Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan

Rabu, 28 September 2016

VIDEO | Soft Smokey & Glitter Eyes Makeup




Assalamualaikum...

Haa kali ini Nisa nak kongsikan langkah demi langkah bagaimana Nisa dapatkan makeup look "soft smokey" ini. Biasanya kalau orang buat smokey eyes mesti guna warna yang gelap. Tapi hari ni Nisa guna warna soft brown atau tone chocolate camtu untuk buat soft smokey effect. Ecehhh kemain haku ni macam pandai sangat je.



Read More»

Selasa, 6 Januari 2015

My Cats – Kawan Baru : Lofa si Kucing (PART 3)

 

Assalamualaikum..

 

Haa siapa pernah baca entry aku sebelum ni mesti tahu kan, aku membela dua ekor kucing yang bam bam dan sangat manja dan sangat mengada. Mih mih mih.. dalam kisah kucing-kucing aku PART 2, aku ada ceritakan yang kucing aku, si Ash tu bersendirian kat rumah sebab aku bagi kawan aku Hizami jaga Chiky. Masa tu aku nak mating kan Chiky dengan kucing Hizami, si Loki tu…

 

Tapi, Ash pulak jadi macam a bit murung sebab takde kawan nak main kejar-kejar dengan dia.. Takde kawan nak manja-manja, nak jilatkan kepala dia.. aloloo aku jadi tak sampai hati pulak dengan Ash tu… Jadi aku kembali ke Melaka, aku pinjam pulak kucing Hizami yang lagi sekor..

 

Kucing Nisakay 2

 

Taraaa ini lah dia LOFA ! Haaa Hizami yang bagi nama dia Lofa, maybe nak bagi dekat-dekat dengan nama Loki si Kucing kot ? Soo.. memandangkan Chiky ada dengan Hizami, so aku pinjam kejap la si Lofa ni buat peneman kat sini dengan Ash.

 

Kucing Nisakay 4

 

Kucing ni Hizami dapat dari kawan dia jugak.. Spesis apa aku tak sure.. Badan kurus je macam kucing biasa.. Tapi bulu dia panjang.. aku rasa Lofa ni spesis Domestic Long Hair (DLH) kot.. tapi dia ada corak yang agak unik pada aku.. And bulu dia memang naturally berkilat..

 

Kucing Nisakay 3

 

Memandangkan proses mating antara Chiky dengan Loki masih tak nampak hasil nye (muahaha!), maka lama sikitlah aku bela Lofa kat sini, sebab Chiky masih di Melaka.. Kadang-kadang aku turun ke sana melawat anak aku yang sekor tu.. Jual mahal sangat.. Bukan tak hensem Loki tu.. gagah perkasa okeh. Wakakaa…

 

Kucing Nisakay 5

 

Tapi makin lama aku bela Lofa ni, makin manja pulak dia dengan aku.. Alahaii aku dah la rapuh sikit hati aku dengan kucing yang manja-manja ni… Lofa ni jenis cepat faham bila kita panggil dia. Aku tak pakaikan pun loceng kat dia… bila dipanggil je, laju je dia datang. Bagus betul.. Kadang-kadang bila aku tengah lepak kat katil, main laptop, tahu-tahu je dia dah datang baring kat kita.. satu habit Lofa ni, dia kalau baring kat kit, mesti dia nak sandar kat badan kita, or kaki or tangan. Alalalaa.. comellll.

 

Kucing Nisakay 1

Tengok tuuu.. seronok ye dia nak berguli-guling atas katil akuu. Hhahaa.. dasar manja benorr…. Lofa ni, lepas beberapa bulan duduk dengan aku, dia dah mula resah gelisah dah. Satu rumah dia bising duk mengiaw jee.. Ash pulak bukan nak kat Lofa ni.. sudahnya, aku pinjam kucing kawan adik aku, untuk kenen kan dengan si Lofa ni..

 

Dalam dua hari je, dia dah settle mengawan. Haaa amboi rakus betoi kau ni Lofa.. Tak padan ke badan kecik ! Hahahahah !!!!! Makanya, hari tu aku pergi Melaka, angkut kucing-kucing aku sekali sebab tak sempat nak hantar boarding.. Lepas tu, dan dan dapat tahu yang Chiky dah pun bunting.. Haaa ! Jadi aku bawak Chiky balik, dan tinggal Lofa kat Melaka… Maklumlah kucing bunting ni kena ada persediaan mak bidan wakakakaa…

 

Jadi sekarang tunggu masa je lah si Chiky tu poofff keluar anak anak ! Hope yang keluar tu comel comell auwwww ! Tak sabar aku dengan Hizami nak menimang anak-anak kucing ! Hiksss… Bagi yang masih lost mana satu kucing aku Chiky dan Ash.. boleh rujuk entry ni :

 

 

 

 

XOXO, Putewi Hensem !


Read More»

Sabtu, 6 Disember 2014

Berlakon short film lah pulak ye ?

 

Assalamualaikum..

 

Haa baca tajuk pun dah tahu aku nak cerita pasal aku. Yes, pasal diriku yang sekarang ni kemain lagi mengada-ngada nak try berlakon pulak dahh. Tapi jangan salah faham ye, awal awal aku bagi tau ni, aku bukan berlakon dalam filem ke apa.. cuma berlakon untuk short film untuk assignment final project besfren aku haaa..

 

selfie 2

 

Jeng jengg.. ini dia poster shortfilm yang dihasilkan oleh group kawan aku ni, yang dinamakan GUA RABON PRODUCTION. Hahaa kisahnya semua ahli dalam group ni RABUN ! Aku pun sama.. wakakakaa.. memang gua rabon kan…

 

Okay seperti yang korang tengok kat dalam poster tu, simboliknya aku selfie sambil kena ikat tu, bermakna selfie dan kejadian aku diculik tu berkait rapat… Jadi, korang dah boleh agak dari sini, bahawasanya ada sesuatu yang terjadi dek kerana perbuatan selfie tu… Seram ke idokk. Hahaha.. Memandangkan aku berlakon dengan besfren aku dalam short film ni, aku rasa geli geleman nak mati bila tengok aksi-aksi yang.. errr.. AHAHAA taknak lah cerita kat sini kan, korang kena tengok lah.

 

 

OFFICIAL TRAILER – WATCH HERE :

https://www.youtube.com/watch?v=QDy8YBHvLlU

 

IEJAM

 

Oh ye… aku nak explain kat sini, hope semua bagi perhatian kejap ye hehehe.. Memandangkan short film ni merupakan projek akhir untuk matapelajaran kawan aku kat UIA, maka segala likes, view, share dan video reach statements diambil kira untuk penilaian oleh pensyarah dorang.. So aku mintak tolong korang yang baca ni sikittt.. boleh dak ? Hehehee…

 

FIRST, LIKE PAGE : CMC #Selfie
https://www.facebook.com/selfieiium

 

SECOND, WATCH THE FULL VIDEO OF THIS SHORT FILM HERE :
https://www.facebook.com/video.php?v=732340820184165

 

THIRD, please LIKE, COMMENT and SHARE this video on your Fesbuk !

 

 

Seriously, all they need is these three simple steps and a little support from you guys ! Dan kami memohon maaf jika ada kekurangan dari pelbagai aspek untuk short film ni.. maklumlah student kan, dan masih banyak yang perlu dipelajari dan improve. Semua kebaikan korang, ALLAH sahaja yang dapat balas. I am so grateful if ada yang sudi LIKE, KOMEN dan SHARE short film ni di fesbuk. Terima kasih !

 

 

XOXO, Nisa Kay.


Read More»

Jumaat, 5 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 4 – Buku kegemaran seorang Nisa Kay

 

Assalamualaikum…

 

Actually aku dah a bit outdated untuk cabaran ni.. Hari ni dah 5 hari bulan, so kena masuk entry kelima dah haa.. tapi aku start join cabaran ni 2hb hari tu, so aku kena kejar satu lagi entry.. Takpe takpe.. akan ku gagahkan jemari kurang runcingku ini untuk menaip entry-entry. At leastt meriah sikit lah blog aku ni. Takdelah berhabuk sunyi sepi je kan.

 

 

image (2)

Haa bercerita pasal buku, aku ni memang peminat buku. Terutamanya buku-buku fiksyen lah kan. Aku ni kurang sikit baca bahan bacaan berat. Aku suka kisah penyiasatan gitu. Kalau siri tv pon aku suka tengok pasal penyiasatan contohnya siri CSI. Oh ye, gambar di atas ialah almari buku aku. Nasib aku tak pergi pesta buku kat SACC Shah Alam minggu lepas, kalau tak tambah lagi barang sepuluh dua buku. HAHA !

 

 

 

image (1)

Actually aku takde buku spesifik yang aku minat, sebab aku baca banyak buku. So currently, kegemaran aku adalah buku-buku terbitan FIXI. Aku rasa ramai je yang dah tahu buku-buku terbitan FIXI datangnya dari penulis-penulis muda dan tempatan. Dan penggunaan bahasanya memang “remaja” lah kan. Lebih bahasa pasar dan penulisannya macam kita borak dengan kawan-kawan kita je.

 

Lagi satu aku suka buku-buku terbitan FIXI ni, dia punya skop karya tak terhad kepada cerita cintan-cintun. Ada kisah misteri, kisah fantasi, futuristik dan jalan cerita yang tak terjangkau dek akal kita. Haha macam mana tuh? Kalau nak tahu korang kena lah start kumpul buku-buku terbitan FIXI ni. FIXI selalu jugak bukak booth kat events dan juga pesta-pesta buku haa. Maka cecepat lah dapatkannya ye? Dah macam iklan lak aku HAHA !!

 

Selain FIXI, antara buku kegemaran aku ada jugak dari terbitan Lejen Press, novel cintan-tangkap-leleh dengan jalan cerita agak cliche dari pelbagai terbitan. Haha !! Tapi sebenarnya aku suka beli buku tapi selalu takde masa nak baca ! Banyak buku-buku aku yang masih berbalut plastik kedai buku ! Bahahahaa.. Sabor je lah ye dak.

 

 

 

P/S :
Sebenarnya cabaran 30 hari ni BUKANLAH CONTEST dapat hadiah ke apa. Ia merupakan inisiatif beberapa blogger untuk memantapkan blog masing-masing dengan memastikan, dalam satu hari at least ada SATU ENTRY WAJIB UPDATE supaya blog tak dibiarkan sunyi sepi sampai berkurun lamanya tak update. Then ramai lak nak join kan. So ini bukanlah contest ye. TQ

 

 

 

 

 

Terima kasih sudi baca ! Muahhh !!


Read More»

Sabtu, 22 Mac 2014

Alkisah Nisa Kay dan kucing

 

Assalamualaikum..

 

Wah wahh macam lama je tak bercerita mengenai haiwan kesayangan kat blog ni ? Haha lama tak bercerita sebab aku mana ada bela kucing pon.. Tapi sebab kan hidup aku ni pagi petang siang malam duk mengadap stok baju je kan, maka aku telah bulatkan tekad untuk mencari seorang teman hidup. HAHA.

 

Takdelah gitu.. tapi memang aku nakkan teman kat rumah. Buat lepas stress, yang comel yang boleh gomol gomol. Baby? Erkkk nak baby kena kawin. Aku ni calon pon takdak. HAHAHA hangpa jangan buat kelakar eh. Sooo setelah beberapa bulan aku memikirkan nak beli anak kucing parsi, maka aku pon usha laa groups pencinta kucing kat facebook.

 

_DSC1653

 

Aku usha habis habis kat group kat facebook ni haa [ KUCING PARSI DAN BAKA DLH: PORTAL JUAL BELI ] .. Setelah contact beberapa seller anak kucing, maka aku decide nak beli yang ini sebab senang nak amik, kat Bangi. So alang-alang aku pi restock slot FSYN kat butik Sincerely By Us, aku terus boleh pegi pick up kucing ni..

 

 

_DSC1657

Pelajaran pertama ye sayang, SELFIE SELFIE SELFIE !!! Hahaha Amboih kemain lagi belom sempat serasi aku dah ngajor dia mengenal kamera, henpon dan of coss aktiviti selfie ! Sorry sayang, mama loves selfie so much. Haha.

 

Masa aku beli kucing ni kan, tuan dia konpiden ar kabo bahawasanya kucing ni jantina dia betina. Plus aku memang cari kucing betina pon sebab mi amor aku bela kucing jantan. So kengkonon nak mating kan depa nanti bila dah besar sikit. Alih-alih masa pergi veterinar, doc tu kabo ke aku bahawa kucing aku ni sebenarnya JANTAN !! Aduhaii patut la masa aku bagitau doc tu nama kucing aku JULIE dia pandang sinis je kat aku HAHA.

 

 

_DSC1678

Adik aku pon sibuk mengambik gambor kucing baru aku ni haa.. By the way, Julie tu nama adik aku bagi. So memandangkan kucing aku sebenarnya jantan, maka bebudak rumah aku bagi nama dia Ash ! Her her nampak macam serasi sikit la, sebab sekarang Ash dah pandai datang bila orang panggil. Muahaha..

 

 

_DSC1696

Adik aku cuba pasang tali tu kat badan Ash, so kitorang boleh lepaskan dia jalan-jalan. Tapi malangnya usaha ternyata sia-sia sebab badan dia terlampau kecik untuk tali tu. So asyik terlorot je, takleh nak fit kat badan dia..

 

 

_DSC1786

Masa dia kecik dia terlampau comel sebab kaki dia pendek. So bila dia berlari-lari nampak cute nak arwah sebab bontot dia ikut sama terangkat-angkat.

 

 

_DSC1894

Masa lepas amik Ash ni, aku terus ke Taman Botani Putrajaya sebab nak shoot tudung dengan kawan aku, so kejap kejap aku amik la Ash ni buat bermanja, bergambar sepam dua. Her her…

 

 

_DSC2019

_DSC1712

Monyok je Ash ni. Yelah baru ambik dia kan. Mesti dia macam stress sikit nak adapt dengan persekitaran baru, tuan baru. And aku beli dia ni, aku siap mintak murah sebab kucing ni tak dijaga dengan baik.

 

Tengoklah dalam gambar mata dia penuh taik mata, tu belom tengok telinga dia mak aihh kotoqqq. Dan kucing ni macam sakit-sakit. Lepas dua tiga hari aku bela Ash ni, aku terus bawak jumpa veterinar la. Tak sampai hati la dia sungguh tak sihat, dengan fungus lagi. I’m wondering, tuan lama dia memang dah taknak sangat ke kucing ni sampai tak jaga elok elok? COMEL KOT !!

 

 

_DSC1856

_DSC2033

 

Ohohoooo comey angat angattt.. Masa aku nak pi Barcelona hari tu kemain dia sakit sampai dua tiga jenis ubat jugak laa veterinar tu bagi. Alhamdulillah takdelah mahal sangat tak sampai 50 hengget pon.. P/S : Masa tu housemate aku yang hantar gi veterinar kat Setia Alam, sebab aku kat airport nak berlepas ke Barcelona.

 

Alhamdulillah sekarang ni kucing aku ni memang dah sihat dan dah demokk.. Makin besar dan makin berat lak beliau ni. Makanya sekarang aku nak kena beli sangkar kucing. Haa nanti aku suggestkan petshop yang biasa aku pergi nak beli barangan dia ni.

 

 

 

 

 

XOXO


Read More»

Copyright © Nisa Kay