Memaparkan catatan dengan label Jeju House. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jeju House. Papar semua catatan

Khamis, 19 November 2015

innisfree Green Tour 2015 – Korea Part 7

 

Assalamualaikum..

 

Ya ampun dah berbulan lamanya Nisa kembali dari Seoul dan Jeju Korea untuk innisfree Green Tour ni.. tapi blogpost untuk cerita penuh masih belum bertemu kesudahannya ! Marilah kita mengagahkan diri untuk update selaju yang mungkin yaaa.. Nanti balik rumah dah takde internet nak update blog ! Hahaha.. Okay.. dalam entry innisfree Green Tour 2015 – Korea Part 6 sebelum ni menceritakan pengalaman Nisa di innisfree Jeju House kan… Seterusnya, kami menapak ke bangunan sebelah…

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (19)

Betul-betul dalam kawasan yang sama terletaknya O’SULLOC TEA MUSEUM ni…

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (20)

Di dalam O’Sulloc Tea Museum ini terdapat sebuah café yang menjual pelbagai makanan yang berasaskan teh dan juga teh hijau… Hahaa kami perhati je orang makan green tea rolled cake.. macam sedap ! Tapi disebabkan kami menuju ke tempat lain, maka kami tengok je lah dari jauh ye ekeke…

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (21)

Di sini juga pengunjung boleh membeli rangkaian teh premium dari O’Sulloc.
Mungkin boleh dijadikan hadiah di hari penting ke apa kan..

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (22)

DSC02988

Kalau nak tahu, green tea ni sangat sangat banyak khasiat dan kegunaan.. Semuanya mereka discover melalui kajian bertahun-tahun. Contohnya, di O’Sulloc ni ada jugak jual produk yang berasaskan green tea seperti sabun wajah dan facial mist. Menarik ! Harga punnnnn menarik wakaka..

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (31)

Di O’Sulloc ini kita boleh naik ke tingkat teratas sekali (kalau tak silap tingkat 3 ke 4 haha) dan boleh menikmati pemandangan sekeliling yang serba hijau, ladang the hijau yang terbentang.. Memang sangat refreshing, suka sangat duk atas ni. Angin pun bertiup syahdu je ecehhh feeling lagu Andai Hatiku Bersuara pulak kat situ. Ehh !

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (23)

Ladang green tea seumpama karpet !! Awesome kan..
Bila la lagi dapat menatap pemandangan macam ni dengan mata kepala sendiri kann…

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (24)

Seterusnya, kami ke TEA STONE. Tea Stone yang terletak di dalam O’Sulloc ni sebenarnya tempat di mana pengunjung berpeluang mempelajari budaya tradisi Korea iaitu ritual minum teh. Tapi kalau tak silap Nisa, tempat ni tidak terbuka kepada pengunjung awam. Hmmm mungkin kena book atau kena bayar..

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (26)

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (27)

Bahan bahan semua dah disediakan di atas meja.. Tinggal ikut je langkah-langkah cara minum teh cara orang Korea.. Wahh Korean sungguh diri ini kurasakan. Wakaka..

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (25)

Emmmm segarnya dapat minum air teh niii… Ada tiga perisa berbeza tau.
Memang syiok… Nampak tak betapa fokusnya diriku di situ..

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (28)

Ingat tak tadi masa awal-awal tadi Nisa ada sebut mengenai kek green tea.. Alhamdulillah dapat juga kami merasa kek tersebut, disulami dengan air green tea sejuk. Perghhh lega keinginan anak tekak ni haa.. Kalau tak sampai ke sudah la teringat-ingat ye dakk…

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (32)

Selepas melegakan perut dengan kek dan air green tea tadi, kami bertolak ke satu kawasan berbukit. Masa tu aku dah berfikir, “Ah sudah nak ke mana pulak kita ni ?” Tapi pemandangn serba hijau memang menenangkan..

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (33)

Yeayyy kami pergi petik buah oreng tangerine di Pulau Jeju, Korea !! Menurut orang kat situ, masa kami pergi tu bukanlah tengah musim tangerine pun.. jadi hanya sesetengah kawasan je di Pulau Jeju ni yang ada pokok tangerine yang sedang berbuah. Kami bernasib baik sebab kebun yang kami pergi ni banyakkk tangerine !

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (34)

Ehhh haa tu banyak lagi ! Kat dalam tu banyakk lagi ! Petikk semuaa.. petikk.. Kami kemudian diberi beg plastik untuk simpan buah yang kami petik tadi, then kami boleh bawak balik yeayyy ! Memandangkan flight pulang kami keesokan harinya.. inshaAllah boleh tahan punye.. janji packing elok elok dalam beg. Wakakak…

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (35)

Tengoklah betapa kecur air liur kami dengan buah tangerine yang segar ni ! Sangat juicy dan masam manis gituu… Makan pulak di Pulau Jeju, bertambah enak rasanya. Ehh ada kaitan ke?? Wakakakaa…

 

Sekian adventure kami di sekitar Pulau Jeju… Tak sabar nak balik hotel sebab kami ada dinner istimewa.. Kira ala-ala farewell dinner serta majlis penutup laa gituu.. Excited tapi dalam masa yang sama sedih jugaakkkk sebab dah nak sampai ke akhir trip huwaaa ! Apa-apa pun stay tuned tau semua.. sebab Nisa nak buat GIVEAWAY produk serta hankie istimewa innisfree  !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Khamis, 15 Oktober 2015

innisfree Green Tour 2015 – Korea Part 6

 

Assalamualaikum…

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (1)

 

Siapa baca innisfree Green Tour 2015 - Part 5 mesti tahu aku ke Jeju Island, dan singgah di pusat penyelidikan green tea.. Tahukah anda, seberang je dari pusat penyelidikan tu, terletaknya salah satu tarikan di Pulau Jeju iaitu JEJU HOUSE oleh innisfree .

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (2)

Sangat bersih, cantik dan aman damai je kat kawasan sekeliling Jeju House ni ! Memang sangat seronok dan sejuk je mata memandang. Udara yang segar dan angin sepoi-sepoi bahasa sangat ! Alhamdulillah.. Terima kasih Allah di atas cuaca yang sangat baik pada hari tu.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (3)

Antara keunikan di Jeju House ialah, hanya di Jeju House sahaja you guys boleh berkunjung dan mengisi perut di Organic Green Café ! Tapi ada makanan yang tidak boleh kita orang Muslim makan ya.. Jus buah boleh minum.. Kalau nak makan boleh beli fish cake atau rice balls yang datang dengan sup seaweed.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (4)

Jus buah-buahan yang sangat menyegarkan ! Nisa minum yang warna hijau tuuu..

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (5)

HANYA DI JEJU HOUSE korang boleh beli handmade candy ni tau.

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (6)

HANYA DI JEJU HOUSE anda boleh mendapatkan jem yang diperbuat dari bahan bahan semulajadi Pulau Jeju. Eksklusif tau haaa…

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (7)

Ini dia juadah makan tengahari Nisa di Organic Green Café, Jeju House, Pulau Jeju. Actually portion dia agak besar. So kalau perut kecik kecik tu boleh share berdua kot. Segumpal rice ball tu pun penat nak habiskan haha ! Jus pudina dengan berries tu pulak sangat menyegarkan dan menyamankan anak tekak !

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (12)

Jeju House di Pulau Jeju ni sangat luas, besar dan selesa untuk para pengunjung. Ini pulak pameran antara unsur-unsur atau bahan-bahan utama yang terkandung di dalam produk innisfree. Dari hujung kiri sana, tangerine oil, green tea, bunga camellia dan bunga canola.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (13)

Bukan sahaja pengalaman melihat semua elemen yang Nisa sebut tadi di depan mata, malah boleh mendengar kicauan burung, hembusan angin bayu dan jugak bunyi air laut menghempas pantai. Sangat menenangkan dan membuat kita rasa dekat dengan alam semula jadi di Pulau Jeju.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (14)

See, touch, listen and smell. Semua anda boleh lakukan di sini, di JEJU HOUSE, Pulau Jeju, Korea. Yang ini pulak kami sedang bau haruman serta aroma bahan-bahan semulajadi dan jugak bunga-bunga yang ada di Pulau Jeju, dan semestinya yang digunakan di dalam produk innisfree. Sangat awesome.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (9)

Selain Organic Green Café, antara aktiviti yang boleh pengunjung lakukan ialah pembuatan NATURAL SOAP. Apa yang anda perlu buat hanyalah membeli pek bahan-bahan sabun yang anda inginkan. Anda boleh beli pek green tea, tangerine soap atau volcanic soap. Harga untuk satu pek ialah 15,000 won.

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (8)

Kemudian, lepas beli pek tersebut, anda boleh mulakan membuat sabun anda sendiri di tempat yang disediakan. Untuk satu pek tadi, boleh buat 3 biji sabun. Jadi anda boleh gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan sabun yang menarik !

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (10)

Gigih tau nak uli sabun tu kasi sebati dengan serbu volcanic pore tuuu hahaha. Dalam pek tadi tu ada wet tissue untuk anda bersihkan tangan, soap base, serbuk volcanic pore dan jugak kerta serta sticker untuk packaging sabun setelah siap nanti.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (11)

Ini dua daripada 3 sabun yang aku hasilkan. Gituuu.. Ada jugak cop huruf dan corak di situ, jadi boleh buat ikut suka hati anda muehehe.. Bila dah siap, korang boleh bungkus sabun ni, boleh juga diberi kepada kawan-kawan atau keluarga sebagai cenderahati.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (15)

Oh yaa… saja lah nak share hehehe.. antara produk innisfree yang hanya boleh didapati di Jeju House sahaja ! Yang ini memang sangat eksklusif. Yang belah kanan dalam kotak warna putih tu merupakan pek eksklusif best-selling facial mask oleh innisfree. Ini bermakna anda boleh beli 5 jenis facial mask mereka yang paling best-selling dalam satu kotak ! Belah kanan dalam pek warna hijau pula merupakan travel pack eksklusif untuk rangkaian green tea series dari innisfree.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (16)

Essential Canola Oil ini pun boleh didapati hanya di Jeju House ! Ini bermakna kalau anda pergi ke outlet innisfree yang lain anda tidak akan dapat menemuinya ! Gituu.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (18)

Ahaaa terpampang besar besar haa.. Jeju House oleh innisfree ! Seronok sangat dapat luangkan masa dan juga buat pelbagai aktiviti kat Jeju House ni..

 

 

Jadi sesiapa yang nak bercuti ke Korea tu, boleh lah jadikan Pulau Jeju antara destinasi wajib dan juga jangan lupa singgah di Jeju House tau ! Boleh lah korang dapatkan produk innisfree yang hanya dijual secara eksklusif di Jeju House ni ! Ahaa baru lah limited gituuu. Juga buat kenang-kenangan dari sini…

 

Baiklah, selepas ke Jeju House ni, kami rombongan kami serbu pulak O’Sulloc Tea Museum yang terletak hanya di sebelah Jeju House ni aje. Tapi untuk itu kena tunggu entry seterusnya ya ? Banyak gambar nak share tu, jadi Nisa decide nak letak dalam entry berlainan sahajalah ya. Stay tuned readers !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Copyright © Nisa Kay