vass sebab anda mungkin memenangi hadiah di atas!!



Selain daripada dapat bergaya dengan gaya hijab yang cantik di pagi raya, kalau menang, bertambah-tambah seronoklah sebab dapat duit raya kan??? Selamat mencuba!




Sign PNG NisaKay

Read More»

Jumaat, 20 Julai 2012

Menangi jemputan ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets !

 

Assalamualaikum…

 

Hari ni banyak habiskan masa di facebook juga twitter… Blogwalking sana sini, dan tak lupa juga tengah mencari-cari apa isu best yang sedang melanda laman web sosial yang saban hari kita guna ni.. Dan.. jeng jeng jeng… aku ada berita best untuk gadis-gadis berhijab yang amat sukakan gaya trendy!

 

sunsilk

Aku duk usha page Sunsilk kat facebook, dan wowww mereka akan mengadakan Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets! Gadis-gadis berhijab mesti kenal Scarflets kan, kumpulan gadis berhijab yang pandai bergaya dan menjadi inspirasi dalam dunia fesyen muslimah masa kini..

 

Sunsilk akan menjemput mereka-mereka yang bertuah untuk menghadiri Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets ni! Wahh mesti best siapa yang dapat tu kan. Dapat jumpa dengan gadis fashionista Scarflets, dan dapat juga belajar tentang gaya hijab terkini! Ohhh macam mana nak dapatkan jemputan tu???

 

(1) First sekaliii korang klik LINK INI untuk ke page Sunsilk Malaysia di facebook.

sunsilk 1

Bila dah klik link yang aku bagi tadi tu, korang kena pastikan yang korang dah klik LIKE untuk fanpage Sunsilk Malaysia ni. Bila dah like, satu paparan macam yang kat atas ni akan muncul. Klik tab CARA UNTUK MENANG untuk maklumat lanjut bagaimana nak menang jemputan ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets.

 

 

(2) Lepas tu paparan macam kat bawah ni akan muncul :

sunsilk 5

Untuk minggu pertama hingga minggu kedua ni, korang perlu undi gaya hijab kegemaran korang… Share banyak kali mengenai gaya hijab yang korang suka tu dan lagi banyak korang share lagi besarlah peluang untuk korang menang jemputan ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets ! Hanya 10 yang bertuah aje akan dijemput!

 

sunsilk 6

Haaa untuk minggu ke 3 hingga minggu ke 7 pulak, Sunsilk akan mengeluarkan video tutorial untuk 4 gaya hijab dengan undian tertinggi. Satu minggu, satu video sahaja yang akan dikeluarkan. Haa masa ni lah kita kena cuba gaya hijab berkenaan dan berpakaian mengikut tema mingguan. Upload foto dan jika anda dipilih sebagai penyertaan paling kreatif, anda boleh menang hadiah lumayan!!

 

 

(3) Lepas dah baca segala maklumat tadi bolehlah klik semula di tab LAMAN UTAMA.

sunsilk 1

Memandangkan sekarang ni masih lagi di peringkat undian, korang kena undi dan share banyak kali gaya kegemaran korang! Klik pada yang aku label bombor 4 tuu…

 

 

(4) Lihat kesemua gaya hijab yang dipertandingkan. Ada 12 gaya hijab kesemuanya.

sunsilk 3

Pilih gaya hijab pilhan hati anda, kemudian klik UNDI !

 

 

(5) Jika anda belum mendaftar, bila anda klik UNDI tu, paparan borang pendaftaran akan keluar.

sunsilk 4

Daftar sekarang jika anda belum mendaftar, dan undilah gaya hijab kegemaran korang! Jangan lupa klik butan SHARE di sebelah butang UNDI tadi dan share mengenai gaya kegemaran korang kat Facebook!

 

Apa lagi korang tunggu? KLIK SINI! KLIK SINI !, undi dan share gaya hijab kegemaran korang! Lagi banyak korang share, lagi besar peluang untuk memenangi jemputan ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets ! Mungkinkah korang yang bertuah yang akan memenangi jemputan tersebut?

 

Dan setialah bersama Sunsilk untuk video mingguan dan anda boleh cuba sendiri gaya hijab tersebut! Mungkinkah korang yang fashionista dan kreatif dan bakal dipilih sebagai pemenang wang tunai RM1500??? Mungkinkahhh? Apa lagi gadis hijab! Jom join!!

 

 

KLIK SINI : Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay