Assalamualaikum..
Ya ampun dah berbulan lamanya Nisa kembali dari Seoul dan Jeju Korea untuk innisfree Green Tour ni.. tapi blogpost untuk cerita penuh masih belum bertemu kesudahannya ! Marilah kita mengagahkan diri untuk update selaju yang mungkin yaaa.. Nanti balik rumah dah takde internet nak update blog ! Hahaha.. Okay.. dalam entry innisfree Green Tour 2015 – Korea Part 6 sebelum ni menceritakan pengalaman Nisa di innisfree Jeju House kan… Seterusnya, kami menapak ke bangunan sebelah…
Betul-betul dalam kawasan yang sama terletaknya O’SULLOC TEA MUSEUM ni…
Di dalam O’Sulloc Tea Museum ini terdapat sebuah café yang menjual pelbagai makanan yang berasaskan teh dan juga teh hijau… Hahaa kami perhati je orang makan green tea rolled cake.. macam sedap ! Tapi disebabkan kami menuju ke tempat lain, maka kami tengok je lah dari jauh ye ekeke…
Di sini juga pengunjung boleh membeli rangkaian teh premium dari O’Sulloc.
Mungkin boleh dijadikan hadiah di hari penting ke apa kan..
Kalau nak tahu, green tea ni sangat sangat banyak khasiat dan kegunaan.. Semuanya mereka discover melalui kajian bertahun-tahun. Contohnya, di O’Sulloc ni ada jugak jual produk yang berasaskan green tea seperti sabun wajah dan facial mist. Menarik ! Harga punnnnn menarik wakaka..
Di O’Sulloc ini kita boleh naik ke tingkat teratas sekali (kalau tak silap tingkat 3 ke 4 haha) dan boleh menikmati pemandangan sekeliling yang serba hijau, ladang the hijau yang terbentang.. Memang sangat refreshing, suka sangat duk atas ni. Angin pun bertiup syahdu je ecehhh feeling lagu Andai Hatiku Bersuara pulak kat situ. Ehh !
Ladang green tea seumpama karpet !! Awesome kan..
Bila la lagi dapat menatap pemandangan macam ni dengan mata kepala sendiri kann…
Seterusnya, kami ke TEA STONE. Tea Stone yang terletak di dalam O’Sulloc ni sebenarnya tempat di mana pengunjung berpeluang mempelajari budaya tradisi Korea iaitu ritual minum teh. Tapi kalau tak silap Nisa, tempat ni tidak terbuka kepada pengunjung awam. Hmmm mungkin kena book atau kena bayar..
Bahan bahan semua dah disediakan di atas meja.. Tinggal ikut je langkah-langkah cara minum teh cara orang Korea.. Wahh Korean sungguh diri ini kurasakan. Wakaka..
Emmmm segarnya dapat minum air teh niii… Ada tiga perisa berbeza tau.
Memang syiok… Nampak tak betapa fokusnya diriku di situ..
Ingat tak tadi masa awal-awal tadi Nisa ada sebut mengenai kek green tea.. Alhamdulillah dapat juga kami merasa kek tersebut, disulami dengan air green tea sejuk. Perghhh lega keinginan anak tekak ni haa.. Kalau tak sampai ke sudah la teringat-ingat ye dakk…
Selepas melegakan perut dengan kek dan air green tea tadi, kami bertolak ke satu kawasan berbukit. Masa tu aku dah berfikir, “Ah sudah nak ke mana pulak kita ni ?” Tapi pemandangn serba hijau memang menenangkan..
Yeayyy kami pergi petik buah oreng tangerine di Pulau Jeju, Korea !! Menurut orang kat situ, masa kami pergi tu bukanlah tengah musim tangerine pun.. jadi hanya sesetengah kawasan je di Pulau Jeju ni yang ada pokok tangerine yang sedang berbuah. Kami bernasib baik sebab kebun yang kami pergi ni banyakkk tangerine !
Ehhh haa tu banyak lagi ! Kat dalam tu banyakk lagi ! Petikk semuaa.. petikk.. Kami kemudian diberi beg plastik untuk simpan buah yang kami petik tadi, then kami boleh bawak balik yeayyy ! Memandangkan flight pulang kami keesokan harinya.. inshaAllah boleh tahan punye.. janji packing elok elok dalam beg. Wakakak…
Tengoklah betapa kecur air liur kami dengan buah tangerine yang segar ni ! Sangat juicy dan masam manis gituu… Makan pulak di Pulau Jeju, bertambah enak rasanya. Ehh ada kaitan ke?? Wakakakaa…
Sekian adventure kami di sekitar Pulau Jeju… Tak sabar nak balik hotel sebab kami ada dinner istimewa.. Kira ala-ala farewell dinner serta majlis penutup laa gituu.. Excited tapi dalam masa yang sama sedih jugaakkkk sebab dah nak sampai ke akhir trip huwaaa ! Apa-apa pun stay tuned tau semua.. sebab Nisa nak buat GIVEAWAY produk serta hankie istimewa innisfree !
XOXO,
Putewi Hensem
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!