Assalamualaikum...
Read More»
Assalamualaikum semua…
Wahhh kemain baca laju-laju tajuk di atas ye. Nampak sangat lahhh tak menyabor nak tahu isi kandungan entry ini. Lalalaa… jangan risau ye semua, tajuk entry aku tu bukan tajuk panas semata-mata, tapi realiti bebbb!! REALITI okay, macam rancangan realiti tv. Okay ini merapu.
Stripey dress from BATIK VALLEY.
Okay sekejap aku tepek gambor feeling-feeling shoot dalam studio. Puihhh jangan terpedaya, itu bilik tidur aku lah. Sebab tu background biru kekelabuan huh. Kalau rumah atau bilik ada dinding kosong, memang itulah tempat aku feeling shoot dalam studio. Yelahhhh, nak shoot dalam white studio tak mampu hoii…
Okay, another picture of feeling-feeling shoot dalam studio, padahal itu gambar aku shoot kat dinding kedai di Subang Parade. Ouhhh kesian aku! Bukan aku saja kot, aku rasa ramai lagi kat luar sana yang mengimpikan shoot dalam white studio dengan harga yang sangat mampu. Tapi apakan daya, tak banyak studio yang buat offer.
TAPIIIIIIIIIIIIIIIII……………………..
Pernah tak korang termimpi yang korang boleh ber-photoshoot dalam studio dengan harga tak sampai RM100??? Yaaaa betul nih, aku tak tipu weh! Dengan harga RM79 korang boleh photoshoot dengan suka hati riang gembira selama 45 minit, dalam studio, dengan photgrapher profesional okeyh!
Haaaa berpinar tak bijik mata bila tahu mengenai kenyataan ini? Wahhh mimpi indah kan semua. Aku tak tipu wehhh…. Promosi best gilak ni ialah sempena grand opening studio abam Aizul Marcello, iaitu eyeStudio Photography.
Ulang taip ye, dengan harga hanya RM79, korang boleh shoot dalam studio, haaa ala-ala macam gambor abam Aizul Marcello kat atas. So, dengan hanya RM79 (ulang lagi) korang boleh shoot selama 45 minit dalam studio okay. Tak kiralah nak shoot portfolio ke, feeling model ke, untuk koleksi sendirian berhad ke.. tak kesah okay.
Bila lagi nak dapat harga murah-tak-boleh-tolak macam ni kan kan kan??? Dalam 45 minit tu, korang posing lah macam mana sekalipun, jangan stop walau dua saat pon okay? Ini untuk memastikan supaya gambar diambil banyak-banyak bwahahaa!! Okay, meh aku recap balik.
EYESTUDIO PHOTOGRAPHY
Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam
PORTRAITURE PROMO :
Wahhh mengancam sangat-sangat kan? Heee meh sini mari rapat-rapat sebab aku ada pengumuman nak buat!! Sempena promosi ini juga, korang boleh booking dan buat payment melalui aku. Kira macam agent rahsia lah aku ni. Erkkk rahsia kah? haha.. Sesiapa yang betul-betul nak book promotion ni, boleh ikut procedure di bawah :
Sebarang pertanyaan boleh pergi LIKE fan page EyeStudio Photography laju-laju ye. Tnegok sendiri kat sana hasil kerja para photographer awesome dari EyeStudio Photography. Kalau betul-betul nak shoot dalam studio dengan harga murah, cepat-cepat booking melalui aku.
SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!
Copyright © Nisa Kay