Memaparkan catatan dengan label Pierre Andre. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pierre Andre. Papar semua catatan

Selasa, 5 Jun 2012

FILEM – X (Janda-jandaku Gangster)

 

Assalamualaikum…

 

Yeehhaaa badan masih penat, baru je balik dari majlis pratonton filem X : Janda-jandaku Gangster. Sebenarnya ungkapan “janda-jandaku gangster” tu sekadar tagline filem ini. Tajuk filem ini ialah X okay. Mungkin singkatan dari perkataan “ex”.

 

 

484387_408839525822341_137101329662830_1181823_1145109024_n

Filem aksi komedi yang diarah oleh Ollyn Khadri ini menampilkan Pierre Andre sebagai teraju utama, dibantu 6 orang heroin yang terdiri daripada Intan Ladyana, Diana Amir, Chloe Nicole, Nuremy Ramly, CT Chubby dan Liana Rafiai.

 

 

_MG_3930

SINOPSIS :

Hafiz (lakonan Pierre Andre) ingin mengahwini Arissa (lakonan Intan Ladyana) namun beliau dihalang oleh 5 orang jandanya yang tidak mahu seorang lagi wanita menjadi janda seperti mereka. Zai (lakonan Diana Amir) merupakan janda kedua, Fatiah (lakonan CT Chubby) janda kedua Hafiz, dan Sophie (lakonan Chloe Nicole) yang kaya pula janda ketiganya. Wanda (Nuremy Ramli) janda keempat si gadis litar dan janda kelima ialah Ziana (Liana Rafiai).

 

Terdapat kisah tersendiri di sebalik kelima-lima perkahwinan terdahulu Hafiz. Zai yang berpewatakan tomboy pula merasakan usaha mereka menggagalkan rancangan Hafiz untuk berkahwin lagi sebagai melebih-lebih. Mereka akhirnya berbincang dan berpakat semula untuk menyatukan Hafiz dengan Arissa yang telah menolaknya.

 

 

_MG_5294

Haaa… entah dapat ke tak lima-lima janda si Hafiz tu satukan Hafiz dengan Arissa? Apakah kisah dan peristiwa yang membuatkan Hafiz berkahwin dan bercerai hingga 5 kali??? Tuuu korang kena tengok sendiri mulai 7 Jun ni okayh!

 

 

_MG_2978

PENDAPAT ATAU PANDANGAN :

  • Kelakar okayh! Dalam wayang tadi pun penonton bergelak ketawa. Setiap janda punya kisah tersendiri bagaimana mereka berkahwin dan bercerai.
  • Dalam banyak-banyak kisah, aku sangat suka part Hafiz kahwin dengan Zai. Memang lawak gilerrr!! Thumbs upppp!!
  • Lakonan CT Chubby pun aku suka! Sejak dari pertama kali aku kenal CT Chubby menerusi filem Sumpahan Kum Kum, aku memang suka dia nih!!
  • Perjalanan cerita yang tak terlalu lambat, tak terlalu cepat, just nice. Cuma towards the end jalan cerita sedikitttt perlahan dan kurang elemen humor.
  • Ending yang kelakar sebab ada wartawan-wartawan Melodi yang berlakon jadi… haa kalau nak tahu korang kena tengok sendiri lah ye!
  • Part drift kalau dipendekkan sikit dah cun dahhh!
  • Alhamdulillah kurang sangat part yang bosan dalam filem ni.

 

_MG_9751

Sekian review aku terhadap filem ni. Serious boleh buat gelak-gelak, so jangan lupa ajak kengkawan sedara mara semua tengok filem ni, bermula 8 Jun 2012 nanti okayh? Tahniah juga kepada pengarah, para pelakon dan tenaga produksi.

 

 

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 8 April 2012

Hadiah untuk Mia Sara Nasuha

 

Assalamualaikum…

 

Minggu lepas aku pergi ke Sunway untuk majlis pra tonton filem 3 Temujanji lakonan Yana Samsudin dan Pierre Andre. Memang best sangat filem tu, korang semua jangan lupa tengok kat wayang ye sebab filem tu dah mula ditayangkan di pawagam bermula 5 April lepas.

 

IMG_3604

Ohh ye, turut berada di majlis pratonton tersebut ialah pelakon cilik Mia Sara Nasuha yang teramat laa comel. Aku yang tengok si Mia Sara ni pun teramat lah geram dengan dia, rase nak cubit cubit je pipi gebu budak kecik nih..

 

 

20120402_185231

Okay berikut adalah imej aku dimalam pra tonton tersebut. Aku kan ahli fan club Yana Samsudin iaitu Yana SuperFriends, so malam itu haruslah pink dan tak lupa spect mata yang merupakan imej Yana Samsudin sekarang ni. Hikhikhik.. Spect ni baru je lagi beli. Pernah bawak keluar sekali, tapi pakai bila nak ambil gambar je. Maka ini merupakan kali pertama aku betul-betul pakai spect ni..

 

 

 

IMG_3613

Okay masa ambil gambar ni aku masih memakai spec tersebut.. Mia Sara masih lagi dengan muke comel beliau. Pergghh kalau tengok depan-depan memang comel sesangat hokayhh.

 

Sekali masa lepas ambil gambar dengan dia, aku terdengar ayah Mia Sara berkata, “Nak carilah spect yang takde cermin tu.. Kat mana ye nak cari??” (Lebih kurang macam tu lah ayatnye..) Kemudian, aku pergi kat Mia Sara, aku tanggalkan spect mata aku, dan…

 

IMG_3656

Sambil aku pakaikan spect tu kat Mia, aku cakap,”This is for you. Untuk Mia ye. Akak bagi hadiah.” Heee suke budak tu bila aku pakaikan spect kat dia. Pink gitewww.. Tak pepasal Mia Sara dah nampak macam ahli Yana SuperFriends pulok. Hikhikk…

 

 

IMG_3735

Bila dipanggil ke depan untuk bergambar terkujat Yana tengok Mia Sara pun pakai spect nerd. Pink lagi tuuu. Ahak hak hakk… Tapi kecomelan Mia Sara tetap terserlah. Herherher… Hopefully Mia Sara jaga spect tu bebaik ye. Ikhlas aku bagi tu :)

 

Kepada yang belum tengok filem 3 Temujanji, apa lagi pergilah tengok sekarang jugak. Pergi tengok dengan pakwe romentik jugak. Jangan romen sudah! Berdosa ye masyaAllah… Jangan lupa saksikan Yana Samsudin, Pierre Andre, Kamal Adli, Diana Amir dan ramai lagi dalam filem 3 Temujanji. Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 19 Februari 2012

[GAMBAR] Nurul Ekasari, heroin filem Chantek yang gorgeous!

 

Assalamualaikum…

 

Benarlah kata orang, mekap tu mampu merubah wajah seseorang 360 darjah! Boleh buat wajah seseorang kelihatan sangat berbeza dan silap hari bulan memang dah tak kenal dah! Disebabkan mekap boleh buat wajah seseorang kelihatan lebih cantik jelita kebaboom, maka tak hairanlah kalau ramai wanita yang menyukai mekap!

 

 

IMG_1604

Begitu juga dengan pelakon dari Indonesia iaitu Nurul Ekasari, yang memegang watak Chantek Ratnadewi dalam filem Chantek arahan Pierre Andre. Dalam filem tersebut Chantek merupakan pembantu rumah kepada AD (lakonan Pierre Andre), maka penampilan beliau sangatlah ringkas dan biasa, juga tidak mengenakan mekap yang tebal.

 

 

IMG_1613

Walaupun begitu aku sukakan watak Chantek yang tidak mengenakan mekap tebal sebab nampak natural beauty beliau, dan sesuailah dengan watak yang dibawakannya. Semasa majlis pra tonton filem Chantek bulan lalu Nurul Ekasari tampil jelita dengan busanan biru.

 

 

IMG_1602

She’s pretty in the film, and she’s stunning outside! Sentiasa tersenyum dan tersenyum. Orang kata senyum tu sedekah, senyum tu penyeri wajah, senyum tu awet muda.. ye tak?? Hikhikhik…

 

 

IMG_1608

Busana biru lembut yang menawan!

 

 

IMG_1587

Jangan lupa saksikan filem Chantek lakonan Pierre Andre dan pelakon Indonesia Nurul Ekasari di pawagam berhampiran anda!!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 16 Februari 2012

REVIEW Filem Chantek

 

Assalamualaikum…

 

Sebab sibuk bekerja aku dah jarang sangat tengok wayang.. Rindunya nak keluar tengok wayang dengan kawan-kawan.. Hee maka aku pun nak share satu movie review untuk korang, supaya korang ramai-ramai ke wayang tengok ini filem okay??

 

393518_127417937371321_120798474699934_154759_1222028735_n

 

SINOPSIS (mengikut pemahaman aku selepas menonton filem ni) :

AD (lakonan Pierre Andre) yang kecewa kerana kekasihnya curang, mengalami kemalangan dan matanya buta berikutan kejadian malang itu. Selama setahun beliau menyepikan diri dari dunia lakonan. Beliau telah menerima tawaran besar untuk berlakon filem, lalu membuat keputusan untuk bercuti dahulu sebelum terus berlakon.

Namun begitu, pengurus AD, iaitu Sam (lakonan Kim Wah) berat hati untuk membenarkan AD bercuti sendirian. Tanpa pengetahuan AD, Sam telah mengupah seorang pembantu rumah bernama Chantek (lakonan Nurul Ekasari) untuk menjaga AD. Tetapi Chantek dikenakan syarat supaya tidak bersuara agar AD tidak tahu mengenai kehadirannya.

Akan tetapi satu insiden telah menyebabkan AD tahu ada seseorang disampingnya. Chantek terpaksa menyamar sebagai lelaki dengan mengubah suaranya dan menggunakan nama samaran Hendra. Namun apabila mereka semakin rapat, Chantek membuat keputusan untuk memberitahu perkara sebenar kerana Chantek semakin jatuh hati kepada AD.

Pada mulanya AD seperti tidak dapat menerima penipuan itu tetapi lama kelamaan AD mengakui yang dia menyukai Chantek. Kehidupan mereka berjalan seperti biasa sehinggalah suatu hari AD dan Chantek keluar bersiar-siar dan berlaku satu insiden yang menyebabkan Chantek menghilangkan diri. Apakah yang telah terjadi? Adakah AD benar-benar menyintai Chantek?

 

 

IMG_1519

TIGA TERAJU UTAMA filem Chantek : (Dari kiri) Pierre Andre, Nurul Ekasari & Kim Wah

 

 

PENDAPAT PERIBADI :

Aku sukakan jalan ceritanya, sebab aku rasa macam dah boleh expect yang AD dan Chantek akan jatuh cinta, tapi sebenarnya ada insiden lain yang tak disangka.. Haa apa dia? Kenalah tengok sendiri kat wayang ye!

Tapi kalau dikembangkan lagi bahagian tugas-tugas orang gaji pasti jalan cerita tambah menarik. Mungkin boleh dikupas lagi mengenai tugas Chantek yang menjaga AD yang buta, dan menunjukkan sedikit demi sedikit perasaannya untuk Chantek bercambah.

Dan jika boleh kaitkan lagi kisah loket Chantek yang pada mulanya hilang, kemudian akhirnya jatuh ke tangan AD, pasti membuat kisahnya lebih romantis / meruntun perasaan, bergantung kepada bagaimana jalan ceritanya diolah.

Namun begitu keseluruhan aku berpuas hati dengan movie ini. Sangan santai dan straight suapaya kita tak payah terlalu meneka apa akan terjadi. Filem romantik komedi ini sesuai untuk tontonan semua. Dan aku suka kisah ala Cinderella (Chantek, orang gaji biasa kemudian bertemu lelaki idaman).

 

 

IMG_1534

Jangan lupa tonton filem CHANTEK di pawagam ye! Ajak kawan-kawan, saudara mara menonton filem ini! Sokonglah filem tempatan. Tayangan filem Chantek bermula hari ini (16 Februari 2012) !!!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Jumaat, 13 Januari 2012

CHANTEK - filem romantik komedi arahan Pierre Andre

 

Assalamualaikum..

 

Mata belum mahu lelap sebab masih ada kerja yang harus aku bereskan. Roommate aku dan kawan aku Kak Iqa pun masih belum tidur melayan video klip lagu-lagu Kpop. Aku macam biasa, bila online mesti merayau-rayau kat facebook. Sampailah aku terjumpa satu fan page untuk filem baru arahan Pierre Andre.

 

 

376263_120852454694536_120798474699934_130938_63461228_n

Filem CHANTEK merupakan filem terbaru arahan Pierre Andre yang mempertaruhkan genre romantik komedi. Dilakonkan oleh Pierre Andre, heroin dari Indonesia iaitu Nurul Ekasari. Turut menampilkan Abon, pemenang Maharaja Lawak Mega dalam filem ini.

 

 

389454_127418157371299_120798474699934_154760_589616707_n

SINOPSIS FILEM CHANTEK :

AD,seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan. Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.

Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya. CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri. Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali?

 

 

Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali? Saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, CHANTEK arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!

 

Hari tu aku dah pernah dapat invitation untuk pra tonton filem Al-Hijab arahan Pierre Andre (baca entry DI SINI dan juga DI SINI), kali ni aku tak sabar nak tengok filem romantik pulak.

 

 

Jangan lupa juga untuk terjah page filem CHANTEK di facebook dan like sekali ya!

https://www.facebook.com/FilemChantek

 

 

 

“Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan…”

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 11 Oktober 2011

(GAMBAR) Majlis Pra Tonton filem Al-Hijab

 

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua…

 

Whaaa lamanya masa yang aku ambil untuk update gambar-gambar di sekitar majlis pra tonton filem Al-Hijab. Bukan apa, gambar nye bukan main banyak! Nak edit semua memang tak larat. So bila ada waktu terluang aku edit sikit-sikit.

 

Tanpa buang masa, let the pictures tell its story..

 

IMG_7241

Aku dan KAIZEN SHINOBI. Aku dah pakai wedges punyelah tinggi, tapi beliau lagi tinggi daripada aku??!!

 

 

IMG_7242

ANDYHOWTT dan drebar kehormat kitorang hari itu, SYAFIQ ROSLI. Jangan terkujat tengok dorang semangat berbaju melayu, sebab tema pra tonton tu majlis hari raya. Siap ada jamuan raya uolls!!

 

 

IMG_7248

Alamakkk !!! I terjumpe Fizo Omar yang kachak ya amat tu lah! Orangnya tinggi dan berbadan tegap giteww. Errkk! Hadirnya beliau ke majlis pra tonton bersama pelakon Izara (ehhh yeke nama dia?) Haa skandal ke uolls?

 

 

IMG_7255

Pengacara majlis bersama Pierre Andre.

 

 

IMG_7260

Aku dan Munir, pelakon pembantu filem Al-Hijab yang membantu menambah elemen humor.

 

 

IMG_7263

Berjumpa dengan rakan sesama blogger iaitu FARRA ENG dan juga ZURIEY. Aku pernah dah jumpa dorang ni kat Maybelline Workshop for Bloggers.

 

 

IMG_7269

Sebelum movie start haruslah bergambor dalam panggung! See the free passes? Hohooo…

 

 

IMG_7278

IMG_7282

Gambar di sekitar majlis sidang media filem Al-Hijab . Kami media blogger boleh aje ajukan soalan. Tapi ramai wartawan yang kelassss uolls. So kami berasa agak malu-malu. Aku just dengar soalan dan jawapan aje, mana yang best aku masukkan dalam review filem Al-Hijab .

 

 

IMG_7313

IMG_7316

Sesi bermesra-mesraan bersama pelakon utama filem Al-Hijab iaitu Pierre Andre dan juga Nur Fathia. By the way, Pierre sangat friendly dan rajin melayan kami. Ohohoo!!

 

 

IMG_7304

Bodygurad aku hari itu. Berdiri dari kiri : SYAFIQ ROSLIKAIZEN SHINOBI, dan juga ANDYHOWTT. Thanks a lot kat dorang semua yang datang dengan aku, dan juga kepada bloggers yang menegur aku. Hoho I made some new friends here and I am so happy!

 

Huuu aku memang rajin pergi ke majlis pra tonton filem. Dapat pulak yang ada jamuan makan-makan. Hahaha wayang free, tengok awal pulak tuh! Makan pun free. Memang inilah antara kelebihan bila jadi blogger aktif!

 

MORE PICTURES, GO TO : FANPAGE SAYA SUKA MENAIP

 

 

sign NISA


Read More»

Jumaat, 23 September 2011

REVIEW Filem Al-Hijab by Pierre Andre

 

Assalamualaikum semua…

 

Selasa lepas aku berpeluang menghadiri majlis pra tonton filem Al-Hijab karya terbaru Pierre Andre. Filem ni dikatakan filem paling seram 2011??? Haaaa kalau nak tahu baca entry ni sampai habis!

 

Sebelum tu aku nak ucap terima kasih sangat sangat kat Cik Helena for the free passes! Sayang Cik Helena ketat-ketat okayh!! Muahh! Hahaa.. Okay lets get straight to the point.

 

AL-HIJAB “Bersedialah bila hijabmu dibuka…”

 

filem-al-hijab

Wuarghhh pertama kali aku tengok poster filem Al-Hijab ni, sumpah aku kata aku tak berani nak tenung lama-lama pun! Kang melekat dalam otak, terbawak-bawak dalam mimpi sapa yang susah?? Wahaha!! Yeaaa di poster nya sahaja sudah ditampilkan elemen serammmmm!!!

 

SINOPSIS :

“Rafael, seorang pelakon extra merupakan seorang yang tidak mempercayai hantu atau makhluk halus kerana beliau tidak pernah nampak hantu. Namun, pada suatu hari beliau telah mendapat tawaran untuk berlakon filem seram. Untuk mendapatkan mood seram, Rafael melakukan homework dengan menonton cerita-cerita seram. Tapi, disebabkan beliau tidak mempercayai hantu, beliau jadi cepat bosan dengan filem-filem seram yang ditontonnya.

Kesungguhan beliau untuk mendapatkan mood seram demi filem yang bakal dibintanginya, Rafael mendapat idea untuk membuka hijab matanya. Beliau nekad untuk mencari orang yang boleh melaksanakan upacara membuka hijab matanya agar beliau boleh melihat hantu. Setelah bertemu dengan orang tertentu, hijab beliau dibuka dan……”

 

 

IMG_7286

Haaa apa dan….??? Dannn…..??? Kalau nak tahu korang kenalah tengok movie nih! Mana boleh cerita habis kat sini hahaa!! Pierre Andre merupakan penulis skrip, pengarah dan juga watak utama dalam filem ni. Digandingkan pulak dengan pendatang baru Nur Fathia yang sangat cun!

 

 

AH3

 

KOMEN AKU :

  • Aku bagi thumbs up kat Pierre Andre sebab filem ini memang seram betul-betul seram okayh!! Bukan seram-seram ayam!

 

  • Permulaan filem yang best sebab mood seram tu awal-awal lagi dah disuntik dalam filem, adegan di jalan terpencil pada tengah malam memang bikin aku berdebar tak sudah!

 

  • Jalan ceritanya yang straight to the point tapi tidak lah senang sangat untuk diteka oleh penonton. Maksud aku, mesej cerita ni jelas dan tidak berbelit-belit.

 

  • Plot yang mudah difahami dan penonton get the message clearly.

 

  • Terselit adegan yang mampu buat satu panggung ketawa. BEST WOHH!!

 

  • Ada adegan Rafael (Pierre Andre) lap kepala Qis (Fathia), semua orang sangka bila tuala tu dialih mesti keluar muka hantu, tapi……..  Haaa nak tahu tengok sendiri!

 

  • Aku bagi 8/10 bintang! Filem seram yang berjaya buat 3 orang lelaki yang duduk sebaris dengan aku menjerit sama! Hahaha…

 

  • Memang ada beberapa part yang harus dibaiki pada masa akan datang, namun bagi peminat filem seram macam aku, aku puas hati dengan Al-Hijab.

 

 

AH15

So.. apa lagi, 6 Oktober nanti ramai-ramailah terjah pawagam, tengok filem Al-Hijab ni tau! Aku rasa mesti menimbulkan fenomena lebih kurang macam filem-filem seram Pierre Andre sebelum ni. Bagi aku, filem ni bukanlah filem tangkap muat aje, sebab menurut Pierre sendiri, skripnya di proses beberapa tahun bagi memastikan hasil yang mantap.

 

 

 

NANTIKAN KEMUNCULAN FILEM AL-HIJAB DI PAWAGAM 6 OKTOBER INI!!

 

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay