Assalamualaikum..
Konichiwa !! Wahh feeling gadis Jepun sangat Nisa tau ! Hahaha... Untuk hari yang baru ni, selepas sarapan dan check out dari hotel, terus kami ke lokasi seperti tertera di atas. Sungguh luas dan cantik senibina Kirishima Shrine ni ! Okay sedikit kisah mengenai Kirishima Shrine ini...
Kuil-kuil dahulunya dibina untuk memuja gunung dan amalan ini bermula pada abad ke-enam lagi. Asalnya, Kirishima Shrine ini terletak di kaki gunung Takachiho-no-mine yang dianggap suci namun kerap kali ia musnah di dalam kejadian letusan gunung berapi. Justeru, lokasi kuil ini dipindahkan ke lokasi kini. Pembinaan semula dilaksanakan pada 1715 dan telah diiktiraf sebagai "Important Cultural Property of Japan" - (Sumber : laman web JNTO)
Bagi pengunjung tempatan yang datang ke sini untuk berhajat, biasanya mereka akan membersihkan kaki, tangan. berkumur sebelum masuk ke dalam kuil. Memandangkan Nisa cuma datang untuk menikmati keindahan senibina dan budaya orang Jepun, maka tidak lah Nisa nak membasuh kaki tangan beria-ria.. Bukan nak masuk ke kuil ye dak ? Haha.. Tapi memang segar kalau basuh muka guna air ni, sejuknya.. Air gunung kah ?
KIRISHIMA SHRINE
- Kuil yang dibina dahulunya untuk memuja gunung. Orang dahulu kala percaya gunung-gunung adalah tempat suci.
- Setiap kuil pasti mempunyai sebatang pohon lama yang sangat tinggi dan besar, dan ia dianggap pohon suci.
- Alamat : 2608-5 Kirishima-taguchi, Kirishima City, Kagoshima
- Caj masuk : Percuma
- Terdapat kedai di luar kawasan kuil. Kuil terletak di kawasan tinggi, angin dan suasana sangat nyaman jika cuaca baik.
- Terdapat review mengatakan anda perlu elakkan musim tahun baru kerana kuil ini akan dipenuhi oleh pengunjung yang ingin berhajat.
KUMA RIVER DOWNSTREAM EXPERIENCE
- Menikmati pemandangan di sepanjang Kuma River sambil menghirup udara segar dan menyentuh permukaan air yang sejuk.
- Tiket boleh dibeli di kaunter dan pengunjung perlu menunggu waktu yang ditetapkan untuk naik ke bot.
- Tiket boleh dibeli secara berkumpulan.
- Perjalanan memakan masa selama 1 jam.
- Terdapat bahagian sungai yang agak deras dan cetek jadi ada masanya bot akan bergoyang-goyang mengikut arus.
- Selamat dinaiki oleh kanak-kanak juga.
Pic credit to : Lan Careno |
Air sungai yang tenang dan sejuk, udara segar dan nyaman, pemandangan hijau di sisi sungai, waktu berkualiti bersama rakan blogger... Banyak perkara yang menjadikan trip ini lebih bermakna. Gitu.
SHOPPING ARCADE
Kalau nak tahu, di sekitar Jepun memang banyak shopping arcade seperti ini. Shopping arcade ini merupakan deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. Ada kedai serbaneka, Ada kedai jual baju, kasut.. kedai kopi.. kedai barangan kecantikan dan banyak lagi. Setelah check in hotel, kami masih punya banyak waktu sebelum makan malam. Sempat juga Nisa membeli-belah sedikit HAHA !
Kami akhiri hari kami dengan makanan yang sungguh meriah, sedap dan mengenyangkan. Seperti yang Nisa katakan tadi, seakan-akan ternanti-nanti pula bila tiba waktu makan. Makanan Jepun bukan sahaja sushi dan udon tau ! There are more than that ! Makanan mereka pula banyak berasaskan nasi, sayuran dan makanan laut. Jadi takde masalah untuk kita makan. Baca blogpost khas mengenai hidangan Jepun di sini ya!
Stay tuned untuk blogpost seterusnya ! Terima kasih.
NISA KAY.
meriah tengok makanan dia
BalasPadamwahh..best nya jalan jalan..
BalasPadam@Nadia Johari meriahh sangat. kenyang pulak tu
BalasPadam@Nurul Baidurah alhamdulillah :)
BalasPadammeriahnya ... makanan pun nampak sedap ...
BalasPadamSenibina mcm ni teringat pulak kat masjid melaka tu. Cantik...
BalasPadamHi nisa.. Akak lg ni... Hehehe....syok nyaa naik bot tu kan... Msti nyaman jee udara....
BalasPadamcantik tmpat2 bersejarah nya best la
BalasPadamx boleh ckp apa2 dah ni, besttttt!! hahaa
BalasPadamBest tu dik Nisa naik bot tradisional menyusuri sungai tengok pemandangan sepanjang sungai..
BalasPadamkalau saya kena naik bot mesti stress... sebab saya ni macam ada fobia sikit n mesti muka cuak.. huhu
BalasPadamBestnya naik bot kat Kuma River. Kyushu sangat menarik!
BalasPadamTak apa tak naik cruise mewah pun..naik bot biasa tapi tengok permandangan cantik pun dah terasa macam naik cruise mewah dah..hehe
BalasPadamSyokny naik bot...pakaian kak nisa warna pink myerlah gtew..hihi
BalasPadamNaik bot + fresh air + nice view. How lucky you are kak Nisa!
BalasPadamAs salam nisa,bestnya dpt naik river cruise di kumamoto,lagi best dpt naik bot tradisional yg tidak menggunaknan enjin,dpt bayangkan suasana disana...seronoknya
BalasPadampada pandangan nisa, dari aspek keselamatan untuk solo traveler ke Kyushu/Japan mcmana? nanti kalau ada peluang visit homestay Japan mesti lebih meriah ceritanya sebab tinggal dengan org jopun.anyhow Kyushu tempat yg cantik dan view yg menarik!
BalasPadamfor me the best part ofcos lah part shopping..hehehe..by the way naik cruise tu macam best ja..
BalasPadamso excited tgok part 3 nie.. sgt suka part at Kuma River Downstream Experience, dpt tgok pemandangan cntik di sekitar kwsn sungai tu.. WOMAN, tak blh dipisahkan dgn shopping.. rambang mata tgok brg-brg tmpt Nisa shopping dgn shea tu.. sgt sesuai tuk kaki-kaki shopping especially me.....
BalasPadamhi Nisa, apa khabar?? wowwww cantiknya semua tempat-tempat yang Nisa pegi.. teringin nak naik bot at Kuma River Downstream experience tu.. Di sepanjang deretan sungai tu, kita juga boleh menikmati pemandangan yg sangat cntik and hijau.. bersih anak mata tengok tau, hehehe..
BalasPadamWowwww, WOMAN AND SHOPPING mmg xdpat nak berpisah.. saya pun jadi rambang mata tgok semua barang-barang tu.. Especially barangan mekap, i love mekap macam Nisa..
Konichiwa !!!
BalasPadamBestnya shopping arcade tu hihihi
BalasPadampengalaman nisa kesana best sgt fara baca... mana tahu fara boleh rujuk blog nisa bila nak kesana pulak kan...
BalasPadamKuma River Downstream Experience tu kalau pergi dengan big family atau kawan-kawan mesti best sebab satu jam! Hmm kalau Shopping Arcade pun best juga!...
BalasPadamOh river cruise tu just gunakan tenaga manusia ja eh, uniknyaaaa. Air sungai tu mashaAllah sangat lah jernih hm makin teringin nak travel ke sana :(
BalasPadamAdoi!! satu jam naik bot boleh mabuk dibuatnya.
BalasPadamCruise tu the best part hope dpt g sana
BalasPadambestnya naik bott ..mknan kat sana mewah noh
BalasPadamKuma River tu cantik,airnya jernih pulak tu..hmm kalau boleh snoorkeling lagi best..haha
BalasPadamBestnya pergi tempat org and tengok budaya diorang depan mata.
BalasPadamair gunung..mesti sejuk dan segar..
BalasPadamshopping apa la agaknya kat situ kan
Salam kak gorjes *amekhatisikit* :P
BalasPadamHotel Shiroyama tu terlatak kat atas bukit kat bandar Kagoshima eh? Mesti view dr hotel awesome gila kan. *droolling*
memang kuil kat sana semua dikelilingi persiktaran hijau ke? sejuk betul mata memandang. Kuil kat malaysia selalunya depan jalan raya jek (not condeming kuil kat malaysia, just saying hehe)
Kumamoto dengan ajinamoto benda yg berbeza tp best sebab bunyi moto moto kt belakang hahaha kalau sy(memang saya pun) pergi mana mana pon makanan lah benda paling menarik utk try selain drpd seightseeing. makanan tu awat nampak sedap sangat T______T
*cakk*
BalasPadamade pergi singgah makan kat kedai Himawri tak masa kat Kuma river?? tak salah makanan kat situ sedap!!!!
Kuma river tu dalam tak? KU-Ma-HU ke sana, please bring me there!! btw , ade cowok encem encem tak kat sana? :P
Mesti barang2 kat shopping arcade tu kawaii kan? sukaa sangat japan dan korean fashion huhu eh baru teringat akak ad pakai baju tu kat gmbar insta kan? cantikkk~
BalasPadam