Memaparkan catatan dengan label Intan Ladyana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Intan Ladyana. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Mei 2015

Majlis Pratonton Filem – ABANG LEJEN

 

Assalamualaikum…

 

 

DSC00392

 

Wah wahh lama dah tak bertemu dengan Mejar David Teo dan jugak staff staff MiG sekalian… Busy betul jadual aku sampai aku terpaksa menolak setiap pelawaan ke majlis pratonton filem yang dianjurkan oleh MiG…. Tapi sebelum aku fly ke Melbourne hari tu sempat juga lah aku meluangkan masa menghadiri majlis pratonton filem ABANG LEJEN, sebagai tanda sokongan aku kepada filem terbaru mereka.

 

 

DSC00395

Turut bertemu rakan-rakan blogger lain.

 

 

DSC00403

Para pelakon filem ABANG LEJEN ! Ahaaa Farid Kamil heronyaa…. manakala pelakon pembantu Fadlan Hazim yang melakonkan watak sebagai adik kepada Farid Kamil tidak dapat hadir kerana jadual shooting yang padat. Sobss tak dapat nak tatap wajah beliau. Ehh!!

 

 

DSC00449

Ehemm… Heroin filem ABANG LEJEN ! Memang kelakorr la watak Intan Ladyana..

 

 

11150363_932485040106434_1094816457940562824_n

Filem ABANG LEJEN mengisahkan Ajim (lakonan Farid Kamil), abang kepada Alan (lakonan Fadlan Hazim) . Ajim ni seorang abang yang sangat protective.. lagi-lagi bila adiknya Alan mengalami masalah gagap dan sering menjadi mangsa buli dari kecik sampai la besar. Jadi, si Ajim ni tak boleh dapat tau kalau ade orang usik adik kesayangan dia ni.. haa kalau dia dapat tau memang masak ler pembuli tu kena “ajar” dengan si Ajim ni.

 

 

IMG_3565

Namun ada salah faham yang telah melanda dua beradik ni dan Alan mengambil keputusan untuk keluar rumah dan tinggal di Kuala Lumpur bersama isterinya, Nina (lakonan Adiba Yunus). Haaa apa yang dah berlaku sampai dorang adik beradik boleh gaduh besar? Sedangkan Ajim dan Alan tak pernah berenggang dari kecil sejak kematian ibu bapa. Ada rahsia ke yang Ajim sembunyikan dari Alan selama ni ?

 

 

P1950308 copy-horz

Yang best nya kita dapat tengok satuu sisi lain Farid Kamil dalam filem ABANG LEJEN ni… Biasanya kita akan tengok dia berlakon jadi lelaki romantis.. Ada aksi jugak… Tapi, dalam filem ni kita dapat lihat sisi komedi beliau. Minat Hindustan pulak tuu ! Hahaa… dah feeling feeling tengok Hindustan pulak dahh kat pawagam haa.. Tapi memang sesuatu yang berlainan betul watak Farid dalam filem ni. Kisah seorang abang yang sangat sangat protective terhadap adiknya pun menyentuh hati.

 

 

DSC00427

Antara pelakon yang turut menghadiri majlis pratonton filem ABANG LEJEN ni… Ezatty Abdullah dan Azwan Kombos.

 

 

DSC00434

Bersama Along Ezendey yang memegang watak jejaka kampung yang nakal dan suka mengacau orang haha…

 

 

DSC00446

Inilah dia Adiba Yunus yang memegang watak Nina dalam filem ABANG LEJEN ni…

 

 

DSC00477

Yeahhh bergambar dengan hero filem ABANG LEJEN sudah semestinya.. walaupun ada cubaan photobomb di belakang tu kekeke…

 

 

Memandangkan aku update review ni pun lambat.. rasanya dah takde kot tayangan filem ABANG LEJEN kat pawagam pawagam sana.. Aku pun tak berapa pasti.. Kalau ada lagi bawak lah keluarga dan kawan kawan tengok filem ni yaa… Kalau ada kat Astro First pun beli lah ye !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem !


Read More»

Rabu, 31 Julai 2013

Sekitar majlis pratonton filem ADNAN SEMPIT 3

 

Assalamualaikum…

 

Wah wahh rasa dah berzaman pulak gua tak datang mana-mana majlis pratonton kannn. Maklumlah dua pratonton sebelum ni aku lupa nak pergi, stuck in jammed.. haihh takdak rezeki la kot.. So filem kali ni memang TAK AKAN aku lepaskan peluang kannzz. Ahakz.

 

DSC07539

Haaaa gi gambar rojak namanya.. Ada yang acah-acah nak masuk.. ada lak main tolak-tolak kat tepi tuh. Apa daaaa. Yang kompem serta pasti Bro Framestone ada di mana-manaaa !!!!

 

 

DSC07580

Yaaa tidak sah rasanya kalau tak ada gambar bersama Mejar David Teo ! Wajib bergambar. Haahaa boleh lak gua tak perasan tema majlis kali ini ialah tema hari raya !!! Tengok Mr David dah hensem-hensem pakai baju melayu siap sampin woo !

 

 

DSC07607

DSC07622

Barisan pelakon utama dan pelakon pembantu filem Adnan Sempit 3 serta Mejar David Teo.

 

 

DSC07626

Hiksss dengan kak yong wajib ber-camwore ! Gituuu! Tapi tudung aku dah kembang2 tu kenapaa :/

 

 

DSC07648

Intan Ladyana yang memegang watak Nadia iaitu isteri kepada Adnan.

 

 

DSC07636

Berbuka puasa pula di restoran Shogun. Semeja dengan Shima Anuar dan Intan Ladyana.. Belakang ku pula Niezam Zaidi. Ahaaa artis kah aku? TETTTTTT!!!

 

DSC07654

Ber-gwiyomi dengan Niezam Zaidi. Gituuhhh!

 

 

DSC07561

DSC07560

Cantikkkkk kak yong kesayangan pakai baju Hatta Dolmat uollss!

 

DSC07554

Macam barbie dolls sangat !! Comel comel !!!

 

DSC07562

Cantik tiada disangkal lagiiii ! Muahhh kak yong !

 

 

Ahaaa nak tahu best ke idok filem sekuel kali ini, nantikan dengan penuh kesabaran di dada review daripada aku okayh? Dan jugaaa nantikan video gua interview artis-artis ni.. Erkk kecuali Yanaaa. Tak sempat kite nak ber-video.. Takpe takpe.. Lain kali pasti ada !!!! Hehehe muahh !

 

 

JOM SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE NISA KAY !!

 

 

 

YOSHHH!!!


Read More»

Selasa, 5 Jun 2012

FILEM – X (Janda-jandaku Gangster)

 

Assalamualaikum…

 

Yeehhaaa badan masih penat, baru je balik dari majlis pratonton filem X : Janda-jandaku Gangster. Sebenarnya ungkapan “janda-jandaku gangster” tu sekadar tagline filem ini. Tajuk filem ini ialah X okay. Mungkin singkatan dari perkataan “ex”.

 

 

484387_408839525822341_137101329662830_1181823_1145109024_n

Filem aksi komedi yang diarah oleh Ollyn Khadri ini menampilkan Pierre Andre sebagai teraju utama, dibantu 6 orang heroin yang terdiri daripada Intan Ladyana, Diana Amir, Chloe Nicole, Nuremy Ramly, CT Chubby dan Liana Rafiai.

 

 

_MG_3930

SINOPSIS :

Hafiz (lakonan Pierre Andre) ingin mengahwini Arissa (lakonan Intan Ladyana) namun beliau dihalang oleh 5 orang jandanya yang tidak mahu seorang lagi wanita menjadi janda seperti mereka. Zai (lakonan Diana Amir) merupakan janda kedua, Fatiah (lakonan CT Chubby) janda kedua Hafiz, dan Sophie (lakonan Chloe Nicole) yang kaya pula janda ketiganya. Wanda (Nuremy Ramli) janda keempat si gadis litar dan janda kelima ialah Ziana (Liana Rafiai).

 

Terdapat kisah tersendiri di sebalik kelima-lima perkahwinan terdahulu Hafiz. Zai yang berpewatakan tomboy pula merasakan usaha mereka menggagalkan rancangan Hafiz untuk berkahwin lagi sebagai melebih-lebih. Mereka akhirnya berbincang dan berpakat semula untuk menyatukan Hafiz dengan Arissa yang telah menolaknya.

 

 

_MG_5294

Haaa… entah dapat ke tak lima-lima janda si Hafiz tu satukan Hafiz dengan Arissa? Apakah kisah dan peristiwa yang membuatkan Hafiz berkahwin dan bercerai hingga 5 kali??? Tuuu korang kena tengok sendiri mulai 7 Jun ni okayh!

 

 

_MG_2978

PENDAPAT ATAU PANDANGAN :

  • Kelakar okayh! Dalam wayang tadi pun penonton bergelak ketawa. Setiap janda punya kisah tersendiri bagaimana mereka berkahwin dan bercerai.
  • Dalam banyak-banyak kisah, aku sangat suka part Hafiz kahwin dengan Zai. Memang lawak gilerrr!! Thumbs upppp!!
  • Lakonan CT Chubby pun aku suka! Sejak dari pertama kali aku kenal CT Chubby menerusi filem Sumpahan Kum Kum, aku memang suka dia nih!!
  • Perjalanan cerita yang tak terlalu lambat, tak terlalu cepat, just nice. Cuma towards the end jalan cerita sedikitttt perlahan dan kurang elemen humor.
  • Ending yang kelakar sebab ada wartawan-wartawan Melodi yang berlakon jadi… haa kalau nak tahu korang kena tengok sendiri lah ye!
  • Part drift kalau dipendekkan sikit dah cun dahhh!
  • Alhamdulillah kurang sangat part yang bosan dalam filem ni.

 

_MG_9751

Sekian review aku terhadap filem ni. Serious boleh buat gelak-gelak, so jangan lupa ajak kengkawan sedara mara semua tengok filem ni, bermula 8 Jun 2012 nanti okayh? Tahniah juga kepada pengarah, para pelakon dan tenaga produksi.

 

 

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay